Assalamualaikum & good day everyone !
Salam ukhuwah kepada yang baru saja mengenali blog ni. Thanks for dropping by. Hope you enjoy reading my blog.
Malam semalam, kami tiba di
Bandar Seri Begawan (BSB), ibu negara Brunei Darussalam. Hari ni, kami akan explore BSB to the max (kononnya). Esok, kami akan kembali ke tanah air tencinta. Cepatnya !
Ye, cuti pendek. Sebagai penutup episod kembara 2013. Banyak lagi sebenarnya destinasi pelancongan menarik di Brunei ni. Mungkin second visit? InshaAllah.
Tanpa berlengah lagi, jom ronda-ronda BSB !
Sebelum tu, kita breakfast dulu !
# Restoren di tingkat 2 hotel
# Interior design
# Breakfast set 1
# Breakfast set 2
Alhamdulillah kenyang. Bertenaga nak mulakan pengembaraan hari ni. Breakfast termasuk dalam pakej bilik. So selamat duit makan.
Destinasi pertama kami hari ni,
Muzium Brunei. Aiseh, pagi-pagi dah muzium ? Mau tak pening lalat. Layan jela. Sementara otak masih fresh.
Sebelum bertolak tadi kami dapatkan peta Brunei dari reception counter. Direction ikut je dalam peta. Tak susah nak cari semua tempat-tempat pelancongan sekitar BSB ni.
Muzium Brunei terletak di
Kota Batu, lebih kurang 5 kilometer dari pusat bandar. Mula dibuka secara rasmi pada tahun 1972. Ada 6 galeri semuanya. Galeri 1-3 di tingkat bawah (ground floor) dan galeri 4-6 di tingkat atas.
Masa ni, tingkat atas masih dalam proses renovation, so tak dibenarkan masuk.
Galeri 1 : Galeri Kesenian Islam (Islamic Art Gallery)
Galeri 2 : Galeri Minyak Dan Gas (Oil And Gas Gallery)
Galeri 3 : Galeri Ilmu Kejadian (Natural History Gallery)
Di tingkat atas :
Galeri 4 : Galeri Tradisi Kebudayaan Brunei (Brunei Traditional Culture Gallery)
Galeri 5 : Galeri Pameran Arkeologi Dan Sejarah Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Archeology And History Exhibition)
Galeri 6 : Galeri Kemerdekaan Negara brunei (Brunei Darussalam Independence Gallery)
Muzium Brunei dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang (isnin-jumaat) dan 9.45 pagi hingga 5 petang pada hari sabtu.
Free entrance.
Kamera tak dibenarkan masuk. Ade locker untuk simpan beg dan kamera di luar galeri. So layan gambar luar muzium je ok?
Hadiah dari Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Brunei
Seterusnya, kami ke Muzium Teknologi Melayu yang terletak bersebelahan dengan Muzium Brunei. Muzium ni mula dibuka secara rasmi pada 29 Februari 1988. Kat sini, ada 3 exhibition halls.
# Kambing, ko pun minat sejarah jugak?
Gallery 1 : Water Village Traditional House - Keadaan Kampong Ayer sekitar kurun ke 19 dan 20.
Galeri ni memang di-'design' macam water village yang sebenar supaya pengunjung dapat rasai sendiri keaadaan serta kehidupan masyarakat di water village.
Ada titian dan jambatan, patung orang tengah mengayuh sampan, orang menjala ikan dan segala macam aktiviti di perkampungan air. Yang takde cuma air laut je, hehe.
Gallery 2 : Water Village Traditional Technology - Industri kecil di Kampong Ayer (Kain tenunan, pembuatan bot dan atap, pertukangan emas & perak dan sebagainya).
Kat sini, kita boleh tengok segala macam jenis produk kraftangan, hasil tenunan, alat musik, dan barangan perhiasan emas dan perak yang dihasilkan oleh penghuni Kampong Ayer.
# Kain tenunan Brunei 1
# Kain tenunan Brunei 2
# Jabah (kiri) & Canang (kanan)
# Menuhur atap
Gallery 3 : Inland Traditional Technology - kehidupan
masyarakat pribumi Brunei seperti Kedayan, Murut, Dusun dan Punan (tiada dalam gambar).
Di belakang muzium, ade kawasan rekreasi berhadapan dengan
sungai Brunei. Masyuk jugak lepak dekat sini. Matahari memancar terik, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, oh sungguh mendamaikan. Hiks ! Dah pening lalat ni overdose tengok artifek dalam muzium tadi.
Orait, habis dah muzium. Seterusnya, kami ke salah satu landmark terpenting di Brunei, a major tourist attraction yang terletak di pusat bandar, Bandar Seri Begawan.
Sebelum tu, kami singgah sebentar di Dermaga Diraja untuk melihat keadaan di Kampong Ayer. Dermaga Diraja Sebelum ni dikenali sebagai Brunei Waterfront, ditukar namanya secara rasmi pada 1 Januari 2013.
Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku dekat sini. Antaranya pada tahun 1951, Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II berangkat ke tanah suci bagi menunaikan fardu haji melalui Dermaga Kastam Brunei (nama lama Dermaga Diraja).
So, ni dia Dermaga Diraja !
Berhadapan dengan Dermaga Diraja, di seberang laut sana, ada
water village terbesar di dunia,
Kampong Ayer yang wujud sejak 1300 tahun dulu. Haaa, yang ni memang real. Ade lebih dari 40 kampung dekat Kampong Ayer ni.
Pada tahun 1521,
Antonio Pigafetta, seorang pelayar berbangsa Itali menggelar Kampong Ayer sebagai "Venice of the East". Kerajaan Brunei memang berusaha untuk kekalkan perkampungan ni sebagai salah satu 'heritage' yang penting dalam sejarah negara Brunei.
Pelancong berpeluang untuk merasai sendiri kehidupan 30,000 penduduk Kampong Ayer dengan menaiki
bot teksi dari Dermaga Brunei. Kami tak pergi pun Kampong Ayer ni. Panas terik. Otak dah menggelegak macam sup gearbox. Boleh kena heat stroke kalau berjemur lama-lama kat sini.
Kalau berkesempatan, korang boleh lunch di
Restoren Kaizen Sushi yang sangat famous berdekatan dengan Dermaga Diraja.
Kampong Ayer
Bot teksi
Finally, highlight untuk trip kali ni >>>>>> Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.
Pernah dengar? Masjid berkubah emas dan diiktiraf sebagai antara masjid tercantik di Asia Pasifik.
Layan gambar dulu. Cuba serap aura kubah emas yang sangat majestic ni.
SubhanAllah, awesome kan? Terkesima masa mula-mula nampak kubah tu. Hebat sungguh arkitek yang design masjid ni. Hybrid antara
mughal dan
Italian style. Siap dibina pada tahun 1958, masjid Sultan Omar Ali Saifuddin menjadi simbolik ketinggian teknologi binaan moden Islam.
Kubah masjid disaluti emas tulen, dinding dan lantai masjid dibina daripada batu marmar Itali dan granite dari Shanghai, dihiasi crystal chandelier dari England dan karpet mewah dari Arab Saudi. Sounds extravagant? Memang pun. Kos pembinaan dianggarkan mencecah 5 juta USD.
Berketinggian 52 meter, kubah emas masjid boleh dilihat dari mana-mana sudut bandar BSB. Minaret tertinggi masjid ni ada elevator. Pelancong boleh naik keatas untuk meninjau pemandangan di sekitar BSB.
# Minaret paling tinggi
Interior masjid pun boleh tahan menarik jugak. Nampak mewah dan elegent. Too bad kamera tak dibenarkan di dalam masjid. Macam masjid-masjid di Malaysia jugak, tourist dibenarkan masuk, cuma yang perempuan kena tutup litup la (jubah disediakan).
Saya berhenti kat sini dulu. Wabak malas tengah menular di seluruh pelusuk tubuh. Kalau macam ni, ntah bila la boleh siapkan entri-entri tertunggak yang lain. haiyya !
Jumpa lagi dalam entri berikutnya.
Assalamualaikum !
Have a good productive day !