Thursday 8 May 2014

Trans-Borneo Roadtrip - Day 1 (02112013)



Assalamualaikum, good day everyone !

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk berkongsi pengalaman mengembara di bumi Allah dalam blog yang serba daif ni. 6 bulan selepas berakhirnya trip ni, baru dapat memulakan perkongsian. Haiyyaa, apasat lu manyak lambat aaa kanchil ?

Malas nak bermonolog mahupun berdrama. Jom kita 'straight to the point'.

Dinamakan Trans-Borneo sebab dalam trip kali ni, kami merentas kepulauan Borneo melalui jalan darat, sepanjang 656 kilometer perjalanan pergi dan balik. Amacam, kagum tak? huahaha.

Destinasi kami  >>> Bandar Seri Begawan !

Trip ni kira macam last minute plan jugak la. Lepas balik dari Seoul, rasa macam sengal semacam je. Gersang, kaki rasa gatal je nak berjalan lagi tapi nak tunggu next trip tahun depannya lambat lagi. Tetibe Azuan ajak gi Brunei. Pucuk dicita, ulam mendatang, terus book flight ticket.

So pada hari kejadian (2 Nov 2013), saya sampai di LCCT pada pukul 9.15 pagi. Semua prosedur berjalan lancar, cuaca pun Alhamdulillah baik. Flight bertolak tepat pada pukul 10.20 pagi. Pukul 12.45 tengahari mendarat di Kota Kinabalu.

Azuan bergerak dari Sandakan petang semalamnya ( 1 Nov 2013) dan bermalam di Kundasang. Pagi baru bergerak ke KK untuk ambil saya di airport. Maka secara rasminya bermulalah Tran-Borneo Roadtrip kami, yabedubedew !




Jauh perjalanan hari ni. Nasib baik Azuan yang drive. Teringat balik pengalaman mengembara dengan campervan di New Zealand. Kalau la ada campervan kat Borneo kan? Haha.

Dari Kota Kinabalu, kami bergerak menuju ke Beaufort melalui Papar dan Kimanis (92 kilometer). Singgah sebentar untuk solat di sebuah masjid di Kimanis. Singgah lagi di Beaufort untuk beli lunch, kat KFC. Rasa agak sengal. Datang jauh-jauh dari semenanjung, tapi makan KFC jugak.

Dari Beaufort, kami bergerak menuju ke Lawas, Sarawak. Jarak Beaufort ke Lawas lebih kurang 110 kilometer. Kematu la punggung macam ni.


Masjid di Kimanis



Pening lalat jugak nak sampai ke Bandar Seri Begawan ni. Kena go through 8 pusat immigresen. Tu dia ! Padahal nak merentas sempadan antara Malaysia dan Brunei je. Apa kes sampai 8 kali kena mengadap pegawai immigresen?

Sebabnya, Brunei tepisah kepada dua bahagian oleh Limbang, Sarawak. Kita kena cross negara Brunei iaitu daerah Temburong untuk sampai ke Limbang. Dari Limbang, lagi sekali kita cross border untuk masuk semula ke dalam Brunei sebelum meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan di dalam daerah Muara.

Dah mula pening lalat? Ni summary untuk proses immigresen yang telah ditempuhi :-


Check point 1 (Sindumin, Sabah) & 2 (Merapok, Sarawak) 

Terletak di sempadan antara Sabah & Sarawak. Serahkan passport antarabangsa anda untuk pengesahan dan cop di kedua-dua bahagian kaunter yang terletak sebelah menyebelah.

Kenapa perlu pemeriksaan immigresen untuk memasuki Sarawak? Yang ni kena rujuk balik sejarah pembentukan Malaysia tahun 1963 tentang hak keistimewaan yang diberikan kepada Sarawak. Boring nanti kalau cerita panjang lebar.


Check point 3 (Mengkalap, Sarawak) & 4 (Labu, Brunei)

Sempadan antara Sarawak & Brunei. Prosedur yang sama. Cuma kena lengkapkan borang maklumat kenderaan yang dibawa masuk ke dalam negara Brunei. # Ini international border yang pertama.

You are already in the Brunei Darussalam once you pass through Labu.


Check point 5 (Ujung Jalan, Brunei) & 6 (Pandaruan, Limbang, Sarawak)

Limbang dan Temburong dipisahkan oleh sungai Pandaruan. Untuk ke Limbang selepas melepasi pusat immigresen Ujung Jalan, kena naik feri. Tambang feri untuk sebuah kereta RM 8/ BND 4. Boleh bayar dengan ringgit Malaysia ataupun Brunei Dollar. Tapi untung bayar dengan ringgit Malaysia la. BND 4 sama dengan RM10.38. Terus ke Pusat immigresen Pandaruan lepas 'touch down' di Limbang.

Bermula 8 Disember 2013, perkhidmatan feri telah dihentikan kerana jambatan  merentasi sungai Pandaruan telah pun siap dibina dan mula beroperasi.

# International border no. 2


Atas feri.

Check Point 7 (Tedungan, Limbang, Sarawak) & 8 (Kuala Lurah, Brunei)

# International border no 3. Prosedur yang sama, hanya perlu serahkan passport antarabangsa. Kalau belum isi borang pendaftaran kenderaan (katakan bertolak dari Sarawak), boleh isi di pusat imigresen Kuala Lurah. Dari Kuala Lurah, it's a 15 kilometers journey to Bandar Seri Begawan.

----------------------

Lega rasanya lepas selesai segala urusan immigresen. Kami sampai di Bandar Seri Begawan lebih kurang pukul 8.30 malam dan terus ke D Anggerik Service Apartment di Mukim Berakas, penginapan kami untuk 2 malam di Brunei.

Nak cari accomodation pun satu hal jugak. Hotel-hotel di Brunei semua mahal-mahal. D Anggerik Service Apartment ni kira yang murah la. Harga Deluxe Twin room untuk 2 malam = RM 330.67. Itu pun dapat diskaun sebab guna AGODA point.

Yang paling murah adalah Jeruton Hotel di mukim Sengkurong Tapi review agak teruk. Banyak komplen dari tourist. Location pun tak berapa strategik, jauh dari pusat bandar.

Lagi satu alternatif, boleh stay di Limbang dan keluar awal pagi untuk ke Bandar Seri Begawan. Immigration counter bukak pukul 6 pagi. Balik semula ke Limbang sebelah malam sebelum kaunter tutup pukul 10 malam. Tapi tak merasa la tidur di Brunei.

D Anggerik Service Apartment ni tak jauh dari pusat bandar. Ada la dalam 7 kilometer. Nak cari hotel ni pun penuh drama jugak. Sesat bagai. Akhirnya sampai jugak kami ke apartment ni pada pukul 9.10 minit malam. Jom tengok rupa Deluxe Twin room ni macam mana.







Not bad la. Berpatutan dengan harga. Ada TV, fridge dan internet connection (cable, bukan wireless). Setelah menyucikan diri dan solat, kami keluar makan. Lepas balik terus pengsan. Mau tak penat. 330 kilometer perjalanan, 8  immigration check points. # pening lalat.

Tu je buat masa ni. Esok kami akan merayau-rayau sekitar Bandar Seri Begawan. Exxxcited... !

Till we meet again, adios ! Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...