Thursday 13 June 2013

Pulau Perhentian - Day 1 (11/5/13)

Assalamualaikum, good day everyone!

So i had a chance to visit Perhentian Island in Terengganu recently. It was a really short vacation. Hari sabtu (11/5/13) sampai, hari ahad (12/05/13) da balik. Tak dapat nk cuti panjang sebab dah apply cuti panjang untuk bulan 6 nie.

Anyway, since cuti yang pendek dan jarak perjalanan yang jauh, we decided to travel by plane. Kalau naik bas tiket RM40, bertolak dari KL pkul 10 mlm hari jumaat, smpi pkul 5 pagi di Besut. Time tu MAS promo tiket RM 65 sehala ke Kota Bharu, AirAsia RM 69. So we grabbed the tickets immediately. Niat vacation hanya untuk chill out, release tension, and of coz, snorkeling!.

Disebabkan nak manjakan diri punya pasal, kami stay kat ARWANA PERHENTIAN. Kami pilih Deluxe Pool View. Agak mahal tapi stay semalaman je kan, so ok lah.

Pulau Perhentian ni ade 2, Perhentian Kecil & Perhentian Besar. Main activity kat sini adelah snorkeling and scuba diving. Arwana Resort ni kat Pulau Perhentian Besar, area Teluk Dalam.


Flight kami pukul 7.50 pagi. Sampai KLIA terus check in. Perjalanan mengambil masa 1 jam je, so xde la makanan fancy-mancy dlm flight nanti. Dapat kacang masin dengan jus je. So kami siap2 breakfast kat finger-licking-good KFC.









Dok termenung dalam flight teringat lagu Najwa Latif ' Ada Mu'. Subhanallah indahnya awan ciptaan Allah (sambil promote flight, mane la tau diorang nak sponsor next vacation kan? heheh!)

'Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaran-Nya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurnia-Nya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau Penuh dengan cabaran
Ku tahu Ku adaMu Tuhan'




Kami mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu pada pukul 8.50 pagi. Van pelancong sudah pun menunggu ketibaan kami berdua.

Perjalanan dari Kota Bharu ke Jeti Kuala besut ambil masa 1 jam. Sampai di jeti, dah ramai mat & minah saleh sedang menunggu bot.

Pekerja jeti speaking Queen's english x hengat. Makcik jaga toilet pon speaking abes (salute!).

Tambang van pelancong dari airport ke jeti RM 70 seorang (pegi-balik). Tambang bot pon same je harganye. So total RM 140 sorang dari airport ke airport.








Setelah menunggu beberapa ketika, sampailah bot kami. Ade dua pasangan Korea dengan sorang budak yang naik skali ngan kami. Then, ade satu keluarga dari Pulau Perhentian kecil tumpang nak balik rumah. So off we go!



Mula-mula naik bot, everyone was so excited especially that korean boy. Brader bot tu siap buat free-willy lagi.

Tapinya disebabkan sambutan yang hangat die dah mula rasa syok kot. Bermula la ribut petir gempa bumi kat dalam bot kami. Andaian nye sama lah macam mat-mat rempit bawak motor atas jalan. Macam orang hilang akal die kemudi bot tu.

Rase macam ade bumper atas air. Pastu tergelak sorang-sorang tengok kami semua tercampak atas bawah. Tempias air laut sampai lenjun.

Mula-mula tu seronok gak orang2 Korea ni kena percikan air. Tapi bila dah basah kuyup tu, sunyi sepi bot. Speechless! Yang terdengar hanya suara brader bot yang mengilai kepuasan.

Tak patut, tak patut. Kesian pelancong die buat camtu. Budak pulau sorang tu steady je tido atas pelapik empuk kat tengah bot. Tak kesah la gegaran 7 skala richter pon die maintain je tido. Haha.

Tidurnya lena, tak mungkin dapat diganggu-gugat oleh pukulan ombak

Pulau Perhentian kecil


Akhirnya sampailah kami di Arwana Resort dalam pukul 12.30 hari. Check-in, lunch then balik rehat kat bilik di atas encik tilam dan cik bantal yang empuk.

Disebabkan Deluxe Pool View yang kami book tu penuh, diorang kasik Deluxe Sea View with Balcony yang sebenarnya lagi mahal, haha (rezeki, rezeki!). 

Arwana resort



Reception counter








Asalnye nak join snorkeling pkul 2.30 petang tu tapi terlajak tidur sudah. Bangun2 je da pkul 4 ptg. Yelah penat kerja semalam pon tak abes lagi.

So petang tu kami just pusing-pusing sekitar resort menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Afterwards berenang kat swimming pool. Dah puas berkuak lentang, kami balik bilik, solat, then dinner. Tu je aktiviti nye untuk hari tu. esoknye kami snorkel yeah!.

So wait for my next entry k. Assalamualaikum !

3 comments:

  1. Salam. Nak tanya berkenaan van pelancong dari airport KB ke jeti,macam mana book? Memang sekali book hotel ke atau van tu dah memang ada kat airport sentiasa?

    ReplyDelete
  2. Salam. Nak tanya berkenaan van pelancong dari airport KB ke jeti,macam mana book? Memang sekali book hotel ke atau van tu dah memang ada kat airport sentiasa?

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...