Monday, 22 July 2013

Soothing Sandakan - Day 1 (1/6/13)

Assalamualaikum, salam Ramadhan to all readers !

I had a chance to visit Sandakan early last month for 2 days. Perancangan awalnya, hanya nak attend majlis kahwin seorang rakan di sana. Tapi alang-alang dah sampai, why not take the chance untuk cuti-cuti Malaysia kan?. And so it happened.

Zul dan saya bertolak dari KL, Fuad & KZ dari Kota Kinabalu, Iskandar dan Ain dari Tambunan. We met up at Sandakan airport. Azuan who is currently working at Duchess of Kent Hospital in Sandakan picked us up from the airport. So kami menumpang tidur di rumah Azuan, semalaman je.

Itinerary percutian kali ni, Zul yang sediakan. Dia pernah bekerja di hospital Duchess of Kent selama dua tahun sebelum bertukar ke hospital Selayang. So here's the itinerary:

1/6/13 (sabtu):
- dijadualkan sampai pada pukul 11 pagi
- makan tengah hari di restoren makanan laut Sim Sim
- Agnes Keith House & Sandakan Memorial War
- pukul 3 petang -> river cruise di sungai Kinabatangan
- makan malam -> seafood buffet

2/6/13 (ahad):
- ke majlis perkahwinan Zulhilmi
- tengok orang utan di Sepilok @ proboscis di Labuk Bay
- Rainforest Discovery Centre
- shopping mutiara di pasar Sandakan

With the time constraint, the itinerary sounds a bit ambitious isn't it? Heeee. Sekali lagi, kami memilih Malaysia Airlines pada penerbangan kali ini.

The return ticket to Sandakan cost me RM360. Flight kami MH 2710, dijadualkan bertolak pada pukul 7.50 pagi pada 1/6/13. Kami sampai awal di KLIA, lebih kurang pukul 6.15 pagi. Check-in, solat, lepas tu boarding. We skipped breakfast because meals would be served in the flight later.




Alhamdulillah cuaca baik pagi tu dan flight bertolak tepat pada masa yang dijadualkan. Bila naik MAS, wajib la ambil going places ni. Untuk rujukan masa hadapan. Sambil tu boleh survey destinasi2 menarik untuk percutian seterusnya kan? Sekiranya diizinkan, insyaAllah !



Kelaparan kami tak lama. Soon enough, the stewardess started to serve the foods. Selalunya sebagai pembuka selera, penumpang disajikan dengan kacang masin je.

Tapi kali ni diorang kasik Confectionery box terus. Memang kelasss ! There were salted peanuts (wajib !), a piece of cake, Hershey's nuggets and orange juice.

Memang berbaloi. Lepas tu main course nye kami pilih nasi lemak sambal ikan bilis, dan sambal udang. After a cup of apple juice, we both had a long burp, haha !





Kami selamat mendarat di lapangan terbang Sandakan pada pukul 11 pagi. Tapi masa tu pasukan tentera pun masih di airport, tak pasti atas urusan apa.

So kami terpaksa menunggu dalam kabin kapal terbang lebih kurang setengah jam, baru boleh keluar. Tiada masalah dengan pegawai imigresen, so terus pergi collect beg.


Azuan dah pun menunggu di airport masa kami sampai. Dah 3 tahun tak berjumpa rasa a bit awkward. Bakal pengantin, Zulhilmi pun ada di airport masa tu. Tapi bukan datang sambut kami berdua. Dia datang menyambut sanak-saudara yang kebetulan naik satu flight dengan kami. Hiiiks.!

Berseri-seri wajah Zulhilmi. KZ dan Fuad masih dalam penerbangan, so kami ke rumah Azuan dulu untuk letak beg dan berehat2.

Lebih kurang pukul 12 tengah hari, mereka mendarat di airport. After picking them up, kami terus ke Sim Sim Seafood Restaurant yang terletak di jalan Buli Sim Sim. Restoren ini menyajikan segala jenis makanan laut dengan pelbagai jenis masakan.



Haaa..! terliuq ke tak tengok ikan-ikan dan sotong tu? Pilih je yang mana berkenan di hati, lepas tu diorang BAKARRR !!!




Bab-bab ikan ni saya tak berapa arif. Tak pandai nak bezakan antara ikan A dan ikan B, tambah-tambah ikan kecik-kecik ni.  Kalau ikan paus ke, lumba-lumba ke, pari ke memang senang nak cam kan sebab very distinctive.

So kami serahkan segalanya pada Azuan untuk decide apa menu makanan tengah hari tu. He knows better because he's been living here for 3 years and must have come here countless of times.

Bersungguh betul mempelahap makanan sampai tak sedar orang snap gambar, haish !




All in all, memang sedap la menu hari tu. Pandai Azuan pilih, hehe. Ikan best, sotong best, udang ok la.

Lagi satu sos cicah tu rasa a bit weird but it has a very nice after taste. Memang tak jumpa sos ni kat semenanjung. 

Harga pulak murah. Untuk kami berlima, it costed only RM50 +.. Haaa kalau tak percaya tengok harga kat bawah ni. Ada jumpa kat semenanjung? Nyum nyum !


Masa makan tadi, Iskandar dan Ain pun sampai dari Tambunan. Jauh tu, 275 km dari Sandakan, lebih kurang 4 jam perjalanan. So bila semua dah selesai makan, kami semua sepakat untuk terus ke Sukau Backpackers untuk Kinabatangan River Cruise. It's a 2-hour journey from Sandakan town.


Kami selamat sampai di Sukau Backpackers pada pukul 3.30 petang. Zul Abas dah arrange cruise kami dengan staf kat sini. Sementara tunggu Is & Ain yang tak sampai lagi, kami lepak kat restoren dalam resort ni.

Sukau Backpackers B&B (bed & breakfast) mula beroperasi pada tahun 2011. Tumpuan utama pelancong semestinya river cruise di sungai Kinabatangan sambil melihat hidupan-hidupan liar seperti monyet proboscis, gajah pygmy Borneo, orang utan dan pelbagai species burung.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sukau Backpackers B&B, klik >> SINI.









Bilik-bilik yang disediakan untuk pelancong bermalam. 


Finally at around 4 pm, we're ready to cruise up the Kinabatangan river. Sebelum tu, kami dapatkan jaket keselamatan di reception counter tadi. Mentari memancar terik petang tu, terbakorrr...! Apa-apa pun, hasrat untuk menyusuri sungai Kinabatangan tetap diteruskan.






Masing-masing muka berkilat & berminyak sebab matahari panas terik. Ramai jugak pelancong hari tu. Ade la 4-5 buah bot yang 'berlayar' pada masa yang sama. Air sungai Kinabatangan,,,,hmmm, keruh !







Bot pelancong pertama yang kami jumpa. Kebanyakannya mat & minah saleh. Actually semua pon kecuali tourist guide.


Pusing punya pusing, dekat sejam baru la jumpa monyet proboscis di celah-celah dahan dan daun sedang bersuka ria bermain.

Monyet proboscis atau juga dikenali sebagai bekantan, atau monyet Belanda merupakan spesis unik monyet yang hanya terdapat di kepulauan Borneo.

It is distinctive from other types of monkey because of its unusually large nose. Tak percaya? haaa tengok ni besar ke tak hidung diorang (sumber dari google image).








Selain tu ada la nampak ular macam yang kat dalam gambar si atas ni. Rezeki kami hari tu banyak jumpa proboscis je. Gajah dengan orang utan memang takde lansung. Tak tau diorang menyorok kat mana.

Dengan cuaca panas terik lagi, memang spoil mood. Hahaha. Bila cuaca dah redup sikit baru la excited balik nak bergambar sini sinun.






Nampak ke tidak budak 3 orang ni? Posing je lebih. 


Muka pelancong yang excited dapat tengok monyet proboscis. Siap bawak binokular lagi.









Sungai Kinabatangan merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia  dengan kepanjangan 560 km, kurang 3 km dari sungai Rajang di Sarawak.

Ia merupakan sumber takungan air terbesar di Sabah. Airnya mengalir memasuki laut Sulu di arah timur Sandakan. Kegiatan pembalakan di sepanjang sungai tersebut menyebabkan air sungainya menjadi keruh. 




Hampir 2 jam kami menyusuri sungai Kinabatangan, hari dah pun senja. Another 2 hour journey back to Sandakan town.

Kami terus ke restoren jambatan 8, Sim Sim untuk menikmati hidangan makan malam. Kali ni kami order ikan masam manis, sotong masak kicap, udang goreng cheese, ketam berempah, dan sayur kailan ikan masin (kalau tak silap).








That's it for the first day at Sandakan. We went home full-stomached, and slept soundly that night. See you next time guys. Till then, Assalamualaikum. !

2 comments:

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...