Saturday 5 December 2015

Ceylon : A Land Like No Other - Day 3 (February 1, 2015)



Assalamualaikum !!!


Hari ketiga di Sri Lanka dan kami akan hiking sikit sebagai preparation untuk mendaki Adam's Peak tengah malam nanti. Tidur memang syiok diselimuti cadar tebal dan tilam empuk. Tak payah air cond sebab Nuwara Eliya ni kawasan tanah tinggi.

Pukul 6 pagi semua berkumpul di lobi. Gerak awal sebab jauh perjalanannya. Lepas check out kami diberi bekalan breakfast oleh pihak hotel. Bagus kan? By the way, nama hotel ni Richmond Inn. Highly recommended. Interior sangat cantik sebab banyak guna kayu. Sori xde gambar. Semalam sampai dah lewat. Hari ni check out pepagi buta mana nak sempat bergambor.

Baru je dalam van 5 minit lalu pulak tepi tasik Gregory. Tengah sunrise masa tu. Wap-wap air terapung di atas permukaan tasik memanggil-manggil. Terpaksa Tusyar berhenti tepi jalan bagi laluan kami untuk layan suasana hening pagi. Layan gambar jom !




Nampak tu betapa pristine nya tasik ni. Memang banyak kuda tepi tasik. Hati-hati jangan terpijak tahi mereka yang bersepah. Tasik ni masa zaman penjajahan British dulu merupakan pusat rekreasi air. Sekarang ni pun dah banyak aktiviti air diperkenalkan kembali. Kalau korang ada masa, boleh try.

Destinasi utama kami hari ni adalah Horton's Plain National Park. Nama gempak kan? Kat sini, ada satu tempat dipanggil World's End. Lagu mana tu boleh sampai 'Hujung Dunia'? Bukan bumi bentuk sfera kah? Haaaaa... Nanti kita tengok.

Horton's Plain National Park terletak lebih kurang 30km dari Nuwara Eliya. Dalam perjalanan, kami melepasi satu kawasan berbukit yang dinamakan Little New Zealand. It's amazing how a small country like Sri Lanka mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi yang menyerupai banyak negara. Siap ade kincir angin, memang cantik tapi tak berkesempatan nak berhenti amik gambar.

Horton Plain's National Park terletak pada ketinggian 2100 meter dari paras laut. Bayangkan pada ketinggian macam tu tiba-tiba ada kawasan tanah rata yang dihiasi pelbagai species flora dan fauna. Pernah tengok dokumentari kat Natgeo atau Animal Planet pasal rusa berkejaran di tanah lapang di Afrika? Macam tu jugak kat Horton's Plain.

Belum pun sampai ke entrance National park, kami dah bertembung dengan rusa jinak. Horton's Plain merupakan habitat kepada Sri Lankan Sambar Deer, antara species rusa terbesar didunia dengan antler paling besar diantara semua species rusa. Saiznya lebih kurang saiz seekor lembu atau kerbau dewasa. Kalau jantan boleh sampai 280kg. Memang jinak rusa ni, bisa dibelai-belai.




Entrance fee berharga USD30 tapi kalau big group dalam 8-10 orang, USD20. Berganda-ganda mahalnya jika dibandingkan dengan fee untuk Sri Lanka citizens. Di entrance ada kaunter pemeriksaan beg.

Selepas melepasi kaunter tersebut, pengembaraan bermula. Kawasan tanah savannah yang luas terbentang didepan mata. Trek sepanjang 9 km di depan dengan beberapa attraction menarik di sepanjang perjalanan seperti World's End, Mini World's End, Baker's Fall dan lain-lain. Matahari memancar terik sampai kamera samsung tak mampu nak filter cahaya yang terang benderang.

Dua dari 3 tiga puncak tertinggi di Sri Lanka terletak di dalam kawasan Horton's Plain National Park iaitu Kirigalpoththa (2,389m) dan Thotupola (2,357m). Trekking route agak landai dan relatively easy. Ramai atuk dan nenek yang join hiking so untuk orang2 muda shouldn't be a problem.




Highlight dalam Horton's Plain National Park seperti yang saya mention tadi adalah World's End. Dikenali sebagai World's End (Hujung Dunia) kerana terdapat satu cliff setinggi 870 meter yang sangat curam, seolah-olah kita sudah sampai ke penghujung dunia.

Dari tepi cliff ni boleh nampak view ladang teh yang menghijau di bawah gunung. Kalau keadaan betul-betul clear, tak berawan, langit cerah, boleh nampak Lautan India kira-kira 80km ke arah Selatan. Lebih kurang 1 km dari World's End adalah Mini World's End dimana terdapatnya cliff setinggi 270m.

Masa kami sampai memang clear langit boleh nampak view yang superb kat bawah tu. Tak lama lepas tu, keadaan mula berkabus, awan tebal menyelimuti pemandangan. Apa pun tak nampak.

Be extra carefull bila bergambar kat platform tak berpagar tu. Dah banyak kes tourist jatuh dan terkorban sebab galak bergambar. Ramai jugak couple yang tak dapat restu keluarga telah sehidup terjun bersama dari cliff tu dan semati bersemadi dikaki gunung.

Layan gambar World's End jom !




Kami meneruskan perjalanan. Last pitstop adalah Baker's Fall, air terjun setinggi 20 meter yang dinamakan sempena seorang pengembara berbangsa Inggeris iaitu Samuel Baker. Hanya boleh dipandang tapi tidak boleh berendam.

Banyak lagi benda menarik sepanjang 9km trek tu. Ada anak sungai, kolam air dan macam2 lagi. Truly a nature adventure. Nothing much to say. Lepas Baker's Fall masing-masing layan perasaan sendiri sampai balik ke entrance tadi.


 


Kami terus bergerak ke Hatton. Jarak perjalanan sebenarnya hanya 40km kalau melalui higway. Tapi Tusyar ni bawak kami ikut jalan lama, so berganda-ganda waktu perjalanan. Hampir 4 jam. Dalam entri hari pertama saya ada mention yang trip ni merupakan antara trip paling dahsyat sebab cover jarak perjalanan yang sangat jauh dalam masa yang singkat.

Padahal masa buat research dengan google map, semua route ikut highway sebab tu macam dekat je. Tak sangka pulak si Tusyar ni ikut jalan lama. Masa ni kami belum find out lagi niat busuk die nak extra charge kami sebab lebih kilometer. Cis !

Dalam van siap bertekak bagai. Kami mintak dia cari restoren halal die cakap takde. Memang takde lansung. Yillek pocchi ! Tengok2 depan sikit tu ada restoren muslim. Seriously annoying sangat, tak jujur lansung.

Lepas tu, sesat pulak carik hotel. Orang dah cakap belok kanan ikut google map, dia degil. Tanya penduduk tempatan, tak mau ikut kami. Last-last punya lah jauh kena patah balik. Scary okay jalan ladang teh tu. Sempit dan bersimpang-siur. Bas pun siap boleh lalu jugak. Banyak kali rasa macam nak tergelincir van tu ke bawah curam, huhu.


Pelahap lunch kat restoren muslim nih. Harga mahal gila.



Dah hampir manghrib baru sampai hotel. Penat gile. Rehat sekejap je lepas tu kena bangun untuk hike Adam's Peak. Kita sambung cerita pendakian Adaam's Peak dalam entri berikutnya ya. Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum !


Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...