Dah lama sangat berangan/teringin nak naik Broga hill nih. Orang kata view cantik dari puncak Broga especially masa sunrise & sunset.
Alhamdulillah, hasrat tercapai. Segala perancangan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Tiada sebarang kesulitan sepanjang proses pendakian. Syukur !
Seramai 7 orang peserta telah mendaftar kan diri dalam ekspedisi menawan puncak Broga, terdiri dari adik-beradik & ipar duai ( paksa rela, huahua !). Nasib aaa, takkan nak naik sorang2. Buat nye ade emergency ke hape kat atas puncak, ade gak tempat nak bergantung harap kan,,hehehe
Orait...
Pada malam sabtu, 26/10/13, kami semua berkumpul di rumah abang di Taman Permata, Dengkil Selangor. Plan asal nak gerak pukul 5 pagi sharp !
4.30 pagi dah mula bangun, semangat giler yo korang semua !!! 4.50 pagi, semua dah ada dalam kereta. Sebelum pkul 5 dah gerak pun. Superb ! Tabik Spring !
Jarak perjalanan 35 km sahaje. Masa sampai Semenyih, dah masuk subuh pun. So kami singgah masjid Semenyih untuk solat. Lepas solat, tengok2 kereta kena block pulak dengan kereta sorang pakcik ni. Aiyyak !
Anyway, lepas tu terus pecut laju kereta, takut kelewatan. Nanti terlepas pulak sunrise. Kami selamat sampai kira-kira pukul 6.10 pagi.
Kaki bukit Broga ni terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit. Pemilik ladang charge RM 2 untuk parking kat dalam ladang dia.
Punya lah ramai nye umat manusia pagi2 buta nih. Last2, park kereta tepi jalan je. Free of charge. Huahua ! InsyaAllah selamat.
Dinasihatkan utk bawak torchlight sebab memang gelap. Trek jalan pun tak nampak. Masa ni, dah ada beberapa gerai dah bukak, jual makanan & minuman. Kami memang dah siap2 beli jajan untuk breakfast kat puncak Broga, yeehaaa !
Sandwich & air mineral
Peserta ni tertinggal air kat rumah. Sanggup beli, huahua !
Masing-masing clueless, tak tau jalan mana satu nak ikut. So follow je lah orang lain. Mula-mula kena lalu kawasan ladang kelapa sawit dulu. Lepas tu hutan. Lepas tu baru nampak bukit bukau.
Ramai giler manusia. Budak sekolah punya ramai beratur ikut group sampai traffic jam. Yang pegi block jalan buat hape? Adoila adik2 sekalian...!
Tiba-tiba ter-excited pulak tengok orang ramai2. Terus memecut laju meninggalkan 6 orang lagi perserta ekspedisi lain yang kelihatannya dah mula tak cukup udara (hohoho). Dalam keterujaan memanjat tuh, sempat jugak berhenti sekejap, snap 3-4 keping gambar.
Akhirnya sampai jugak ke puncak pertama (ada 3 puncak semua nya)....!
Beribu-ribu lemon manusia. Padat, xde tempat nak duduk rehat dah.
Pekan Semenyih dari puncak pertama Broga Hill
Mereka yang kepenatan
Mereka yang gigih meneruskan pendakian
Rehat sekejap je, sempat tarik nafas 5-6 kepam, then zussssh! Takut terlepas matahari terbit. Hari dah makin cerah pun.
Aiyyak jauh lagi nak sampai puncak ke dua...!
Jauh merenung brader baju merah. Teringat ayam itik kat kampung ke...huahua !
Matahari nak naik dah !!!
Alhamdulillah, sampai puncak kedua ! Sini pun ramai orang jugak. Siap ade yang bawak bendera Malaysia lagi tu. Patriotik habes. Salute !
Actually jarak kaki bukit ke puncak Broga ni 1.7 km je. Tapi sebab going uphill, kadar pembakaran tenaga memang mencanak-canak. Berapa lama nak sampai ke puncak, itu bergantung kepada stamina masing2. Hihi...
Puncak ketiga !!!
Kelibat diorang ber-enam memang tak nampak lansung dah. Nak tunggu diorang ke tak ni? Matahari memang dah nak naik dah ni. Serba-salah. Aaah, pedulik kan mereka semua, huahuargh !
Puncak ketiga yang penuh dengan batu-batu besar
Sang Kancil wuz here...hihi !
Haha, ntah berapa lama dah brader ni tidor kat situ. Nyaman agaknye !
Setakat ni trek kira macam ok lah. Tapi nak naik ke puncak terakhir ni, mencabar sikit lah. Kena panjat batu besar bagai. Nasib la ade sorang brader ni yang tolong orang2 lain naik. Besar pahala ko brader !
Alhamdulillah, selamat sampai ke puncak ketiga Broga Hill. Juga penuh sesak dengan rakyat Malaysia. Haiyyak !
Puncak Broga terletak pada ketinggian 400 meter dari paras laut. Refreshing ! View dari sini memang awesome !
Yang sampai lagi awal ni entah pukul berapa lah diorang start daki tadi. Sebelum subuh kot.
Tiba-tiba ternampak kelibat Hang Tuah & Hang Jebat kat sini. Haish ! Kalian berdua buat ape kat sini? Sesat ek? Ni bukan gunung Ledang. Gunung Tok Wan ado lah...huahu !
Cari 'port' nak rehat sambil tunggu matahari terbit. Demi nak dapatkan view yang terbaik, sanggup panjat pokok macam budak2 sekolah kat atas ni. Haha.
Last skali dapat spot best atas batu yang paling besar kat puncak ketiga nih. Tak lama kemudian, sunrise !!! Jom layan gambar !
Alhamdulillah, memang puas hati dapat sampai ke puncak. Tambah pulak dapat tengok matahari terbit. SubhanAllah cantiknya !
Tengah2 masyuk menghirup udara segar, bau rokok menjengah ke dalam lubang hidung. Erggghhh !!!
Beratus-ratus orang, datang dari jauh, nak lari dari pencemaran bandar, bersusah payah mendaki, akhinya hirup udara tercemar jugak kat puncak bukit ni. Haiyya ! Tak bertimbang rasa sungguh mereka-mereka nih.
Lantaq pi lah ! Layan sunrise lagi best !
Sedar tak sedar, hari dah cerah pun. Tadi masa tengah syok tangkap gambar, mama telepon bagitau, diorang semua kat puncak kedua dah. Tak larat nak naik puncak ketiga, so diorang lepak ramai2 kat situ.
Perut pun dah lapar. Makanan untuk breakfast ade je dalam beg yang saya pikul ni. Tapi tak best la makan sorang2. Dah puas menghirup asap rokok, saya turun.
Puncak kedua dari pandangan atas
Mula2 ingat nak turun balik ke bawah ikut 'route' tadi yang berbatu-batu tu. Tapi ramai pulak orang tengah naik ke atas. So kena ikut trek altrenatif yang lain.
Ada banyak trek kat sini kalau explore. Ada jalan selamat, ade jalan mencabar. Ikut la mana satu yang korang nak ikut.
Jalan mencabar ! Curam dan berbatu-batu. Kena berpaut pada tali.
Jalan selamat. Macam tu jelah. Boring sikit.
So saya turun ikut jalan ni. Sambil turun sambil snap gambar.
Uish ! Sempat lagi bergayut tepon masa turun. Jangan tiru aksi sebegini. Kelak merana badan.
Jalan selamat
Lagi orang tidur tanpa terasa diganggu oleh suara-suara orang ramai yang hingar-bingar.
Approaching second peak of Broga hill
Hmmm, punya ramai orang, macam mana nak cari diorang ber-enam nih. Tiba-tiba ternampak susuk-susuk yang melambai-lambai nun jauh di sebalik bukit. Haaaah !!!
Tu dia !
Paklong & maklong sibuk bergambor
Cewah Mak Long...!
Reunited ! Actually view kat sini pun cantik jugak nak tengok sunrise. Nasib tempat diorang lepak ni tak berapa ramai orang. Pandai carik port !
So bermula lah sesi fotografi cucu-cucu Wan Timah di atas puncak Broga. Inilah hasilnya.....
Ini komen juri (dari kiri ke kanan):
Mummy : Lentok badan serta posisi badan menarik, ekspresi muka well-controlled. (markah 8.5/10)
Mama : Loncatan baik,lentok badan tak cukup 'fluid'. Ekspresi muka sedikit sembelit (markah 8/10)
Ummi : Loncatan kurang memuaskan, kaki kanan sedikit 'cacat' dalam gambar. Muka ok (markah 7/10)
Bonda : Ekspresi muka terbaik. Tapi badan agak 'stiff'. Boleh improve next time k. (markah 7.5/10)
Huahua... suka suki je mengomen. Diorang dah separuh asma meloncat. Next !
Freestyle !
Da bomb ! Siap ade suparman...
Dan disebabkan pihak penganjur berpuas hati dengan prestasi peserta-peserta yang punctual dan happening habes, Mama dihadiahkan beberapa frame solo shoot (motivasi sebab esok nak jawab exam, hihihi )
Acececeh...tak nampak muka risau nak exam pong.! Memang student psikologi...!
Bonda pun dapat solo shoot, yeeha !
Ummi melayan perasaan dalam semak sorang2. Apa kes?
Menuju puncak !
Sorang dah tergolek ke bawah, huuuu !
So that's it. Dalam pukul 9 pagi, kami bersiap-siap untuk turun balik ke bawah. Nothing much happened afterwards. Paha dah 'lemah longlai', tapi digagahkan jugak untuk sampai ke kaki bukit.
Alhamdulillah kami selamat sampai semula ke ladang kelapa sawit tadi. Ade lagi orang baru nak start daki bukit walaupun matahari dah memacak atas kepala.
Agaknye ape core business orang ni? Jual t-shirt ke petai? huahua. Soklan KBKK...
Surau !
Saja je menjengah ke dalam surau nak tengok bersih ke tak. Hmm boleh tahan bersih. Takde bau-bau yang menyesakkan lubang hidung. Cuma takde pembahagi la antara muslim dengan muslimah. Kongsi-kongsi musolla je.
Peringatan : Toilet kat sini nak masuk kena RM 1 yo ! Ade ke patut?
So berakhirlah misi menawan puncak Boga dengan jaya nya. Thanks to all my lovely siblings and in-law for joining the conquest. Indeed, the best time is the time you spend with your family. A memory that never fades away.
Hope you guys enjoy reading this entry. Can't wait to continue writing about New Zealand. Till we meet again, assalamualaikum !
Hye... Tahniah bjaya smpai ke puncak Bukit Broga... =) Ada 2 soalan... First, ad track x brpa lama masa ambil utk smpai pncak ketiga? And lagi satu, guna camera ap erk tngkap gmba? Cantek2 gmba! *double thumbs up
ReplyDelete