Assalamualaikum & Good Day everyone !
Syukur ke hadrat ilahi, sehingga ke hari ke-empat di NZ, segala perancangan kami berjalan dengan lancar. Pelbagai pengalaman dan ilmu dikutip sepanjang perjalanan.
It's hard to explain in words, the lessons I've learnt throughout the journey. One thing for sure, they are priceless ! I wouldn't trade them for anything on earth.

Satu lagi berita baik kami terima. Jalan ke
Milford Sound akan mula dibuka semula keesokan harinya. Alhamdulillah.
Rasa nak terus duduk bertenggek di tepi tebing sungai Clutha. Hilang segala penat lelah setelah memandu berjam-jam dek kerana keindahan airnya yang mempesonakan.
Hari beransur gelap. Masih ada satu lagi destinasi yang harus ditujui, tujuan asal kami menjejaki bumi Wanaka...
Puzzling World !
Dengan rasa berat hati, kami meneruskan perjalanan yang semakin hampir ke penghujungnya.
Kami selamat sampai di Puzzling World pada pukul 5.30 petang.
Indahnya bumi Wanaka, lembah yang dikelilingi oleh 'snow capped' mountain. Kelihatan, beratus ekor biri-biri sedang meragut rumput di kawasan padang bersebelahan dengan Puzzling World.
Nampak ke biri-biri tu? Cuba kira macam Mr. Bean kira...hehe
“We lead the world in puzzling eccentricity”….
Tempat pertama yang kami masuk adalah The
Great Maze (Labyrinth) a.k.a pagar sesat !
The Great Maze ni berbentuk segi empat. Penjurunya merupakan empat buah menara yang mempunyai atap berbeza warna (merah, biru, hijau & kuning). Di tengah2 pagar sesat, ade jambatan. Kalau sesat, tak jumpa jalan, naik ke atas jambatan dan cari jalan keluar.

The challenge is, to find all 4 towers (yup, all of them !). Kena jujur la. Tak de orang pun nak check korang dah jumpa ke tak semua menara tu. Just for self satisfaction.
Panjang jugak laluan die sebenarnya, ada lah dalam 1.5 km. Makin lama sesat, makin jauh la jarak perjalanan korang.
Agaknya kitorang jumpa ke tak menara-menara tu?...Jom !
Owh, hmmm. Ada entrance fee nak masuk sini, tapi tak ingat lah berapa dollar. Sorry !
Susur laluan berpagar kayu
Dah mula pening lalat, tapi cuba control dengan senyuman...kuang3x
Red Tower !
Oii ! Nak mengelat la tu. Mana boleh cross sebelah, korang tak cukup inci.
Hmm, baru je nak suruh salah seorang naik jambatan & tunjuk arah...buat malu je.
Green tower ! Macam dah dekat.
Yellow tower pulak...aiyyak !
Oitt...! Bila masa pulak budak berdua ni sampai situ? Ceiittt!
Bro ! Dari tadi turun naik jambatan tu. Sesat kan?, huahua..!
Kalau dah rasa macam rimas, tak sedap badan, cemas mahupun claustrophobic, keluar jelah dari pintu ni senyap2. Pandai2 la cover line.
Fuh, mamai kejap lepas keluar. Seb baik ade bangku kat luar pagar ni untuk relax2.
Di sekeliling tempat rehat ni, ada berpuluh2 lukisan yang sangat menarik. Semuanya memerlukan kemahiran berfikir KBKK untuk mengamatinya. Hoho.
Ni sebahagian dari lukisan-lukisan tersebut.
Drawing Hands : sape lukis sape dulu?
Kiri : House of Stairs (tangga lepas tangga lepas tangga)
Kanan : Ascending Descending (fokus dekat tangga tingkat atas tu, boleh appreciate?)
Relativity : Juga melibatkan tangga. Cuba lihat dari arah bawah, kanan dan kiri.
Menarik kan? Mencabar imaginasi dikala otak beku dek kedinginan salju.
Bersebelahan kawasan rehat ni, ade toilet. Tapi jenis yang social sikit la. Siap boleh borak2 lagi masa tengah buat projek. Kalau malu2 kucing toksah masuk la. Simpan, nanti buang kat hostel jek..haha.
Ni ha toilet nya…
Ada berani mau cuba?
Azuan dah pon cuba,,,haha !
Toilet jenis ni ada air mengalir melalui mangkuk tandas kat dalam tu. Masing-masing bawak berus sendiri nak bersihkan ‘kawasan’ lepas projek selesai. Jangan terberus gigi pulak lepas tu sudah.
Mungkin dari sini lah tercipta nya berus jamban,,,ke bukan?
Ish…apesal lama pulak saya dedikasikan masa untuk cerita pasal jamban ni? Musykil…
The Lion King
Roman-style Toilets !!!
Begini lah gamaknya kehidupan orang-orang Rom suatu ketika dahulu. Persoalannya, perlu ke berjemaah buang air besar? kekeke.
Amaran keras oleh pihak penganjur : The toilets in this room are to look at – Not to use !
So, apa ko dah buat Azuan?
So, apa ko dah buat Azuan?
Toilet jenis ni ada air mengalir melalui mangkuk tandas kat dalam tu. Masing-masing bawak berus sendiri nak bersihkan ‘kawasan’ lepas projek selesai. Jangan terberus gigi pulak lepas tu sudah.
Mungkin dari sini lah tercipta nya berus jamban,,,ke bukan?
Ish…apesal lama pulak saya dedikasikan masa untuk cerita pasal jamban ni? Musykil…
Dah..! Jom tengok apa lagi attraction kat sini.
Seterusnya, Hologram Hall yang menempatkan hologram 3-D yang menakjubkan. Nama pun 3-D. Jadi, kena tengok live baru boleh appreciate hologram ni.
The Lion King
Berapa jenis binatang yang korang nampak dalam gambar ni?
Tengok pakcik ni…
Next one, Ames Forced Perspective Room…
Dari luar, kita akan nampak bilik ni simetri (walaupun senget).
Tapi bila diorang bertiga ni masuk, Fuad jadi gergasi, Azuan dengan Zul dah jadi kerdil. Hebat tak?
Ni lah teknik yang diorang guna dalam filem The Lord Of The Rings untuk menonjolkan kekerdilan Hobbits dan kegergasian Gandalf The Grey. Serius memang awesome !

Berikutnya, Sculptillusion Gallery…
Terdapat lebih daripada 20 buah sculpture & artworks kat sini. Bagi yang suka kan seni, mesti terbeliak mata tengok hasil tangan New Zealander nih.
Bagi yang minda teknikal lebih dominan dari minda kreatif, bosan kot tempat ni.
I enjoyed it !
Bagi yang minda teknikal lebih dominan dari minda kreatif, bosan kot tempat ni.
I enjoyed it !
Tiba-tiba terjumpa sorang pakcik separuh abad tengah lepak kat satu sudut dengan muka yang penuh kesayuan. Pakcik ni siape? kenapa sedih sangat pakcik? kencing manis tak control ye pakcik?
Opppsss, rupa-rupanya pakcik ni la Stuart Landsborough, founder Puzzling world. Tu pasal la die diabadikan sebagai patung lilin kat sini (ala-ala Madame Tussauds la ni).
Genius la pakcik ni. Camne bleh terpikir nak bina tempat ni? Meh la buat satu kat Malaysia. Hehe.
Ada fakta menarik pasal tempat ni. Stuart Landsborough sebenarnya ada tanam satu "promissory note" berharga 50 ribu dollar berhampiran kawasan Puzzling World. Die cabar semua pakar psikik kat dunia ni untuk cari note tu. Kalau jumpa, die akan sumbangkan duit tu kat mana2 badan kebajikan yang dipilih oleh pakar psikik tersebut.
Asalnya, note tersebut ditanam di dalam kawasan sekitar 5 km radius dari Puzzling World. Lepas 6 bulan, die kurangkan lagi jarak kepada 200 meter radius.
7 orang telah mencuba, sorang pun tak berjaya jumpa kat mana tertanamnya note tersebut.
Pada tahun 2006, jarak tersebut telah dikurangkan lagi kepada 100 meter radius. Tawaran duit pun encik Stuart naikkan kepada 100,000 dollar. Namun, usaha demi usaha menemui kegagalan.
Maka saya menyeru kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereka mempunyai "Sixth Sense", sila lah sahut cabaran ni. Boleh jugak menyumbang kepada badan2 kebajikan kat Malaysia seperti Majlis Kanser Negara, Badan Kebajikan Thalassemia, Cleft Lip & Palate Association dan sebagainya.

Apakah?
Gila poyos diorang ni...!
Haaaa, inilah dia Tilted House. Bilik ni senget 15 darjah. Best ! Kejadian tergolek dan menggolekkan diri memang biasa kat dalam bilik ni. Pesan abang, pegang tangan mak kuat2 ye dik, takut terjatuh nanti.
Dekat sini jugak ada Puzzling centre and café dimana korang boleh bermain puzzle sepuas-puasnya.
Kalau x nak main, nak beli je terus puzzle ni, ada gift shop yang menjual segala jenis puzzle. Tapi mahal yo! Hurmppp! Tak sudi !
Sebelum beredar, kami sempat bergambar dengan Leaning Tower Of Wanaka. Tau berapa darjah kesengetan tower ni? 53 darjah.
Hebat giler...! Menara condong Pisa pun senget 6 darjah je.
Hebat giler...! Menara condong Pisa pun senget 6 darjah je.
Bincang punya bincang, kitorang bersetuju untuk cari bahan mentah kat pekan Wanaka untuk masak malam ni. Pekan Wanaka terletak kurang lebih 2.5 km dari Puzzling World.
Sebenarnya, ada motif lain nak pergi Pekan Wanaka nih..
Nak pergi tasik Wanaka…hahaha, walaupun hari dah mula gelap pun.
Sampai je di pekan, Fuad & Azuan terus ke mini market berdekatan. Zul & saya, dengan liciknya memboloskan diri dan berlari-lari anak menuju ke arah Tasik Wanaka. Kuikuikui…
Sampai je di pekan, Fuad & Azuan terus ke mini market berdekatan. Zul & saya, dengan liciknya memboloskan diri dan berlari-lari anak menuju ke arah Tasik Wanaka. Kuikuikui…
Walaupun dah gelap, masih terserlah ‘keayuan’tasik Wanaka
Tasik Wanaka merupakan tasik ke-empat terbesar di NZ dengan keluasan 192 km persegi, dan kedalaman melebihi 300 meter.
Crystal clear water
Uniknya, terdapat beberapa pulau kecil di dalam tasik Wanaka antaranya pulau Stevensons, pulau Ruby dan pulau Harwich, kesemuanya merupakan kawasan ekosistem yang menjadi habitat pelbagai species burung dan beberapa jenis haiwan lain.
Pekan Wanaka
Akhirnya, kami meneruskan perjalanan yang berbaki 70 km menuju ke Top 10 Holiday Park di Queenstown. Kerana penat, saya tidur je sepanjang perjalanan. Kesian yang memandu…hihihi..
Kami selamat sampai di top 10 Holiday Park lebih kurang pada pukul 9 malam.
Lepas check in, kami ke dapur untuk masak dinner. Tung tang tung tang dapur berbunyi. Akhirnya, ini lah hasilnya. Nasi, ikan masak rending, sayur campur & omellete. Oklah tu, asalkan tak tidur dalam kelaparan.

Dalam hati berbunga-bunga sebab esok pagi,
kami akan ke Milford Sound, tempat yang diberikan gelaran keajaiban ke-8
dunia oleh Rudyard Kippling.
Sehingga berjumpa lagi,
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment