Tuesday, 13 October 2015

Menawan Puncak Rinjani : Mission Impossible kah? - Part 5 (11 Sept 2014)


Assalamualaikum, Salam Hujung Minggu !

Setahun berlalu sejak kami tawan puncak Rinjani, saya masih lagi terkapai-kapai nak siapkan entri Lombok, hihi. Apa lagi cerita nak dijaja ni?

Hari ni takde apa2 specific plan. Just nak chill out tepi pantai, rehatkan badan. Seperti yang saya cakap dalam entri sebelum ni, kami ke Lombok hanya untuk 'manja' kan diri yang dah bekerja keras panjat gunung.

Tak lama pun disini. Hari ni, delegasi Fir (Fir, Azila, Atfina, Fairuza) akan pulang ke KL. Delegasi Shafik (Shafik, Fateha, Faizal) akan stay lagi 2 malam di bumi Lombok. Malam tadi baru book hotel untuk lagi 1 malam di Gili Trawangan melalui Agoda.

So pagi tu lepas breakfast buffet, kami ke pantai untuk mandi-manda sambil buat final shooting untuk video klip lagu tema trip. Tak bawak kamera sebab malas nak pikul ke pantai, takut kena air. Telefon pulak jatuh dalam air laut dan rosak for good. Ni sedikit gambar ehsan dari gopro Azila.




Lepas check out, kami mengucapkan selamat tinggal kepada delegasi Fir dan terus ke Homestay Baleku Trawangan. Scary jugak keadaan guesthouse ni. Pintu tak berkunci rapat, bilik air takde bumbung dan paip guna buluh. Huhu. Pencahayaan sangat minimal. Nasib semalaman je. Murah punya pasal (RM93/2 bilik). Ada perkhidmatan laundry kat sini. Lepas hantar baju untuk dibasuh, kami sewa basikal dari guesthouse ni untuk cyling sekeliling pulau.

Makan gado-gado tepi pantai sambil layan keindahan laut membiru. Best ! Lepas tu pegi traditional massage, sambung cyling dan tunggu matahari terbenam. Tu je aktiviti hari ni. Nothing major. Rasanya tak pernah lagi relax2 macam ni. Setiap kali travel mesti kiasu giler nak cover sebanyak mungkin tourist attraction selagi lutut tak merayu minta direhatkan. Keluar dari bilik hotel gelap, pulang semula ke bilik hotel pun gelap jugak. So bila dapat chill mcm ni rse janggal sikit. Macam tak terisi pulak masa tu, huhu.




Gili bermaksud 'pulau kecil' dalam bahasa Sasak, so kesemua pulau2 kecil di sekeliling Lombok ni bermula dengan perkataan 'Gili'. Gili Air merupakan satu-satunya dari 3 pulau Gili yang ada sumber air bersih sebab tu diberi nama Gili Air.

Suatu ketika dulu pulau2 ni tak berpenghuni. Semasa Perang Dunia ke-2 tentera Jepun menggunakan pulau2 Gili sebagai pusat tahanan dan lookout point. Pada punghujung tahun 80-an, Gili Trawangan mula menjadi perhatian backpackers yang mencari alternatif untuk pusat diving. Masa ni Bali dah makin popular so Gili Trawangan yang terletak 35 km dari Bali pun dapat tempias jugak. So bermula awal 90-an Gili Trawangan dah jadi pusat hiburan yang popular. Masa tu dadah pun halal kat pulau ni. Pusat parti, bersuka-ria dan berlibur.

Perlahan-lahan Gili Meno dan Gili Air ikut jejak langkah abang long diorang Gili trawangan. Gili Trawangan masih lagi paling popular sebab kedudukannya yang lebih dekat dengan diving site so ia agak crowded. Gili Air dan Gili Meno agak eksklusif dengan resort yang lebih gah dan mahal. So Meno dan Air menjadi tumpuan untuk pasangan honeymoon.

Gili Trawangan berkeluasan 3km x 2km. Namanya berasal dari perkataan 'terowongan' yang bermaksud terowong sebab pihak tentera Jepun ada bina terowong kat pulau ni masa WW11 dulu. Populasi penduduk pulau ni roughly sekitar 1500 orang je.

Untuk maklumat lanjut, baca kat SINI & SINI.




Selain aktiviti air, pulau ni perfect untuk layan sunrise dan sunset kerana kedudukannya diantara Pulau Lombok di timur dan Bali di barat. Sunrise boleh nampak background Gunung Rinjani dan sunset nampak bayang2 Gunung Agung. Awesome kan. Kami lepak tepi pantai minum air tin jenama  tempatan sambil tunggu sunset.

Layanz !



Hari tak lengkap tanpa membaham seafood. Kami berjaya cari restoren yang dapat accomodate kenipisan poket kami. Restoren seafood memang bersepah tapi harga pun boleh tahan. Mat saleh banyak so harga pun up jugak le. Restoren ni agak affordable la.

That's it untuk entri lepak-lepakan di pulau Gili Trawangan. Esok kami akan pulang ke Lombok untuk lagi 1 malam. Ada lagi beberapa tempat yang kami nak explore kat Lombok sebelum menutup tirai trip Menawan Puncak Rinjani.

Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum !





4 comments:

  1. Salam. Brpe hr ye trip awk naik rinjani+gili? Brpe harga pakej dr green rinjani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seminggu. pakeh 4h3m green rinjani USD 210

      Delete
  2. Replies
    1. Huhu. X igt le. Sepanjang2 jln tu mmg restoren seafood semua

      Delete