Saturday, 20 July 2013

Awesome Australia - Day 7 (3/3/13)

Assalamulaikum, salam Ramadhan to all readers !

Sedar tak sedar, genap seminggu kami bermusafir di bumi Australia. Hari ni kami akan ke Sydney aquarium since tak dapat masuk Sealife aquarium kat Gold Coast tempoh hari.

Dari Ibis Budget Hotel, kami naik bas M90 ke Strathfield station. By now, we've already gotten used to the efficient bus and train system.

U guys can look back at the train map i posted earlier >> HERE. Strathfield station tak jauh pun dari Central station.





Long story short, we arrived at Sea Life Sydney Aquarium at around 9 am. Kalau korang tengok kat dalam gambar bawah ni, Sea Life Sydney Aquarium terletak sebelah menyebelah dengan Madame Tussauds Sydney dan Wild Life Sydney Zoo.


Ticket counter


Basically, there are 5 attactions here ( The Sydney Tower Eye, Sea Life, Madame Tussauds, Wild Life, and Manly Sea Life Sanctuary).

Memandangkan kami dah pun bermesra sakan dengan Koala dan Kangaroo di Lone Pine Koala sanctuary, kami ambil combo 3 (They Sydney Tower, Sea Life, Madame Tussauds). Harganya AUD 70/pax.

First up, The Sea Life Aquarium. Jom tengok gambar. Again, sorry for the bad quality of photos. I'll get a proper camera for my next trip k.

Tortoise

Ikan keli? agaknye la...

Jellyfish

Prawn

Entah ! jentik-jentik kot.

Coral

Ikan 

Ikan lagi

Lagi-lagi Ikan

Penguin

Ketam bapak besar !

Kebulur...

Lagi ikan lagi

Ish banyak betul ikan, satu pun tak kenal, huahua

Yay, yang ni tau...Pari !

Anak jerung? Todak? Pedulik kan saja...

Pelancong memang sangat ramai hari tu. Maklum lah, hari ahad. Staf-staf kat sini sangat peramah dan kebanyakannya arif tertang haiwan-haiwan kat sini. Knowledge sains tip top.

Kalau rajin, korang tanya la diorang pasal haiwan-haiwan kat sini, nanti diorang cerita dari A sampai Z. Memang commited sungguh dengan kerja.





Anyway, Sea Life Sydney Aquarium merupakan antara zoo terbesar di dunia. Mula dibuka pada tahun 1988, ia menempatkan 650 spesies binatang.

Menurut kata staf yang memberikan penerangan, air dalam aquarium ni memang air laut yang diambil dari Darling Harbour. Diorang akan tukar air dalam aquarium ni seminggu sekali.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sea Life Sydney Aquarium, klik >> HERE


Ikan berjuta-juta lemon



Haaa sape yang teringin nak tengok dugong sila lah datang sini. Besar giler dugong rupenye. Dah macam ikan paus dah. Nampak ganas tapi makan sawi, haha. Rupa-rupanya dugong ni herbivor.

Dugong adalah antara haiwan yang diancam kepupusan. Ia hanya boleh dijumpai di perairan Indo-pasifik dan utara Australia.

Encik dugong makan sawi


Donation


Sebelum masuk ke Sea Life Aquarium tadi, kami diminta berdiri di satu sudut untuk sesi fotografi. Berikut adalah hasil photoshop gambar2 kami. Kena bayar ni ye, bukan free je. Haha, okla, not bad.





Seterusnya kami ke Madame Tussauds yang terletak bersebelahan dengan Sea Life aquarium. Madam Tussauds ni sebenarnya muzium yang menempatkan patung-patung lilin ikon popular dunia seperti pemimpin politik, pelakon, penyanyi, watak-watak superhero, ahli sukan dan macam-macam lagi.

Setengah kenal, setengah lagi lansung tak pernah dengar, hihi. Yang pertama kami jumpa, Leonardo DiCaprio, sebab patung die betul2 kat luar muzium. Memang nampak real patung ni.

For more info about Madam Tussauds, Click >> HERE !


Wolverine !


Mr DiCaprio

So jom tengok apa ada dalam muzium ni. Terlalu ramai selebriti. Ni hanya sebahagian sahaja. Hangpa kenai ka x kenai? Hehe...longlaq skejap !

Captain James Cook





Mahatma gandhi and former Prime Minister of Australia, John Howard



Memandangkan ni Madame Tussauds Sydney, maka nya patung Mark Weber la yang dipamerkan. Mungkin kalau pergi Finland baru boleh jumpa patung Kimi Raikkonen kot. Tapi tak kesahlah. Dapat jugak merasa duduk dalam kereta F1. Best !

Next, tennis icon Rod Laver and Lleyton Hewitt. I must say, tennis and F1 are my two favourite sports on earth. I enjoy these two more than any other sports existed.

Rod Laver adalah legenda kebanggaan Australia. Beliau merupakan pemain tennis no 1 dunia selama 7 tahun berturut-turut dari tahun 1964 hingga 1970. Selain memegang rekod sebagai pemain yang memenangi single title paling banyak dalam karier iaitu 200 titles, beliau juga merupakan satu-satunya pemain tennis (lelaki dan perempuan) dalam sejarah yang memenangi keempat-empat Grand Slam titles dalam tahun yang sama sebanyak dua kali. Hebat, hebat ! Roger Federer pun tak mampu.

Lleyton Hewitt pula merupakan pemain tennis termuda dalam sejarah memegang status sebagai pemain no 1 dunia (pada usia 20 tahun). Anyhow, my favourite player is still Roger Federer. So tak mo komen banyak2 pasal Lleyton. Dia pon tak kurang hebatnya. Ngeee !

Lleyton Hewitt - Rod Laver

Australian Cricket Stars - Tak kenai

Pakcik ni pun kami tak kenai

Justin Bibir - Albert Eistein

Albert Einstein once said, "Learn from yesterday, live for today, hope for tomorow. The important thing is not to stop questioning ". Wise words indeed !

Yang sebelah Mr Einstein tu pun hebat jugak,,,huahua !




Menyirap darah tengok kostum Iron Man nih. Rasa nak cilok je. Awesome giler !


Okay, that's it for Madame Tussauds. Seterusnya kami ke Sydney Tower yang terletak di Market road, kira-kira 1.6 km dari Sea Life Sydney Aquarium. Sydney tower merupakan pencakar langit kedua tertinggi di Australia selepas bangunan Q1 (Queensland number one) di Gold Coast.



Gambar kat atas ni sumber dari google. Tak mampu nak tangkap gambo cantik-cantik dengan phone camera. Haha. Kami naik ke observation deck.

Dari sini, boleh nampak seluruh kawasan sekitar Sydney, memang cantik. Lepas tu 4D cinema. Lepas tu,,,balik. Kalau ada kesempatan & kelapangan, korang boleh try Skywalk.

Untuk maklumat lanjut, klik SYDNEY TOWER.



Untuk kali terakhir sebelum kami meninggalkan bandaraya Sydney, sekali lagi kami ke Darling Harbour dan Sydney Opera House.

Waktu malam dah, waktu petang pun dah, sekarang waktu tengah hari pulak. Punya la sesak dengan pengungjung. Sedih la pulak nak meninggalkan bumi Australia nih. Hurmp !

InsyaAllah, I will come here again one day if God wills it. Macam pantun klasik Melayu: 

" Kalau ada sumur di ladang, 
boleh kita menumpang mandi, 
kalau ada umur yang panjang, 
boleh kita berjumpa lagi "












Since hari masih cerah, kami berdua sepakat nak naik Sydney harbour Bridge.  Bukan setakat merentas jambatan tuh, tapi bridge climb. Naik jambatan yang melengkung tu. Macam dalam gambar kat bawah ni (ambik dari google).




Tapi bila dah sampai atas, lepak-lepak kt pylon, kaki dah mula goyang. Penat berjalan hari ni. Lapar lagi satu hal. Akhirnya tak naik. Hahahaha. So ni lah hasilnya bila dah sampai atas jambatan.











Lepas tu, kami terus ke Circular Quay, naik train terus ke Lakemba. Semalam dah survey dah restoren-restoren halal yang lain dekat Haldon street. So hari ni kitorang nak makan dekat Restoren Thai Hut.





Untuk maklumat lanjut mengenai restoren Thai Hut, klik >>SINI. Menu kami petang tu, Thai fried rice, dengan BBQ chicken. MasyaAllah sedapnye, memang da bomb ! Ber-ba-loi-ba-loi.....




Ingat tak masjid yang kami jumpa kat Haldon street semalam?.. Alhamdulillah kami sempat singgah sekejap untuk solat jamak zohor + asar.

Lepas tu terus balik bilik sebab dah kena start packing luggage dan rehat. This has been the longest entry to date. Terima kasih kerana bersabar membaca dan melihat gambar.

Till we meet again, Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...