Saturday, 28 September 2013

Kia Ora, New Zealand - Day 4 (23/6/13) Part 1

"There is always something to be thankful for each and every day, when you see the beauty of being alive under God's grace"

Assalamulaikum & Good Day Everyone !

Semalam hari dah gelap masa sampai di Geraldine. Hari ni pagi2 buta kami dah bergerak untuk merentas perjalanan sejauh 344 km. Ke mana tu? Haaa, tunggu !



Ini dia, anatomy of a campervan. So kami punya ni jenis Platinum Beach untuk empat orang penumpang. Atas tempat duduk pemandu, adalah tempat tidur untuk 2 orang. Belakang tempat duduk pemandu ada meja makan bulat dan tempat duduk penumpang untuk 2 orang. Tempat duduk pemandu dan sebelah pemandu tu boleh adjust kasik pusing menghadap belakang, tujuan nya boleh makan berempat menghadap meja bulat tu. 

Belakang tempat duduk penumpang adalah toilet/shower, diikuti dengan microwave dan laci-laci yang dipenuhi dengan cutlery. Di sebelah kiri, belakang tempat duduk penumpang ada almari kecil untuk gantung baju. Dalam tu ada tangga untuk naik ke tempat tidur atas pemandu. Atas almari ada TV. Seterusnya dapur, sinki, laci dan tong sampah. Di belakang sekali tu sofa yang kena adjust untuk jadikan katil.

So mana datangnya air paip? Lepas mandi dan melepaskan hajat, kemana mengalirnya 'bahan-bahan' tersebut? Haaa,,yang ni macam susah sikit nak explain. Di sekeliling campervan ni, korang akan nampak macam-macam pintu berkunci. Buka satu-satu pintu, korang akan jumpa tangki air, ruang penyimpanan beg, tangki 'sisa-sisa toksik' tu, tangki minyak dan sebagainya. Rasanya lebih elok korang tengok VIDEO nih untuk detail explanation.


Haaa, cozy tak interior campervan ni? Itu gambar cilok dari google. Persoalan seterusnya, bila tangki air penuh mana nak top up? bila tangki najis dah penuh, mana nak buang? Kat mana nak charge letrik? Haaa, itulah pentingnya holiday park.

Dalam entri sebelum ni, saya mention pasal Geraldine Holiday Park. Apa tu? Okay, jangan ingat campervan ni dah lengkap serba-serbi, korang boleh park sesuka hati tepi jalan ikut kesempatan korang je. Semua campervan haruslah park di holiday park. Kat sini lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti power source, tandas, bilik mandi, dapur, bilik rekreasi, campsite etc. Bagi yang sewa kereta, korang boleh sewa bilik yang disediakan disini. 

Harga untuk semalaman di Geraldine Holiday Park : NZD 65.00 (MYR 161.17) untuk 4 pax. 


Queenstown ! Pernah dengar?...

Lepas subuh, kami bergerak menuju ke selatan pulau. Nasib baik lah park campervan dekat dengan shower room. Ada lah dalam 5 meter je. Itu pun punya lah azabnya nak mandi pagi tuh. Bukak je pintu, Zuuushhh!!! haram sejuk! Menciput lari ke shower room. Nikmat sungguh dapat mandi air panas. 

Amaran : jangan nak bermandi girang kat dalam tu ye. Setiap orang boleh mandi 8 minit je, walaupun bilik air kosong. Shower tuh diorang dah set untuk 8 minit je sekali mandi. Si zul tengah bershampoo girang tetiba shower berhenti. Menggelabah pindah shower room lain,,!

Layan gambar dulu.




Cuaca bertambah baik pagi tu. Alhamdulillah ! Sepanjang jalan, ada trak2 yang sisirkan salji atas jalan ke tepi. Semalam, makcik Geraldine Holiday Park tu dah 'warn' kitorang pasal 'black ice'. Black ice? ape tu?. Ok, black ice ni merupakan selapisan ais atas jalan yang kita tak nampak, bukan macam salji yang putih tu. Suhu sejuk melampau di waktu malam menyebabkan pembentukan lapisan ais tersebut. Bila siang hari, kita nampak jalan clear je, warna hitam tar, tapi bila drive kita akan rasa licinnya jalan. So kena extra careful, especially dekat selekoh...Seram !

Perjalanan sejauh hampir 350 km ni melalui tasik Tekapo & Pukaki berlatar belakang kan Southern Alps & Mount Cook. Tapi tak sampai sejam kami dah berhenti tepi jalan. Tak tahan yo tengok salji. Mau tak jakun, first time tengok salji. Terus park bawah pokok dan melompat keluar dari van. Yeehaaa !!!






Tak tau nama tempat ni ape. Mungkin bukan tourist spot pon, cuma rumah orang sebelah jalan je, haha. Memang jakun. Kami meneruskan perjalanan. Basically nothing much happened sepanjang perjalanan. Matahari memancar terik, kami terdiam & terkesima melihat keindahan bumi ciptaan tuhan, SubhanAllah!





Tu dia 'black ice'...hati-hati !!!






Hari semakin cerah, salji semakin memutih, kami menghampiri hentian pertama, Tasik Tekapo. Perjalanan sejauh 104 km ini melalui Geraldine - Fairlie highway.

Sesat sekejap sebab masuk ke kawasan resort. Tak jumpa tempat parking. Habes rumah-rumah kena timbus salji. Kereta pun lemas...







Tasik di seberang jalan. Pusing punya pusing, jumpa jugak tempat parking. Sejuk memang menusuk sampai ke sumsum tulang la. Tapi itu semua bukan lah penghalang bagi empat orang budak jakun nie nak main salji..hahaha. Ada mereka kisah?...



 Jim-alif-kap-wau-nun



Memang superb pemadangan! Tapi sejuk tak yah cerita lah. Leka bermain, sedar-sedar Azuan hilang. Puas cari tak jumpa. Dalam kereta takde, kat luar pun takde. Terpekik terlolong kami menjerit cari Azuan. Bimbang kalau-kalau tertimbus dalam salji paras lutut tu. Jadi drama lain pulak nanti. Sekali Azuan muncul, siap dengan hand glove baru. Rupanya die pergi shopping sarung tangan kat deretan kedai kat situ sebab tangan dah nak frost bite dah. haha. Serius cuak sekejap.

Dari sini dah nampak dah tasik nya. Tapi takde pathway nak ke tasik. So kami masuk balik dalam campervan, patah balik dan cari parking dekat area church of good shepherd, tak jumpe. Banyak pulak kereta pagi tu. Bas pun ade. Last2 park campervan tepi jalan je berdekatan dengan The Godley Hotel. Terpaksalah menapak dalam 1 km nak ke area church of good shepherd tu. Dah la sejuk. Sabor je ler...

Meh tengok sini mangsa lemas ribut salji baru-baru nih...




Tak tau la berapa lama mereka-mereka ni akan tidur...have a good rest buddy!

Tasik Tekapo merupakan salah sebuah pusat pelancongan tumpuan di pulau Selatan NZ. Sesuai untuk dilawati pada bila2 masa, dalam keempat-empat musim. Keluasan tasik ni 83 kilometer persegi (besar giler !). Banyak hotel dan resort yang dibangunkan di sekitar kawasan tasik.

 The Godley Hotel

 I need a jacket too mummy, it's freezing! hehe

 Berusaha gigih untuk mejayakan iklan ubat gigi Fresh & White walaupun pipi dah kebas giler !!!

 Pristine ! SubhanAllah

 Sian die xde baju, salji melekat-lekat kat bulu...sob3x


 Semakin menghampiri the Church of Good Shepherd (Hmm,, kalau masjid yang tersergam indah kat situ mesti dah excited giler !)




Tu dia Church of Good Shepherd. It's the first church built in Mackenzie Basin area. Takde orang buat kerja2 ibadah kat dalam tu ye. It's just a scenic spot. 

Diorang bertiga tak tahu hilang ke mana entah. Mungkin tengah girang gembira bergambar. Saya terus meredah ketebalan salji separas pinggang tu menghampiri tasik. Dua tiga kali tersungkur, tergolek dan tertenggelam dalam salji,,haha..kesian !



Sampai jugak tepi tasik. Ada dalam 5-6 orang kat situ masa tu tengah bergambar. SubhanAllah memang cantik, air sejuk dan jernih. Bestnya dapat berkhemah tepi tasik ni kalau bukan musim sejuk kan. Tengok la keindahan banjaran Alps kat belakang tu. Besarnya ciptaan Allah, kerdilnya manusia. Memang berbaloi tergelincir tadi...hiks 





Musim bunga, kawasan sekitar tasik ni akan dipenuhi dengan bunga lupin. Mesti indah dan harum !

Dah puas amik gambar, saya patah balik ke gereja usang tadi. Diorang bertiga dah melambai-lambai dah panggil balik. Tak tahan sejuk katanya.

Teringin nak datang balik melawat tasik ni pada musim-musim lain... (semoga termakbul, amin !)






Sebelum meneruskan perjalanan ke Queenstown, kami lalu di tepi statue gangsa yang menjadi salah satu tumpuan di tasik Tekapo, Collie sheepdog. Snap satu gambar ! Then we headed back to the south.

Bored with the snow already? Don't be, at least just yet ! more to come....Dah sepertiga perjalanan kami hari ni.

Wait for my next entry. Till then, bye and Assalamualaikum..



8 comments:

  1. Bestnye dpt drive sendiri kat NZ.. bila la dpt peluang macam ni? huhu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. 1 pengalaman yg priceless. especially drive mse jalan licin musim salji.hihi. Boleh try, sgt menarik travel dalam campervan.

    ReplyDelete
  3. Faizal, saya baru balik dari NZ awal bulan lepas...masyaAllah jauh beza pemandangan lake tekapo ni masa saya pergi dengan awak pergi....putihhhhh jer masa korang pergi ni....tak dapat bayang tahap sejuk dia...masa kami pergi panas...tp air lake tu sejuk....hehehe dan ada lupine walaupun dah tak banyak!memang cantik sgt NZ ni! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huntong laaa, hehe. Tu la, lupin katanya hujung bln nov - awal disember je mekarnya. Mesti cantik kan.

      Delete
  4. bila nak pegi nz lagi?nak join roadtrip..haha..bestnya dpt kawan yg sekepala.mcm senang je tgk org lain buat roadtrip

    ReplyDelete
    Replies
    1. hentah la. Sekarang ni dah susah nak cuti panjang. Cuti seminggu pun payah. InshaAllah kalau ada rezeki memang nak repeat NZ lagi. Jom ! hehe.

      Delete
    2. subhanallah ! rasa mcm bebetul ada kat sini bila baca...opis ni pulak aircond bukan main sejuk! terasa mcm ade kat salji..kikiki

      Delete