Tuesday 20 May 2014

Trans-Borneo Roadtrip - Day 2 (03112013) : Part 2



Assalamualaikum & salam sejahtera semua !

Terasa sangat tenang dan selamat di Brunei. Cuaca persekitaran sama je macam di Malaysia, but the ambience felt so different. Bersih, teratur, tiada kesesakan lalu-lintas, tiada orang merempat tepi jalan, tiada mat-mat motor merempit buat bising, dan tiada anjing berkeliaran.

Sebuah negara Islam yang ideal.





Bila dah berpeluh sakan, rasa haus pulak. Kami ke Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang terletak berhampiran dengan masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.

Dekat sini ade shopping mall, restoren dan pasaraya. Kami singgah untuk berteduh dan makan tengah hari. Kompleks ni kira macam tempat lepak hujung minggu la. Ramai orang datang membeli-belah, spending time with family, bersuka-ria, berdating dan sebagainya. Food court di tingkat atas.







Alhamdulillah, a humble lunch. Kuey teow goreng basah with chicken and egg. Selesai makan, kami kembali ke masjid untuk solat. Tak lama lepas tu, hujan pun turun. Patut la panas terik tadi. Awan dah serap air kat atas muka bumi, sekarang dimuntahnya balik.

# Pengsan la buat teori biologi sendiri. Sungguh tak berasas telahan ini, dush !

Abaikan...

Seterusnya kemana?

Kami ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja Brunei atau lebih dikenali sebagai The Royal Regalia Building !




Bangunan yang terletak di Jalan Sultan Omar Ali Saifuddin ni dibina eksklusif untuk Sultan Hassanal Bolkiah. Semua khazanah yang tersimpan di sini, semuanya berkenaan Sultan Hassanal Bolkiah.

Besar jugak muzium ni, banyak galeri. Ada galeri khas menceritakan tentang kehidupan Sultan Hassanal Bolkiah dari kecil, bagaimana dibesarkan, sukan apa yang diminati, pendidikan dari mana sampailah ke majlis perkahwinan baginda. Satu bahagian lain pulak tentang kehidupan baginda Sultan semasa dalam latihan ketenteraan.

Satu galeri ni pulak khas untuk semua jenis hadiah dan penghargaan yang diterima baginda Sultan Hassanal Bolkiah dari tetamu-tetamu kehormat luar negara termasuk pemimpin-pemimpin negara dan raja-raja dari negara asing. Macam-macam bentuk pingat, replika, ukiran dan lukisan ada, semuanya nampak sangat mahal dan berharga.

Galeri lain pulak mengumpulkan barang-barang peribadi milik baginda Sultan seperti mahkota, jubah, alat senjata, kamera dan sebagainya.

Ada satu lagi galeri ni khas untuk memperingati detik bersejarah pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong Sultan Brunei Darussalam, siap dengan replika kenderaan dan patung-patung manusia yang disusun dalam barisan perarakan. Ada tayangan video sekali.

Malangnya, seperti muzium-muzium lain di Brunei, kamera tak dibenarkan. Hanya boleh tangkap gambar dalam dewan umum masa mula-mula masuk bangunan ni. Semua peralatan yang dipamerkan disini digunakan semasa perarakan pertabalan Sultan Hassanal Bolkiah sebagai Sultan Brunei. Jom !


Dewan umum

Lembing Tembaga dan Taming

Pedang Kerajaan dan Perisai

Meriam

Siling dewan

Pedang dan Perisai

Dian Alam Bernaga : Alat Kebesaran Diraja

Usongan Diraja : kenderaan Sultan Hassanal Bolkiah semasa perarakan

Usongan Diraja

Payung Kawan

Payung Dadu

Payung Berwarna

Payung Berwarna


Dahsyat kan? Setiap alat ada nama khas. Even payung-payung tu pun lain fungsi ikut jenis-jenis nya. 

Owh ya, The Royal Regalia Building ni pun free entrance jugak. Sebelum keluar dari muzium, sempat shopping kat sourvenir shop dalam muzium ni. Sementara tunggu hujan reda. Hasil tangkapan dapat la 5-6 barang sebagai kenang-kenangan. Susah pulak nak cari sourvenir kat Brunei nih.

Seterusnya, kami ke satu lagi masjid yang terkenal di Brunei dan tak kurang cantiknya kalau dibandingkan dengan masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. On the way ke masjid ni, kami singgah di beberapa tempat.

Destinasi pertama yang disinggahi, Istana Nurul Iman, official residence untuk Sultan Brunei. Of course, tak dibenarkan masuk. Sekadar bergambar dari luar pagar. 





Tahukah anda Istana Nurul Iman memegang rekod sebagai istana paling besar di dunia mengalahkan Buckingham Palace di UK, Royal palace of Madrid di Sepanyol, Forbidden City di China dan yang seangkatan dengannya? Guinness World Record ok !

Dalam istana ni, ada 1788 bilik, 257 bilik air, 110 garaj kereta, dan 5 kolam renang.

Istana hanya dibuka kepada umum 2 kali dalam setahun. Masa bulan ramadhan untuk tadarus Al-Quran dan hari raya aidilfitri.

Destinasi kedua yang disinggahi ialah, persiaran damuan. Ni sebenarnya taman rekreasi. Saja singgah berehat sekejap. Sebelah istana je, hehe. Ok, seriusly takde apa-apa kat sini. Korang tak singgah pun takpe, unless nak buang tabiat berjogging kat sini.

Cantik jugak taman ni sebenarnya. Bersih macam tempat-tempat lain di BSB. Sungai Brunei mengalir tenang disisi perisaran damuan. Ramai orang memancing kat sini. Dan boleh nampak kubah emas Istana Nurul Iman dari sini.





Kubah emas Istana Nurul Iman

Kubah emas Istana Nurul Iman


Destinasi terakhir yang kami singgah, The Mall di Gadong, merupakan shopping complex terbesar di Brunei, (agaknya lah). Memang sengal habis datang sini semata-mata nak minum kopi kat Coffee Bean. Tapi seriously besar giler the Mall ni, dan nampak sangat mewah (semua pun nampak mewah kat Brunei ni ye kancil), hehe.




To be continued.... hahahahaha !

# Pening lalat dah banyak hari tak cukup tidur.

Jumpa lagi dalam bahagian ke-3 hari ke-2 Trans-Borneo roadtrip, yakni bahagian terakhir....yay !

Till then, assalamualaikum !


No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...