Monday 12 October 2015

Menjejaki Laluan Sutera ; From Xi'an to Beijing - Day 5 (10 Nov 2014)



Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua !


Entri last pasal trip ke Xi'an-Beijing ni lebih kepada entri bergambar. Dan kebanyakkan gambar adalah gambar makanan, hihihi. Hari ni kami sehari suntuk menghabiskan masa melantak di Huimin street, iaitu muslim street yang femes di kota Xi'an, sebuah syurga makanan.

Kami tiba di Xi'an Railway station pada pukul 4 pagi. Dalam kegelapan dan kedinginan malam tu kami menapak ke satu2 nya restoren yang masih beroperasi waktu2 macam tu, KFC. Lepak sana sampai tempat simpan beg di stesen keretapi dibuka (lebih kurang pukul 7 pagi).

Selesai simpan beg, kami mula mengorak langkah menuju ke syurga makanan. Sebab dah kebulur, kami tapaw roti kebab kat satu kedai tepi jalan tapi tak sedap. Kemudian singgah satu restoren untuk makan mee sup dengan harapan rasanya setanding mee yang kami makan kat Beijing tempoh hari. Hmmm, rasa ajinomoto je lebih.

Hari ni memang no rush. Flight balik KL malam so memang seharian kat Huimin street.




Dalam plan asal sebenarnya nak naik bas paling awal ke Bell Tower. Tapi tengok keadaan bas yang sesak, telan air liur jugak nak berhimpit-himpit dengan rakyat jelata. Ntah macam mana lepas tu kami dapat tahu yang subway station kat Xi'an ni dah memulakan operasi sebenarnya. 2 line dah siap dan berfungsi. Memang dah perasan dalam perjalanan dari hotel ke Raiway station hari tu ada 2 subway station. Ingatkan masih under construction.

Sama macam Beijing, harga tiket CNY 2 sekali naik. Bell Tower hanya 2 stesen je dari stesen subway terdekat dari Xi'an Raiway station (tak ingat nama).

Huimin street ni betul2 di sebelah Bell Tower, di bahagian utara. Memandangkan masih awal pagi, kami lepak kat satu coffee shop dulu sementara tunggu hari cerah. Kualiti udara di Xi'an memang teruk, tak nampak matahari dan langit lansung. Tengah pesat membangun, pencemaran udara berleluasa.


Kalau tak dapat book accomodation, tiru pakcik ni tidur kat subway station.
Sebab masih baru, memang bersih sungguh Xi'an subway ni.
Dalam Coffee Shop tengah bergosip.


Itu lah rupa Bell Tower di siang hari. Sampai jugak masa untuk kami mengembangkan usus. Jom serbu!!!!!

Cop ! Nak citer sikit pasal Huimin Street. Tahan dulu nafsu makan tu sekejap.

Humin street yang juga dikenali sebagai Muslim street atau Muslim Quarter ni sebenarnya merupakan gabungan beberapa street antaranya Beiyuanmen Street, North Guangji Street, Xiyangshi Street dan Dapiyuan Street.

Seperti yang kita ketahui, Xi'an merupakan permulaan kepada Laluan Sutera yang bermula sekitar 1000 tahun dahulu. Rentetan itu, ramai pedagang2 dari Tanah Arab dan Parsi datang ke Xi'an untuk berniaga dan menuntut ilmu (ingat pepatah ' belajar sampai ke negeri China'?). Bermulalah penyebaran agama Islam kepada masyarakat tempatan Xi'an yang akhirnya menghasilkan suku kaum Hui.

Masyarakat Muslim Hui telah tinggal di Huimin street sejak berkurun-kurun dahulu. Sehingga kini, dianggarkan terdapat lebih dari 60,000 orang suku Hui di Xi'an dimana 20,000 mendiami kawasan Muslim Quarter ini. Kalau tengok orang2 Hui ni agak berbeza sikit rupanya dari masyarakat China yang asal. Putih dia tu putih kacukan Arab. Cantik. Mulus je kulit diorang, hihi.

Terdapat lebih kurang 10 masjid dalam kawasan Muslim Quarter ni, antaranya ialah the Great Mosque of Xi'an. Ia merupakan antara masjid tertua yang masih wujud di China. Sekejap lagi kita visit masjid ni okay. Sebelum tu kita cari breakfast dulu. Jom !




Memang mengganas tekak-tekak kami. Semua saki-baki duit dihabiskan untuk melebamkan usus dan perut. Paling recommended kat sini adalah satay kambing. Yang ni memang femes. Boleh tengok food review kat youtube. Ramai  mat2 saleh yang buat review.

Saya yang tak makan kambing pun telan jugak satay tuh. Memang takde bau macam kambing kat Malaysia. Selebihnya boleh tengok dalam gambar2 kat atas tadi. Macam2 ada. Kuih-muih pun pelik2 dan menarik. Selagi boleh singga kami singgah setiap kedai yang dilewati. Seronok tengok cara diorang masak, cara uli tepung, cara potong daging dan sebagainya. Memang bangkit selera makan. Nak cirit-birit ke, nak sakit perut ke belakang kira. Nak balik Malaysia dah pun. Apa nak jadi pun jadik lah.

Lepas penat berjalan, kami tanya arah kat pakcik jual kebab mana masjid terdekat. Dia pun tunjuk jalan. Ini dia masjid pertama yang kami lawati. Mulanya ingatkan ni Great Mosque of Xi'an, rupanya bukan. Ini masjid Daxuexixing, dibina sekitar tahun 705 A.D dan mempunyai sejarah lebih dari 1300 tahun. Luasnya lebih kurang 7000 meter persegi.

Kami singgah untuk solat dan buang segala sisa toksik yang dah dikumpulkan tadi. Lepas ni nak round 2 pulak jadi baiklah dikosongkan balik perut tu. Yang penting toilet ada air untuk bersuci. Lega.....!




Round 2 begins now! Hehehe.

Ada sorang makcik ni agak pelik. Instead of pakai tudung, dia pakai kopiah. Huhu. Apa kekdah nye tak tau le. Tapi ayam golek die memang thor-baek ! 2 kali kami datang beli. Rempah ayam melekat kat hujung lidah sampai Malaysia. 

Lepas makan pedas, kita counter-balance pulak dengan kuih-muih yang manis madu. Menggeletar esophagus oii! Layan gambar lagi.




Selain makanan, pelbagai jenis souvenir boleh dijumpai disini. Take your time to explore the area. Masuk ke dalam lorong2 yang berbelit-belit tu dan cari barang2 yang korang nak cari untuk bawa balik Malaysia. Harga boleh tahan murah. Selain tu berniat la untuk tolong saudara seagama kat negara yang mana masyarakat Islam adalah golongan minoriti ni.

Dalam sibuk tawar-menawar, tak sedar yang rupanya kami dah sampai kat entrance the Great Mosque of Xi'an. Masjid ni dibina sekitar tahun 742 A.D semasa zaman dinasti Tang. Anda dah tahu kan yang Islam sampai ke Xi'an melalui pedagang2 Arab dan Parsi melalui Laluan Sutera. Great Mosque of Xi'an terbahagi kepada 4 courtyard yang dihiasi taman2 indah. Keunikan senibina hasil asimilasi senibina purba cina dan Islam menjadikan struktur binaan disini sangat menarik.

Ia dibuka kepada pelawat dari 8 pagi sampai 7.30 malam dengan harga tiket CNY 25. Bagi yang muslim boleh masuk sampai prayer hall. Untuk bacaan lanjut mengenai masjid ini, klik SINISINI & SINI.




Pakcik2 kat masjid tu seronok betul bila tahu kami dari Malaysia. Siap bergambar bagai, selfie pun ada. Saiz badan diorang lebih kurang kita je. Muka manis dan bersih, hasil kacukan Asia timur dan Asia barat, hihi.

At last, round penamat untuk episod JJCM kami di Muslim Quarter. Kira dinner terus la ni. Apa lagi yang tak dicuba kami cuba. Sotong goreng berempah yang sebesar kotak kasut kat bawah ni memang meleleh. 




Alhamdulillah kenyang. Memang puas hati. Kenangan manis sebelum meninggalkan bumi China. Segala kenangan tak berapa nak manis sebelum tu dah lupa dah. Boleh nampak bagaimana Islam mendidik manusia untuk menjadi lebih berpedoman. Masyarakat kat Huimin street ni jauh lebih bersih dan bersopan dari yang kat luar tu. Takde perangai tak senonoh korek hidung sini-sana, meludah situ-sini. 

Kami terus ke Raiway station untuk ambil beg dan bergegas ke tempat menunggu bas untuk ke airport. Ingatkan dah selesai semua. Rupanya ada lagi drama sebelum berangkat pulang. Yang ni memang hands down the winner of all. Save the best for last orang kata. Apa jadi?

Bila perut dah penuh tu harus la repeat ke tandas lagi kan. Mind you ini international airport, INTERNATIONAL. Masa tu memang tak tahan sangat dah nak shussshhh, terus la masuk tandas. Tolak pintu toilet, takde orang. Macam reflex, terus meloya tekak, bueeeekkkkk kuat2 kat situ jugak. Tak mampu nak control dah. Najis2 terpalit di dinding2 toilet seumpama lukisan mural. Tersangat lah epik. Dan bukan saya seorang, yang lain2 pun sama jugak. Toilet sebelah tak kurang jijiknya. Masing2 terbantut nafsu nak buang.. Aiseh !

Wei, international airport wei !!!

Nasib baik kami jumpa toilet yang bersih dan tersorok kat bahagian lain airport. Xi'an International Airport ni macam ada 2 bahagian. Yang bahagian dekat boarding area tu memang crowded. Toilet kat situ yang macam haram tu. Kalau korang terus lagi berjalan melepasi boarding area tu, akan jumpa laluan untuk ke bahagian lagi satu airport. Yang ni lengang, tak ramai orang, dan toilet bersih mungkin sebab kurang digunakan. Terjumpa capsule hotel on the way nak ke toilet ni. Kalau tahu ada capsule ni, tak payah berdrama tengah2 malam berjalan ke hotel 3-4 jam, huhu. Pengajaran untuk semua.

Maka berakhirlah perjalanan kami selama 5 hari 4 malam di Xi'an dan Beijing. Seribu satu pengalaman dikumpul yang semestinya mematangkan. Nak repeat China lagi? Maybe not! At least bukan dalam masa terdekat, hihi. Bukan takde tempat menarik. Banyak kot scenery cantik2 kat negara ni. Tapi tak tahan dengan perangai penduduk dia. So tengok la nanti mana tau tergerak hati nak revisit kan.

Sehingga berjumpa lagi. Harap anda semua terhibur dan harap entri2 di China ni bermanfaat. Saya akhiri dengam gambar Bell Tower yang bergemerlapan dikala senja menjelma. 

Assalamualaikum !





2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Bro, ingat tak nama capsule hostel/hotel dekat dalam airport yang ko cerita otw nak ke tandas tu?

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...