Friday, 2 August 2013

Mixed chicken-beef Quiche

Assalamualaikum, salam Ramadhan semua.

So selepas seminggu, saya terpanggil untuk membuat quiche buat kali keduanya. Saja nak tengok hasil kali ni macam mana. Ada penambah-baikan ke tidak. Haha. Actually semalam bawak mak beli barang nak buat kueh raya. Masa kat kedai peralatan membuat kek tu, ternampak pulak acuan pai ni, dan terbeli pulak. Dah beli kena la guna kan. Hence, the second quiche ever in my life !


Basically, cara-cara nak buat still sama je. Ada olahan sikit la kali ni. Doh, Salt royale dengan topping sama je. Tapi filling lain sikit. Lepas tumis bawang besar, saya masukkan tomato puri dengan sos. lepas tu campuran ayam dan daging cincang (dan garam & pepper). This time saya tak masukkan sayur campur.



Lepas isi filling tadi dalam doh, saya letak selapisan daun kuchai. kemudiannya selapisan tomato segar. Barulah ditabur parmesan & mozzarella cheese. Last sekali salt royale.



Ni hasil nya...

Nampak meyakinkan sikit dari quiche yang first kan? Ke tak? Huuuuu...!

Ok, tu je. Selamat mencuba !

Assalamualaikum...!

No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...