Sunday, 18 October 2015

Menawan Puncak Rinjani : Mission Impossible kah? - Part 6 (12-13 Sept 2014)



Assalamualaikum & salam sejahtera pembaca budiman sekalian !


Kita dah sampai ke entri penutup untuk pengembaraan ke bumi Lombok ni. Misi untuk menawan gunung berapi Rinjani telah pun tersempurnakan dengan jayanya. Seterusnya kami ke Pulau Gili Trawangan untuk bermesra dengan pantai sambil memanjakan diri. Untuk entri last ni, saya gabungkan 2 hari terakhir di bumi Indonesia ya. Let's start !


12 September 2014

Bestnya bila fikiran lapang, tak perlu tergesa-gesa bangun pagi, mandi, bersiap-siap untuk pergi kerja, mengharungi traffic jam/turun-naik tangga LRT dan sebagainya. Syukur dikurniakan kesempatan untuk berlibur macam ni.

Pagi ni saya ronda sekeliling pulau sorang2. Teha dan Shafik pergi diving. Tak tahu dari mana datangnya kudrat diorang untuk buat aktiviti memenatkan macam tu. Walhal penat panjat gunung belum lesap lagi. Dahsyat2 !

Anyway, syok je berbasikal sorang2, masuk kedai ke kedai survey barang, layan laut, tangkap gambar dan mengelamun. Muhasabah diri. Memang cantik Gili Trawangan ni. Cuma crowded dengan manusia dan pusat2 hiburan.

By 12pm kami dah check out dan ambil speed boat balik ke pulau besar. Semalam delegasi Fir menyeberang ke Lombok naik feri usang tu. Seriau tengok gambar diorang hantar. Ombak lagi tinggi dari atap feri wooo. Kawasan laut kat sini memang terkenal dengan gelombang ombak yang besar. Sebab tu kalau aktiviti air macam snorkeling dan diving tak digalakkan jelajah sorang2 sesuka hati. Even dengan speed boat pun terasa kuatnya gelombang yang menghempas bot. Kecut pancreas den oii.




Alhamdulillah kami selamat medarat di Jeti Bangsal. Seterusnya kami cari teksi untuk ke hotel. Penginapan terakhir kami di Lombok adalah di Sendok Hotel di Sengigi. Nama comel kan? Sendok sangat. Bilik paling basic dengan kipas.

Masa check in kami mintak receptionist dapatkan supir untuk hantar kami ke airport esok hari. Lepas letak barang dan solat, kami keluar untuk ke pantai Senggigi. Sekali lagi takde aktiviti khas. Hanya chilling out, blend with the local dan layan sunset.

Teruja pulak bila tengok ada jagung bakar kat tepi pantai. Tanpa menyedari morfologi sebenar jagung tersebut, Shafik dan saya beli satu sorang. Rupa-rupanya jagung tu dah disapu dengan lada yang sangat pedas! Rasa macam terbakar saluran pencernaan. Agaknya macam tu lah rasanye kena cili mulut dengan Mak Jemah kerana bermulut laser. Huhu.

Lepas tu berborak dengan satu famili ni.Bapaknya pesara cikgu, datang bawak anak bini berlibur tepi pantai. Asalnya bukan dari Lombok, tak ingat kat mana. Pernah datang Malaysia dulu masa zaman 70-an. Katanya Indonesia sekarang macam KL zaman 70-an la. Lambat sikit pembangunan sebab negara terlalu besar. Layan pulak dengar bapak ni cerita kisah dia muda2 dulu masa ditugaskan mengajar di kampung Sembalun. Gigih meredah perkampungan di pinggiran gunung tu untuk mendidik anak bangsa.




SubhanAllah memang cantik sunset kat pantai Senggigi ni. Berlatarbelakangkan Gunung Agung. Patut la ramai penduduk tempatan yang datang habiskan masa petang2 kat situ.


13 September 2014

Hari terakhir di bumi Lombok. Ada 1 lagi misi terakhir yang harus dilaksanakan. Kami check out awal untuk hantar Fateha ke airport. Tiket Teha awal sebab dia fly terus ke JB. Kami punya flight tengah hari ke KL.

Ada 2 pantai yang cantik di bahagian selatan pulau Lombok iaitu Kuta Beach dan Seger Beach yang terletak bersebelahan. Nama Kuta macam familiar? Ya, Kuta Bali. Kat Lombok pun ada Kuta jugak. Pasirnya memutih dan pantai ni jugak port femes untuk surfing. Bezanya ia agak isolated sedikit dari tumpuan umum. Jadinya panorama kat sini memang pristine la. Tak crowded macam kat Bali.

Seger beach pun cantik jugak. Ombak tinggi2 melebihi 3 meter bak kata supir kami. Dia ni trainer surfing rupenya. Lagi satu Seger beach ada cliff. Boleh la duduk termangu atas cliff tu sambil layan ombak tinggi memecah pantai kat bawah. Kena hike sikit la tapi view memang awesome. Rasa macam dalam video klip My Love Westlife tu ha. Ala-ala je la. Tak sangka Lombok ada tempat2 macam ni.

Kami ke Seger Beach dulu, kemudian ke Kuta yang terletak 2km disebelah baratnya.




Dari atas nampak kerdilnya la ombak tu. Terkesima bila supir cakap tu 3 meter tingginya, huhu.

Berikutnya ni Kuta beach. Berhenti sekejap je sebab rushing nak ke airport dah. Ntah kenapa hari tu mcam tak berapa nak putih pasirnya. Mungkin sebab musim kering kot. Ntah. Tapi masih cantik le.

Layanz !




Habis dah ! Tak sangka dapat siapkan jugak entri Lombok ni selepas setahun, huahaha. Diharapkan perkongsian sepanjang seminggu di bumi Lombok ni bermanfaat kepada semua yang membaca. 

Ramai yang tanya pakej apa saya ambil untuk daki gunung Rinjani. Boleh check entri saya sebelum ni, saya ada mention pasal Green Rinjani. Tapi kalau malas nak rewind cerita, klik SINI. Pakej 4H3M adalah USD210. Yang paling penting, Green Rinjani ni satu-satunya guide yang bawak anak2 pokok untuk ditanam di lereng2 gunung Rinjani untuk promote nature. So korang akan dapat anak pokok satu sorang untuk ditanam sendiri. Moga2 suatu hari nanti pokok tu membesar dan menjadi teduhan ramai pendaki. Kumpul pahala tanpa sedar. Bagus kan?

Time to bid farewell. kalau ada masa jemput baca entri2 trip yang lain sekali ya. Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum !


No comments:

Post a Comment