Saturday 29 June 2013

Awesome Australia - Day 1 (25/2/13)

Assalamualaikum & good day everyone !

Setelah tertangguh beberapa kali, akhirnya bermula juga penulisan mengenai percutian ke Australia ni. It was such a meaningful experience for me, simply because it was my first time traveling outside the country. Ia merupakan permulaan kepada siri-siri pengembaraan saya yang berikutnya.

Memang dari kecil niat nak travel around the world, meeting people of different races, languages, cultures and way of life. Dah masuk tahun ketiga bekerja, baru lah ade peluang nak berjalan-jalan.

Tengok kawan-kawan seronok travel sana-sini, rase teruja jugak. Nak join diorang tapi kerja punya pasal tak dapat. Dah habes housemanship baru la boleh consider nak travel.

We (Zul and I) started planning the holiday around November last year. Atas suggestion kawan2, kami pilih Australia as the very first destination.

Since dua-dua pun xde experience, perancangan kami memang caca-marba. Ikut suke hati je. Initially nak stay kat Sydney saja tapi kawan2 suggest pergi Brisbane dengan Gold coast sekali.

Alhamdulillah bos approved cuti. Berbunga-bunga hati pergi buat pasport antarabangsa. Ni gross itinerary kami di sana.

24/02/13 : Kl - Sydney (MAS)
27/02/13 : Sydney - Brisbane (Jetstar)
28/02/13 : Brisbane - Gold Coast ( day trip by train)
02/03/13 : Brisbane - Sydney (Jetstar)
04/03/13 : Sydney - KL (MAS)


Untuk 2 malam pertama di Sydney kami stay kat Malaysia Hall (MH), sebab murah, 12 AUD je semalam. Penginapan kat Sydney memang sangat lah mahalnya. Borang MH boleh download di SINI.

Kak Nany, assistant warden MH memang sempoi. Just email borang yang telah diisi. Nanti die reply kalau ade kekosongan.

Unfortunately untuk 2 malam terakhir di Sydney tu dah penuh. So penempatan kat Brisbane dan 2 malam terakhir di Sydney saya book melalui AGODA.

Kami menggunakan sepenuhnya public transport sepanjang bermusafir di bumi Australia. Another option is, boleh sewa kereta & drive sendiri. Lesen memandu kita diterima. Pemanduan sebelah kanan, sama je seperti di Malaysia.


Sedikit mengenai Australia. Ia merupakan negara ke-6 terbesar mengikut keluasan muka bumi. Setakat penulisan ini, ia merupakan negara ke-12 terbesar ekonomi nya, dan ke-5 tertinggi bagi pendapatan per kapita.

Ibu negara Australia, Canberra terletak di dalam negeri New South Wales (NSW). Sydney merupakan bandar terbesar, juga berada dalam negeri NSW.

Brisbane dan Gold Coast terletak dalam negeri Queensland. Tiada bahasa rasmi, tetapi 'Australian English' merupakan bahasa kebangsaan.

Walaupun lebih dari 60% penduduknya beragama kristian, Australia tidak mempunyai agama rasmi. Penduduknya bebas mengamalkan cara hidup beragama tanpa sekatan. Kebanyakan komuniti Muslim Australia tertumpu di NSW dan Victoria.

Tunggu punya tunggu akhirnya sampailah hari yang dinantikan. Hanya sehari sebelum tarikh penerbangan, kami diberitahu mengenai penangguhan flight disebabkan keadaan semasa cuaca yang tidak begitu mengizinkan (aiyyak !)

6 jam jugak la delay. Flight asalnya pukul 10.30 mlm (24/2/13) ditunda ke pukul 4.50 pagi (25/2/13).

Because of that, we were granted a RM20 worth of voucher each, boleh makan-makan sekeliling KLIA dulu. Since kami sampai awal untuk check-in (kaunter tutup pkul 12 mlm, katanya) terkontang-kantinglah kat KLIA menunggu ketibaan flight.



Anyhow, sedikit mengenai currency. Matawang rasmi Australia adalah Australian Dollar (AUD). Masa tukar duit tu, conversion rate around 3.2 - 3.3, yakni 1 AUD bersamaan RM 3.2 (huhu sangat mahal).



Akhirnya boarding jugak kami setelah buruk muka menunggu. MH 0123, cantik sungguh no flight. Lebih kurang 95% penumpang adalah mat/minah saleh.

Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam. Dan memandangkan keadaan di luar kabin yang gelap-gelita, tiada aktiviti lain selain tidur. Bangun hanya untuk makan sahaja. The good thing about long-distance travel with MAS is the foods. Confirm takkan kelaparan. Perut sakit sebab terlebih makan.

First diorang serve salted peanuts dengan juice. Lepas tu main course, dengan dessert, bread and snacks. Last skali chicken roll. Alhamdulillah, halalan toyyiban.



Pasta, salad, kek yang sangat sedap, roti & snek

Chicken Roll as dessert

Sebelum apa2, nak mintak maap le, kualiti gambar sangat memalukan. Gambar2 snap guna phone camera je. Niat hati nak berjalan je. Tak terpikir pun nak amik gambar molek-molek. Tak terlintas nak create blog ni pun masa tu (nyesal !).

Lebih kurang pukul 4 petang waktu tempatan, kami selamat mendarat di Sydney International Airport. Waktu di Sydney 3 jam lebih awal dari Malaysia.

Sebelum mendarat we had to fill up passenger arrival card. Sorry tak tangkap gambar. Basically Australia enforces very strict law pasal bawak barang-barang masuk negara diorang including makanan, dan ubat-ubatan.

Kalau tak bawa xde masalah. Kalau bawak silalah declare dalam card tu. Kalau tak declare dan kantoi, huuuu, kena saman le. Custom officers kat sana sangat le strict & scary. Sila tengok kat youtube. Serammm..!!!

The thing was, Zul actually brought along some breads and medications without my knowledge. Dia memang jenis yang roti adalah makanan ruji. Makan nasi sekali sebulan je takpe. Tak tau la macam mane orang Malaysia boleh hidup tak makan nasi. Mungkin species mutant kot,,huahua.

So, terpakse la kami melalui proses soal jawab dan penggeledahan beg. Macam-macam ditanya. Dah la baru nak familiarise dengan accent diorang. Paham tak paham jugak la.

Basically diorang nak tau makanan yang dibawa tu mengandungi dairy product atau kekacang ke tak. Maggi ok kot. Mungkin sebab muka masing-masing skema tahap pengawas sekolah, kami dilepaskan tak berapa lama kemudian. Cuak!

Dah keluar airport tu terus ke tempat menunggu teksi. Pakcik teksi namanya Saleem, asal dari Pakistan, dah bermastautin di Australia lebih 20 tahun. Cuaca baik petang tu. Ade la tanya siket2 pasal mana nak cari makanan halal, masjid dan sebagainya.

Uncle Saleem


Trek bas yang berasingan dengan trek jalan raya


The thing about taxi di sini, meter tambang tetap bergerak walaupun teksi berhenti di traffic light. So kalau traffic jam, lagi mahal lah tambang nye (cenggitu pulak?).

Malaysia hall terletak di Randwick, lebih kurang 10 km sahaja dari airport. Kami sampai di Malaysia hall lebih kurang pukul 4.30 petang. Tambang teksi 42 AUD (gulp !, cekik darah).

Masa tunggu kak Nany, ade sorang Chinese boy dari Melbourne nak check in jugak dengan ayah die. Rupanya orang Kuching, Sarawak. Diorang dah pindah Melbourne lebih kurang 5 tahun. Die dapat masuk Sydney University, kos perubatan. Umur baru 19 tahun. Bakal Dr ler. Lame jugak berborak dengan diorang, dalam 15 minit baru Kak Nany sampai. 


Kebetulan sungguh student in charge bilik hostel tu junior mase kat sekolah dulu (Sek Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, pahang). Kami form 5 die baru form 1.  Kalau die tak perasan, sampai sudah tak tahu. Mana la nak cam kan. Banyak sangat beza umur 13 tahun dengan 23 tahun.

Lepas check in, & solat, kami terus keluar tunggu bas untuk ke Sydney Opera House. Bus station depan MH je. Pakcik bas sangat peramah. Die dapat agak kot kami baru sampai OZ, so dengan happy nye die tunjuk mana nak gi, mane nak berhenti etc. Makasih pakcik bas!

Cuak jugak initially macam mane la layanan diorang kat kita kan. But Aussies are indeed very friendly. We learnt that more later on.

Since hari dah senja, sempat la bergambar sikit-sikit dekat area Darling Harbour. Indahnya kota Sydney di waktu senja.

Sydney Harbour Bridge





Teater di Sydney Opera House

Tak lama kemudian, hari pun gelap. Perut pun mula lah berkeroncong lagu Najwa Latiff. Makanan halal kat bandar ni ade, tapi sangat la mahal nye ( junior sekolah tadi la yang cakap. Takkan die nak kelentong senior pulak kan, katok kepala karang !).

Bile ade Wifi free terus la google map cari restoren halal. Tapi jauh giler la nak menapak. Kawasan bandar pun tak familiarise lagi. We ended up eating fillet o fish je (huhu..) Ok la asal tak tidur dalam kelaparan.


Sydney Harbour Bridge night view

Museum of Contemporary Art

Okay, I think that's it for the introduction. Esoknya kami ke Blue Mountain. Wait for my next entry ok. Till we meet again. Take care and Assalamulaikum !


Tuesday 18 June 2013

Pulau Perhentian - Day 2 (12/5/13)

Assalamualaikum and Good day everyone !

REJUVENATED !..Indahnye tidur beralaskan tilam dan bantal yang empuk. Memang berbaloi rasenye dapat bilik Deluxe Sea View. After Subuh prayer, i went out to embrace the morning breeze. Indeed, so refreshing !





Lepas tu ape lagi, BREAKFAST !. lepas mandi terus ke lobi resort. Breakfast memang termasuk dalam pakej bilik.

Sampai2 je dah ramai orang beratur kelaparan. Menu ok lah, tak lari dari masakan asas Malaysia (nasi lemak, mee etc.).





Finally,,,, snorkeling time ! Firstly, berkumpul kat recreation centre (sebeleh lobi je), to pick up life jacket. Yang join kami aritu adalah sekeluarga dari Perak (Mak, ayah, 2 orang anak lelaki) dan sepasang merpati sejoli dari France (newly wed kot ).

Bayaran RM 40/pax. Ade 2 sesi je sehari, pkul 9.30 pagi dengan 2.30 petang. Pulau perhentian memang terkenal dengan khazanah ikan laut dan terumbu karang. So jom!




Laut Membiru sepanjang perjalanan. Amik mase dalam 20 minit nak sampi first spot. Ni dia.




Tu dia, Air memang secerah pawarna, crystal-clear ! Kt sini takde coral. Tuha belakang batu besar tu banyak. Kena berkuak lentang sikit la ke tengah.

Makin jauh makin banyak coral yang cantik2. Ade la jumpa timun laut seketul dua. Brader bot lepak atas bot sambil dengar radio. Kami dilepaskan berduyun-duyun. Buat la ape nak buat. Die kasik 1 jam.

Lepas tu die bawak kami tengok penyu. Nak ke spot kedua ni plak amik masa 5-10 minit. Susah jugak nak cari penyu nye. Nampak bayang2 kt dasar laut. Bila turun menyelam...batu je.

Last-last jumpa la sekor penyu yang tengah berhibernasi kt dasar laut. Time ni bukan bot kami je tapi ade lagi 3-4 bot datang nak tengok penyu. Berduyun-duyun pulak la berebut nak tengok penyu yang sekor ni. Si penyu buat dek je, seinci pon tak gerak. 



Bab swimming ni slow siket, agak terkapai-kapai. Even the French lady lagi laju. I think she weighed around 120 kg, but she never put on life-jacket. Terjun je laut terus terapung. Terbeliak mata seisi bot. And she was way better and quicker swimmer than the rest of us. Salute!

Da puas menatap wajah penyu, balik la ke bot. Ade pulak yang tertinggal kat belakang. Mamat ni ha berenang macam duyung, lagi lambat..haihh!


Sererusnya kami bergerak ke spot terakhir. Mase ni dah pukul 11 lebih, panas dan penat !..Ikut hati malas dah nak terjun tapi brader bot x abes2 soh turun gak. Rugi katenye datang jauh2.

Last spot ni plak dinamakan FISH GARDEN. Memang banyak sungguh ikan2 kat sini. Ni tempat yang paling dalam skali. Dah tak nampak dasar laut da.






So that's it. memang puas dapat snorkeling hampir 3 jam. Sampai resort balik da pkul 12 tgh hari. By right kena denda RM 50 kalau lambat check out tapi nasib le akak kaunter baik hati. Die kasik kitorang 1/2 jam nak check out.

Tergopoh gapah la bersiap & berkemas. Lepas tu tggu bot sampi untuk pick up kitorang. Sementara tu kami online la kat couch lobi dulu.




Berakhirlah percutian singkat kami. Kena balik, esok nye tetap kerja. Sebelum ke jeti Kuala Besut, bot berhenti kat pulau perhentian kecil untuk ambil pelancong.

Sementara menunggu tu sempat la jalan2 jap kat situ. SubhanAllah, memang cantik.Sampai jeti, van pelancong da tggu nak bawak kitorang gi airport.

On the way, kitorang singgah sekejap beli keropok lekor. So I end this post with the photos taken at Pulau Perhentian Kecil. Till we meet again, Wassalam. !








Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...