Assalamualaikum & salam sejahtera !
Hot Air Balloon,,,ade teringin nak naik?
2 minggu lepas, berlansungnya 6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014 di Presinct 2 Putrajaya.
Ye, dah tahun ke-6 semenjak festival ni mula dilancarkan. Mesti ada yang tak tau kan pasal kewujudan aktiviti sebegini di Malaysia? Termasuklah saya.
Kalau tak sebab tahun melawat Malaysia tahun ni, mungkin tak tau jugak. Memang dasar Kancil bawah tempurung !!! Huahuargh !
Berlansung dari 27 hingga 30 Mac 2014, festival yang berlansung selama 4 hari tersebut menyaksikan penyertaan lebih dari 10 buah negara. Dijadikan acara tahunan sebagai salah satu tarikan pelancongan.
Hot air balloon ride sememangnya termaktub dalam travel list saya. Dan top 3 pilihan hati adalah Cappadocia (Turki), Loire Valley (France) dan Bagan (Myanmar).
Ada banyak lagi tempat dalam dunia ni yg offer hot air balloon ride, tapi sekiranya berpeluang, saya nak try salah satu dari yang bertiga ni. InshaAllah.
Setiap hari, ade 2 sesi launching belon udara panas (7am, 6pm). 200 pengungjung terawal dibenarkan masuk ke tapak pelepasan, provided kena ade DSLR !
Sengal tak? Yang takde DSLR (mcm saya) kena dok diam2 belakang pagar kalau nak tengok. Sekadar di pinggiran...
Selain tu ade lagi beberapa aktiviti yang ditawarkan sepanjang 4 hari tersebut. Ade picnic area, kids play area, mountain dew extreme zone, helicopter joy rides dan night glow.
Habis buat research dan rujuk schedule, saya pilih hari sabtu bersamaan 29 mac untuk pegi festival ni. Plan asal nak tengok lauching session pukul 6 petang, dan terus sambung night glow pukul 9-9.30 malam.
So hari sabtu tu, lepas habis japanese class di shah alam, terus balik ke Cheras. Solat zuhur, makan, rehat kejap, solat asar, dan terus bertolak ke putrajaya.
Mase tu hujan dah mula turun rintik-rintik di Cheras. Roger abang yang tinggal kat dengkil, tanya hujan ke tak. Die kat PD pulak !
Tawakal je lah. Kalau hujan jugak, takde rezeki lah nak tengok launching. Sebelum tu sempat la check weather forecast kat internet.
Memang diramal hujan pon. Haha !
Somehow, ditabahkan hati jugak pergi dengan harapan program berjalan lancar, sebab nak tengok night glow (hanya 1 sesi je sepanjang 4 hari tu).
Hujan gerimis sepanjang perjalanan..... masih berharap !
Masuk je area putrajaya, langit cerah seakan-akan memahami hasrat dihati. Syukur Alhamdulillah !
Sesak putrajaya petang tu. Memang ramai yang datang. Cari parking punya susah. Dipendekkan cerita, dapat park kereta tepi jalan then terus berlari ke tempat kejadian (?), sebab dah pukul 6 petang pun.
Alhamdulillah ade spot kosong yang takde orang cop lagi. Boleh tengok dekat2 tanpa perlu bersusah payah menyelit-nyelit di celah2 crowd. Mase tu ade 2 group yang tengah ready nak inflate belon.
Zuuusshhh ! Api keluar menyala2... excited !
Tu dia... dah kembang dah !
Tak sempat kembang habis,,,
dikempiskan balik !
Hujan turun... rintik-rintik... Tak lebat pun, tapi program terpaksa ditunda.
Hmmm,,, bukan rezeki nampaknye. Tak pelah.
So nak buat ape sementara menunggu night glow? Entah2 night glow pun cancel sebab hujan. Kebingungan berjalan menuju ke Jambatan Seri Wawasan berdekatan dengan tapak launching macam orang hilang anak bini.
Tiba-tiba dengar sorakan orang ramai. Bila toleh ke belakang, ade belon aiskrim ! Tapi bukan dari tapak pelancaran tadi. Dari kawasan padang disebalik khemah2.
Semakin lama semakin tinggi. Cepat2 berlari nak snap gambar. Pantas pulak terbangnya aiskrim ni. Sekejap je dah tinggi di udara dan menghilang di celah-celah bangunan.
Sempat la snap 3-4 keping. Nasib ade focus lens.
Selang beberapa minit, naik lagi 1 belon warna kuning kelabu. Berbunga-bunga perasaan walaupun cuaca mendung dan tau gambar mesti suram.
Better than nothing !
Terkinja-kinja tangkap gambar. Nasib ade orang lain jugak yang terkinja2 sekali. takde lah malu sangat, hehe.
Thanks Willy kerana sudi memenuhi hasratku. Haks !
Willy menghilang dicelah2 bangunan kerajaan. Tak tau kemana destinasi belon ni. Nak landing tengah2 bandar ke? Begitu banyak persoalan yang timbul dibenak fikiran.
Bengong kejap sebab kena hujan !
Hujan semakin lebat...
Rasa macam dah takde harapan nak tengok belon ni. Hari semakin gelap. Payung pun takde. Terus menapak menuju ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk berteduh, sementara menunggu azan maghrib.
Sekali lagi terdengar sorakan orang ramai dari dataran tadi.
Hadoi la....
Await drama sangat hari ni. Lenjun kebasahan dalam hujan. Belon pun malu-malu kucing nak terbang. Kejap kembang, kejap kempis.
*&%$#**** pengsan la membebel sorang-sorang dalam hujan. Cepat la beruban rambut, arrgghh...!
Digagahkan jugak kaki untuk berlari menuju ke tapak launching. 2 belon dah kembang pon. Orang ramai dah macam histeria.
Punyalah ramainya orang, area sekitar pagar memang dah sesak, tak boleh nak menyelit dah. Pak-pak arab dah conquer row depan. Siap panjat lagi. Dah la tinggi macam galah. Snap gambar nampak kepala diorang je.
Tak kira. Alang-alang menyeluk pengasam. Alang-alang basah kuyup.Selit kiri, selit kanan, dapat jugak tengok belon dekat-dekat.
Kagum & jakun...
Baru je snap 3-4 keping gambar, belon dah kempis balik?
Apa kes?
No....don't do that !
Pity me ! Sob sob sob...
Hujan lagi.. Acara ditunda sekali lagi.
Solat maghrib dulu...
Masjid Tuanku Mizan Zainal AbidinSolat maghrib dulu...
Dalam masjid pun ade drama jugak. Lepas solat ade orang jatuh dalam kolam dalam masjid sebab berebut-rebut nak keluar sof. Hmmmm...
Hari yang penuh drama.
Hari yang penuh drama.
Hujan masih tak berhenti. Nasib sweater ade hood. Itulah payung nya. Lepas maghrib, jalan-jalan disepanjang tasik Putrajaya menikmati keindahan malam, feeling-feeling tourist.
Rasa mcam berjalan kat Sydney Harbour plak...haks (exagerated weh !).
Best jugak Putrajaya ni. Bersih dan teratur. Bangunan pun cantik.
Dalam hujan2 pun ramai jugak orang beratur nak naik night cruise.
Lepas solat isyak' sekali lagi terdengar suara orang bersorak. Kelihatan cahaya terang dari dataran tadi. Sah Night Glow dah start. Tengok jam, dah pukul 9 pun.
Hadoih,,, lutut dah mintak ampun tak mau lari dah. Tapi rugi pulak klau terlepas show night glow yang setengah jam je ni.
Bila sampai, sekali lagi... no space to squeeze in. Terlalu ramai orang.
Pusing punya pusing, jumpe spot kosong belakang khemah. Tepi longkang pulak tu. Alahai... Jadilah.
So layan gambar lah pulak ye. Penat dah berdrama. Fuh !
Ok, tu je. Ingatkan belon tu nak terbang. Rupanya tak. Maka berakhirlah show hari ni. That's it.
Dalam otak tengah contemplate nak datang lagi tak esok untuk tengok launching.
Sempat ke jambatan Seri Wawasan kejap sebelum balik.
Lepas tu ke Masjid Putra dan Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Lepas tu ke Masjid Putra dan Putrajaya International Convention Centre (PICC).
PICC
Okay, decided nak datang lagi esok tengok launching pukul 7am.
Gigih sungguh.
Layak dapat pingat Hang Tuah ke? haha.
Okay, that's it for now.
Nantikan part 2 ye. Thanks for spending your precious time reading my blog. Really appreciate it.
Till we meet again, Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment