Saturday, 5 October 2013

Kia Ora, New Zealand - Day 4 (23/6/13) Part 2

" Well you only need the light when it's burning low
  only miss the sun when it starts to snow
  only know you love her when you let her go

  Only know you've been high when you're feeling low
  only hate the road when you're missing home
  only know you love when you let her go"

^ The Passenger ^
- Let Her Go -


Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Terase macam berada dalam filem Narnia. Semakin lama, salji semakin tebal. Dari tasik Tekapo, kami bergerak ke destinasi seterusnya, tasik Pukaki yang terletak 60 kilometer dari tasik Tekapo. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 40 minit melalui state highway 8 dan Tekapo-Twizel road.

Sepanjang perjalanan, lagu yang paling kerap diputarkan dalam radio adalah lagu The Passenger - let her go. Memang sesuai lah dengan keadaan cuaca. It made me miss my home, and the warm sun.

Sedar tak sedar, kita seringkali 'take for granted' segala kurniaan & anugerah dari Allah. Bila sejuk macam ni, baru rindukan kehangatan mentari. Bila ada matahari, komplen panas pulak. Itulah manusia kan. Semoga Allah menjadikan kita semua insan yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberian-Nya, dan tidak pula melupakan-Nya di saat kita ditimpa musibah... (say amin!)

40 minit nak sampai tasik Pukaki, inilah pemandangannya - hanya ade 2 colour je, hitam & putih.

Jap,,! ade kuning sikit,.. sign board arah tu...haha !




 Nampak tak tasik Pukaki? Biru je airnya dari jauh. 

Tasik Pukaki merupakan tasik terbesar antara ketiga-tiga tasik yang terbentang selari dengan banjaran Alps (tasik Tekapo, Pukaki, Ohau). Keluasannnya melebihi 178 km persegi. Tau kenapa air dia biru? Sebab tasik ni berlantaikan GLACIER !...menakjubkan!

Tapi takde ape sangat kat sini. Takde resort mahupun hotel di kawasan ni sebab tasik Pukaki merupakan sebahagian daripada kawasan jana kuasa hydroelektrik, bukan tempat berkelah.

Tujuan kami singgah kat tasik Pukaki ni,,,sebab nak masak ! Sejuk & kelaparan, worst case scenario,,, haha... Semalam kat stesen minyak kat Geraldine tu kitorang beli stok mee segera, memang plan nak makan kat tepi tasik nih. Tapi sejuk nye memang,,, tak yah cakap la. So kitorang makan kat dalam van je. Takut nanti belum sempat ngap maggi tu dah beku dalam mangkuk. Kan? hiii...




 Meja & kerusi dah ada yang 'duduk'. Takde space untuk kitorang makan menghadap tasik biru..

 Lake Pukaki visitor centre.

Fuad & saya sempat menjengah ke dalam visitor centre ni. Ada mini muzium yo dalam tu (mostly geographical and geological explanation of the three lakes, the Alps and the mount Cook. Ada kedai jugak dalam tu, jual ikan salmon, cokelat & jajan.

Cantik? mesti la kan. Kalau musim panas dapat la mandi-manda kat tasik ni.

Motif posing macam tu? 

Perut dah 'full tank'. So kami meneruskan perjalanan menuju ke Queenstown. Semakin ke selatan, semakin menipis pulak salji. Pelik !. Baru lah nampak warna hijau dan coklat balik. Perjalanan masih berbaki 220 km (aiyyak !).

Sebenarnya banyak sangat tempat yang boleh disinggahi sepanjang highway ni sebab New Zealand memang sangat natural pemandangan nya. Tapi disebabkan kesuntukan masa, kami tak berhenti banyak la (ye lah tu..tengok jap lagi).

Kami bypass Omarama, pekan dimana dikatakan mempunyai langit yang sangat cerah dan menakjubkan. In fact, Omarama itself is a 'Maori' word which translated into 'Place of Light'.





Lembu tenusu...tak sejuk ke dik?


Angsa berkejaran, unggas berterbangan...tempat apakah ini yang sungguh mendamaikan?


Sebenarnya...salah masuk simpang.

Tapi macam  cantik je tempat ni. So, kitorang berhenti lagi untuk sesi fotografi. Kawasan ni macam private properties. Ladang milik bangsawan mana la kitorang pecah masuk ni. Pedulik !

Luas kawasan ladang ni. Kami park van tepi jalan sebab kawasan ni berpagar.


Takde salji, tapi air beku wo..

Gatal nak berjalan atas lopak air

Maka bermulalah sesi posing-posing berlatar-belakangkan pergunungan Alps. 

Sopan...

 Oklah, sopan lagi tu...

Tak senonoh...!

Buang tebiat..!

Hikmat unggas berterbangan peringkat ke-8, jurus penamat !

Lutut mintak ampun dah dik...cukup2 lah tu meloncat nya...!

Bila nak sampai Queenstown ni kalau asyik berhenti je? Hari dah nak gelap dah ni. Dengan azam yang tinggi untuk terus ke Queenstown tanpa berhenti, campervan Volkswagen tersebut dipacu laju merentas jalan penuh liku.

Tiba-tiba....

Arrghhhh ! Putih seputih putihnya...!

Kalau ikutkan, apa bezanya kan salji kat sini dengan salji kat tasik Tekapo & Pukaki?. Entah la, rasa macam kawasan ni sangat bersih & 'suci'. haha...(tiada logika explanation tu) 

Lindis Pass Scenic look out. 

Memang epik la. Highway merentas kawasan pergunungan. Kalau tengok Lord of The Rings, the Fellowship of the Rings, tempat ni macam scene diorang berjalan beramai-ramai atas gunung bersalji tuh. 

Jom layan gambar jap.



Tak ke macam gula pasir tu?

Speechless!






SubhanAllah, Lindis Pass ni memang cantik. Kembali di atas lebuh raya, menuju ke Queenstown yang tak kunjung tiba.

Alhamdulillah, cuaca tiba-tiba cerah balik...(ehem, ehem !!!)

Salji semakin menghilang dari pandangan. Actually tak berapa paham dengan distribution salji kat sini. Sekejap ada salji, sekejap takde (macam chipsmore?)...






Ada satu pekan kat sini yang saya nak sangat pergi, sebab ada 'Puzzling World'. Kalau ikut itinerary asal, takde lah plan nak pergi tempat ni. Sebab kami anggarkan, tak cukup masa. Pekan ni pulak bukan tepi highway. Kena masuk ke dalam lagi dalam 25 km.

Tapi memang rezeki sangat lah ni. Cuaca petang tu memang cerah dan nyaman, memungkinkan kami untuk singgah sebentar di WANAKA...! 

Tak lama lepas memasuki Kane road menuju ke Puzzling World...ada sungai,,,, yang sangat cantik !!!!


Clutha River...!!!

Sungai kedua terpanjang di Zew Zealand (338 km). Ia mengalir dari tasik Wanaka, menuju ke lautan pasifik, melalui Otago tengah dan selatan.

Ia juga merupakan sungai yang mempunyai isipadu terbesar di NZ, dan yang paling deras arusnya. Apa yang bestnya sungai ni?

Air die warna turqoise wo,...tengok ni !

Biru kehijauan...



Nampak jambatan besi warna merah tu? Mesti cross jambatan tu kalau sampai ke sini. Meh nak tunjuk gambar sungai ni kalau korang pergi masa autumn (cilok gambar mat saleh mana ntah..!). Memang awesome! Sila cari 10 perbezaan dalam 2 gambar tersebut...haha








Yay, we crossed the red bridge !!!

Apa lagi yang nak dikata pasal sungai ni. It's the most beautiful river i've ever seen in my life. Seriously, memang cantik... 

Masa musim panas, bunga atau luruh, ada Jet Boat Tour kat sungai ni...mesti best.

Hmmm, ingat nak habiskan entri hari ke-4 terus. Tapi sudah mengantuk bah. Nanti je lah saya sambung ye. Do come again, boleh tengok apa itu 'Puzzling world'.

So long....Assalamualaikum!

1 comment:

  1. salam, curious plk.hehe. nape blurred kan gambar sorg tu?

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...