Friday, 26 July 2013

Bon apetit : Chicken Quiche (26/7/13)

Assalamualaikum, salam Ramadhan semua,

Jam otak sebab rushing sangat menulis pasal percutian. Alhamdulillah coretan ke Australia dan Sandakan telah pun disiapkan. Sekarang saya tengah edit gambar2 percutian di New Zealand pada bulan lepas. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi memberi feedback pasal penulisan saya. I really appreciate it. InshaAllah, i'll try to improvise my writing in the future. But for now, I'm taking some time off from writing about traveling. Instead, saya nak kongsi sikit pengalaman menyediakan quiche (pronounced as kich). Ok x? Hehe.

I must be crazy writing about cooking, cause I'm a bad cook (if u consider someone who can only, and only prepare a decent bowl of instant noodle as a cook, haha !). Okay I should not have called myself a cook. Tau makan je. Cooking is definitely not my interest. Tapi kadang-kadang tu, terase gak nak makan masakan sendiri. So masa edit gambar dekat The Hobbiton Movie Set semalam, keluar la gambar vegetarian quiche yang Fuad order masa kat The Shire's Rest Cafe. Memang sedap. Terus mengidam. Tapi mana la nak cari kat Temerloh ni. Kena la buat sendiri.

So, here am i writing about how to make a chicken quiche. Plus my bestie syafiqahazahari, and Syed Adli requested the recipe after i posted it on my FB/Instagram yesterday. Without further ado, let's get started.


PART 1 : BASE

Bahan-bahan:
- tepung gandum (250 gm)
- Butter (125 gm)
- 2 sudu besar tepung susu
- air secukup rasa

Arahan:
- Gaul sebati semua bahan-bahan (kecuali air) sehingga jadi macam bread crumbs
- lepas tu tambah air sudu demi sudu untuk jadi doh (be stringent, don't just pour in)
- canai kan doh menjadi nipis dan letak dalam acuan
- bakar dalam suhu 170' selama 15 minit, kemudian sejukkan

*** ada orang lepas siap doh die sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit. Which one is better? I don't know. Ikut suka ati korang la yek. If you feel like storing it first in the fridge, go ahead.



Kalau korang malas nak bancuh sini bancuh sana, beli je yang dah siap kat kedai. Tentunya lebih cantik dan kemas. Takde lah semak dapur. Selalu doh yang dah siap ni orang guna untuk buat pai. (Wah, cam expert sangat je bab-bab memasak ni). Nak cari katne? Hmmm,,,baik tanya mak korang. Haha.


 PART 2 : FILLING

Bahan-bahan:
- sebiji bawang besar dicincang
- ayam cincang (150 gm) *
- sayur campur (150 gm) ** (saya ambil jagung dan carrot, asingkan kacang hijau sebab tak suka)
- daun kuchai sesuka hati
- 2 sudu besar tomato puri
- 1 sudu besar sos cili
- garam & pepper secukup rasa (kalau tak dapat rasa sebab puasa, hantam taram je la)
- butter (125 gm)

* kalau tak nak ayam cincang, ayam dipotong dadu pun boleh. Kalau takde, ganti dengan daging cincang
** ade chef tu suka letak asparagus banyak2 dalam quiche die. Tomato pun sodap jugak. Actually masuk je ape2 sayur yang korang suka. The more the merrier, & more nutritious !

Arahan:
- panas kan butter
- tumis bawang, kemudian masukkan tomato puri dan sos cili
- masukkan ayam cincang, diikuti sayur-sayuran dan garam & pepper
- sejukkan

PART 3 : SALT ROYALE

Bahan-bahan:
- susu cair (250 ml ) : saya guna Dutch lady full cream
- whipped cream (50 gm)
- 3 biji telur
- salt & pepper secukupnya

Arahan:
- kacau hingga sebati, tu je...!

PART 4: TOPPING

Bahan-bahan:
- Mozzarella cheese (250 gm)
- Parmesan cheese (50 gm)


Arahan:
- isikan filling dalam doh
- taburkan cheese, tuangkan salt royale
- bakar dalam suhu 170' selama 25 minit @ atau sehingga masak



Voila !...my very own and first ever chicken quiche. Simple kan resepi ni?. Harap perkongsian ni dapat membantu kalian. Selamat mencuba. Masaklah dengan seikhlas hati. Bak kata chef Ammar El-Ali,,, " masak dari hati, masak with iman "... See you guys next time, assalamualaikum...!

2 comments:

  1. erm.... looks yummylious! hehehe.... bleh try ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke. haha. sila try. yg original kt NZ mmg sgt sodap !

      Delete