Thursday 30 January 2014

Seoul City Splendour - Day 2 (22/09/13) Part 1

Assalamualaikum.

Yeorobun, Annyeonghaseyo !!!

Jom sambung cerita hari kedua di Seoul !

*********

Hari ni, kami ke salah satu destinasi pelancongan paling popular di Korea Selatan. Too bad tak ramai rakyat Malaysia yang pernah sampai ke tempat ni. Mungkin sebab kekurangan exposure. Kalau yang ikut pakej dari Malaysia, macam takde yang offer pegi tempat ni.

Anyway, mengikut perancangan asal, kami sepatutnya ke Mount Sorak National Park di wilayah Gangwon. Then again, we kept the itinerary flexible. Lastly, kami sepakat untuk cancel plan ke Seoraksan atas beberapa pertimbangan:-

  • jarak perjalanan hampir 150 km dari Seoul
  • pengangkutan awam - tren, bas, dan bas (huuuu...)
  • day trip dari Seoul (quite ambitious hah?)

*** Hampir 4 jam perjalanan untuk ke Mount Sorak National Park dari Seoul. Sampai sana dah tengah hari. Mungkin lepak dalam 2-3 jam lepas tu kena rush balik ke Seoul. Sepertiga hari (~ 8 jam) je dalam public transport. Dapat cover ape je 2-3 jam kan? So memang tak berbaloi. Lebih baik stay overnight dekat resort berdekatan kalau betul nak explore Seoraksan. Maybe next time insyaAllah.

So instead, we visited,,,



DEMILITARIZED ZONE !!!

Pernah dengar? Sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Nama je 'demilitarised', tapi DMZ ni merupakan sempadan antara negara yang paling 'heavily militarised' dalam dunia.

Kenapa nak pergi tempat macam ni?

Sebagai peminat sejarah, harus bagi saya untuk menjejaki kesan perang Korea yang tercetus antara tahun 1950 hingga 1953. Satu bangsa yang berkongsi rumpun, bahasa dan cara hidup yang sama akhirnya terpisah dua kerana perbezaan ideologi politik. Lebih 3 juta rakyat semenanjung tanah Korea telah terbunuh dalam tragedi berdarah tersebut.

As a matter of fact, memang kami tak study pun cara nak ke DMZ. Just list down dalam back up plan in case tak jadi ke Mount Sorak cancel. Masa check in Hamilton hotel ( lepas balik dari Nami Island ), kami dapat tau diorang ade arrange pakej untuk ke DMZ. Bas pelancong akan tunggu depan hotel.

Since takde cara lain untuk ke DMZ melainkan dengan guided tour, kami sepakat untuk ambil pakej ni. Ade banyak jenis pakej. Kami ambil yang paling basic, iaitu guided DMZ tour without lunch. Nasib baik ade lagi tempat kosong. Last minute decision. Harga pakej KRW 50,000/pax.

Esoknya, tepat pukul 8 pagi, bas sampai depan hotel. Full house !!! Memang rezeki kami ade lagi seat kosong. Tour guide kami Kim Na Na, yang berambut perang, tshirt putih, sweater biru, & seluar bunga-bunga tu, boleh berbahasa Inggeris.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang perjalanan, Kim Na Na cerita serba sedikit tentang DMZ dan sejarahnya. Satu je yang tak syok. Ade 2 orang pelancong perempuan dari China yang duduk belakang kami buat bising, berborak macam bas tu bapak diorang yang punya. Bising gilerrr ! Tak considerate lansung, mengganggu pelancong lain. Last2 tak dapat dengar pun cerita Kim Na Na (walaupun die pakai mic). Haish !


First stop, Tourist Information Center. Sementara dapatkan tiket untuk kami semua, Kim Na Na kasik 15 minit untuk jalan2 sekitar kawasan ni.


Korean War Veterans Memorial

Orait. Saya ade sentuh sikit pasal perang Korea masa cerita pasal filem Taegukgi : The Brotherhood Of War dalam entri prelude dulu. Pada 25 June 1950, Korea Utara menyerang Korea Selatan. Beribu-ribu askar dari 16 negara bersama-sama berjuang mempertahankan Korea Selatan dari pencerobohan tersebut. Monumen ini dibina bagi memperingati pejuang-pejuang yang terlibat serta terkorban dalam Perang Dingin tersebut.



Dari satu sudut, nasib Korea ni ada sedikit persamaan dengan negara kita. 8 Februari 1904 merupakan tarikh tercetusnya perang Russia-Jepun, yang digelar "the first great war of the 20th century". Ia tercetus kerana kerakusan kedua-dua empayar meluaskan kuasa penjajahan ke Manchuria dan semenanjung tanah Korea.

Setelah berakhirnya perang tersebut pada 25 september 1905, semenanjung Korea diisytiharkan sebagai sebahagian dari tanah jajahan Jepun, mengakhiri zaman dinasti Joseon yang telah memerintah Korea hampir 600 tahun. Kisah kekejaman tentera jepun keatas rakyat Korea tidak kurang ngerinya dengan apa yang berlaku di Tanah Melayu. Hasil bumi dirampas, rakyat dikerah menjadi askar bagi mengukuhkan kuasa ketenteraan mereka untuk menghadapi Perang Dunia ke-2

Pada tahun 1937, Jepun memulakan proses assimilasi budaya. Rakyat tempatan diharamkan untuk menggunakan bahasa Korea, mengamalkan budaya, serta mengekalkan kesusasteraan bangsa Korea. Budaya jepun diterapkan secara agresif. Pada tahun 1939, rakyat tempatan diarahkan untuk menggunakan nama Jepun dibawah polici Soshi Kaimei.

Pada bulan Ogos 1945, Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. 25% dari mangsa yang terbunuh dalam tragedi pengeboman tersebut merupakan rakyat Korea.

Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia ke 2, Korea diperintah sementara oleh Pihak Bersekutu (yang mengalahkan kuasa Paksi) . Amerika Syarikat (AS) dan Soviet Union(SU) bersetuju untuk sama-sama menduduki Korea sementara menunggu proses pembentukan negara dan kerajaan.

Semenanjung tanah Korea dibahagi 2 antara AS dan SU. Walaubagaimanapun, SU enggan bekerjasama dengan AS untuk mengadakan satu pilihan raya umum. SU telah mewujudkan pemerintahan komunis di bahagian utara manakala AS mewujudkan wilayah pro-barat di bahagian selatan. Itulah permulaan kepada perpecahan Korea kepada 2 negara yang sebelumnya satu dibawah pemerintahan dinasti Joseon. 

The Bell Pavillion

The Peace Bell

The Peace Bell dirasmikan pada 1 Januari 2000 menandakan era baru kurun ke-21 yang lebih aman. Kurun ke-21 diharapkan dapat menyatukan kembali masyarakat sejagat tanpa perang dan perebutan kuasa. Loceng ni dibuat dari gangsa dan tin. Tau berapa berat die berape? 21 tan !!! 

Sedar tak sedar, dah 15 minit pun. Cepat2 lari masuk bas takut kena denda. Haha. Anyway, memang ada yang lambat dan kena denda. Julian dan pasangannya dari Itali kena denda nyanyi lagu kebangsaan Itali sambil berdiri, huahua. Kami join sekali tepuk tangan, tapi diganggu oleh suara2 sumbang 2 minah China kat belakang yang tak habis2 bercerita. Grrrrr !

Dari Tourist Information Centre, kami dibawa ke The 3rd Tunnel di daerah Paju. Mase ni dah mula rasa 'aura' ketegangan antara Korea Utara dan Selatan. Dawai besi beselirat sepanjang jalan. Sini sana ada askar yang mengawal. At one point, bas berhenti untuk pemeriksaan. Muka masing2 ketat bila askar-askar masuk dalam bas check dari depan sampai ke belakang. Gulp ! Telan ayaq lioq ! 


Ok, sebelum sampai, meh saya nak cerite sikit pasal DMZ. Boleh skip part ni kalau dah ngantuk, heheh !

So lepas Amerika Syarikat (AS) dan Soviet Union (SU) memisahkan bahagian utara dan selatan Korea mengikut acuan ideologi masing2, it seemed like kedua-dua bahagian semenanjung tanah Korea yang terpisah ni memang takkan bersatu kembali. Pilihan raya umum tak dapat dijalankan kerana kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat. Ramai keluarga dan sanak saudara yang terpisah kerana pembahagian ni. Ideologi komunism semakin kuat di pihak Utara.

Pada 25 Jun 1950, Korea Utara memulakan serangan keatas Korea Selatan, menandakan bermulanya Perang Korea (Korean War). Republic of Korea (Korea Selatan) di bantu oleh United Nations manakala Democratic People's Republic of Korea (Korea Utara) menerima sokongan daripada Soviet Union dan China.

Perang Korea berlansung selama 3 tahun 1 bulan 2 hari, mengorbankan lebih 2. 5 juta nyawa. Dalam gencatan senjata pada 27 Julai 1953, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengundurkan pasukan tentera masing-masing sebanyak 2 kilometer ke belakang, menjadikan jarak antara kedua-dua pihak 4 kilometer. Kawasan selebar 4 km inilah yang dinamakan 'Demilitarised Zone (DMZ)'.

Sepanjang lebih 60 tahun kewujudannya, pelbagai 'incident' mengerikan berlaku di DMZ. Kedua-dua pihak seringkali menceroboh kawasan pihak musuh secara senyap-senyap. Contonhnya, pada Januari 1968, 31 orang komando tentera Korea Utara menyelinap masuk ke selatan dalam percubaan menyerang 'Rumah biru' dan membunuh Presiden Korea Selatan ketika itu, Park Chung Hee. Rancangan tersebut gagal dan berjaya dikesan. Akibatnya, 29 orang daripada komando tersebut telah terbunuh, termasuk seorang yang membunuh diri. 2 orang lagi komando berjaya diberkas.

*** Rumah Biru = The Blue House >>> kediaman rasmi presiden Korea Selatan, terletak di Seoul.


Dah sampai.....and here comes The 3rd Tunnel !

Simbolik 2 dunia terpisah yang cuba disatukan kembali


The 3rd Tunnel merupakan salah satu dari 4 terowong yang dipercayai dikorek oleh tentera Korea Utara dalam persediaan menyerang Korea Selatan. The 1st Tunnel was discovered on the 20th November 1974, the 2nd Tunnel on 19th march 1975, the 3rd Tunnel on 17th Oktober 1978, and The 4th Tunnel on 3rd March 1990.

Mula-mula Korea Utara tak mengaku diorang yang korek terowong-terowong nih. Lepas siasatan, memang jelas terowong2 ni dibina menghala kearah selatan. So diorang cakap tu proses carigali arang batu pulak. Walhal, takde seketul pun arang batu yang dijumpai. Batu granite je yang ade dalam terowong tu. Siap cat hitam dinding terowong nak kasik nampak macam arang batu. Sampai sekarang, tentera Korea Selatan dan U.S masih lagi aktif mencari terowong-terowong baru kerana dipercayai, ade lebih dari 20 terowong yang telah dibina.

Pada hari ini, pelancong boleh melawat terowong kedua, ketiga dan keempat dengan 'guided tour' sahaja. So kami semua dibawa ke The 3rd Tunnel yang sebenarnye terletak hanya 44 km dari bandaraya Seoul (nampak sangat terowong ni memang dikorek khas untuk surprise attack keatas Seoul).

Tak seperti terowong lain yang dijumpai sendiri oleh tentera Korea Selatan, terowong ketiga ni dijumpai hasil maklumat dari 'defector' Korea Utara. Kalau tak silap, engineer yang terlibat tu sendiri yang bocorkan rahsia dan berlindung di selatan.

Panjang terowong ni mencecah 1.7 km, dengan ketinggian 2 meter dan lebar 2 meter. Kami dibawa masuk ke dalam terowong yang gelap dan sejuk ni. Semua pelancong kena pakai safety hat untuk tujuan keselamatan (takut terhantuk kepala). Kamera tak dibenarkan dalam terowong ni, tapi semua orang bawak phone dan dengan selambernye posing sakan dalam gelap tu.

Kami dibawa masuk sampai ke The 3rd Blockade

*******
Tetibe rase macam entri ni dah overload sangat dengan sejarah dunia, huahuargh. Layan jelah yek ! 

Anyhow, lepas tu, kami dibawa ke "End Of Separation, Beginning of Unification". Po-ko-bon-do-yo-e-jang-oi? Haaaa, kat sini pelancong berpeluang untuk 'mengintai' Korea Utara melalui teleskop yang disediakan di observatory.


Sebelum tu, masa dalam bas, Kim Na Na ade cerite sikit ciri-ciri orang Korea Utara, macam mana nak dibezakan dengan orang Korea Selatan. Katanya orang Korea Selatan tinggi lampai, kulit cantik, bentuk muka menarik. Orang utara katanya pendek, muka pun tak lawa. Ceh ! Masuk bakul angkat sendiri rupanya minah ni. Ape2 lah. Minah China mulut becok kat belakang tu tetap tak sudah2 bercerite. Tetttt !

Peraturan sangat ketat kat sini. Pelancong bebas nak guna teleskop untuk tinjau keadaan di utara tapi hanya dibenarkan tangkap gambar dibelakang line kuning yang digariskan. Ade askar yang guard kat line tu. Kalau termasuk sikit je dalam line kuning, askar tu akan suruh kita delete gambar dalam kamera. Scary !

Disebabkan faktor ketinggian yang tak begitu mengkagumkan, tertenjet-tenjet kaki nak tangkap gambar. Pulak tu ramai pelancong yang tinggi lampai kat depan tengah guna telescope. Tangan lurus ke udara sambil snap. Pasrah je view ape yang dapat. Kalau dapat gambar kepala pelancong kat depan tu pun terpakselah redha.


Nasib ade lense 200 OIS, so dapat la fokus sikit. Inilah sebahagian dari hasilnya. Dapatlah tengok kawasan berbukit bukau diseberang utara yang kelihatannya macam tak berapa nak subur jika dibandingkan dengan DMZ di bahagian Korea Selatan yang subur dengan tumbuh-tumbuhan.

Kalau tengok dengan telescope, kita boleh nampak Kijong-dong, satu-satunya perkampungan dalam DMZ di sebelah Korea Utara. Kampung ni digelar 'kampung propaganda' sebab kalau tengok dari Korea Selatan, macam tak berpenghuni,, walaupun ia lengkap dengan sekolah, hospital dan sebagainya. Dipercayai, ia merupakan kawasan rehat dan perlindungan tentera Korea Utara. Ia juga berfungsi sebagai tempat perlindungan sekiranya rakyat dari Korea Selatan melarikan diri ke Korea Utara.


Berbeza dengan Daeseong-dong iaitu satu-satunya perkampungan dalam DMZ di bahagian Korea Selatan. Kampung ini yang juga dikenali sebagai Tae Sung Dong menempatkan lebih 200 orang penduduk, kesemuanya merupakan waris kepada pemilik asal tanah di kawasan tersebut yang dimiliki sebelum perang Korea tercetus lagi.

Walaupun dilindungi oleh United Nations, mereka tertakhluk kepada undang2 serta perlembagaan Korea Selatan, dengan beberapa pindaan. Contohnya, mereka ada hak untuk mendapat pendidikan serta hak mengundi dalam pilihanraya. Tetapi mereka dikecualikan dari membayar cukai dan latihan wajib ketenteraan. Selain tu, mereka wajib mematuhi perintah berkurung selepas 11 malam. Untuk kekalkan hak menduduki kampung ni, diorang kena tidur kat kampung ni sekurang-kurangnya 240 malam setiap tahun.

Gambar2 lain di sekitar "End of Separataion, Beginning of Unification"...




Perhentian terakhir kami di DMZ adalah Dorasan Station yang merupakan stesen keretapi terakhir dari Seoul. Ia merupakan sebahagian dari Gyeongui line dibina bagi menyambungkan Korea Selatan dan Utara. Pernah berfungsi seketika sekitar tahun 2003 tetapi ditutup semula kerana ketegangan hubungan antara kedua-dua belah pihak. Dasar tertutup pihak Korea Utara menyukarkan proses tersebut.


Bersih kan?

So basically, stesen ni memang tak berfungsi, tiada tren dan merupakan stesen keretapi terbersih di dunia (agaknye lah). For the time being, stesen ni hanya berfungsi sebagai pusat pelancongan sahaja. Korea Selatan sebenarnye berharap sangat hubungan antara kedua-dua belah pihak dapat dijernihkan semula suatu hari nanti. Sebab tu diorang maintain stesen ni dalam keadaan yang bersih, dan sentiasa bersedia untuk beroperasi, seandainya hasrat tersebut tercapai. Tapi macam bertepuk sebelah tangan je.


Baru-baru ni Korea Selatan ade cadangkan untuk buat family reunion untuk mempertemukan kembali saudara yang terpisah semasa perang Korea dulu. So far still dalam proses perbincangan. Tengah tunggu green light dari Korea Utara. Kalau berjalan lancar, adik-beradik yang dah terpisah lebih 60 tahun dapat disatukan kembali. Tragis nye !!!

"Not the last station from the South, but the first towards the North" : How hopeful...


So that's it for DMZ tour. Berbaloi datang sini. Dapat belajar banyak perkara.

Bila sampai Seoul, kami dibawa ke Korea Ginseng Centre. Dari sini, kami berpisah dengan group DMZ since kami tak join pakej lunch diorang. Ke mane kami seterusnya? Jom tinjau-tinjau sekitar kawasan City Hall di tengah kotaraya Seoul.


Bangunan kat belakang tu adalah Seoul City Hall



Deoksugung palace !!!

Ni istana yang paling dekat dengan City Hall. Basically Deoksugung ni merupakan salah satu dari 5 istana yang digelar "Five Grand palaces", dibina semasa zaman dinasti Joseon.

Semasa 35 tahun penjajahan Jepun keatas Korea, sebahagian besar dari struktur istana ni dirosakkan. Yang ade sekarang pun hanya satu pertiga sahaja dari saiz sebenar istana. So kat sini kita boleh tengok architecture purba Korea yang memang awesome dan superb.

Agaknye sini la kot diorang selalu buat penggambaran drama-drama Korea. Terase macam berada dalam drama 'Jewel In the Palace' pun ade. Hehe. Penat dah membebel. Layan gambar jom ! A picture is worth a thousand words isn't it?











Royal Changing of Guards Ceremony at 2 pm in front of the palace entrace :-




Kalau ade kelapangan, boleh lawat lagi istana-istana lain. Tapi untuk kami, rasa dah cukup satu je. Nak save time untuk cover tempat2 lain.

Seterusnya kami melawat sungai Cheonggyecheon yang terletak lebih kurang 1-2 km dari Deoksugung Palace.



Pasca perang Korea (1950-1953), Seoul berkembang dengan amat pesat sehingga menjadi salah satu dari kotaraya termaju di Asia. But everything comes with it's own price. Harga pembangunan tersebut dibayar dengan kerosakan alam semulajadi.

Sungai Cheonggyecheon sepanjang 8.4 km ini merentas kotaraya Seoul sebelum mengalir memasuki sungai Han. Semasa era pembangunan tersebut, highway dibina merentas sungai ini. Since then, air sungai menjadi kotor sehingga akhirnya tercemar dan seterusnya terbiar.

Pada tahun 2003, Presiden ke-10 Korea Selatan, Lee Myung-bak yang pada ketika itu merupakan Datuk Bandar Seoul memulakan operasi "restoration" sungai Cheonggyecheon dalam usaha untuk menjadikan kotaraya Seoul sebagai kawasan urban yang 'eco-friendly'. Highway yang dibina merentas sungai tersebut dirobohkan dan proses pembersihan sungai dijalankan. Pada masa tu, air sungai yang terbiar ini hampir kering-kontang. 120 juta tan air terpaksa dipam dari sungai Han ke dalam sungai Cheonggyecheon.

Akhirnya pada bulan September 2005, sungai ini dibuka untuk orang awam. Kos keseluruhan projek tersebut mencecah hampir 390 billion Korean Won, menimbulkan banyak kontroversi dan spekulasi. Pada hari ini, sungai Cheonggyecheon menjadi salah satu dari pusat pelancongan yang popular di Seoul.

Tempat dating, tempat ahjumma bersenam pagi2, tempat memancing : All in one !


Kalau la boleh buat macam ni dekat sungai Kelang atau sungai Pahang kan? Hehe... Boleh jugak kurangkan suhu KL yang semakin hari semakin  meningkat.

Wishing Well : Tempat orang kaya buang duit...

Ok, that's it for now. Saya akan sambung keseluruhan entri untuk hari kedua di Seoul ni dalam part 2 nanti insyaAllah. Where did go next? Ini klu die....


Running Man !

Till then, Assalamualaikum.

Xin Nian Kuai Le & Gong Xi Fa Cai to all my Chinese friends ! Have a blast celebration. Bye !

2 comments:

  1. Banyak tempat-tempat menarik di korea selain busan dan seoul. Cuma komunikasi agak sukar kerana penduduk tempatan menggunakan bahasa mereka sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. saya pun bukan jenis cari bangunan. lebih suka nature. outskirt cantik tapi susah transport dan communication

      Delete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...