Sunday, 2 February 2014

Irresistible i-City (22/12/2013)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

It's time for cuti-cuti Malaysia. I believe everyone knows about i-City in Shah Alam, Selangor. Kali ni, saya cover 2 attractions, Snowalk & Trick-art Museum.

Memandangkan musim cuti sekolah, expectedly i-City akan sesak dengan pelawat. Untuk mengelakkan kejadian himpit menghimpit, kami sampai awal sebelum kaunter tiket dibuka.

So jomz !


*******

PART 1 : SNOWALK

Harga tiket :

Sebelum 6 petang : RM 25 (dewasa), RM 20 (kanak-kanak)

Selepas 6 petang : RM 35 (dewasa), RM 30 (kanak-kanak)

Waktu operasi : 10 am - tengah malam



Melainkan sweater (termasuk dalam harga tiket) dan boot (sewa), aksesori lain semuanya harus dibeli, contohnya gloves (dewasa RM 15/pasang, kanak-kanak RM 12/pasang), stokin (dewasa RM10/pasang, kanak-kanak RM8/pasang) dan lain-lain. Baby set (hat + scarf + glove) pun ade, dijual pada harga RM20. Nak jimat, bawak sendiri semua aksesori berkenaan sebab serius memang sejuk dalam ni.

Ahli rombongan
















Lebih kurang sejam jugak dalam Snowalk ni. Hampir kena frostbite sebab tak pakai glove. Lepas keluar, kamera terus jam, tak boley on. Mungkin sebab extreme temperature, aiseh ! Seperti dijangka, ramai yang menyerbu masuk ke dalam Snowalk masa kami keluar.

*******

PART 2 : TRICK-ART MUSEUM

Yup ! Konsep yang sama dengan Trick-art Museum di Korea, Jepun, Filipina dan sebagainya. Rasai sendiri kehebatan ilusi optik lukisan 2D di dalam muzium 2 tingkat ini, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Harga tiket : RM10/pax

Waktu operasi : 11 am - tengah malam

Memandangkan kamera masih lagi demam selsema lepas keluar dari Snowalk tadi, terpaksa pinjam handphone kakak untuk ambil gambar dalam Trick-art Museum. Basically, muzium ni ade 5 bahagian (Masterpieces, Egyptian, Marine Life, Animal Kingdom, Modern classics). Gambar yang dipaparkan tak ikut susunan bahagian.

Without further ado, I present to you....


























*******

Selain tu ade few other attractions dekat i-City, yang terbaru Red Carpet (wax museum - macam kat London & Sydney !). Kalau ade kelapangan maybe next time saya cover, insyaAllah.





See you guys next time. Support Tourism Malaysia everyone. Meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Malaysia, Truly Asia !

Till then, assalamualaikum !

1 comment:

  1. Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan

    ReplyDelete