Friday, 2 May 2014

Seoul City Splendour - Day 4 (24/09/2013)



Assalamualaikum & salam sejahtera !

Ni entri terakhir untuk trip kali ni.

Oh Malaysia ku...
Tanah air ku...
Tanah tumpah darah ku...
Ku merindui mu...

***  Pengsan la awal-awal lagi dah meroyan.

Hari ni agak santai. Kami akan ke pasar tradisional terbesar dan tertua di Korea, Namdaemun market. Tempat wajib kalau melawat Seoul. Nak cari  souvenirs bawak balik M'sia. Sebenar-benarnya, ada satu benda je yang saya nak cari kat pasar ni. Barang ni memang takde kat negara lain.

Sudu !

Haha, ya ! Sudu Korea yang panjang tu, sekali dengan chopstik besi, satu set lengkap. Dapat set yang murah-murah pun ok dah. Benda-benda lain macam fridge magnet, keychain, bookmark dan sebagainya tu pun nak cari jugak untuk kasik family & friends.

Direction : Naik subway line 4, berhenti di Hoehyeon station dan keluar melalui exit 5.

Pagi tu hujan turun mencurah-curah. Mood beli-belah takde. Nak blah terus dari market ni ada. Tapi sebab sudu punya pasal, redah jugak.





Namdaemun market ni wujud sejak tahun 1414 lagi semasa pemerintahan King Taejong (raja ketiga dalam dinasti Joseon). Masa ni Melaka baru je kena jajah dengan Portugese.

Sehingga lah tahun 1922 masa Jepun mula menjajah Korea, pasar ni masih lagi dikekalkan. Akhirnya semasa tragedi Perang Korea (Korean War), pasar ni hancus terbakar (tahun 1953).

Proses pembinaan semula bermula pada tahun 1954 dan menghadapi pelbagai kesulitan terutamanya dari segi kewangan. Lepas tu, sekali lagi pasar ni terbakar pada tahun 1968, diikuti kebakaran ketiga pada tahun 1975.

Yang bagusnya, setiap kali musibah melanda, kerajaan tetap cuba untuk preserve pasar ni. Kira macam 'national treasure' lah. Untung jugak ada pasar ni. Kalau tak, mana la nak cari sourvenirs yang murah-murah dan affordable kat Seoul ni. Ye tak?

Owh ye. Nama pun pasar terbesar di Korea Selatan. Pasar ni ada 6 pintu masuk kesemuanya. Keluar je dari exit 5 Hyoehyeon station, cari gate 6.





Haaaa, comel tak map tu? Dah siap divide ikut department. Kalau tengok peta sebenar pasar ni, boleh pening lalat. Harap rajah tu membantu. Macam-macam ada. Rambang mata. Kalau bawak kaum hawa ni, mau sampai ke petang bertenggek kat sini, haha. Kalau tersesat, don't worry. Ada information centre dekat tengah2 market untuk bertanya arah. Boleh dapatkan map sekali.




Cuaca suram, begitu juga dengan nafsu bershopping kami. Kiri-kanan jalan penjual melambai-lambai panggil masuk ke kedai masing-masing.

Kanan : " Malai-shia? Murah, murah " (sambil menunjukkan t-shirt yang tergantung di depan kedai)

Kiri : " Malai-shia? Halal, halal " (sambil menunjuk deretan roti bun yang beratur dalam stall dia)

Hmmmm. Kagum !. Pandai tarik hati pelanggan. Bukan macam sesetengah orang tu yang tak pernah dengar pun perkataan 'Malaysia'. Padahal dia pun dari negara Asia jugak.

Hello brother ! Malaysia dalam senarai 'Top 10 Most Visited Countries In The World' 2013 okay.

# pengsan lagi sekali membebel macam Mak Jemah. But seriously rasa annoyed sangat dengan orang macam ni. Siapakah yang dimaksudkan? Jengjengjeng ! Nantikan entri Japan untuk berita penuh, haha.

Banyak sangat kedai, tak tau nak masuk yang mana satu. Mungkin rezeki sorang ahjusshi ni agaknya, bila dia panggil je, kami terus berpaling dan masuk ke kedai dia.

" Malai-shia? Sini murah, sini murah. Mari masuk. Baju murah, cantik-cantik ".

Uiikkk ! Fasih jugak ahjusshi ni cakap Melayu. Terkesima !

Lebih kurang macam tu la dia cakap. Ingat-ingat lupa. Ni kedai dia.






Haaa, ni dia ahjusshi tu. Rupanya die pernah kerja kat Indonesia beberapa tahun. Makanya, bisak bicara bahasa Indonesia dong. Ini sudah lumayan. Bisak peroleh diskaun bagus-bagus gitu. Habis la ko ahjusshi kena pow dengan kami.

Boleh kata segala yang kami cari ada dalam kedai ni. T-shirt, fridge magnet, keychain dan lain-lain, termasuklah set sudu & chopstik tu. Habis ahjusshi ni kena ketuk kaw-kaw. Berpeluh dia melayan haji Zul yang tak habis-habis mintak diskaun. Mesti dia nyesal sebab tarik kami masuk kedai dia. Ngeee.


Sebahagian dari hasil tangkapan.

Sampai terduduk ahjusshi mengira jumlah harga barang yang kami borong. Untung besar dia hari tu. Senyum sampai ke telinga.

Sebelum keluar, dia sempat kasik namecard mintak promote kedai ni kat kawan-kawan. So saya ambil kesempatan ni untuk menyampaikan amanah dari ahjusshi ni. Ni namecard dia. Sila lah bertandang kalau ada kelapangan. Mudah berurusan sebab takde masalah bahasa, ahjusshi pun sempoi habis. Hehe.


Muka puas hati lepas ketuk ahjusshi kaw kaw !


Next up, Myeong-dong street. Still subway line 4, turun di Myeong-dong station.

Myeong-dong ni berbeza dengan Namdaemun market. Untuk 3 tahun berturut-turut dari 2011-2013, ia berada pada kedudukan ke-9 dalam senarai 'most expensive shopping street in the world'.

Yup ! Barang-barang branded & international korang akan jumpa kat sini. Louis Vuitton, Polo Ralph Lauren, Lacoste, Forever 21 dan sebagainya.

Bukak balik buku sejarah, Myeong-dong ni pun wujud dari jaman dinasti Joseon lagi. Cuma lepas berakhirnya Korean War, kawasan ni membangun denngan pesat menjadi pusat ekonomi, kewangan dan komersial yang utama di Korea Selatan. Hilang habis tradisi, jadi moden sepenuhnya.


Entrance to Myeong-dong street


Sebagai financial hub, Myeong-dong menempatkan headquarters untuk beberapa syarikat kewangan dan insurans gergasi (hamek ko) macam Korea Stock exchange, Citibank, Sk Corporation, Hana Bank, HSBC, Bank Of Korea dan sebagainya.

Chinese Embassy pon kat sini jugak. Dari bulan Mac 2003, Myeong-dong disenaraikan dibawah ' Tourism Promotion Area'. Kalau korang naik Seoul City Bus Tour, Myeong-dong merupakan salah satu dari 'pit stop'.




Mengarut panjang-panjang buat apa. Orang nak tau pasal shopping la. Hihi. Ok, kat sini memang banyak department store yang besar-besar macam Lotte Department Store, Shinsegae Department Store, Noon square dan lain-lain. Tu semua kira syarikat gergasi la tu (hamek ko gergasi lagi). Ada la masuk salah satu dari department store kat sini, window shopping. Padahal nak berteduh dari hujan yang semakin lama semakin lebat.

Yang paling prominent dalam banyak-banyak benda kat Myeong-dong ni adalah produk kosmetik tempatan yang bersepah-sepah. Produk macam Nature Republic, Missha, The Face Shop, Skin Food dan lain-lain. Ada tu sampai 2-3 outlet dalam kawasan yang sama.

Curious jugak dengan keberkesanan produk-produk ni. kalau betol berkesan, kenapa ramai sangat yang buat plastic surgery? Silap haribulan yang jadi model produk pun dah operate hidung. Tapi kalau berkesan, boleh jugak try untuk kasik tanggal tompok2 jeragat degil yang berkawah kat muka nih.

Apa kejadah nya kami merayau di kawasan yang penuh dengan anak-anak gadis ni? Sebab Azuan la ! Terpaksa kami follow demi mendapatkan face mask Nature Republic perisa pebenda ntah. Bluberry kot.

# pening lalat lagi.

Don't get us wrong ok. Terutamanya Azuan. Dia takde identity crisis. Dia cari face mask untuk kakak dia (katanya !). Anyway, dua-dua outlet yang kami masuk, face mask flavour yang dicari takde, habis stok. So Azuan kasik rembat je flavour pebenda ntah. Dia cakap kalau kakak dia tak nak, die sendiri pakai mask tu.

Kalau lah begitu natijahnya, cerah peluang untuk pow Azuan sekeping dua. Mana lah tau boleh tanggal kerak-kerak daki kat muka ni. Terus orang ingat pegi Korea buat plastic surgery. # pengsan !




Lepas tu, kami bergerak ke Dongdaemun market, satu lagi shopping area yang popular kat Seoul. Dongdaemun ni pulak hybrid antara traditional dengan modern market. Subway line 1 atau 4, turun di Dongdaemun station.

Tujuan asal kami sebenarnya nak ke Dongdaemun Design Plaza (DDP). Rupa-rupanya, masa ni projek renovation masih tak selesai lagi. Adusshh ! Kechiwa ! Basah kuyup sudah.


Dongdaemun Design Plaza - futuristic?


Tanpa hala tuju masa depan, kami pun terus meredah hujan, mencari tempat untuk berteduh. Kalau ada daun pisang, dah boleh rakam video klip memori daun pisang. Memang pening lalat masa ni, mandi hujan. 

Akhirnya sampai lah kami ke Dongdaemun History & Culture Park. Yang ni takde dalam itinerary asal kami. Memang tak buat research lansung. Anyway, ia lebih kepada kawasan tinggalan sejarah. Dah, tak tau nak citer apa pasal tempat ni. Layan gambar je lah jawabnya. Maap laaa....


Replika anjing yang dibuat dari botol mineral terpakai - Kreatif !


# Tinggalan sejarah 1

# Tinggalan sejarah 2

# Tinggalan sejarah 3


Destinasi terakhir kami untuk percutian kali ini adalah Gwanghwamun Square. The last one, but definitely not the least. Kawasan penuh bersejarah dengan statue besar King Sejong the Great berlatar-belakangkan Gyeongbokgung (Gyeongbok Palace) dan Bukaksan Mountain.

Gwanghwamun square (atau Gwanghwamun Plaza) dibina sebagai memperingati 2 tokoh besar dalam sejarah negara Korea iaitu King Sejong the Great dan Admiral Yi Sun-sin.

Gyeongbokgung pula merupakan istana terbesar di antara 'Five Grand Palaces' yang dibina semasa dinasti Joseon. What a historical way to end the journey huh? hahah !


Sejong the Great Statue, Gyeongbokgung & Bukaksan Mountain.


Direction: Subway line 5, turun di Gwanghwamun station, exit 9.

Masih lagi hujan masa ni. So kami masuk ke muzium yang terletak bersebelahan dengan Sejong Center for the Performing Arts. Muzium ni memang khas untuk 2 orang tokoh yang saya sebutkan tadi. Jom !




Sebab dah entri last, malas nak serabutkan orang korang semua dengan sejarah asing yang takde kaitan dengan kita. Tapi nak jugak citer sikit-sikit pasal 2 orang legend ni. 

Orang cakap, ' Legends are lessons. They ring with truths '.

Saya mulakan dengan Admiral Yi Sun-sin.


Immortal Admiral Yi Sun-sin (KBS1, 2004-2005)


Yi Sun-sin (1545-1598) merupakan komander tentera laut semasa pemerintahan King Seonjo (Raja ke-14 dalam dinasti Joseon) yang mengepalai armada tentera laut Korea semasa pencerobohan tentera Jepun keatas semenanjung tanah Korea antara tahun 1592-1598.

The Imjin War atau Japanese invasions of Korea bermula pada 23 Mei 1952, diketuai oleh Toyotomi Hideyoshi dalam usaha untuk menakhluki dinasti Joseon di Korea dan dinasti Ming di China. Pencerobohan oleh tentera Jepun ini dilaksanakan dalam dua fasa.

Fasa pertama berlansung dari tahun 1592 hingga tahun 1596. Pada peringkat awal, tentera Jepun seolah-olah dah berjaya menawan semenanjung Korea. 3 dari '5 Grand Palaces' iaitu Gyeongbokgung, Changdeokgung, dan Changgyeonggung telah dibakar dan pusat pemerintahan berpindah ke Deoksugung.

Lepas tu, bala tentera dari Dinasti Ming China datang bantu Korea. Kedua-dua dinasti sebenarnya dah tahu rancangan tentera Jepun. So diorang dah buat penjanjian awal-awal lagi. Peperangan fasa pertama ni berterusan selama hampir 5 tahun. Akhirnya, tentera Jepun terpaksa berundur.

First invasion oleh tentera Jepun meniggalkan kesan yang sangat teruk kepada dinasti Joseon, sebab peperangan berlaku dalam negara diorang. Kemiskinan, kemusnahan harta benda, keruntuhan institusi pentadbiran dan sebagainya.


Diari Admiral Yi Sun-sin yang mencatatkan detik-detik penting Imjin War.


Ketokohan, kebijaksanaan serta kewibawaan Yi Sun-sin mendapat pujian ramai termasuk King Sojeon. Malangnya, beliau telah difitnah dan dipenjarakan hasil rancangan jahat pesaing utama beliau jeneral Won Gyun. 

Tak la kemudian, fasa kedua pencerobohan tentera Jepun bermula. Yi Sun-sin masih lagi dipenjarakan masa ni. So King Sojeon melantik jeneral Won Gyun untuk mengepalai barisan armada dalam usaha menghalang penakhlukan oleh Jepun.

Dalam perang yang dinamakan 'Battle of ChilCheollyang' ni (27 ogos 1597), Korea kalah teruk. Ini merupakan satu-satunya peperangan yang dimenangi oleh pihak tentera Jepun dalam Imjin war. Lebih 200 Panokseon (kapal perang Korea) hancur dan tenggelam ke dasar laut.

Sebelum kekalahan tentera laut Korea, seorang komander bernama Bae Seol sempat melarikan diri bersama 13 panokseon sebab dia dah foresee yang Korea takkan menang dalam peperangan tersebut.




King Sojeon terkejut mendengar perkhabaran mengatakan tentera laut mereka hancus. Sementelah tu jugak, Yi Sun-sin dibebaskan dan diarahkan mengetuai saki-baki tentera dan panokseon yang tinggal untuk meneruskan usaha menghalang penguasaan tentera Jepun.

Battle of Myeongnyang tercetus pada 26 Oktober tahun yang sama. Barangkali, ini lah peperangan paling getir dalam sejarah perjuangan Admiral Yi Sun-sin. Dengan baki 200 orang tentera dan 13 kapal perang yang berjaya diselamatkan dalam perang Chilcheollyang, beliau bergerak menuju ke selat Myeongnyang.

Boleh bayangkan moral tentera Korea masa ni? Memang lemah la kan. Baru je kalah perang, sekarang nak berhadapan dengan lebih 300 buah kapal tentera Jepun yang berkobar-kobar. Tapi tu lah kan, seorang pemimpin yang berwibawa ada je cara untuk mebakar semangat anak buah untuk terus berjuang.

Yi Sun-sin memang genius. Dia faham selok-belok keadaan selat Myeongnyang secara terperinci dan menggunakan nya sebagai satu strategi untuk menghadapi 133 buah kapal perang Jepun dan 200 buah kapal yang membawa peralatan perang.

Nak dipendekkan cerita (sebab memang panjang sangat. Kalau berminat boleh cari bahan bacaan selanjutnya), Armada Joseon dibawah pimpinan Yi Sun-sin berjaya membelasah tentera Jepun. Jepun berundur ke Busan.

Peperangan terakhir dalam Imjin War dinamakan Battle of Noryang yang tercetus pada 16 Disember 1598. Dalam perang ni, 150 buah kapal perang yang diketuai Yi Sun-sin dan Admiral Chen Lin dari Dinasti Ming berjaya menewaskan tentera Jepun yang datang menyerang dengan 500 buah kapal perang. 

Ketika peperangan seperti memihak kepada pakatan Joseon-Ming, Admiral Yi Sun-sin telah terkena tembakan di ketiak sebelah kiri. Kata-kata terakhir beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir terus membakar semangat juang tentera Joseon sehingga mencapai kemenangan.

" The war is at its height. Wear my armor and beat my war drums. Do not announce my death "

Maka berakhirlah Imjin War dan riwayat hidup pejuang bangsa Yi Sun-sin.


Statue Admiral Yi Sun-sin di Gwanghwamun square (exploringkorea.com)


Antara sumbangan terbesar Yi Sun-sin adalah dalam penciptaan Geobukseon (the Turtle Ship), kapal yang digunakan bersama-sama panokseon dalam Imjin War. Ilham untuk menghasilkan sebuah kapal berbentuk kura-kura datang dari idea beliau sendiri dalam usaha mengukuhkan kekuatan armada laut sebagai persediaan menghadapi serangan tentera Jepun.

Design Geobukseon macam ni untuk mengelakkan dari ditawan oleh pihak musuh. Bentuk yang sangat ganjil. Bahagian atas kapal memang menyerupai tempurung kura-kura. Kemudian ada metal spikes lagi atas tempurung, macam landak. Yang paling unik, kepala naga dekat depan sekali. Fungsi kepala naga ni untuk shoot cannon ball kearah kapal musuh ataupun mengeluarkan asap beracun untuk mengaburi pandangan pihak lawan.

Ada replika Geobukseon dalam muzium ni. Pelancong dibenarkan masuk ke dalam replika tersebut. Yay yaya !




" This turtle Ship replica was built to allow visitors to board the Turtle Ship. The interior was modeled on the Turtle Ship replica in the Naval Academy. It is a 55 percent scaled down version of an actual Turtle Ship "




" Don't Succumb to despair and disappointment "
" You will win for sure if you fight at your peril "

Admiral Yi Sun-sin (1545-1598)




Next up, Sejong the Great !

King Sejong (1397-1450) merupakan raja ke-4 dalam Dinasti Joseon. Beliau mengambil alih takhta pemerintahan pada tahun 1418 di usia 21 tahun. Kebijaksanaan beliau mengurus-tadbir negara menjadikan Joseon sebuah negara yang makmur dan maju.

Kalau nak cerita sumbangan Sejong the Great ni, mau 3-4 entri baru habis. Ketenteraan, sains & teknologi, astronomi, literature dan sebagainya.

Tapi yang membuatkan King Sejong betul-betul diingati adalah penciptaan " Hangul " iaitu alphabet Korea. Sebelum tu, Joseon menggunakan Chinese character (Hanja) dalam semua jenis penulisan.

King Sejong merasakan Hanja memang tak sesuai dengan tatabahasa serta bunyi bahasa Korea walaupun setelah pengubah-suaian dilakukan. Masa tu, hanya rakyat dari kelas atasan je yang boleh membaca. Visi King Sejong ni sebenarnya nak semua rakyat dia boleh membaca dan menulis, termasuk petani & penternak dari kelas bawahan. Sistem tulisan cina Hanja memang sangat complex untuk difahami, apatah lagi bagi golongan bawahan.

So dia cipta alphabet berdasarkan 'phonation' atau bunyi lidah bahasa Korea Sendiri. Setelah bertahun-tahun berusaha, akhirnya ' Hangul ' mula digunakan secara rasmi pada tahun 1446.


Singgahsana raja

Alat-alat muzik di zaman Sejong the Great





" If the People prosper, how can the king not prosper with them?
And if the people do not prosper, how may the king prosper without them. "

^ King Sejong - 4th Ruler of Joseon Dynasty ^


Hujan dah berhenti masa kami keluar dari muzium. Sempat bergambar sekejap dengan statue gangsa Sejong the Great sebelum ambil subway untuk balik ke hotel. Babai Korea !







Petang tu rasa macam boring giler. Zul dengan Azuan dah berdengkur lepas solat jama'. Kepenatan agaknya. Memang kami dah takde plan nak gi mana-mana dah. Boleh kata, berjaya cover semua tempat yang disenaraikan dalam itinerary

Sedar-sedar je, dah pakai kasut pun nak keluar. Daripada bingung melayan perasaan sorang-sorang, ada baiknya berjalan-jalan di kedai-kedai sekitar Itaewon nih. Banyak jugak kedai kat sini sebenarnya. Mana lah tau boleh tambah sourvenir barang seplastik dua kan, haha. Duit pon berbaki lagi. 

Sekali lagi dipendekkan cerita, masa usha barang kat luar satu kedai ni, tetiba sorang ahjumma ni menyapa dalam bahasa Melayu. Perggh ! Sekali lagi jumpa orang Korea yang fasih bahasa Melayu. Yang ni betul-betul bahasa Melayu ok. Dia ajak naik tingkat dua kedai. Lagi banyak pilihan katanya. Boleh dapat diskaun.






Tu dia ! Punya ramai rakyat Malaysia yang dah shopping kat kedai ni. Pemilik kedai siap tampal lagi semua catatan tu di sekeliling dinding dan siling kedai. Rasa macam penuh siling dengan nota-nota dalam bahasa Melayu.

Ada tu siap tulis tak payah susah payah pergi market-market kat Seoul untuk cari sourvenirs murah-murah. Kat kedai ni pun dah cukup. Semua ada. Murah dan banyak pilihan jugak. Pekerja kedai ni semua pandai cakap Melayu. Semua ok.






Set sudu dan chopstick yang dimaksudkan






Ade lah beli 3-4 barang kat sini. Memang murah dan negotiable. Diorang ni sangat-sangat appreciate pelanggan dari Malaysia. So kalau sesiapa yang stay kat area Itaewon dan tak sempat nak ke Namdaemun market atau pasar-pasar lain tu, jangan risau. Cari je kedai ni. Dekat je dengan Hamilton hotel.

Ok that's it. I guess it's the end of the journey. Begitulah berakhirnya kisah percutian pendek 4 hari di kota metropolitan Seoul, the Soul of Asia.

InshaAllah sekiranya diizinkan, nak datang ke Korea Selatan sekali lagi. Next time nak cover Jeju Island yang tersenarai sebagai the New7Wonders of Nature, dan bandaraya kedua terbesar di Korea Selatan, Busan. InshaAllah kalau ada rezeki.

Sekian saja dari Sang Kancil. Harap anda semua terhibur. More importantly, diharapkan perkongsian ni dapat membantu anda semua dalam merancang percutian ke Seoul. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi mengikuti perkembangan blog usang ini.

Sob sob...

Till we meet again, Ahn Nyeong !

Assalamualaikum !


1 comment:

  1. Aslkum Faisal. Saya baru abis baca semua entries Seoul ni. Hehe, golak sorg2, menarik utk terus membaca. Siap bg history n full detail psl sesatu tmpt. Kipidap! Rajin sungguh2 buat research! Insyaallah kami sekeluarga akan ke Seoul 1-7 April 2017. Nnt nearer the date bole ke mntk advice dgn Mr Doc.. 😄😀

    ReplyDelete