Thursday, 22 May 2014

Trans-Borneo Roadtrip - Day 2 (03112013) : Part 3



Assalamualaikum dan salam sejahtera kalian semua !

Rasa bersyukur sangat disebalik kesibukan tugas harian, masih diberikan kelapangan dan kesempatan untuk terus berkongsi pengalaman hidup dalam blog yang serba kekurangan ni. Tujuan saya hanya satu, supaya dapat menjadi panduan kepada yang berhasrat untuk meneroka bumi Allah yang sangat luas ini.

Lepas pekena kopi Coffee Bean tadi, segar balik badan. Ada satu lagi tourist attraction yang kami nak cover dalam trip pendek di Brunei ni. Sebuah lagi masjid yang terkenal di BSB, tidak kurang cantiknya kalau dibandingkan dengan masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Masjid ni merupakan masjid terbesar di dalam kesultanan Brunei Darussalam.

Masjid Jame' 'Asr Hassanal Bolkiah !




Masa ni hari dah petang. Tapi, keindahan masjid masih tersergam, memukau pandangan mata yang tengah pening lalat dek karena kepenatan. Hahahah !

Seriously sangat-sangat cantik. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien nampak sangat elegen kerana kubah emas dan marble putih yang menyelaputi setiap inci dinding dan lantai masjid.

Tapi masjid Jame' 'Asr Hassanal Bolkiah ni lebih colourful dari segi bahan binaannya. Dari kejauhan dan nampak kemegahan kubah emas masjid. So I present to you one of the most extraordinary mosque I've even seen in my life. Here it is...








Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah yang terletak  di Kampong Kiarong merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke-29.

Kapasiti masjid ni melebihi 5,000 orang jemaah dan dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan sebagainya.

Saya rasa description dari Lonely Planet ni paling tepat untuk menggambarkan keindahan sebenar masjid ni. Ini kata Lonely Planet :-

" Built in 1992 to celebrate the 25th year of the current sultan's reign, Brunei's largest mosque and its four terrazzo-tiled minarets dominate the 'suburbs' of BSB. It's certainly a...noticeable building; because the sultan is his dynasty's 29th ruler, the complex is adorned with 29 golden domes. At night the mosque is lit up like a gold flame. The interior is best described as jaw-droppingly over-the-top. The sheer volume in itself is amazing, not to mention the myriad woven rugs scattered across the men's prayer hall."









Saya tak nampak pulak signboard yang melarang pelancong untuk bawa masuk kamera ke dalam masjid (ataupun kami yang tak jumpa). So dengan senang hatinya tangkap gambar interior masjid yang  "jaw-droppingly over-the-top" ni, bak kata Lonely Planet. SubhanAllah memang sangat cantik dan extravagant.

Seni bina dan ukiran dalaman masjid ni sangat awesome. Ukiran dinding dan siling sangat teliti dan simetri dihiasi lampu-lampu chandelier yang gorgeous, lantai yang berkilat bak istana Balqis (hehehe), dan hiasan dalaman yang menarik. Semuanya intriguing & fascinating !


Entrance








Ruang solat pun tak nak kalah, sangat grand. Kubah dan chandelier memang astonishing, mihrab sangat cantik dan mimbar masjid berkubah emas. Ada 5-6 orang jemaah tengah solat masa tu. Bimbang kalau-kalau clicking sound kamera mengganggu diorang beribadah, saya ambik gambar dengan phone je, so kualiti gambar agak diragui :p


Ruang Solat

Nampak kubah emas atas mimbar?

Mesmerising Mihrab

Mimbar masjid

Kubah dan chandelier

Charming Chandelier


Saya harap anda semua terkesima dengan keindahan masjid ni, hihi. Misi kami tercapai untuk cover BSB dalam masa 1 hari. By the time kelaur dari masjid ni, hari dah nak senja. Kami kembali ke masjid sultan Omar Ali Saifuddien untuk tengok sunset dan seterusnya solat jamak maghrib dan isyak.

Masa ni bateri kamera dah kong. Boleh pulak tertinggal charger kat KL. Sengal ! So gambar-gambar berikutnya dan keesokan harinya semua gambar phone jugak.

Pada saya memang berbaloi tengok sunset dekat sini. Cantik sudah semestinya. Lepas tu boleh terus tunaikan solat sebelum meneruskan perancangan lain.





Masa ni Azuan dah mengantuk tahap gaban, macam kena penyakit 'African Sleeping Sickness'. Lepas park kereta dekat parking zone masjid, terus tido.

Ada lebih kurang dalam setengah jam lagi sebelum azan maghrib. Dari termenung sorang-sorang, baik jalan-jalan kan. Sempat lagi nak merayap-rayap di sekitar pusat bandar BSB ni. So macam kes dekat Itaewon Seoul aritu, saya jalan sorang-sorang untuk menikmati suasana petang BSB.

Walaupun BSB ni bandar terbesar di Brunei, dan hari ni hari minggu, jalan raya sangat tenang, tiada kesesakan lalu lintas, bandar tak sibuk, dan tak ramai orang. Sangatlah berbeza dengan KL dan yang sewaktu dengannya. Mungkin sebab tak banyak (atau takde) tempat-tempat hiburan kot.

Anyway, inilah suasana Bandar Seri Begawan dikala senja. Layanzzz !


Jabatan Hal Ehwal Syariah Brunei

Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei

Jalan raya ditengah kotaraya 

Roundabout ditengah kotaraya 

Pinky Bus

Makam Raja Ayang

Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei

Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien

Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien

Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien

Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien

Senja nan merah

# Sunset 1

# Sunset 2

# Sunset 3

Ruang wuduk lelaki - tertinggal jam kat sini, sob sob sob.





Alhamdulillah, selesai entri hari kedua Trans-Borneo Roadtrip yang panjang mengurai ni. Esok kami akan bertolak pulang ke Kota Kinabalu.

See you guys again soon, insyaAllah.

Till then, Assalamualaikum !


2 comments:

  1. cantik betul gambar2 yang diambi...insyaAllah nak ke sana juga bulan 9 ni...leh cedok sikit info dkt sini...thanks yer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcomed ! Cedok jangan tak cedok, hehe. Jangan lupa untuk share experience k. Enjoy ur trip. I'm sure you're gonna love Brunei Darussalam, inshaAllah.

      Delete