Monday, 21 April 2014

Seoul City Splendour - Day 3 (23/09/2013) Part 2



Assalamualaikum.

Struggling sungguh nak menyudahkan entri Seoul ni.

InshaAllah, nak tamat dah kisah di bumi plastic surgery ni.

Seriously....

Sangat kagum dengan teknologi plastic surgery di Korea Selatan. Muka herot macam mana pun diorang boleh ejas sampai jadik cun. Iklan plastic surgery bersepah di merata ceruk bandar, macam iklan colgate. Tak tipu !

Ok dah menyimpang. Sambung balik citer.

Next stop, puncak tertinggi di Korea Selatan.

N Seoul Tower !

Jejomz !




Yup, that one over there !

Berkilauan di malam hari. Cantek ? Purposely kami pergi waktu malam. Dapat tengok night glow. Hmmmm, tak berapa nak ingat macam mana nak ke sini. Berkarat suda otak sia ini bha. Lebih kurang macam ni :-

Naik subway line 4 dan berhenti di Myeong-dong station. Keluar melalui exit 3. Kena berjalan dalam 10-15 minit untuk sampai ke cable car station

N Seoul Tower ni terletak nun sana atas puncak gunung Namsam. Nak tak nak kena gagahkan diri untuk berjalan mendaki bukit. Ni lah station subway paling dekat.

Kalau tersesat pandai2 la yek. Cuba la tanya local people. Kalau jumpa Pacific hotel, kira anda sedang berada di jalan yang lurus lah tu. Teruskan berjalan sampai jumpa cable car station.




Harga tiket KRW 8000 (return). Kalau tak nak beratur atau nak berjimat-cermat, jalan kaki pun boleh. Panjat lah tangga, exercise. Tak tau la berapa ribu anak tangga sebelum sampai puncak Namsan ni. Sampai puncak, lutut pun tercabut. 

Sayang duit ke sayang lutut? Hehe. Ok je kan harga tu?

Alhamdulillah sampai jugak kami ke puncak gunung. Huhhh,,, berombak kencang dada. Kalau korang dah jumpa pavilion ni, makna nya dah sampai le.


Pavilion

Love Padlock Trees

Love padlocks

Teddy Bear Museum


Tanpa bermadah mahupun berdrama, kami terus beli tiket untuk ke Observatory. Perut dah meronta-ronta minta diisikan makanan. Lapar tahap kebulur weh. Sabar ye wahai perut. Neway, harga tiket KRW 9000/pax.

Sebelum naik, meh nak cerita sikit.

Pembinaan N Seoul Tower bermula pada tahun 1969 dan dilakukan secara berperingkat. Mula dibuka secara rasmi kepada umum pada tahun 1980, ia merupakan puncak tertinggi di Korea Selatan.

Tinggi tower ni 236.7 meter. Tinggi gunung Namsan 243 meter. So keseluruhannya, puncak tower ni berada pada kedudukan 497.7 meter di atas paras laut.

Huruf "N" di depan tu represents 'new', 'Namsan', dan 'nature'.


Anatomy N Seoul Tower


Macam-macam attractions ade kat sini. Boleh refer gambar kat atas ni apa ade kat setiap tingkat. Love padlocks trees tu yang paling popular. Banyak kali keluar drama katanya.

So, jom ke observatory !


Seoul Metropolitan : night view

Souvenirs

Sembilu

Maria Mariana 2


Erggghhh... tempat ni memang penuh dengan lovey-dovey stuffs untuk pasangan berkasih. Dari bawah sampai atas, memang terserlah kejiwangan nya. 

Tak mampu nak digest segala benda alah ni. Berbulu. So kami lepak sekejap je kat observatory sebelum turun bawah balik. 

Ke dengki sebab ko tak mampu nak posing macam diorang dalam gambar tu? *** pengsan, bermonolog sendirian !

Timing memang perfecto. Keluar je dari tower, show pun bermula. Jom tengok N Seoul Tower berubah warna & corak !







Kagum?...hehe.

Memandangkan usus kecil dan meroyan, usus besar dah sawan kelaparan, kami terus balik ke Itaewon untuk dinner. Bermula lah misi mencari restoren yang menghidangkan halal Korean cuisine.

Kimchi ... ! Mu tunggu aku datang !




Sebelum ni, ade terbaca dalam satu blog ni tentang satu Indian Restaurant area Itaewon yang menyajikan makanan traditional Korea. Semestinya, halalan toyyiban.

Masalah no 1 kat Itaewon ni, kawasan nye berbukit bukau. Restoren ni sebenarnya tak le jauh sangat dari Hamilton Hotel mahupun Seoul Central Mosque. Ni arah dari Itaewon subway station.




Nak dipendekkan cerite, sampai jugak kami ke restoren mi. Sebelum tu, ade lalu satu restoren yang menyajikan masakan Melayu dan Egyptian. Restoren Siti Sarah. 

Tapi disebabkan tekad kami nak makan kimchi jugak malam ni, maka di sini lah kami bersantap...


Murree Restaurant


Masuk je terus mintak menu. Pakai tembak je ape yang menarik di pandangan. Yang penting classic Korean cuisine. Beriani dan tandori sekeluarga buat-buat allergic x bley makan. Haha. 

Bersinar-sinar mata bila hidangan sampai ke meja. Bau sedap, presentation not bad... ape lagi. Kita BAHAM !!!

Nyum Nyum...


Kimchi Bokumbap : Kimchi fried rice (KRW 8,000)

Side dishes

Bulgogi (KRW 15,000)

Dakdoritang? Ke kimchi chigae...entah !

Omelette


Semua sedap !

Serius semua sedap termasuk kimchi fried rice tu. Lain benor rasenye dengan yang kat Malaysia. Bulgogi tu especially. SubhanAllah sangat sedap. Rase nak tapaw bawak balik Malaysia.

Memang puas hati.

Dah, habis cerite ! Jumpa lagi dalam entri terakhir di Seoul.

Till then, assalamualaikum ! 

No comments:

Post a Comment