Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ni kami akan ke theme park terbesar di Koea Selatan - Everland !
Sebelum tu, kami melawat masjid pertama di Korea Selatan, Seoul Central Mosque.
The only mosque in Seoul... sehingga ke hari ini.
So, jom !
Masjid ni dekat je dengan Hamilton hotel, dalam 2 km. Tapi nun sana atas bukit. Kena panjat tangga, dan bukit, dan bukit lagi, dan bukit lagi...
Pagi-pagi dah mengerah keringat, hadoih !
Hmmm, agak susah nak explain macam mana nak ke masjid ni. Harap peta kat bawah ni dapat membantu (direction dari Itaewon subway station).
Yang pastinya, masjid ni memang dicelah-celah kawasan perumahan dan deretan kedai-kedai. Bertabah lah panjat bukit tu. InsahAllah ada keberkatan disitu melawat rumah Allah.
At last sampailah kami...
Alhamdulillah, cuaca ok.
Masjid ni mula dibina pada bulan oktober 1974 diatas tanah seluas 5,000 meter persegi sumbangan pihak kerajaan. Kos pembinaan ditanggung oleh beberapa buah negara Islam.
Ia mula dibuka secara rasmi pada 21 Mei 1976. Dianggarkan setiap minggu seramai 800 orang jemaah datang untuk menunaikan solat jumaat.
Masjid ni ada 3 tingkat. Ground floor menempatkan pejabat dan bilik mesyuarat untuk Korea Muslim Federation. Tingkat dua ruang solat untuk muslimin dan tingkat 3 ruang solat untuk muslimah.
Asalnya masjid ni 2 tingkat je. Hasil sumbangan Islamic Development Bank of Saudi Arabia, tingkat ketiga dibina pada July 1990.
Entrance to level 2 (men's prayer hall)
Sejarah perkembangan Islam dan pembinaan masjid di Korea Selatan sebenarnya bertitik-tolak dari usaha kerajaan Malaysia jugak.
Percaya ?
Pada tahun 1962, kerajaan Malaysia offer untuk initiate pembinaan masjid di Seoul, dengan dana lebih kurang 33,000 USD. Tapi disebabkan keadaan ekonomi dunia yang tak stabil masa tu, dengan masalah inflasi dan sebagainya, proses tesebut tergendala.
Sampailah tahun 1974 bila beberapa negara Islam termasuk Malaysia bersetuju untuk menderma bagi projek membina masjid ni.
Hari ni, Seoul Central Mosque merupakan Pusat Islam dan pusat kegiatan dakwah utama di Korea Selatan. Juga dikenali sebagai The Islamic Centre, Seoul Central Mosque kini menempatkan sebuah madrasah untuk kanak-kanak serta Islamic Culture Research Centre.
Sempat jenguk ke dalam masjid, ke men's prayer hall. Ramai pulak orang tidur, bergelimpangan. Agak luas jugak tempat solatnya. Ade la dalam 15 saf.
Semoga Islam terus berkembang pesat di Korea Selatan, amin.
Jangan lupa berkunjung ke sini sekiranya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Korea. Kalau ade duit lebih, boleh la menyumbang sikit ke dalam tabung masjid untuk pembangunan masa depan. InshaAllah pahala berterusan selagi ada yang beribadat di masjid ni.
*******
Next, Everland Resort !
Naik tren dari Itaewon station dan turun di Gangnam station. Kena menapak sikit dari subway station untuk ke bus stop. Dari sini, naik bas no 5002 ke Everland.
On the way to bus stop, kami singgah sebentar di Dunkin Donuts untuk breakfast. Perut dah merintih kelaparan. Kesian...
Dah masuk hari ketiga, belum ade rezeki untuk menjamah local Korean cuisine. So hari ni berazam nak makan makanan Korea jugak untuk dinner. Akan diusahakan jugak no matter what.
Go get it tiger !!! hehe.
Oppa Gangnam Style ?
Bus 5002 ni tak berhenti terus depan Everland. Kena naik shuttle bas pulak lepas tu tapi tak jauh. Lebih kurang pukul 11 pagi kami sampai ke Everland.
Matahari dah mula memancar terik. Orang pun dah ramai beratur beli tiket.
Harga tiket : KRW 36,000/pax.
Motif korang datang berjemaah ke Everland?
Masuk je dalam Everland, dah boleh nampak semangat halloween. Semua decoration pun bertemakan halloween. Bapak besar tempat ni. Tak tau nak pegi mana dulu.
Hmmm, terpinga-pinga. Garu kepala memikirkan kenapa lah decide nak pegi Everland ni. Bukan nya ada interest dengan theme park pun (just not my thing).
Tapi member2 yang dah pegi Korea cakap, wajib pegi Everland ni. Kena spend 1 hari suntuk kat sini. Tu pun mungkin tak cukup !
Tapi member2 yang dah pegi Korea cakap, wajib pegi Everland ni. Kena spend 1 hari suntuk kat sini. Tu pun mungkin tak cukup !
Biaq betoi !
Setengah hari cukup kot...
Setengah hari cukup kot...
Map dibekalkan sekali masa beli tiket. Juling mata menghadap peta tu, tak tau nak start dari mana dan tak sure apa yang menarik perhatian.
Jalan je la...
Kalau rajin singgah la mana2 attraction.
Tau tak ada berapa banyak attractions dalam Everland ni?
Lebih dari 40...
Which is why, it is the largest theme park in South Korea.
Jom layan gambar dulu !
Kalau rajin singgah la mana2 attraction.
Tau tak ada berapa banyak attractions dalam Everland ni?
Lebih dari 40...
Which is why, it is the largest theme park in South Korea.
Jom layan gambar dulu !
Everland Resort mula dibuka secara rasmi pada tahun 1976 dan merupakan family park pertama di Korea. Dianggarkan, lebih 6 juta orang berkunjung ke Everland setiap tahun. Dahsyat !
Ade 5 zon semuanya : Global Fair, Zoo-topia, Europian Adventure, Magid land & American Adventure.
Ade zoo dalam theme park...hebat !
Game pertama yang kami try - Hurricane...
Ok la... Dapat rehat kaki kejap. Ketiak pun dah berpeluh.
Lepas tu kami naik Pirate Ship. Sama je macam kat Genting.
Kesian sorang autie ni. Minah saleh la. Sebab die, pirate ship ni tak bergerak, tak boleh nak operate lansung.
Serius tak tipu. Tak ramai pun yang naik sekali masa tu. Sebab size die 'agak' terlebih sikit, palang keselamatan depan tempat duduk tu tak boleh nak tutup sepenuhnya. Kapal takkan bergerak selagi semua palang keselamatan tu tutup sepenuhnya dan dikunci.
Puas dia cuba tarik nafas dalam-dalam dan kempiskan perut tapi still tak lepas. Lastly dia diminta keluar secara berhemah oleh staff. Kecewa je muka. Malu satu hal lagi. Adeh !
Tak pe auntie. Ride ni pun biase2 je, tak rugi pun tak naik....
Somehow,,, rasa kesian sangat kat auntie ni.
Layan gambar lagi !
Halloween parade...
Please don't rain on my parade....haha
Panjang pulak perarakan ni. Terpaksa berhenti kejap kasik laluan kat diorang. Layan je la.
Everland jugak terkenal dengan flower arrangement yang dahsyat-dahsyat dan taman-taman yang mempersonakan.
Katanya lah...
Yang ni Rose Garden. Tapi bunganya tak banyak lagi.
Yang ni Secret garden...
Makcik-makcik mesti suka.
Kreatif sungguh diorang decorate taman ni dengan bunga-bunga pelbagai warna.
Macam kosong je entri kali ni kan? Tak tau nak cerita macam mana. Everland ni besar sangat dan terlalu banyak attractions.
Too much too handle.
Lihat aja peta dibawah ini dong. Bisa juling kok mata....Waduh,,,,pusing !
Plus, hari pun panas terik masa ni. Sesekali tu, rasa macam kat padang pasir pun ade. Kehausan, ketandusan, dan kegersangan.
Exaggerated !
Serius memang hari tu panas terik, sesak dengan umat manusia, dengan bunyi-bunyian muzik, perarakan..... fuh !
Macam mana agaknya keadaan di padang Arafah nanti...
Budak-budak tadika bukan main ramai. Sekali datang segerombolan pakai baju uniform. Macam ikut rumah sukan. Kaler merah, kuning, biru, hijo semua ade. Jalan berdua dua-an berpimpin tangan dalam barisan.
Lepas tu bentang tikar bawah pokok, makan berjemaah. Best nye... Rasa nak join je.
Lepas tu bentang tikar bawah pokok, makan berjemaah. Best nye... Rasa nak join je.
Cubaan memujuk rakan sekelas. Kena reject dengan gadis belakang tu ke dik? Haha
Sebelum keluar, kami sempat masuk dalam satu rumah hantu ni... Boring ! Tak paham sepatah haram. Hantu-hantu tu semua cakap korea. Rasa macam ade terlelap sekejap mase tayangan video.
Nasib la. Sapa suruh buat show boring, haha.
Anyway, once again i wanna point it out here.... Theme park is not my thing. Memang dari kecik tak pernah dibesarkan dengan aktiviti-aktivit sebegini. Sampai sekarang pun, tak timbul lagi minat terhadap all these entertainment park. So, mintak maaf kalau entri kali ni tak begitu membantu korang semua ya.
Kalau berminat, korang boleh try T Express, roller coaster kayu paling curam di dunia (77 degress). Ada banyak lagi roller coaster kat sini, tapi yang paling mencabar, T Express la.
Bersebelahan dengan Everland, ade Caribean Bay, water park terbesar di dunia. Tapi yang ni kena beli tiket lain untuk masuk.
Spend your money on something that you think worth spending for ok...
So that's it for now.
The second part of Day 3 Seoul City Splendour will come out very soon.
Thanks for spending your precious time reading my blog.
Harap beroleh manfaat.
Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment