Saturday, 23 December 2017

Surreal Surabaya : Weekend Getaway - Part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Lepas balik dari Singapore pertengahan September lepas ingat nak mereput sementara tunggu autumn trip ke Japan. Tup tup ada orang ajak join pergi Bromo, nak cukupkan korum. Tiket dia belikan. Murah pulak tu. Weekend getaway so x payah nak apply cuti. Cuti tahunan memang dah susut. Reserve untuk pergi Japan tu. Thanks Dee (Instagram @kdkonah) kerana sudi jemput hamba yang marhaen ini. Dee ni otai traveller. Dah lama follow dia. Tak sangka pulak diundang travel bersama idola. Terharu Kancil.

Long story short, petang jumaat (27 Oct 2017) keempat-empat ahli rombongan bertemu di balai pelepasan KLIA2. Flight delay sikit petang tu. Lebih kurang pukul 6 petang kami tiba di Surabaya International Airport. Pak Wahid sebagai supir menyambut kami dengan penuh ramah. Maghrib awal kat Surabaya so dah gelap masa tu. Perjalanan dari Surabaya Airport ke Bromo mengambil masa kurang lebih 4 jam. On the way kami singgah makan dan kemudian berhenti sekali lagi untuk solat di masjid.


Simple food gerai tepi jalan, tapi sedapnya tu tak ada logika. :p

Pak Wahid kata jalan ke Bromo memang banyak lori. Tu yang lambat.


Kami tiba di area Bromo dalam pukul 11 lebih. Malam pertama di bumi Surabaya kami tidur dalam kereta je. Tak berbaloi nak ambil accommodation sebab sekejap sangat. Pak Wahid park kereta tepi rumah orang. Langit clear masa tu dipenuhi bintang2. Cantik sangat. Kalau ada masa lebih, teringin jugak nak ambik Milky Way Tour tapi sebab kesuntukan masa, cover main attraction dulu. Kalau ada rezeki inshaAllaah repeat Surabaya untuk hiking gunung Semeru pulak.

Gunung Penanjakan dimana kami berada sekarang berketinggian 2770 meter dari paras laut. Sejuknya Tuhan je yang tahu. Tapi lena je tidur. Penat ! Sedar2 dah pukul 2.30 pagi masa pak Wahid kejut. Jeep dah sampai. Ada beberapa look out point untuk tengok sunrise. Yang paling femes adalah Penanjakan 1 dan 2. Perjalanan dengan jeep dari tempat parking ke penanjakan lookout point mengambil masa lebih kurang 30-45 minit. Bumpy road. Awas tulang pinggul anda.

Kami berhenti rehat di surau bukit penanjakan sementara menunggu subuh, melewati Love Hill dan King Kong Hill dalam perjalanan. Sempat berhibernasi sekejap sebelum masuk waktu. Nak ambik wuduk pun tak sanggup. Kejung badan.


Senyap je budak tu dalam dakapan ibunda.

Sejuknya hingga ke sumsum tulang.  


Sedikit mengenai Gunung Bromo. Berketinggian 2329 meter dari paras laut, ia merupakan salah satu gunung berapi aktif yang terletak di dalam Bromo-Tengger-Semeru National Park. Tengger merujuk kepada suku kaum yang tinggal di kawasan pergunungan ini sementara Semeru merujuk kepada gunung tertinggi di pulau Jawa iaitu Gunung Semeru yang berketinggian 3676 meter.

Dalam tempoh 10 tahun yang lepas, gunung Bromo telah meletus sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2010, 2011, dan 2015. Walaupun bukan yang tertinggi,  gunung Bromo merupakan tarikan utama pelancong yang datang ke Taman Negara ini.

Untuk maklumat lanjut, klik SINI & SINI

Rupanya Bukit Penanjakan ditutup atas sebab2 yang tak dapat dipastikan. Chandra driver jeep kami pun tak tahu kenapa. Nak tak nak terpaksa ke King Kong Hill. Tak banyak informasi pasal look out point ni. Blogger lain yang datang ke sini sebelum ni semua ke Penanjakan. Tak tau la cantik ke tak view nye. Ayuh !!

Dari entrance King Kong Hill ke look out point ada la dalam 5 minit berjalan. Meriah sepanjang jalan dengan gerai2 yang menjual bermacam2 juadah dan kelengkapan seperti maggi, kopi, lampu, dan sebagainya.

Sesak giler wei platform look out point tu masa kami sampai. Ingat dah awal dah. Tak nampak view lansung. Mat2 saleh tinggi lampai kat depan tu halang pandangan. Ada sorang makcik tu kemaen tinggi tangan dijulur untuk amik gambar. Tablet pulak besar alam. Photobomb semua gambar orang belakang.




Terpaksa sewa kerusi. Berdiri atas kerusi baru dapat view yang berbaloi. Bukan setakat kerusi, busana musim salju seperti jaket, sarung tangan dan beanie pun ada dijual/sewa, kalau pakaian anda tak cukup tebal untuk menghangatkan badan. Yang tak tahan sejuk gunung ni sebab angin kencang.

Masa ni tak nampak lagi bayang gunungnya. So kamera tertumpu ke sebelah kiri platform ke arah sinaran jingga ufuk timur (sunrise le tu). Hehe. SubhanAllah cantik gilerr. Tengok ni !






Perlahan-lahan kelibat gunung-ganang muncul di sebelah kanan. Ayuh toleh ke kanan sebentar.







Berbaloi la sewa kerusi plastik kenduri tu, hihi. Paras adrenaline dalam darah dah mula meningkat. Makin eksited tengok kepulan asap dari kawah Bromo. Bila jeling ke sebelah kiri balik matahari dah keluar...

"The sunrise of course doesn't care if we watch it or not. It will keep on being beautiful, even if no one bothers to look at it

^ Gene Amole ^






Kemudian muncul lah Cemoro Lawang, perkampungan di atas awan. Cemoro Lawang ni sebenarnya merupakan perkampungan yang terletak pada ketinggian 2217 meter dari paras laut. Kalau dataran disekitar Gunung Bromo dilitupi kabus tebal, Cemoro Lawang ni nampak mcm berada atas awan. Masa ni kabus tak tebal so xde effeck tu. 




Banyak lagi look out point kat Bukit King Kong ni rupanya. Sepanjang lereng tu penuh dengan manusia. Tak tahu la spot mana yang paling fotogenik. Yang nyata nya tak berhenti kamera kami merakam keindahan ciptaan Yang Esa.

Cakap banyak tak guna. Layan gambar jom.







Dari depan : Gunung Batok (2440 m), Bromo (2329 m), dan Semeru. (3676 m)

Perkampungan misteri Cemoro Lawang (2217 m)




Comel tak cenderahati diorang jual tu? Penuh kehalusan. Nak beli bimbang layu bila sampai KL. Lama jugak dok bertenggek kat platform tu. Matahari dah tegak atas kepala baru kami blah. Orang lain semua dah turun.

Part 2 coming soon. Mohon nantikan

Assalamualaikum !!



2 comments:

  1. Selamat Tahun Baru Faizal Zainudin.

    Tahniah!
    Blog faizalzainudin terpilih dalam senarai Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

    ReplyDelete
  2. Apakah Anda sedang mengalami kesulitan keuangan? Maka artikel ini cocok untuk Anda. Pinjaman saya disetujui oleh Bapak Pedro, yang merupakan tawaran pinjaman dari perusahaan pinjamannya ketika bank menolak pengajuan pinjaman saya karena kredit saya buruk, tetapi Pedro dan perusahaan pinjamannya memberi saya pinjaman sebesar 7 juta DOLAR AS dengan suku bunga 3%. Saya sangat berterima kasih dan ingin berbagi semua ini dengan Anda yang sedang mencari jenis pinjaman apa pun. Hubungi kantor pinjaman Pedro langsung melalui alamat email: pedroloanss@gmail.com atau whatsapp dia di: +393510140339.

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...