Day 3 in Australia, we flew to Brisbane. After subuh prayer, we got on the bus to Randwick city. From there, we got on bus to domestic airport.
We reached airport at around 9 am. Lepas check-in, lepak2 kat airport je menunggu flight pukul 11 pagi. Kami memilih Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah tempatan yang merupakan anak syarikat kepada Qantas Airway.
Tiket sehala Sydney-Brisbane adalah 39 AUD (15 kg luggage)
Boarding pukul 10.25 pagi. Secara kasarnya, interior Jetstar ni sama je dengan Air Asia. Perjalanan mengambil masa sejam sahaja.Beberapa minggu sebelum flight ke Sydney, bumi Queensland dilanda banjir teruk. Masa keluar kat TV pasal banjir tu, tawakal je la, sebab flight & guesthouse dah book pun. Brisbane dan Gold Coast kedua-duanya terletak dalam negeri Queensland.
Dari dalam flight dah nampak air sungai naik sampai ke tebing. Cuaca pun agak mendung. Alhamdulillah tepat pukul 12 tengah hari kami tiba di Brisbane Airport. Collect luggage, amik sebanyak brochure yang mungkin pasal Brisbane & Gold Coast tourism, then kami terus ke tempat menunggu teksi.
Penginapan kami untuk 3 malam di Brisbane saya book melalui AGODA. Dari airport ke Ellie's Guesthouse di Mertyr Road hanya 16 km sahaja. Alhamdulillah kami selamat sampai di Ellie's guesthouse dalam pukul 1 tengah hari. Tambang teksi 42 AUD yo. Tak nak kalah dengan teksi di Sydney. Mahal !,
Pakcik bas yang tak banyak cakap. Tanya sepatah, dijawab setengah patah je. Huuu
Merthyr Road
Ellie's guesthouse terselindung di sebalik rimbun pohon besar tu. Gambar di bawah ni dari pandangan sisi. Office di tingkat atas, bilik-bilik di tingkat bawah. Kami tinggalkan beg kat bawah dan terus naik ke atas untuk check-in.
Staf bertugas hari tu, Naina menyambut mesra kedatangan kami. Registration process was easy. We got no problem booking from Agoda. Dengan sukarela nya Naina bentangkan peta bandar Brisbane depan kami dan explain satu-satu pasal pelancongan kat Brisbane ni.
Brisbane River melingkuk macam ular kena palu
Since hari masih cerah, dan cuaca baik, Naina suggest kami pergi ke Lone Pine Koala Sanctuary.Plan asalnya kami nak pergi ke Taroonga zoo bila balik Sydney nanti. Tapi fikir-fikir balik, Taronga zoo lagi mahal tiket nye & lagi ramai pelawat especially weekends. So peluang untuk bermesra dengan beruang koala dan kangaroo tentulah kurang sikit kan?. Lagi pulak ramai-ramai orang, segan !.
So kami berdua sebulat suara untuk ke Lone Pine Koala Sanctuary petang tu. Naina suggest naik Brisbane River cruise bila free. Lepas tu boleh ke South Bank sebab kat situ lagi banyak shopping complex, muzium, & restoren.
Registration counter
Go card ni hanya ada di negeri Queensland sahaja. Ia boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan awam seperti bas, keretapi dan feri.
Kad boleh dibeli di mana-mana convenience store, harganya 5 AUD. Macam Touch N Go, korang top up la kad ni mengikut keperluan. Bila nak guna pengangkutan awam, just hop on and swipe the card and you're ready to go. Tak perlu bawak syiling kehulu kehilir.
Plus, the fare is much cheaper with the card compared to paying cash. Untuk maklumat lanjut mengenai Go Card, klik >>> SINI
Easy come, easy go !. Haaa, macam lagu Bruno Mars Grenade je kan? Memang mudah perjalanan dengan kad ni. Colour-coding ikut kategori umur. Untuk dewasa kad warna biru.
We got on a bus to city centre before taking the bus to Lone Pine Koala Sanctuary. You can either take the bus no 445 from Adelaide street or no 430 from Queens street.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Dalam bas, dapatlah disaksikan kesopanan dan kesusilaan rakyat Brisbane. Setiap penumpang menyapa mesra pemandu bas. Tak pun pemandu bas yang say hi dulu kat penumpang (termasuklah kami, hehe).
Bila ada warga emas yang naik, pemandu bas akan tunggu sampai lah diorang duduk dulu, baru bas gerak. Kami berkenalan dengan 2 orang gadis tempatan yang sangat friendly dan bermurah hati nak tunjuk jalan. Akhirnya selepas sejam, sampailah kami ke destinasi yang dituju.
Lone Pine Koala Sanctuary is the oldest and largest Koala Sanctuary on earth. Mula beroperasi pada tahun 1927, keluasannya melebihi 11 ekar.
Selain beruang koala, haiwan lain yang terdapat di sini termasuk kangaroo, Tasmanian Devil, wombat, buaya, burung unta, burung hantu dan pelbagai lagi species burung.
Platipus pun ade. Kalau tak silap dulu masa belajar sains katanya platipus dah pupus. Rupa2 nya, silap ! Fikir2 balik, yang pupus tu burung dodo. Huahua.
Anyway, untuk keterangan lanjut mengenai zoo ni, klik -->> SINI.
Zoo ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang. Entrance fee 33 AUD seorang dewasa. Kami dibekalkan dengan peta semasa pendaftaran supaya tak sesat.
So jom enjoy gambar. First up, burung. Lagi sekali minta maaf gambar buruk. Takde kamera, tangkap gambar guna handphone je. Since gambar burung-burung semuanya buruk, yang bawah ni sekadar hiasan sahaja. Huuu.
Lepas burung, PLATIPUS. Mungkin ade yang tak pernah dengar pun pasal platipus ni. So basically, the most unique feature of platipus is that, although they are mammals, they lay eggs. Haaaa, mana nak jumpa mamalia yang bertelur? Mulut macam itik, ekor macam memerang. Memang unik !
Aquarium platipus ni terletak dalam satu bilik gelap. So ade sikit cahaya je. Tak tahu la sebab ape. Mesti tak nampak kan mane 1 platipus nya. So saya upload satu gambar platipus dari pakcik google. Tatap jangan tak tatap wajah platipus ni. Hensem?
Hujan mula turun rintik-rintik. Tak la lebat sangat. Aktiviti tergendala selama lebih kurang 10 minit. Afterwards, sambung balik la tour.
Next stop, beruang KOALA !.. aiyyo tak tau la how excited we were, seeing those Koalas. So adorable !. Duduk bertenggek je kat atas pokok sambil makan daun. Pandai pulak die posing bila kita nak tangkap gambar die.
Next stop, beruang KOALA !.. aiyyo tak tau la how excited we were, seeing those Koalas. So adorable !. Duduk bertenggek je kat atas pokok sambil makan daun. Pandai pulak die posing bila kita nak tangkap gambar die.
Alolo, kiut sangat korang nih !
Joey = anak koala, kangaroo dan segala jenis anak marsupial yang lain
Acecececeh !. Tinggi nye panjat, tak gayat ke dik??
Tikus?
Tupai?
Memerang?
Semuanya salah. Makhluk tersebut adalah TASMANIAN DEVIL. ! Seramnye nama.
Okay maybe saya patut explain sikit pasal marsupial terlebih dahulu. Marsupial adalah salah satu kumpulan dalam keluarga mamalia yang mempunyai 'kantung' di badan untuk membawa anak-anak mereka ketika kecil.
Contoh marsupial termasuk kangaroo, beruang koala, beruang wombat & Tasmanian devil. Kebanyakan marsupial di dunia boleh dijumpai di Australia (> 70%). Selebihnya boleh dijumpai di Amerika selatan, Mexico dan Amerika utara.
So kenapa DEVIL?..Haaaa, tak seperti marsupial lain (koala, kangaroo) yang makan daun, Tasmanian Devil ni makan daging. Maknanya, diorang ni dalam kategori karnivor la (pemangsa).
In fact, Tasmanian Devil is the largest living carnivorous marsupial. Since diorang hanya boleh dijumpai di pulau Tasmania, hence the name Tasmanian Devil.
Seterusnya di satu sudut, ade Koala Hug. Boleh bergambar bersama Koala. Sory tak ingat berapa dollar diorang charge untuk peluk Koala nih.
Bukan main berat budak-budak ni. Slow motion giler. Bile staf letakkan diorang atas tangan kita, die gerak kepala perlahan-lahan menghadap kamera.
Agaknya entah berapa ribu kali dah die buat mende haram ni. Dah beribu-ribu pelancong dari pelbagai negara dah peluk die. Bau badan pun semacam je, hehe.
Ko memang comel dik ! Jom ikut balik Malaysia jom !
Nasib baik pekerja-pekerja zoo ni sempoi. Dia kasik la snap 2-3 shot. Nak lama-lama tak boleh. Ramai orang dah beratur menunggu giliran nak bergambar.
Lagi satu, diorang kena tukar Koala yang telah dipeluk pelancong dari masa ke semasa. Agaknya Koala pun meluat dengan manusia kot. hehe.
Sebenarnya, Koala Hug hanya dibenarkan di negeri Queensland sahaja. Kat New South Wales, Koala Hug telah diharamkan sejak tahun 1997. So kalau kami pergi zoo kat Sydney, memang tak merasa lah nak peluk cium Koala (tak tahu pun sebenarnya, bila buat research pasal nak tulis blog ni baru tahu).
Itupun setiap ekor koala ni hanya boleh dipegang selama 30 minit sahaja dalam sehari. Then, setiap hari ketiga diorang dapat off. Koala pon ade shift dengan day off jugak. Gaji koala bayar tak? hiks.!
Ini semua untuk memastikan yang kesemua 130 ekor Koala dan joeys dapat makan dan tidur yang secukupnya. So inilah hasilnya...
Itupun setiap ekor koala ni hanya boleh dipegang selama 30 minit sahaja dalam sehari. Then, setiap hari ketiga diorang dapat off. Koala pon ade shift dengan day off jugak. Gaji koala bayar tak? hiks.!
Ini semua untuk memastikan yang kesemua 130 ekor Koala dan joeys dapat makan dan tidur yang secukupnya. So inilah hasilnya...
Di kawasan belakang zoo ni ade padang lapang yang sangat luas. Kat sini la nak upclose & personal dengan kangaroo. Makanan kangaroo boleh dibeli di sourvenir shop dalam sanctuary ni. Beli la berapa beg makanan korang nak beli asal puas kasik makan diorang. So introducing...
Mak jemah?
Diorang boleh berdiri lama2 yo, Kagum !
Kangaroo jinak sangat. Agak rakus bila ade orang offer diorang makanan tapi takde la sampai mencederakan manusia. So don't be afraid. Cari punya cari jumpa jugak kangaroo yang ade anak dalam poket. Tapi yang ni betul2 menyorok. Ekor je kluar siket.
Nampak tak ekor anak kangaroo dalam kantung tu?
Burung kasawari
Memang puas hati dapat main-main dengan koala & kangaroo. Tak jumpa haiwan-haiwan comel ni kat tempat lain. Nak tau macam mana bau koala & kangaroo, datang jumpa diorang kat Australia. Memang berbaloi.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti-activiti kat sini yang best seperti 'Birds of Prey'. Korang boleh bermain & bergambar dengan burung helang atas tangan. Tapi kami terlepas sebab pertunjukan sebelah pagi (tak study, mana la nak tau kan?)
Sebenarnya banyak lagi aktiviti-activiti kat sini yang best seperti 'Birds of Prey'. Korang boleh bermain & bergambar dengan burung helang atas tangan. Tapi kami terlepas sebab pertunjukan sebelah pagi (tak study, mana la nak tau kan?)
So afterwards, kami terus balik ke city centre. Sampai di Brisbane city hari dah gelap. Mula lah merayau-rayau cari restoren halal. Nasib ade free wifi. Akhirnya kami jumpa restoren halal kebab, Empire Kebab.
2 hari berturut-turut makan fillet o fish, rasa syukur sangat terjumpa restoren ni. Apa lagi, nafsu makan membuak-buak. Rambang mata pilih makanan. Kalau boleh smue pon nak order. Nafsu of nafsu !!!
Restoren Empire Kebab dibuka 24 jam sehari. Korang boleh makan kat sini terus, atau bungkus bawak balik. Kalau breakfast ade special coffee package.
Kebab ditangan kanan, pizza di tangan kiri. Burrrppp!
Malam tu, kami tidur dalam kekenyangan. Alhamdulillah. Esoknya, kami akan ke Gold Coast. See u guys in my next entri insyaAllah. Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment