Assalamualaikum !
Jom sambung kisah di bumi Ceylon yang tertangguh. Hari ni kami akan bertolak ke Nuwara Eliya dengan menaiki keretapi yang merentasi pergunungan ladang teh. Eksited !!
Sayang tak sempat explore Kandy, bandar kedua terbesar di Sri Lanka selepas Colombo. Ia merupakan pusat pemerintahan terakhir sistem beraja di Sri Lanka dan telah diisytiharkan sebagai salah satu Tapak warisan Dunia oleh pihak UNESCO pada tahun 1988.
Kata Fir, Kandy ni bandar dia best. Bersih, aman, dan cantik. Oleh kerana terpengaruh dengan cerita2 Fir, kami bangun awal dan keluar jalan2 sekitar bandar kononnya nak ambik udara pagi. Depan Kevin's Lake View ni ada sebuah tasik yang besar , namanya Bogambara Lake. Sedap bunyinya. Macam bougainvillea, hiks!
Salah satu sebab kenapa Kandy dapat pengiktirafan pihak UNESCO adalah kerana Temple of the Tooth. Temple ni merupakan antara rumah ibadat paling suci di dunia bagi penganut agama Buddha kerana dipercayai terdapatnya gigi Gautama Buddha di sini.
Sejak zaman dahulu kala, khazanah dari Gautama Buddha tersebut memainkan peranan penting dalam pemerintahan beraja Sri Lanka. Sesiapa yang berjaya menguasai gigi tersebut dipercayai akan meneraju kepimpinan negara.
Since hari ni hari minggu, memang ramai rakyat jelata yang melawat temple tu. Semua pakai baju warna putih. Bunga-bunga teratai pelbagai warna dijual ditepi jalan.
Kami terus berjalan sampai masuk ke kawasan bandar. Since Fir ingat lagi selok-belok bandar ni, senang je kami jumpa restoren halal. Banyak makanan halal kat dalam bandar ni. InsyaAllah tak susah cari.
Kat sini ada satu bangunan dengan nama yang unik, Kodituwakkuarachchi Building. Tak tahu la apa fungsi dan kenapa complex sangat nama dia. Yang penting, bertentangan dengan bangunan ni ada sederet kedai2 makanan halal. Kalau korang jumpa bangunan ni, cross the road dan jalan terus sampai jumpa beberapa restoren muslim.
Selesai isi perut, budak2 laki terus ke Kandy train station untuk beli tiket Kandy-Nuwara Eliya. Nasib kami baik sebab 2nd class free seating masih boleh masuk. 3rd class pun ada kosong lagi tapi first class dah sold out. Tak ingat harga tiket tapi tak mahal la.
So train kami akan bertolak dari Kandy pada pukul 11.10 pagi. Memandangkan masih awal lagi, kami pergi shopping sekejap kat satu bazaar yang femes iaitu Central Market. Macam2 ada. Souvenir pun murah2 kalau pandai nego. Sekeping fridge magnet boleh dapat 60 rupees. Selain souvenir, ada kain sari, t-shirt, buah-buahan dan macam2 lagi. Harga agak murah.
Pukul 9.45 pagi, kami berkumpul balik depan entrance Central Market. Mula la gelabah takut tak sempat catch up train. Cepat2 cari auto untuk balik ke hostel. Mintak driver auto merempit macam dalam Amazing Race. Tusyar dah tunggu kami kat hotel. Cepat-cepat check out dan naik van.
Dalam pukul 10.30 kami bertolak dari Kevin's Lake. Ditakdirkan pulak jalan jam masa tu. Sesak kawasan baandar macam ada perayaan besar. Kalau melepas train ni, terpaksa la ikut Tusyar ke Nuwara Eliya naik van je, huhu.
Mujurlah train pun delay hari tu. As expected, memang takde tempat kosong. Kami bertolak meninggalkan bumi Kandy tepat pukul 11.40am dan terpaksa berdiri sepanjang 3 jam setengah perjalanan.
Takde apa yang nak dibuat selain menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan. Ladang2 teh yang menghijau macam kat Cameron highland, cumanya Cameron takde keretapi yang merentasi ladang teh dia.
Bukit bukau, gunung-ganang, air terjun, sungai semua ada along the journey. Lagi best sebab boleh duduk kat pintu sambil melunjur kaki. Masa kat India tak dapat buat macam ni. Tak tau nak cakap macam mana. Korang kena rasa sendiri naik train ni kalau nak tau macam mana perasaannya. No words to describe how awesome it was.
Sri Lanka must-do !
Kami sampai ke stesen Nanu-Oya pukul 3.10 petang. Tusyar dah menanti diluar stesen. Plan seterusya kami nak melawat ladang teh Macwood. Tapi entah macam mana semua orang penat, tertidur sepanjang perjalanan. Sedar2 je hari dah lewat petang dan makin lama makin jauh kedalam ladang si Tusyar ni bawak kami.
Last sekali kami berhenti kat satu ladang yang tak berapa besar, ada kilang kecik dan area untuk shopping teh. Ni sah Tusyar dapat komisen ni sebab bawak sini. Ambik kesempatan masa kami tertidur, hish ! Tak lama kami kat sini sebab nak bergegas ke Macwood. Tapi masa sampai Macwood plantation dah senja pun Sob sob.
Sempat la berhenti sekejap menceroboh ladang teh orang untuk bergambar sebagai bukti sebelum matahari terbenam. Kat Macwood kami berhenti makan kek sekejap dan beli teh.
Sebelum check in hotel, kami ke pekan Nuwara Eliya. Shopping kat satu shopping street ni yang banyak jual sweater,wind-breaker dan yang seangkatan dengannya. Sejuk betul Nuwara Eliya ni malam2. Inikan pula Adam's Peak nanti.
Lepas tu kami jumpa satu restoren halal untuk dinner. Sebelah restoren ni ada pasar raya so kami beli stok makanan untuk hiking nanti.
Sampai hotel terus pengsan.
Itu saja untuk entri kali ni. Jumpa lagi dalam entri berikutnya ya. Take care !
Assalamualaikum !