Pejam celik, pejam celik, dah masuk hari ke-11 kita berpuasa. Satu pertiga sudah pun disempurnakan. Alhamdulillah. Saya doakan kalian semua sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah. Amin.
Brisbane skyline, taken from BigSkyline.com
Cuaca mendung pagi tu. Plan kami hari ni nak naik feri, shopping sourvenir dan makan2 kat restoren halal.
Antara tempat-tempat pelancongan menarik di bandaraya Brisbane termasuk lah City Botanic Garden, Queensland Gallery of Modern Art, Museum of Brisbane, Kangaroo Point Cliffs (rock-climbing), Wheel of Brisbane, Brisbane City hall, Fortitude Valley, China Town dan banyak lagi.
Bagi yang gemarkan shopping, boleh membeli-belah di Queen Street Mall dan Direct factory Outlet (DFO). The following photos were taken at city centre.
Brisbane merupakan ibu negeri Queensland. Ia mempunyai kepadatan penduduk ketiga tertinggi di Australia selepas Sydney dan Melbourne, iaitu melebihi 2 juta orang.
Pusat bandar Brisbane dibina menyusuri sungai Brisbane, which is probably why it is vulnerable to flooding.
Setakat ini, bandar Brisbane telah dilanda tiga banjir besar, yang terakhir adalah pada tahun 2011.
Brisbane juga merupakan bandar pelancongan ketiga paling popular di kalangan pelancong selepas Sydney dan Melbourne.
Perkhidmatan feri seperti di sungai Brisbane mungkin sukar nak dijumpai di tempat-tempat lain di dunia. Just like bus and train services, ferry services are also very punctual. Thumbs up to Brisbane City Council for the effort of optimising and maintaining the public transportation.
Kami naik dari stesen North Quay, terus ke University of Queensland, patah balik sampai ke Teneriffe, kemudian patah balik dan turun di South Bank 1 & 2. Keseluruhan perjalanan mengambil masa kurang lebih 2 jam.
Lorong ke perhentian feri
And the cruise begins....
Hujan turun sekejap-sekejap membasahi bumi Brisbane pagi jumaat tu. Even so, it was such a wonderful and meaningful experience, at least for me.
Menyusuri sungai Brisbane yang tenang, fikiran jadi lapang. My mind was in a state of complete peace. I had time to think, and rethink, and re-evaluate about my whole life. It's a perfect way to muhasabah oneself i'd say.
Stesen Bulimba
Air sungai agak keruh mungkin disebabkan faktor hujan dan banjir yang baru sahaja surut. Walaubagaimana pun, kebersihan sungai dan kawasan sekitarnya masih terjaga rapi.
Kami sampai di perhentian South bank 1 & 2 pada pukul 12 tengah hari. Mentari mula memancarkan sinar tapi suasana masih redup dan dingin.
South Bank !
Taman tepi tasik
Kami ambil masa sekejap untuk jalan2 sekitar taman. Tengah hari pun ada lagi yang berjogging. Salute !
Memandangkan semalam kami dah naik Skywheel di Gold Coast, yang ni kami tak naik le. Tapi bergambo le jugak 3-4 frame. Entrance fee untuk Wheel of Brisbane ni lagi mahal dari Skywheel Gold Coast. Huuu.
Lepas tu kami merayau-rayau di sekitar South Bank. We spent few minutes in the Queensland Museum.
Tapi sebab dah lapar sangat, cepat2 keluar cari makan. Sebelum tu sempat la google map restoren-restoren halal sekitar south bank (free wifi inside the museum).
Wheel of Brisbane
Queensland Museum
Akhirnya sampailah kami di Little Malaysia Restaurant di West End. Tak mau cakap banyak, ni menu yang kami order. Nasi lemak kari ayam, nasi goreng daging, satay, roti canai, dan jus buah. Makan sampai lebam !
Alhamdulillah. Lepas makan pengsan ! Portion makanan ikut saiz mat saleh, giler banyak !
We're back to city centre after lunch (by bus). Hari masih mendung dengan hujan sekejap-sekejap. Mula-mula kami shopping kat Queen Street Mall. Lepas tu beli sourvenir kat satu kedai ni (boleh tahan murah jugak harga kat sini).
Sedar-sedar hari dah nak gelap. Terkejar-kejar naik bas sebab tak solat lagi. Nasib baik sempat solat jamak asar & zohor. Malam tu kami lepak2 kat bilik kemas barang je. Esok flight balik ke Sydney.
Okay guys, wait for my next entry. Till then, assalamualaikum.
Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.
ReplyDeletethanks for sharing...wuld love to go to Perth someday
Delete