Tuesday 23 July 2013

Soothing Sandakan - Day 2 (2/6/13)

Assalamualaikum, salam Ramadhan semua.

Kepenatan semalam masih terasa. Akibatnya, masing-masing bermalas-malasan untuk bersiap pagi tu. Matahari dah tegak di kepala baru lah berlumba-lumba ke bilik mandi.

Destinasi pertama hari ni, English Tea House and Restaurant yang menyajikan pelbagai sajian berkonsepkan "traditional english" dan juga makanan asia.

Ia terletak bersebelahan dengan Agnes Keith House dan dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga lewat malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai restoren ni, klik >> SINI.










So untuk 'brunch' kami pagi tu, kami pilih English Tea Sets. There were cakes, sandwiches, scones and of course, tea.

Sambil makan sambil borak pasal perkembangan terbaru masing-masing. It's been 3 years since we graduated from UiTM. Tons have changed ever since.

We had a chance to catch things up, share experiences and discuss about our future plan (only, nobody has one, like no one is considering furthering study yet this year, haha !). Anyhow, it was a blast meeting old friends!

















Sejak pembukaannya pada Disember 2002, restoren ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah. Boleh tahan !.  The surrounding area is well kept and clean, and the interior design is also quite nice. The foods were not bad as well. So thumbs up ! Seterusnya, kami ke Agnes Keith House.



In between English Tea House & Restaurant and Agnes Keith House, there is a souvenir shop. Let's take a look what's inside the shop. Kalau korang ada belanja lebih, boleh lah shopping nyoping.










Sebelum ke Agnes Keith House, kena dapatkan tiket di kaunter bersebelahan dengan souvenir shop tadi. Tiket berharga RM2 untuk rakyat malaysia, dan RM 15 untuk bukan warganegara.

Masuk adalah percuma sekiranya anda berumur kurang dari 12 tahun, atau melebihi 55 tahun.

Unfortunately for us, at that time, the house was still under renovation. So, kami tak dibenarkan masuk. Hanya memandang dari jauh, sekadar di pinggiran je, ceitt!




Ni ha rumahnya...

Mereka-mereka yang dikecewakan, hanya memandang sepi ke arah teratak kuning tersebut sebelum lari lintang-pukang dikejar seekor anjing yang menjaga rumah tersebut. Hohoho.!


Agnes Keith House terletak di jalan Istana, hanya 1 km dari pusat bandar Sandakan, atau 10 km dari Sandakan airport.

Untuk maklumat lanjut mengenai rumah ni, klik >> SINI.

Malas nak citer lebih-lebih sebab tak dapat masuk. Last but not least, kami ke scenic lookout berdekatan dengan English Tea House & Restaurant. Dari sini, boleh nampak sebahagian besar bandar Sandakan.




Berikutnya, kami ke majlis perkahwinan Zulhilmi dan pasangannya Salmah di kampung Lupak Meluas. Both were glowing in their respective white "baju Melayu" and pink wedding dress. It was a simple yet glorious ceremony, and certainly full of blessings.






Bahagiamu deritaku,,,hiii...!

So for Dr. Zulhilmi & pasangan, saya ucapkan ;


Seterusnya, kami ke Rainforest Discovery Centre Sepilok, yang terletak 23 km dari bandar Sandakan. Ia merupakan sebahagian dari hutan simpan Kabili-Sepilok.

Sejak dibuka kepada umum pada tahun 2007, ia telah menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Sabah dan dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang. 










Di sini, pelancong boleh meneroka hutan simpan sama ada melalui jalan darat atau melalui canopy walk. Pilih mana satu yang berkenan di hati.

















Canopy walk sepanjang 343 meter ini mempunyai 2 menara yang dinamakan Bristlehead dan Trogon. Kalau rajin, bolehlah cuba naik ke atas. Boleh nampak seluruh kawasan hutan simpan dari atas.

Longgar jugak sendi-sendi kaki lepas naik tangga setinggi 25 meter nih, Fuhhh,,berpeluh..!

For more info click >> HERE

Bristlehead tower



Trogon tower





Boat ride : RM5/boat.


Next, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok...! 

Haaa, kalau sesiape ingat masa belajar subjek kajian tempatan / alam dan manusia masa sekolah rendah, ade la sebut pasal tempat ni.

Ia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menyelamatkan serta menyediakan tempat perlindungan untuk anak-anak orangutan yang semakin kepupusan pada tahun 1964. Kira macam rumah anak-anak yatim orangutan yang kehilangan ibu-bapa akibat aktiviti penebangan hutan, pembalakan serta pemburuan haram.

They are trained to survive in the wild, and will be released once they are ready. Pusat pemulihan ni terletak dalam hutan simpan Kabili-Sepilok yang merangkumi kawasan seluas 4,300 hektar.




Tiket masuk RM5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Kalau nak bawa kamera kena extra charge RM 10.

The main attraction is definitely orangutan feeding times at 10 am and 3 pm. Nasib baik kami sampai pukul 2.30 petang. Sempat la tengok ranger bagi diorang makan pisang & minum susu.

Punyalah ramai orang, especially foreigners. Minat sungguh diorang tengok orangutan makan pisang. Macam-macam aksi orangutan ni tunjuk, yang kurang senonoh pon ade.

Anyway for more info about this sanctuary, click >> HERE or >> HERE.




Finally, we headed to Sandakan Memorial Park which located 11 km outside the city centre. Taman ini mula dibuka secara rasmi pada 15 februari 1999 untuk mengingati tahanan perang yang terkorban semasa perang dunia kedua.

Kisah tragis yang menimpa 2400 orang tahanan perang ini harus dijadikan iktibar serta pengajaran buat kita semua.

Kem tahanan ini dibina antara tahun 1942-1945 semasa penjajahan Jepun, era perang dunia kedua. Ramai dari tahanan perang tersebut (1800 Australian, 600 British) dipindahkan dari Singapura untuk dijadikan buruh bagi pembinaan lapangan terbang.

Kem tahanan tersebut mempunyai 2 bahagian, setiap satu untuk tahanan Australia dan British.

Tragedi 'kawat maut' yang berlaku antara Januari hingga Ogos 1945 ini bermula setelah pihak jepun menyedari mereka telah kalah dalam perang dunia kedua. Kesemua tahanan perang tersebut dikerahkan dari kem tahanan di Sandakan ke Ranau yang merangkumi perjalanan sejauh 250 km.

Mereka dipecahkan kepada 3 kumpulan, kumpulan pertama memulakan perjalanan merentas hutan, bukit bukau, dan jalan berliku pada bulan Januari 1945.

Kumpulan terakhir bergerak pada bulan Ogos 1945. Tahanan yang tidak mampu berjalan telah ditembak mati di kem tersebut.

Tiada seorang pun dari mereka yang ditinggalkan di kem, selamat untuk menceritakan keadaan sebenar di kem setelah kumpulan terakhir memulakan perjalanan. Ia dinamakan "kawat maut" kerana sebahagian besar dari tahanan tersebut telah terkorban sepanjang perjalanan.

Merentas hutan belukar sepanjang 250 km dengan berkaki ayam (atau kasut yang koyak-rabak), tanpa  makanan dan minuman yang mencukupi, menyebabkan sebahagian besar dari mereka terkorban di sepanjang perjalanan.

Daripada 2600, hanya 6 orang tahanan, kesemuanya rakyat Australia, terselamat. 2 dari mereka berjaya melarikan diri semasa 'kawat maut' kedua, 4 lagi bolos semasa melakukan tugas di kem Ranau. Tiada seorang pun orang British yang terselamat.



A boiler, an alternator, and an excavator are all that are left behind. They are still in their original position since almost 80 years ago.








Sebuah muzium mini dibina di satu sudut taman bagi memperingati sejarah berdarah tersebut. Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut mengenai tragedi tersebut yang diceritakan dengan secara terperinci melalui tayangan video dan juga papan-papan kenyataan. You guys get to see the faces of the 6 survivors inside the museum.








I hope you guys get to learn something out of this gruesome story. Lest we forget how these soldiers and civilians had suffered the atrocities.

Don't let the history repeat itself. And don't forget about our brothers and sisters in Palestine, Syria, Egypt, Burma and elsewhere around the world. Keep praying for them.

On a side note, we met a newlywed couple who was having wedding photoshoot in the memorial park during that blessed afternoon. May you guys find happiness till Jannah, amin.


So that's it for Sandakan holiday. Walaupon tak dapat tengok proboscis di labuk bay, tetap puas hati dapat bercuti di bandar kedua terbesar di Sabah ni. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menerima kehadiran kami. Hiii. I would love to come and visit Sandakan again in the future, inshaAllah.


The journey back to Kl was pretty much uneventful. Our dinner, nasi beriani with ayam kurma was awesome in complement with a glass of hot tea.

Thank you Allah for giving me the opportunity to visit the historical town of Sandakan. I hope you guys enjoy reading the blog. See you guys next time inshaAllah, & assalamualaikum.


2 comments:

  1. Terima kasih aras perkongsiannya.:) Baru berpindah ke Sandakan tahun ni, tak tau lagi di mana tempat jalan2 yg best kat sini...posting sedikit sebanyak membantu. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. enjoy your stay. I miss Sabah. so many amazing places to explore.

      Delete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...