Gold Coast merupakan bandar kedua terbesar di Queensland selepas ibu negerinya, Brisbane. Ia merupakan bandar keenam paling tinggi populasi penduduk di Australia selepas Sydney, Melbourne, Brisbane, Perth and Adelaide.
Terletak lebih kurang 94 km dari bandaraya Brisbane, Gold Coast merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di Australia. It is famous for it's surfing beach, theme parks, nightlife etc.
The 2018 Commonwealth Games will take place here. Just look at how gorgeous the skyline is in the photo below (from sactyr photography).
Selepas solat subuh, kami bersiap untuk ke Gold Coast. Semalam sebelum balik ke guesthouse, kami singgah ke Brisbane Central, stesen keretapi di tengah bandar Brisbane untuk mendapatkan maklumat mengenai perjalanan ke Gold Coast.
Go card kami dah top up siap2. First, let's look at the Brisbane train and busway network full map.

Just like Sydney train map, it is colour-coded. Yang warna kuning & merah tu adalah Gold Coast line. Perjalanan dari Brisbane Central mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Stesen terakhir adalah Varsity Lake. Tapi kami akan turun di stesen Coomera untuk ke Dream World. Okay ni ha dah zoom siket map tu. Coomera adalah stesen ke-5 terakhir.

Sebelum keluar, sempat la kami breakfast dengan pizza semalam. Untung jugak kami terpesan lebih makanan semalam, dapat jugak tapau bawak balik. Jangan risau, sebab dalam bilik memang ada peti sejuk dan microwave untuk panaskan makanan.
Lebih kurang pukul 6.30 pagi kami menaiki bas menuju ke pusat bandar Brisbane. Orang ramai dah berpusu-pusu keluar untuk pergi kerja.

Brisbane City
Central Station
Yang best nye Queensland ni, bukan sahaja tengah bandar ade wifi free, dalam keretapi pun ade. So takde la bosan sangat perjalanan selama 2 jam tu, boleh online.
Sedar-sedar je dah sampai pon Coomera. Selepas keluar dari stesen keretapi, kami terus naik bas untuk ke Dream World (sori tak ingat no bas).

It took about 15 minutes to get from Coomera Train Station to Dream World. Alhamdulillah cuaca sangat baik. Mentari pagi memancar cerah di ufuk timur (mood puitis !)
Bila sampai, dah ramai pelancong yang beratur nak beli tiket. Dream world tak buka pun lagi.
Bila sampai Sea World, dah tengah hari. Panas mentari memang bahang sungguh. Harga tiket kat sini pun 89 AUD jugak. Zul memang teringin sangat nak masuk aquarium tapi disebabkan harga tiket yang sangat mahal, tak jadik ! Apa-apa pun, bergambar dulu sebagai bukti kami dah pun sampai ke sini. Haha...
Bila sampai, dah ramai pelancong yang beratur nak beli tiket. Dream world tak buka pun lagi.
Punya ramai dah beratur
Dah bergambar sakan, kami pergi la survey tiket. Sekali 89 AUD da seorang dewasa. RM 300 hengget sekali masuk?, Gulp !...Terbakar duit oncall sebulan.
Lagi sekali, sengal tak? Lansung tak study pasal tiket2 nak masuk theme park kat sini. Then again, first time travel....Pengajaran untuk next trip !
Hmmm,,,pikir panjang sebelum buat keputusan. Last2 tak masuk pun. Haha.
Actually kami datang Gold Coast ni pun nak jalan2 je. Sebab tu pergi balik hari je. Kalau dah masuk ke Dream World ni karang tak sempat la pulak ke pusat bandar dan pantai.
Buat syarat je, kalau orang tanya sampai tak ke Dream world? sampaiiiii...hehe. (Tapi tak masuk la !)

Dari Dream World, kami bergerak ke Sea World. Perjalanan mengambil masa satu jam setengah. Aiyyo ingat dekat2 je antara setiap taman tema ni. Dalam perjalanan, kami melepasi Movie World (sekadar memandang sepi, kalau berhenti turun pun bukan nye mampu nak masuk, huuu !)
Perut dah berderup-derup bunyi rembesan jus asid dari dinding perut. Tak boleh jadik ni, kena makan dulu baru ada tenaga nak merayau-rayau.
Plus dah nak masuk waktu zohor dah. Lepas tanya warga tempatan, kami naik bas untuk ke pusat bandar. Jalan punya jalan terjumpa la restoren halal yang menyajikan makanan lazat timur tengah. Apa lagi, terus masuk.

Pemilik restoren ni seorang pemuda berasal dari timur tengah. Restoren ni baru je dibuka dalam 2 tahun. Sebelum tu dia berniaga kat tempat2 lain di Australia tapi katanya kat sini paling untung sebab memang banyak pelanggan.
So both of us ordered this dish (tak ingat nama tapi ayam la). Saya minum jus, Zul pulak mintak teh tarik kat brother tu (ade ke patut?). Nasib la die memahami selera orang Malaysia. Dia buat Milk Tea special untuk tuan haji kita ni. Hohoho.

Ade ala-ala Al- Rawsha tak?
Teh tarik special untuk customer demanding nih, hehe!
Selesai makan, kami mintak untuk tumpang solat. Die takde tempat khas untuk solat so die kasik kitorang solat kat dapur je, beralaskan kotak kosong.
Alhamdullillah, asalkan yang wajib disempurnakan dulu, baru la tenang nak buat pekerjaan yang lain.

Selesai makan & solat, kami berjalan-jalan sekitar bandar. Untuk mereka yang gemarkan hiburan, Gold Coast lah tempatnye. Macam-macam ade, tinggal lagi nak ke tak nak je.
Belek punya belek brochure yang kami ambil dari Brisbane airport, terjumpa la Draculas Haunted House. Entrance fee 25 AUD seorang. Tapi since ade voucher free kat dalam tu, dapat 30% off. For more info about Draculas Haunted House, click >> DRACULA.

Pintu masuk
P/S : Gambar-gambar diambil dari official website Dracula.
Tu dia, ade 5 tingkat. Ground floor, the dead zone, phobia level, carnival of freaks dan underworld. Ni memang nak kasik orang kena heart attack nih.
Bagi yang lemah semangat dinasihatkan toksah masuk la. Terkucil nanti.
Jom tengok gambar dalam rumah hantu ni. Banyak pakai flash sebab dalam ni memang gelap-gempita (betul ke penjodoh bilangan ni? was-was !).

Underworld lah sangat !
Tak mampu nak cerita apa yang ade kat dalam tu. Macam-macam cara diorang nak takutkan pengunjung. Nak tau datang la sini, experience it yourself. Memang sangat berbeza dengan yang ada kat Malaysia.
Sampai satu level tu, terjumpa la budak lelaki ni umur dalam 10 tahun agaknya, dengan ayah die. Kesian tengok die terpekik-terlolong. Ayah die hanya mampu gelak je (tak patut, tak patut). Dalam ketakutan tu, tiba2 dia tanya kitorang ;
U guys can speak chinese?.... Erk ! Apa kes? Kulit sawo matang tak nampak ke dik? Kesian, kesian. Sampai macam tu sekali penangan rumah hantu 5 tingkat ni. Jangan main-main !
Anyhow, we managed to get out of this place in one piece, hihi. Sebelum keluar staf tunjuk aksi-aksi cuak kami kat dalam tu melalui CCTV. Sempat jugak diorang snap 3-4 gambar kami kat dalam tu.
Kalau teringin nak buat kenangan, boleh beli gambar tu. Tak sure berapa dollar sekeping gambar sebab kami tak beli. Tapi dapat gelang free ni ditulis... "I survived Draculas Haunted House"

Tekak rasa perit lepas jerit/gelak sakan dalam rumah hantu tadi. Tiba2 terjumpa sourvenir shop. Singgah la kejap.
Sekali harga memang murah giler nak banding dengan harga kat Sydney dengan Brisbane. Terus borong la.
Lepas tu jalan-jalan lagi jumpa Ripley's Believe It or Not Museum. Tapi sebab kiri kanan tangan penuh dengan barang-barang borong tadi, tak jadi masuk.

Dari jauh dah nampak skywheel berputar. So kami decide nak naik skywheel (sangat tak mencabar kan...)
Selain dapat tengok pemandangan sekitar Gold Coast, dapat jugak lepak-lepak rehatkan kaki. Saya tak ingat berapa entrance fee untuk naik skywheel ni, tapi tak mahal la.

Berikut adalah gambar2 yang diambil dari dalam kabin skywheel semasa sedang berputar. Banyak yang tak jadik. Al-maklum lah, kamera phone je. Yang jadik pon empat gambar ni jek..
Q1 building (Queensland Number One) - bangunan tertinggi di Australia
Hari dah mula nak gelap. Alang-alang dah sampai ke Gold Coast kenapa tak ke pantai kan?..So swiftly, we walked to the beach, snapped a few photos and walked back to the bus station.
Punya la ramai orang kat pantai, uisshh, macam-macam aksi ada. Then we took the bus to Coomera station and,,,another 2 hour journey back to Brisbane city.

Hari sebelumnya, semasa dalam bas untuk ke Ellie's Guesthouse, kami nampak banyak restoren-restoren India dan Indonesia di sepanjang jalan. So malam tu plan nak makan-makan kat situ le.
Lepas mandi, kami keluar untuk pergi dinner. Jalan kaki je sebab restoren-restoren ni dekat je dengan Merthyr Road. Malangnya kesemua restoren ni serve liquor.
Restoren Indonesia tu menu siap dalam bahasa Indonesia lagi (nasi goreng, ni, nasi goreng tu..) tapi alih-alih serve liquor jugak. So tak jadik la makan.
On the way balik, singgah 7eleven, terjumpa la Indo mee (ade logo halal Indonesia). So itu la menu kami malam tu, Alhamdulillah.
Ok, setakat tu je pengalaman saya di Gold Coast. Harap dapat membantu walaupun tak banyak. Esoknya, kami habiskan masa di Brisbane (shopping, river cruise, makan-makan etc).
Till then, Assalamualaikum.!

No comments:
Post a Comment