Saturday, 20 July 2013

Awesome Australia - Day 6 (2/3/13)

Assalamualaikum, salam Ramadhan semua.

This is going to be a very short entry. We got back to Sydney today. Lepas check out pagi tu, kami naik bas ke pusat bandar. Lepas tu, naik train dari central station ke domestic airport.


Flight kami JQ815 bertolak tepat pada pukul 11.45 pagi. Sebak didada mengenangkan cuti yang hampir berakhir. Why do all good things must come to an end? Huuuu !..

Anyhow, setiap yang bermula pasti akan berakhir, itulah kenyataan hidup. Dunia pun akan berakhir suatu hari nanti, janji Allah yang pasti.



Hujan lebat sekali lagi membasahi bumi Brisbane. Syukur penerbangan tak ditunda. Kami selamat mendarat di Sydney Domestic Airport pada pukul 12.45 tengah hari.

Since tak dapat book Malaysia Hall, untuk 2 malam terakhir di Sydney kami bermalam di Ibis Budget Hotel. Dari airport, kami ke hotel menaiki teksi. Kali ni pemandu teksi asalnya dari Indonesia. Waduh-waduh, ramah amat kok bapak nya.

Dia dah bermastautin di Australia dari tahun 90-an. Serata pelosok rantau dia dah pusing. Tapi yang die paling suka Sydney. That's why he decided to settle down in Sydney.


Lepas check-in dan solat, kami keluar untuk ke Lakemba. Lakemba merupakan satu kasawan pinggir bandar yang terletak 15km dari pusat bandar Sydney.

Menurut kata pakcik teksi tadi, ada satu jalan kat sini yang banyak makanan halal. Haldon street namanya. Kebanyakan immigran beragama Islam tinggal di kawasan kejiranan di Haldon street.

So dari Ibis Budget hotel, kami naik bas M90 ke Strathfield station. Then tukar bas untuk ke lakemba (tak ingat no bas).


Sampai je kat Haldon street ni, memang jakun abes. Semua restoren halal. Nafsu makan membuak-buak. Rambang mata nak pilih restoren mana.

Sambil jalan sambil survey menu. Buat pertama kali sepanjang di Australia, kami terdengar bacaan ayat suci Al-Quran. SubhanAllah tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu.

Bismillah supermarket

Akhirnya kami singgah di satu restoren arab yang menyajikan nasi ayam. Terus masuk dan order. Portion nasi dan ayam memang besar. Dah tak pandang kiri-kanan dah. Ayam dia masyaAllah lazatnya, sehingga menjilat jari ! betol betol betol !



Bila selesai makan, hari dah nak senja. Kami terjumpa masjid di kawasan kejiranan tersebut. Tak masuk pun. Kami terus balik ke hotel sebab dah kepenatan, nak rehatkan badan.

Plan keesokan harinya kami nak naik Sydney tower, pergi aquarium dan datang sini balik nak makan kat satu Thai restaurant ni yang macam best je masakan nya. Till then, assalamulaikum.


No comments:

Post a Comment