Assalamualaikum & salam sejahtera.
Sejak musim tengkujuh melanda negara penghujung tahun lepas, semua aktitiviti luar terpaksa ditunda. Lepas Petzl Night Marathon di Putrajaya pada 6 Disember 2014, badan dah berhenti berpeluh. Nak berjogging pon tak dapat.
Alhamdulillah kebelakangan ni cuaca bertambah baik dan harapan nak berpeluh kembali cerah. Terus roger geng kaki jalan dan geng hikers nak plan sesuatu supaya kelenjar-kelenjar peluh dapat diaktifkan kembali. Turned out, Fuad, Azila dan Atfina free jugak untuk join sekali berpeluh, hihihi.
Asalnya nak hike Bukit Tabur tapi memandangkan ia memerlukan permit dan none of us berkesempatan untuk pergi dapatkan permit tersebut, cancelled. Hari jumaat 2 hari sebelum tarikh mendaki, sambil google tempat2 best untuk outdoor aktiviti, terjumpa video GoPro sorang mamat ni kat youtube. Die pergi Blue Lagoon yang khabarnya terletak dalam Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong Selangor. Fuuyyyooo memang cantik waterfall die siap ade lagoon yang best untuk kuak lentang dan renang kupu-kupu. Crystal-celar water. Cuma satu je - tempat ni dibawah perlindungan jabatan Perhutanan Selangor dan Universiti Putra Malaysia. Orang ramai dilarang menceroboh.
Tapi bila baca blog-blog orang lain, ramai je orang datang hiking kat sini. Setiap hujung minggu pun penduduk tempatan naik turun bukit dalam hutan simpan ni. Siap bawak anak-anak kecil lagi. Mungkin pihak berkuasa dah tak larat nak warning kot so tutup sebelah mata. Tapi Blue Lagoon tu memang dijaga oleh renger-renger bertugas. Ada yang bertuah dapat mandi-manda kat Blue Lagoon ni. Yang tak bernasib baik dibawa ke balai polis. Aiseh. How? Nak berpeluh pon ade risiko masuk lokap ka? Confuse.
In the end, kami redah je ikut suka hati. Kalau jumpa Blue Lagoon, alhamdulillah. Kalau tak jumpa pun at least dapat kesihatan kan? Pada hari kejadian, gigih si Atfina bangun awal pagi bertolak dari Temerloh ke Cheras nak ambil saya dan Fuad. Hutan Simpan Ayer Hitam terletak di Taman Wawasan Puchong. Kalau tak tahu, buka GPS dan search Jalan wawasan 5/1, terus sampai ke starting point untuk hiking. Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi. Azila sampai awal lagi, siap ronda-ronda cari kedai makan tapaw kan kami nasi lemak. Nak berkelah tepi air terjun katanye, hehehe. Tak perlu nak madah berhelah, jom kita masuk hutan yok !
Pendakian bermula.
Kawasan perumahan dibawah bukit Ayer Hitam.
Langit cerah bersinar. Syukur.
Atuk, nenek, mak, ayah dan anak-anak semua masuk hutan. Memang keluarga contoh.
Track untuk hiking agak proper la. Siap ade marking di sepanjang jalan. Cuma kat sesetengah bahagian tu trek berpecah 2 so pilih la jalan mana yang berkenan di hati. Dalam perjalanan berkenalan dengan sorang mamat ni dari Shah Alam, datang hike sorang2. Safwan namanye (kalau betul ejaannya). Dia dah naik bukit ni 2 bulan lepas tapi sebab nak hujan masa tu, tak sampai ke Blue Lagoon.
Memandangkan Safwan ni dah pernah masuk hutan ni (kira macam ade experience la tu kan), kami tumpang sekaki nak join, hehehe. Dapat free tour guide, kikiki. Tak lama lepas tu kami jumpa sign board ni !
Safwan si jejaka berbaju maroon.
Protected place dengan gambar orang pegang senapang nak tembak. Biar betul Malaysia nih. Masuk hutan pun nak ditembak? Kami pun redah je halangan tu nak tengok apa yang ade kat situ sampai begitu keras sekali amarannya. Nasib la si Safwan ni layan je otak kami yang kurang kematangan ni. Jom sambung jalan lagi.
Jalan rahsia yang ditutup.
Spesies cendawan yang dah kering.
Lagi spesies cendawan liar.
Fourwheel track.
Tak lama kemudian kami tembus ke jalan yang agak besar, macam track untuk fourwheel. Kami pilih sebelah kiri dan kemudian belok ke kanan dan jumpa sebatang sungai yang cetek. Adakah kami semakin hampir dengan Blue Lagoon?
Kemudian kami nampak satu laluan di seberang sungai, track menaiki bukit. Kami rentas sungai dan mula mendaki bukit tu. Kira gamble habis la ni. Try and error je. Safwan kata die dah lalu kawasan ni 2 bulan lepas tapi ingat2 lupa. Turned out, laluan ni salah, stop at 1 point, jalan mati.
So kami decide nak menyusur di tepi sungai je menuju ke hulu sungai. untung2 sampai ke Blue Lagoon. Mula-mula jumpa air terjun kecik je. Sempat snap 2-3 keping gambar. mara ke depan sekali lagi, Fuad nampak ade khemah dan suara orang. Uishh ! takkan renger kot. Pelan-pelan kami patah balik ke belakang.
Kemudian kami masuk pulak ke dalam satu cabang sungai ni, pun tak kemana-mana. Kemudian ke hilir sungai pulak, still tak kemana-mana. Sedar-sedar je by this time dah 2 jam kami dalam hutan. Mula-mula tu ingat nak patah balik je. Tapi bila sampai kat laluan fourwheel tadi, kami decide nak terus je ke arah hulu sungai mengikut laluan fourwheel tu. Bermakna kami decide nak menghala ke arah kawasan khemah tadi. Tawakal je la kalau terserempak renger.
Sungai cetek dan jernih.
Air terjun kecil yang kami jumpa.
Damainya sungai dan hutan ni.
Kawasan sungai yang direntas untuk ke seberang.
Bila sampai ke kawasan khemah tu kami tunjuk dan intai senyap-senyap. Kelihatan 3 orang budak sedang mandi-manda. Dari morphology nya, kelihatan macam anak-anak orang asal (dulu nya dikenali sebagai orang asli). Fuhhh ! Lega giler bukan renger. Kami sepakat nak turun ke sungai bertanya arah. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Kami dah sesat pun nak malu apa. Malangnya kanak-kanak ni tak faham sebutir apa kami cakap. Aiseh !
Nak tak nak, kami teruskan jugak perjalanan yang tak berpenghujung ni. Sepanjang perjalanan nampak macam-macam penanda di tepi-tepi jalan. Ada jugak penanda jarak; 2300m, 3400m, 3700m, 4000m.
Jumpa sungai, jumpa titian, turun naik bukit, Blue Lagoon yang dicari masih tak kelihatan. Moral dah down masa ni. Di satu kawasan tu kami nampak air terjun nun dibawah bukit, di celah-celah pohon. Agak deras jugak airnya. Kemudian nampak satu lagi khemah tapi tak berpenghuni. Bimbang jugak kalau ni memang laluan renger.
Jalan dan terus berjalan.
Safwan pi tanya kat budak-budak OA tu.
Salah satu penanda trek.
Adakah ini tarantula? Rasa macam dalam Amazon pon ade. Seram sejuk.
Titian perjalanan. Teringat zaman-zaman jungle tracking time sekolah dulu.
Azila dengan muka penuh kekecewaan.
Sampai lah ke satu anak sungai ni, tetiba ada 2 orang uncle chinese baru turun bukit. Giler lega masa ni. Rupanya jalan kami ikut ni pun sebenarnya menghala ke Jalan wawasan. Diorang datang dari arah sana tadi. Macam pelik jugak. Kami ingat ni laluan haram. Rupanya uncle tu cakap memang banyak trek dalam hutan ni siap dengan penanda. Ikut la mana satu trek kita nak ikut. Diorang ni dah banyak kali masuk dalam hutan simpan Ayer Hitam ni.
Kami tanya mana Blue Lagoon, die cakap kami dah jalan arah bertentangan. Sepatutnya masa sampai lauan fourwheel tadi, kami ke kanan dan terus je sampai jumpa Blue Lagoon. Die tanya kenapa nak pergi sana. Kawasan tu dikawal oleh renger. Kami buat muka tak pedulik dah minta petunjuk untuk ke sana. Gigih patah balik ke belakang demi Blue Lagoon.
Daun terup pon dijadikan penanda di kiri kanan jalan supaya tak sesat.
Air terjun dibawah bukit.
Kawasan khemah tak berpenghuni.
Tiba-tiba ternampak 3 ekor anjing sebesar anjing eskimo setinggi pinggang sedang menyalak-nyalak berlari di hujung jalan sana. Pergghhh. Cuak tahap gaban. Tu anjing liar ke anjing renger tu? Anjing pun takut, renger pun takut jugak. Bertempiaran lari menyorok dalam semak sambil masing-masing mencari kayu hutan untuk dijadikan senjata. Bimbang anjing tu dapat hidu kehadiran kami dan kantoi dengan renger. Masing-masing senyap macam tikus.
Lama kami menyorok, tak dengar pulak suara anjing-anjing tu. Mungkin dah menyimpang ke semak lain kot. Kami keluar perlahan-lahan, check line clear ke tak dulu then decide nak patah balik ke belakang dan balik terus ikut jalan yang kami jumpa uncle 2 orang tadi. Banyak sangat halangan ni nampak sangat kami tak patut berkeras untuk ke Blue Lagoon lagi. Ada lah tu sesuatu yang tak baik untuk kami di sana.
Bergerak lah kami pulang dalam keadaan terkilan dan kecewa. Dah hampir pukul 12 tengahari masa ni. Bila sampai di kawasan bukit berhampiran khemah tak berpenghuni tadi, kami stop. Masing-masing muka mengharap je. Kalau tak dapat Blue Lagoon pun, at least dapat la mandi sungai barang seminit dua ye dak?
Kami turun bukit tu. Gamble lagi sekali. Kalau ade renger kat bawah nasib je la. Dan ini yang kami jumpa kat bawah bukit tu....
Lama kami menyorok, tak dengar pulak suara anjing-anjing tu. Mungkin dah menyimpang ke semak lain kot. Kami keluar perlahan-lahan, check line clear ke tak dulu then decide nak patah balik ke belakang dan balik terus ikut jalan yang kami jumpa uncle 2 orang tadi. Banyak sangat halangan ni nampak sangat kami tak patut berkeras untuk ke Blue Lagoon lagi. Ada lah tu sesuatu yang tak baik untuk kami di sana.
Bergerak lah kami pulang dalam keadaan terkilan dan kecewa. Dah hampir pukul 12 tengahari masa ni. Bila sampai di kawasan bukit berhampiran khemah tak berpenghuni tadi, kami stop. Masing-masing muka mengharap je. Kalau tak dapat Blue Lagoon pun, at least dapat la mandi sungai barang seminit dua ye dak?
Kami turun bukit tu. Gamble lagi sekali. Kalau ade renger kat bawah nasib je la. Dan ini yang kami jumpa kat bawah bukit tu....
Ho ho ho ho ho......
Berbunga-bunga perasaan tengok air terjun 2 tingkat dengan air yang jernih crystal-clear tu. Jakun sekejap. Hati bersorak keriangan. Kawasan ni macam camping site yang proper, siap ade saki-baki ubi kayu bakar lagi. Untung la jumpa tempat ni, boleh rehat-rehat dan mandi-manda. Syukur tak terhingga.
Dek karena tertalu eksited, letak je beg terus terjun. Air tak dalam pon, paras dada je. Memang masyuk tak hengat dunia. Hilang segala penat lelah dan kekecewaan. Who cares about Blue Lagoon now? Lol, kerek pulak !
Layan...
Tak lama lepas tu, muncul 2 orang lelaki cina menuruni bukit dari sebelah kanan sungai. Ayyak, berapa banyak trek da dalam hutan ni? Rupanya ni tempat lepak diorang. Diorang selalu datang sini setiap hujung minggu lepak-lepak minum teh, borak-borak. Air terjun ni diorang yang jumpa katanye lah. Dulu kotor. Kemudian diorang bersihkan kawasan air terjun ni, susun batu elok-elok sampai jadi kolam kecik tu. Kemah pun diorang yang pasang untuk rehat-rehat. Ubi kayu pun diorang bawak lagi untuk bakar.
Rasa macam menceroboh pulak. Nasib baik diorang tak kesah kami buat onar kat kawasan ni. Siap offer minum kopi panas lagi.
Kami tanya jugak diorang pasal Blue Lagoon. Diorang cakap tak payah pergi la. Kawan diorang kantoi dengan renger, kena bawak pergi balai polis, masuk lokap 4 jam. Dilepaskan dengan amaran keras. Kecut perut dengar.
Tak lama lepas tu muncul lagi 2 orang lelaki cina dari arah yang sama. Diorang ni pun dari Jalan Wawasan jugak. First time jugak datang sini. Terus join sekaki minum kopi. Kami borak sekejap je, makan nasi lemak then turun balik buat onar.
Berikutnya ni koleksi gambar-gambar GoPro Azila yang kalis air tuh. Jeles pulak kamera kite tak boleh bawak masuk dalam air, huuuuu. Layan gambar jom. Tak mampu nak describe betapa awesome nye air terjun mini ni. Mula-mula group shot, lepas tu solo shot pulak. Gitew sekali galak nye berselfie. Layanz !
Sedar-sedar dah jam 2 petang. Masing-masing dah puas hati berkuak lentang. Siap underwater photoshoot lagi tapi gambar tak clear sebab kami dah kocakkan air dan pasir-pasir dah mengeruhkan air yang tadi nya jernih.
Kami cepat-cepat kemas dan bergerak pulang. Solat zohor dulu bimbang lambat sampai ke starting point tadi. Diorang ni cakap ada dalam sejam lagi sebelum sampai balik ke Jalan wawasan tadi. Tu ikut speed diorang. Speed kami darab 2 la kot. Ke tiga?.
Dalam perjalanan tu jumpa lagi 2-3 orang yang baru nak masuk ke hutan. Berani sungguh jalan sorang-sorang dalam hutan. Ade sorang uncle tu siap pakai attire maraton lagi. Bukan berjalan macam kami tapi berjogging naik turun bukit. Wa respek sama lu apek !
Jumpa sorang lagi uncle, die cakap baru-baru ni ade sekumpulan student sesat jalan dari pagi sampai pukul 5 petang tak jumpa jalan keluar. Nasib baik diorang tu jumpa uncle ni dengan kawan-kawan die. Selamat.
Welcome back to civilisation.
Muka gembira dah nampak kenderaan dan bangunan.
Rupanya jalan yang kami keluar ni bersebelahan je dengan starting point tadi. Cuma jalan ni dalam hutan so mungkin orang tak perasan sangat. Kami sampai semula ke starting point ni dalam pukul 3.30 petang. Layan air kelapa sejuk dulu sebelum bergerak pulang.
Alhamdulillah selesai aktiviti hujung minggu ni dengan jayanya. Macam tu lah lumrah hidup. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Teringat firman Allah dalam surah Al-Barqarah ayat 216 yang bermaksud:
Siapa tahu kalau kami berkeras untuk ke Blue Lagoon tadi memang kami terkantoi menceroboh dan dibawa ke balai? Mungkin bagi sesetengah orang masuk lokap sekejap sebab nakal tu satu pengalaman hidup. Tapi bagi sebahagian dari kami yang sedang berusaha untuk sambung belajar ni, kami kena pastikan rekod bersih tanpa cacat cela terutamanya oleh kes-kes macam ni.
Puas hati dan bersyukur. Ada berkira-kira nak buat second visit ke sini untuk cari jugak Blue Lagoon. tapi bila dah jumpa air terjun ni, rasanya tak perlu dah kot. Ni pun dah cukup awesome. Okay guys. Saya mengundurkan diri dulu. Jumpa lagi dalam entri berikutnya.
Thanks Fuad, Atfina dan Azila sebab sudi teman. Terima kasih Safwan sebab sudi layan perangai budak-budak kami. Special thanks to Azila sebab sudi kongsikan gambar-gambar GoPro yang awesome tu. Sibuk snap gambar orang sampai gambar solo die pon takde. So gambar last ni didedikasikan untuk Azila lah ye. Naik la saham ko Azila, kikiki.
awesome...
ReplyDeleteWahh.. Mcm mana nak gi ke air terjun yg korg gi tu?
ReplyDeleteWahh.. Mcm mana nak gi ke air terjun yg korg gi tu?
ReplyDeleteKalau ada lakaran panduan pun bagus... sebab saya cuma jumpa anak sungai je...
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara, boleh saya ajak saudara ke sana x? boleh contact saya di email saya webprogrammer90@gmail.com ?
ReplyDeletesalam, leh tak bagi no ctc si safwan tu.... nak mintak teman jadi guide.... nak try gak gi sini
ReplyDeletesalam, leh tak bagi no ctc si safwan tu.... nak mintak teman jadi guide.... nak try gak gi sini
ReplyDeleteSorry xde contact no die
DeleteSorry xde contact no die
Deleteif nk gi jom weekend ni
Deletenak tanya jg boleh....berapa lama ambik masa nak gi air terjunyg ada kemah tu ye....
ReplyDeletenak tanya jg boleh....berapa lama ambik masa nak gi air terjunyg ada kemah tu ye....
ReplyDeletekalau betul trek dlm 30 minit je
Delete30 minit drp puncak yang ada tanda larangan masuk tu ye
Deletelebih kurang...
DeleteBestnye.. aku duk bandar kinrara tu je.. Taman damai utama.. tapi xpnh naik pn
ReplyDeletehehehe..Awak yang tinggal di bdr kinrara...Saya pula di SP10..bersebelahan dgn pintu masuk hutan simpan ni...tu pun tak pernah naik...hehehe
Deletebaru2 ni nak pergi blue lagoon, tetiba ada satu akak berumur ni bagi nasihat blue lagoon ni xleh pegi tp nak pegi jgk pegila, cuma kalau jumpa renjer minx maaf je jgn ckp sesat. mcm kes bro, niat nak blue lagoon tp xjumpa xpe. jadinya nak dijadikan pedoman bila masuk hutan, sebelum dan semasa kita dlm hutan tu niat biar betul dan baik2, kalau x padah hehe
ReplyDeletex paham la. apa yang berlaku kt awok? mohon pencerahan. huhu
DeleteAYER HITAM FOREST RUN
ReplyDelete________________________________________
Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia dengan berbesar hati membawakan anda "Ayer Hitam Forest Run"
Jangan lepaskan peluang anda!
Mari sertai kami dalam larian sepanjang 10km sambil menikmati keindahan alam semulajadi di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong!
Tarikh: 28 MEI 2016 (SABTU)
Tempat: Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
________________________________________
SENARAI AKTIVITI
- Senam Tari
- Larian sepanjang 10km
- Jualan makanan
________________________________________
DAFTAR SEKARANG & DAPATKAN SECARA PERCUMA
- Baju T-shirt program
- Sijil penyertaan
- "Finisher medal"
- "Refreshment"
________________________________________
YURAN PENDAFTARAN
Orang awam - RM60.00
(Termasuk permit memasuki Hutan Simpan Ayer Hitam pada hari kejadian sahaja)
Staff UPM - RM50.00
Pelajar UPM - RM40.00
(Sila sertakan no matrik sewaktu pendaftaran)
________________________________________
HUBUNGI KAMI
Haslinda - 012 6014207
Huriyyah - 010 3993071
Ryanna - 019 9393667
Email: AHFRun@gmail.com
Official Facebook: facebook.com/AHFRun
Official Instagram: instagram.com/AyerHitamForestRun
#AyerHitamForestRun
#RunForTheBeautyOfNature
#Run
-----------------------------
AYER HITAM FOREST RUN
Faculty of Forestry Universiti Putra Malaysia proudly brings you 'Ayer Hitam Forest Run'
Don't miss this precious chance !
Lets join us for 10 km run while enjoy the beauty of nature scenery along the way at Ayer Hitam Forest Reserve, Puchong.
Date: 28 May 2016 (Saturday)
Venue: Ayer Hitam Forest Reserve, Puchong
-----------------------------
List of activities
-Senamtari
-10km run
-Food sale
-----------------------------
REGISTER NOW AND GET FREE
-T-shirts
-Participants certificates
-Finalist Medals
-Refreshments
-----------------------------
REGISTERATION FEES
Public - RM60.00
(Includes permits to enter Ayer Hitam Forest Reserve only on the day)
UPM Staff - RM50.00
UPM Students - RM40.00
(Please provides matrices number upon registeration)
-----------------------------
For more enquiry, contact us via;
Haslinda - 012 6014207
Huriyyah - 010 3993071
Ryanna - 019 9393667
Email: AHFRun@gmail.com
Official Facebook: facebook.com/AHFRun
Official Instagram: instagram.com/AyerHitamForestRun
#AyerHitamForestRun
#RunForTheBeautyOfNature
#Run
Jangan masuk hutan simpan ayer tu sesuka hati. Nanti kena compound. Satu kepala 5k bro
ReplyDeleteHutan ni utk tujuan penyelidikan upm..diorg tak bagi public masuk tu utk jaga kwsn ni dr pencemaran dan kualiti hutan tu sendiri..bukan suka2 warta kawasan larangan..
ReplyDeleteHi nak Tanya still boleh ke nak pergi tmpt ni ? Reply ASAP
ReplyDelete