Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Teringin jugak nak cuba sesuatu yang berbeza dari sekadar travel bandar ke bandar, pantai ke pantai, taman ke taman dan tokong ke tokong. Something more than just traveling. So bila geng kaki jalan ajak gi Lombok, saya terus setuju. Tak pikir 2-3 kali dah.
Selama ni dok sibuk plan trip ke tempat-tempat yang jauh, luar dari Asia tenggara. Kengkonon nak keluar dari comfort zone macam rama-rama keluar dari kepongpong la. Tak sedar yang sebenarnya ade destinasi pelancongan menarik yang jauh lagi dekat, & jauh lebih murah belanjanya.
Apa dia sesuatu yang berbeza tu? Apa yang Lombok ada? Jawapannye, Lombok ade gunung Rinjani, iaitu gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia. Dan tujuan utama kedatangan kami ke pulau ini adalah untuk menawan puncak gunung berapi ni. Haaaa......iiiippp ! Jangan gelak ! Gigih okay pergi oversea untuk panjat gunung. Gunung-ganang dalam Malaysia pun belum didaki.
Heehee. Kalau bukit tu ada la macam bukit Broga. Tapi setakat Broga, rombongan budak-budak sekolah rendah pun datang hiking jugak. Orang tak heran pun kalau kau cakap kau dah tawan puncak Broga tu 18 kali, kan?
Pendakian gunung Rinjani merupakan salah satu dari perkara yang paling sukar pernah saya buat dalam hidup setakat ni. Dengan bentuk fizikal yang macam ikan bilis, entah dari mana datangnya keyakinan untuk join misi ni. Hiking trek gunung ni sebenarnya antara trek paling susah dalam Asia Tenggara. Dan Rinjani pulak merupakan gunung berapi yang masih aktif (gigit jari, grrrrrrr !).
Untuk pertama kalinya saya jadi ahli pasif dalam sesuatu trip. Lansung tak terlibat dalam proses menyumbang idea mahupun keringat untuk menyusun atur itinerary, transport, accomodation mahupun pakej pendakian.
Pada asalnya kami berempat. Kemudian bila diwar-war kan dalam group whatsapp, ada lagi yang nak join sebab idea macam menarik. Akhirnya total 9 orang yang tiket flight. Di saat-saat akhir, 2 orang terpaksa menarik diri atas sebab-sebab peribadi. Tinggallah kami bertujuh, 3 lelaki dan 4 perempuan.
Basically trip ke Lombok ni terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian satu pasal misi mendaki gunung Rinjani. Bahagian 2 pulak cover percutian kami di Pulau Gili Trawangan, salah satu pulau kecil di barat Lombok.
Ramai yang tanya kenapa Lombok?. Apa yang menariknya disana ? Haaaaa, tu yang menariknya bila tak ramai orang tahu pasal sesuatu destinasi pelancongan. Kita ada priviledge untuk explore tempat tu dulu dan kongsikan pengalaman.
Jangan ingat Lombok hanya sekadar tempat dimana gadis-gadis Melayu dilarikan je okay. Lombok has a lot more to offer sehingga ia digelar sebagai "an unspoiled Bali".
Lombok merupakan sebuah pulau yang terletak di barat Nusa Tenggara. Ia dipisahkan dari Pulau Bali di sebelah barat oleh terusan Lombok dan Pulau Sumbawa di sebelah timur oleh terusan Alas. Berkeluasan 4514 km persegi (10 kali ganda pulau Langkawi), ia dibahagikan kepada 5 bahagian dipanggil kabupaten (kira macam wilayah atau daerah la):
1. Lombok utara : Taman Negara Gunung Rinjani, Senaru (pemandangan cantik), air terjun yang best
2. Lombok Barat : Wilayah pentadbiran, airport, pantai yang cantik, aktiviti pelancongan yang pesat.
3. Lombok Tengah dan Timur : Kawasan perkampungan, perkhidmatan ferri untuk ke pulau Sumbawa dan Flores.
4. Lombok selatan : Pantai yang tak terusik contohnya Kuta Beach, syurga untuk surfer
5. Pulau Gili : Gili Trawangan, Gili meno dan Gili Air
Mataram di Lombok Barat merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di pulau ini. "An unspoiled Bali" mungkin merupakan description yang paling tepat untuk Lobok. Apa yang ada di Bali, semuanya ada di Lombok. Antara kelebihan Lombok berbanding Bali :-
- kurang sesak dengan pelancong, kawasan pantai lebih bersih dan tak tercemar
- majoriti penduduk beragama Islam, jadi tiada masalah nak makan, solat dan sebagainya
- air terjun di Lombok Utara merupakan antara air terjun yang paling cantik di indonesia
- Gunung Rinjani di Lombok utara lebih grand kalau dibandingkan dengan gunung Agung di Bali (gitew !)
Okay, rasenya cukup lah tu untuk mukaddimah. Kita proceed dengan kisah pengembaraan kami yok !
6 september 2014, kami bertujuh berangkat ke pulau Lombok dengan penerbangan Air Asia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Kami selamat mendarat di Bandar Udara Internasional Lombok pada pukul 7 malam waktu tempatan dan disambut oleh 2 orang wakil dari Green Rinjani.
Ada banyak syarikat di Lombok yang menyediakan perkhidmatan tour guide untuk ke puncak Rinjani, salah satunya Green Rinjani. Sebenarnya Syarikat ni dah sediakan kami hotel/rumah tumpangan untuk bermalam di Senggigi. Tapi sebab salah faham, Fir dah book hotel untuk kami malam tu. So kami minta brother 2 orang ni hantar kami ke Kebun Villas & Resort.
Sebelum tu kami minta diorang bawak kami makan ayam Taliwang dulu. Ni special delicacy masyarakat tempatan. Tak lengkap kembara di Lombok kalau tak try ayam ni. Layan gambar pulak !
Ayam taliwang - boleh tahan rasanya.
Check in di Kebun Villas & Resort.
Bedroom : 1 single, 1 queensize
Bathroom.
Dah siap kemas barang, mandi dan solat, kami turun ke lobi resort untuk buat pool party. Hehe, Bukah lah ! Mampus kena rotan dengan mak balik Malysia nanti kalau buat parti tak senonoh. Nak celebrate birthday Fir.
Gigih ni bawak props dari tanah semenanjung nak lighten up the ambience. Siap bawak tanglung bagai. Tapi bila nampak katak keluar dari pool semua melompat lari. Katak wei keluar dari pool. Apa punya resort ni? Mesra alam sungguh.
Teringat zaman student dulu macam ni la kami setiap kali ade birthday. Huru-hara asrama dek kerana aksi terlampau kami. Fir lah yang paling gigih sebagai party planner setiap kali pun. Nak harap kan orang lain tak berjalan program. Hehe.
Cupcakes dan lantern di import dari Pulau Pinang.
Birthday boy sangat happy.
Tidur berdengkur malam tu sebab kepenatan. Bangun je pagi tengok-tengok ayam belanda dah tercegat depan pintu bilik. Sah resort ni mengamalkan polisi mesra alam. Buffet breakfast boleh tahan la. Isi perut penuh-penuh dulu sebab perjalanan kami jauh hari ni. Kami akan bertolak ke Senaru, sebuah perkampungan di kaki gunung Rinjani di Kabupaten Lombok Utara sebelum memulakan pendakian keesokkan hari.
Memang cantik resort ni. Tak sempat nak berendam dalam pool, sebab pukul 8 pagi brother Green Rinjani 2 orang tu dah sampai. Sorry la tak ingat nama diorang.
Dalam perjalanan kami minta diorang singgah sekejap di pantai Senggigi. Saja nak tengok pantai dan satu kuil hindu yang femes, Pura Batu Bolong. Bukan la nak masuk, sekadar nak jenguk je.
Anyway nak masuk dalam kawasan kuil ni kena bayar hokay. Kena pakai sopan-sopan. Kami sekadar mengintai dari jauh je. Ada la dalam 10 minit je lepak amik gambar, lepas tu blah.
Destinasi seterusnya adalah Sade Village, sebuah perkampungan tradisi masyarakat Sasak. Kat sini memang kami peruntukkan masa lebih sikit untuk explore.
Pura Batu Bolong, bukan Sundel Bolong ye.
Lagi Pura Batu Bolong. Pura bermaksud kuil.
Close up Pura Batu Bolong.
Senggigi beach.
Kawasan sawi padi menghijau di sepanjang perjalanan.
Salah satu masjid di Senggigi. Masjid di Lombok kebanyakkannya berkubah lonjong.
Sampai dah.
85% dari penduduk Lombok merupakan masyarakat pribumi Sasak. Selebihnya merupakan masyarakat Bali yang berhijrah ke Lombok semasa Lombok ditawan kerajaan Gelgel bali pada awal kurun ke-18.
Berbeza dengan masyarakat Bali, masyarakat Sasak memilih untuk menganuti Islam sekitar penghujung kurun ke-16 dibawah pengaruh Sunan Giri, salah seorang Wali Songo. Kemudian, hasil dari proses asimilasi dengan fahaman Buddha dan Hindu, satu fahaman baru telah tercipta dan dinamakan Wetu telu.
Perkampungan Bayan di kaki gunung Rinjani merupakan perkampungan masyarakat Sasak paling lama di Lombok tetapi Sade merupakan perkampungan Sasak paling popular dikalangan pelancong. Sade village terletak di daerah Mataram, berhampiran dengan Senggigi.
Kebetulan masa kami sampai tu ada majlis berkhatan. Berkompang bergendang bagai bagi merasaikan kanak-kanak yang bakal dicantas burungnya. Jom redah kampung Sade tengok cara hidup orang Sasak !
Rumah-rumah di perkampungan Sade dibina dari tanah liat dan tahi lembu yang dikeringkan manakala atap pula diperbuat dari "elephant grass", sejenis tumbuhan lalang. Feature paling striking dalam binaan ni merupakan tempat penyimpanan beras yang dipanggil lumbung, yang dalam gambar kat atas tu, bentuk macam kon melengkung tu. Lumbung ni dibina tinggi dari paras tanah untuk melindungi beras dari haiwan perosak seperti tikus.
Perhatikan gambar kat atas ni, nampak nenek dekat rumah kecik tu? Rumah ni sebenarnya dibina khas untuk pengantin baru. Ada nama khas rumah ni tapi dah lupa. So lepas dah diijabkabulkan, pasangan raja sehari akan bermalam dalam rumah ni. Selebihnya paham-paham sendiri lah yek, hehe.
Apa yang uniknya, dalam budaya masyarakat Sasak, untuk mengahwini seseorang gadis, pemuda tersebut harus terlebih dahulu menculik gadis yang ingin dipinangi kemudian baru masuk meminang. Lebih kurang macam tu lah prosedurnya.
Ada lebih kurang 400 keluarga Sasak di dalam Sade Village ni. Sumber pendapatan utama mereka datang dari hasil tenunan. Kualiti tenunan mereka agak halus, dan dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga standard pasaran (kata kaki-kaki shopping kain dalam gambar-gambar berikutnya).
Selain tu ada jugak yang jual kraftangan dan cenderamata. Petah sungguh kanak-kanak Sasak berkata-kata bagi menarik perhatian pelanggan. Satu nafas je diorang muntahkan 4-5 baris ayat bagi mempromosi barangan diorang. dahsyat, dahsyat.
Atfina dan makcik Sasak.
Fateha cuba menenun. Rosak aset orang tu kau kerjakan, Teha !
Fir & Azila tengah nego harga songket.
Antara kraftangan yang dijual disini.
Lagi kraftangan.
Nenek dan mesin jahit vintage.
Kejam sungguh mereka kerana menjadikan nenek tersebut sebagai background gambar sahaja, ish ish ish
!
Sumber air.
Orait, habis dah jalan-jalan dalam kampung Sade. Lepas tu kami terus bertolak ke Senaru. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam jugak dengan keadaan jalan raya yang berlubang dan berbonggol sana sini. Padahal jarak Mataram ke Senaru hanya lebih kurang 80 km je. Sampai sakit tengkorokan terumbang-ambing dalam van.
Sebelum sampai ke cottage Green Rinjani di pekan Senaru, kami singgah sebentar di Bayan untuk melawat sebuah masjid kuno yang dipercayai merupakan bukti awal penyebaran islam di pulau Lombok.
Masjid ni dibina sekitar kurun ke-16 masihi di atas sebidang tanah berukuran 1.5 hektar. Besar masjid ni hanya 9 x 9 meter sahaja. Masuk adalah percuma, cuma sumbangan ikhlas digalakkan semasa mendaftar dalam buku pelawat.
Tapi masa saya daftarkan nama dan kasik sumbangan, mamat yang jaga buku pelawat tu siap membebel cakap saya kasik duit sikit sangat. Kalau dia tau, dari awal lagi dia tak kasi kami semua masuk. Apakah?.... Macam-macam perangai orang dalam dunia ni. sigh !
Masjid ni dah tak digunakan lagi, tapi dijaga rapi oleh kerajaan tempatan. Sekarang ni ia jadi makam seorang tokoh agama di Lombok (kalau tak silap). Jangan buat sembarangan kat dalam kawasan masjid ye. Boleh didenda ataupun dipenjara tau !
Dah, jom jenguk kawasan masjid kuno Bayan.
Masjid ni dah tak digunakan lagi, tapi dijaga rapi oleh kerajaan tempatan. Sekarang ni ia jadi makam seorang tokoh agama di Lombok (kalau tak silap). Jangan buat sembarangan kat dalam kawasan masjid ye. Boleh didenda ataupun dipenjara tau !
Dah, jom jenguk kawasan masjid kuno Bayan.
Indah sungguh sawah padi yang menghijau diluar kawasan masjid. Nyaman lagi mententeramkan. Lebih kurang pukul 4 petang kami sampai di Pondok Indah Senaru Cottage & Restaurant milik Green Rinjani Trekking Tour and Travel.
Ada banyak lagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan guide & porter untuk ke gunung Rinjani, tapi Green Rinjani satu-satunya yang menyediakan aktiviti menanam pokok. Setiap seorang peserta diberikan anak pokok untuk ditanam di kaki gunung Rinjani. Environmental friendly. Bagus kan?
Lepas check in dan solat, kami keluar untuk aktiviti terakhir hari ni. Selain gunung Rinjani, kabupaten Lombok Utara mempunyai 2 air terjun yang sangat femes dikalangan pelancong. Salah seorang pekerja Green Rinjani akan guide kami untuk ke air terjun ni.
Air terjun pertama ialah air terjun Sendang Gile yang terletak dibawah kaki gunung. Perjalanan dari kaunter tiket mengambil masa dalam 20-30 minit, menuruni tangga yang kadang-kala sangat curam. Hati-hati dengan jalan yang basah dan licin.
Semput jugak nak sampai ke Sendang Gile ni. Kira macam warm up session untuk mendaki Rinjani esok. Kalau ikut dongeng setempat, sendang tu bermaksud singa. Pada suatu masa seekor singa gila buat kacau dalam kampung Senaru ni. Penduduk kampung ramai-ramai kejar singa ni sampai diorang terjumpa air terjun ni. Kebenaran disebalik dongeng tersebut tiada siapa yang tahu.
Papan tanda Pondok Indah Senaru Cottage.
Kaunter tiket untuk ke air terjun - sori tak ingat harga tiket, tapi murah je la.
Lengkang kangkung Fairuza & Fir.
Fateha & Shafik laju macam lipas kudung.
Ketar lutut jugak la masa sampai ke air terjun Sendang Gile ni. Tapi view dia subhanAllah cantik. Bertingkat-tingkat. Siap ada pelangi. Tapi punyalah ramainya orang mandi-manda, kami tak cecah air pun. Malas nak berhimpit-himpit bergesel dengan orang ramai. Lepak dalam 10 minit je untuk bergambar, lepas tu bergerak ke air terjun kedua iaitu Tiu Kelep.
Tiu Kelep terletak lebih kurang 40 minit ke 1jam perjalanan dari Sendang Gile, menaiki tangga tinggi, meredah hutan belantara dan anak sungai. Jangan sesat sudah. Nasib ada local guide.Yang best pasal Tiu Kelep ni ia kurang sesak dengan pelancong berbanding Sendang Gile. Mungkin sebab kedudukannya yang lebih terpencil dalam hutan, tak ramai yang sanggup ke sini. Dan air terjun Sendang Gile sebenarnya dah cukup awesome.
Tapi alang-alang sampai pergi je la. Tiu Kelep lebih besar dari Sendang Gile dan lebih 'virgin', juga lebih privacy. So boleh mandi-manda dan buat onar sesuki hati, hehe.
Kemaen eksitednye gadis-gadis gunung ni.
Lama jugak berendam dalam air sejuk beku tu. Lepas geram tak dapat mandi pool resort dan Sendang Gile. Nasib baik masa kami sampai tu dah takde orang. Dah lewat petang. Dah kecut jari kaki & tangan baru keluar dari air, berjalan bagai itik pulang petang. Tapi brother Green Rinjani ni bawak kami balik ikut jalan lain, bukan jalan asal tadi.
Jalan ni lalu tepi tebing bukit tapi view dia cantik. Dapat tengok padi teres bertingkat-tingkat, kawasan kampung dan gunung-ganang termasuk gunung Rinjani. Dalam perjalanan terserempak dengan budak-budak tempatan yang main polis santri tepi tebing. Tak seriau ke dik tebing tinggi tu. Kalau jatuh, buat naya diri je dik.
Cantik tak? Gunung Rinjani yang paling kiri sekali, yang puncak die melengkung tu. Esok pagi akan bermulaah ekspedisi mendaki gunung yang dianti-nantikan.
Sampaikah kami ke puncak gunung Rinjani atau tersadaikah kami di tengah jalan? Drama apa pula yang bakal menyapa perjalanan kami di puncak ketiga tertinggi di Indonesia ini? Nantikan sambungan misi Menawan Puncak Rinjani : Mission Impossible kah? dalam entri berikutnya.
Sehingga berjumpa lagi.
Assalamualaikum !
No comments:
Post a Comment