Thursday, 15 January 2015

Japan Shinkansen Trip - Misi Menculik Geisha : Day 4 Part 1 (April 5, 2014)


Assalamualaikum & konnichiwa !

Jom sambung cerita di Jepun !...... (yang dah basi......uhuk !)

Malam tadi lepas check in, mandi dan solat, kami buat party Brahim's dekat living room hotel. Dek kerana tak sanggup lagi nak memikul bebanan nasi dan sambal ikan bilis Brahim's yang berat, kami cuba habiskan stok makanan malam tadi jugak.

Tidur dalam dengkuran kekenyangan...




Sakura oh sakura !. Makin ditenung makin terkesima. Hebatnya Allah dan ciptaan-Nya. Bagaimana agaknya taman-taman syurga ye? Hmmmm.

Kami bangun awal pagi sebab itinerary hari ni sangat padat. Kyoto sememangnya destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dijelajahi. Oleh sebab tu, entri hari ke-4 terpaksa dibahagi kepada 2 bahagian. Kalau tak, berpinar bijik mata korang nanti.

Kami keluar awal untuk ke Kiyomizudera, sebuah kuil buddha yang terletak berhampiran dengan Santiago Gouesthouse.

Sebelum tu, kami singgah sebentar di sebuah kuil yang terletak betul-betul bertentangan dengan Santiago Guesthouse. Nama dan latar belakang sejarah kuil ni kami tak tahu. Masuk je sebab banyak pohon-pohon sakura yang rendang.









Sejuk ya hamat pagi tu. Suhu malam tadi turun sampai 3-4 darjah selsius. Makan pun belum lagi. Kami bercadang nak ke Kiyomizudera dulu then baru balik hotel untuk breakfast. Cuma masalahnya, temple ni nun di atas puncak bukit.

Kalau ikut speed orang Malaysia, dalam 15 minit jugak la nak mendaki sampai ke atas bukit tu. Basah lenjun ketiak. Nasib baik time musim sejuk. Kalau musim panas agaknya pakat pakai singlet ramai-ramai yek.

Kawasan lereng bukit menuju ke Kiyomizudera ni namanya Higashiyama distict.


Higashiyama district : lengang sebelum kedai-kedai memulakan operasi


Higashiyama district merupakan salah sebuah kawasan di Kyoto yang masih mengekalkan sentimen tradisi kuno Jepun. Kalau rasa nak fefeeling berada di zaman Edo atau pun Meiji, nak jumpa Kenshin Himura Battousai, boleh la berkunjung ke sini.

Kedai, cafe dan restoren di sepanjang district ni sudah pun wujud sejak berkurun lamanya dan masih mengekalkan ciri-ciri binaan klasik Jepun yang menggunakan kayu. Masa ni awal pagi lagi so kedai belum bukak. Selalu nya kedai dan restoren akan mula beroperasi seawal jam 9 pagi dan tutup selewat-lewatnya pukul 6 petang kecuali semasa festival Hanatoro.

Festival Hanatoro disambut pada bulan Mac setiap tahun. Tanglung dan lampu akan dinyalakan di sepanjang jalan di Higashiyama district sampai lah ke Kiyomizudera, selama 10 hari, dari awal petang hingga ke pagi. Tahun ni (2015), Hanatoro akan berlansung dari 6 hingga 15 Mac. So sesiapa yang plan nak ke Kyoto masa tu sila terjah festival Hanatoro ni bagi pihak Sang Kancil ye.

Dah sampai temple dah. Jom Masuk !




Nio-Mon (Gate of the Deva Kings)

Nio-Mon gate dari arah dalam temple.


Sedikit mengenai Kiyomizudera:-

Kiyomizu-dera dibina pada tahun 778 berhampiran dengan sebuah air terjun yang dikenali sebagai Otowa waterfall. Kiyomizu sendiri bermakna ' air suci' atau 'air jernih', which refers to the state of Otowa waterfall.

Ia merupakan sebuah kuil buddha dan telah diwarta kan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 1994.

Kiyomizu temple juga merupakan salah satu dari 21 finalists 'New Seven Wonders of the World' tetapi tidak tersenarai dalam tujuh wonders tersebut akhirnya.

Kesemua struktur bangunan dalam kompleks ini dibina dari kayu tanpa menggunakan sebiji paku pun. Bayangkan selepas berkurun-kurun, kompleks ini masih teguh berdiri. Dahsyat kan? 

Kiyomizu stage atau verandah di Main Hall (salah satu struktur terpenting dalam kompleks ni) berketinggian 13 meter dari paras tanah dan merupakan look out point yang best untuk menyaksikan pemandangan kotaraya Kyoto dari atas.

Jom study map ni dulu untuk lebih memahami susun atur kompleks ni.


1. Zenkoji-do hall 2. Umatodome horse stable 3. Deva gate 4. Bell tower 5. Zuigu-do hall 6. West gate 7. Three-storied pagoda 8. Kaizan-do hall 9. Kiyomizu Stage 10. Main hall (Hondo) 11. Gautama Buddha hall 12. Amitabha hall 13. Okuno-in hall 14. Otowa Waterfall 15. Jojuin 16. Thousand stone Buddhist images


Main hall atau Hondo merupakan struktur terpenting dalam kompleks ni. Disitu lah juga terletaknya Kiyomizu stage. Pada zaman Edo, sesiapa yang berjaya melompat dari Kiyomizu stage ke bawah dengan selamat dipercayai akan dimakbulkan setiap permintaannya.

Selain dapat melihat pemandangan kotaraya Kyoto, pengunjung dapat meninjau keadaan sekitar kompleks yang dihiasi pokok-pokok dan bunga-bungaan yang menjadikan kompleks ini seperti sebuah taman botani dengan lanskap yang kemas dan menarik.

Waktu terbaik untuk melawat Kiyomizudera kompleks  pada hemat saya adalah semasa musim bunga ataupun musim luruh. Baru boleh appreciate kecantikan lanskap tamannya.








Pemandangan bandaraya Kyoto dari Kiyomizu stage (Main Hall)

Koyasu Pagoda disebalik bukit.

Mentera & jampi serapah.

Hondo atau Main Hall dari Oku No In (Innermost temple). Nampak Kiyomizu stage?

Koyasu pagoda #1


Koyasu pagoda #2

Hmmmmm.... apakah makna nya perlakuan ini?


Dalam masa beberapa tahun ni, pihak kerajaan sedang menjalankan massive renovation. Banyak bahagian bangunan yang kami tak dapat masuk sebab sedang diselenggarakan. Dan proses ni dijangka akan berterusan untuk beberapa tahun lagi. Main hall pun suatu hari nanti akan di renovate jugak. Proses yang berpanjangan ni dijangka akan memberi impak kepada industri pelancongan di Kyoto.

Tapi takpe ! Jangan risau sebab banyak lagi tempat-tempat menarik di Kyoto ni untuk dijelajahi. Jangan batalkan hasrat anda untuk ke Kyoto.

Otowa Waterfall dialirkan kepada 3 bahagian, setiap satu mewakili panjang umur, cemerlang dalam pelajaran dan pasangan yang kekal bahagia. Boleh minum dari mana-mana aliran tapi kalau minum dari ketiga-tiga aliran pengunjung dianggap tamak.


Otowa waterfall with 3 streams : Minum dengan senduk yang disediakan tu.

Kalau banyak tangga macam ni kat Malaysia, selesai masalah obesiti. Untuk pengetahuan semua, Malaysia di tangga teratas dalam masalah obesiti di rantau Asia Tenggara. Thor-baek !










Kiyomizu Temple dibuka setiap hari dari jam 6 pagi sehingga 6 petang, admission fee hanya 300 yen. Dah penat menjelajah kawasan, kami pulang ke hotel untuk breakfast. Sebelum tu sempat singgah shopping di Higashiyama district.

Harga sourvenir dan baju kat sini agak berpatutan. Seronok tawar-menawar sampai terlupa yang sebenarnya kami dah terlewat. Program hari ni agak pack sebab banyak tempat nak cover.

Selain sourvenir dan t-shirt, kat sini jugak ade jual yukata, teh herba, jeruk, manisan, pottery dan macam-macam lagi. Hari tu tak dapat shopping sangat kat Asakusa sebab hujan lebat dan kami tergesa-gesa untuk ke Ibaraki.

Bukan la shopping apa pun sangat. Cuma seronok sebab ambience dia macam kembali ke zaman lampau Jepun.

Anyway, since my interest is culture, foreign language and heritage, this place is heaven !. Pada orang lain mungkin just another shopping street.


A humble breakfast.

Kyoto station, JR Nara line.


Destinasi seterusnya adalah Fushimi Inari Shrine. Masih ingat lagi scene dalam filem Memoir of the Geisha dimana budak perempuan comel nama Chiyo tu berlari dalam deretan pintu gerbang berwarna oren? Itulah Fushimi Inari Shrine.

Dari Santiago Guesthouse, kami naik bas ke Kyoto station. Kemudian naik local train JR Nara line (covered by our JR pass), turun di Inari station (2 stesen). Keluar je dari Inari station terus nampak Tori gate ni...


Torii gate gergasi.... dah sampai Fushimi Inari Shrine dah !

Kiri :Team Amazing Race dari Tanah Melayu.
Kanan atas : Patung Musang - musang dianggap suci dalam agama Shinto.

Lagi satu Torii gate gergasi di depan Romon Gate

Romon Gate @ Tower Gate


Sedikit mengenai Fushimi Inari Shrine:-

Ia merupakan shrine paling penting dalam agama Shinto, dipercayai dibina bermula pada tahun 711. Ia dibina di kaki gunung Inari yang berketinggian 233 meter dari paras laut.

Inari merupakan 'god of rice' dalam kepercayaan agama Shinto dan dipercayai boleh mengurniakan kekayaan. Musang dianggap suci kerana ia merupakan 'messenger' diantara Inari dan penganut agama Shinto. 

Terdapat banyak patung-patung musang di sekitar shrine ini dan pada sesetengah patung tersebut terdapat kunci di dalam mulutnya, kerana musang merupakan penjaga rumah simpanan beras.

Feature paling striking dalam kawasan shrine yang sangat luas ni adalah deretan Torii gate oren yang disusun indah menaiki gunung Inari sehingga ke puncaknya.

Orait, dah ready nak daki gunung Inari?

Jejomz !


Lagi Torii gate.

Permulaan deretan Torii gate.

Senbon Torii (Thousands of torii gates)


Beribu-ribu Torii gate disusun menuju puncak gunung, menembusi kawasan hutan. Jalan dalam 5 minit dari Torii gate awal tadi, kita akan jumpa Senbon Torii, iaitu permulaan hiking trail yang terbahagi dua. Pilih je mana-mana satu gate sebab nanti Torii gate ni akan bercantum jadi satu track balik.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, setiap satu Torii gate ini merupakan donation dari individu ataupun syarikat. Di belakang setiap gate akan tertulis nama penderma dan tarikh di dermakan. Setiap Torii gate berbeza harganya mengikut saiz. Torii gate paling kecil beharga dalam 400,000 yen dan yang mahal boleh mencecah sehingga 1 juta yen.

Apa kata layan gambar je. Tak mampu nak express betapa awesome nye Torii gate nih. Layanz !


Torii gate : bahagian hadapan.

Torii gate : bahagian belakang (nama penderma dan tarikh didermakan)

Into the woods : Follow me !

Nampak tu Shafik, gigih berlari sambil selfie bermonopod. Lari sebab area ni kosong. Nak conquer dulu, bergambar berposing puas-puas sebelum orang lain sampai.

Bahagian Torii gate yang agak luntur warnanya.

Makin hampir ke puncak makin kurang jumlah pelancong.

Tori gate ni tak bersambung berterusan sampai atas. Masih ada kawasan yang kosong kalau berminat nak donate.

Kuil dicelah-celah gunung. 

Lengang.

Nama-nama penderma.

Deretan tori gate (pandangan dari atas).
Patung musang dikiri kanan Torii gate.






Sebab ramai sangat orang masa ni, kami semua dah berpecah. Fuad, KZ dan saya dah terpisah dengan yang lain. Nak buat apa? Teruskan berjalan. Akhirnya sampai jugak ke bahagian atas gunung untuk menyaksikan keindahan kotaraya Kyoto.


Bandar Kyoto dari puncak.

Fuad di depan Torii gate yang tersaaaangaaaat tinggi.

Sebenarnya kami dan terkeluar dari hiking trail ni. Ntah jalan mana kami ikut, redah hutan bagai. Sesat.







Budak-budak comel yang gigih mendaki gunung.


Alhamdulillah selamat sampai semula ke kaki gunung. Sementara nak tunggu yang lain sampai, kami ronda-ronda kawasan dulu. Kat sini ada banyak kedai-kedai yang jual sourvenir comel-comel. Yang teringin nak pakai kimono pon ade dijual disini.

Berjanggut jugak nak menunggu yang lain sampai. Paling last sampai si ninja Fateha dan Nad. Mana tak nya, sebelum naik tadi diorang dah shopping sakan memilih kimono. Gigih mendaki gunung Inari pakai kimono. Ko mampu?

Tapi lepas tu sesat dalam hutan, haha. Nasib baik jumpa sekumpulan pakcik makcik Jepun yang hiking kat gunung. Diorang tu yang tunjuk jalan pulang kat gadis-gadis ninja berdua tu ha. Kalau sesat macam mana? Silap haribulan kena jual jadi Geisha, hah !










Orait ! Itu sahaja untuk entri kali ni. Short & tak berapa nak sweet, huhu. Bahagian kedua hari ke-4 akan menyusul kemudian InshaAllah. Ada lagi satu attraction yang WAJIB kena pergi kalau jejakkan kaki ke Kyoto. Dan tempat ni merupakan cover page untuk buku Lonely Planet Japan.

Cepat google sekarang apa nama tempat tu. Saya mengundurkan diri dulu ye. Thanks for keep coming to my blog. See you guys in my next entry.

Till then, Assalamualaikum !





2 comments:

  1. Lovely to see your pictures,
    So incredibly beautiful! Those views.

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...