Sunday 5 January 2014

Seoul City Splendour - Day 1 (21/09/13)

Assalamualaikum, good day everyone !

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Incheon International airport kira-kira pukul 7.30 pagi waktu tempatan (perbezaan waktu : Seoul satu jam awal dari KL).

Kematu punggung, 6 jam lebih penerbangan. Macam biasa, ke baggage claim area dulu. Beg Azuan ade tag "HOT TRANSFER" sebab transfer direct dari domestic flight (Sandakan) ke international flight (Seoul). Hot stuff ko hari ni Azuan., tak sia-sia berlari kat airport malam tadi.

Pemeriksaan imigresen lancar. Cuma staf imigresen tu muka masam mencuka. Pandang orang sinis semacam je. Tau la kulit kita tak secerah semulus kulit die, hummpph ! Ko bajet ko Jang Dong Gun ke hape?


Pernah dengar Jang Dong Gun? Mamat dalam gambar kat atas ni. Mukanya terpampang menyambut kedatangan para pelancong ke bumi Korea, the honorary ambassador of Incheon International airport. 

Ibaratnya macam Rosyam Nor lah die ni. Antara lakonannya paling hebat adalah dalam filem Taegukgi : The Brotherhood of War. Filem yang berlatarbelakangkan era perang Korea ini berkisar tentang 2 orang adik-beradik, Jin Tae (Jang Dong Gun) dan Jin Seok (Won Bin) yang dikerah menjadi askar semasa Korea Utara menyerang Korea Selatan pada June 1950.

Pelbagai tragedi berlaku semasa berada dalam ketenteraan sehingga kedua-dua mereka terpisah dalam satu pertempuran. Jin Tae yang disangkakan mati akhirnya muncul kembali sebagai seorang tentera Korea Utara. Memang tragis. Berbaloi lakonan mamat ni sampai dapat best actor award dalam Blue Dragon Film Award.


Orait, sebelum ke subway station, kami beli T-money card dekat 7eleven dulu. Harganya KRW 2500 sekeping. Dengan pass ni, tak perlu susah-susah beli tiket setiap kali nak naik train. Swipe macam touch 'n go je. Top up siap-siap, agak-agak cukup untuk 5 hari perjalanan. Lagi sekali, muka pekerja 7E, lebih masam dari buah mangga muda. Muka kami ni macam penyangak ke? Haish, confused.


Serabut tak kepala otak tengok train map tu? Kalau ditatap lama-lama, boleh sawan. Nama stesen pulak berbelit-belit lidah nak menyebutnya.

Seoul Metropolitan Subway ni merupakan sistem subway kedua terbesar di dunia selepas New York City subway. Ade 19 line kesemuanya. Terlepas 1 stesen, bisa sesat dong. Don't play play haa ! 

Tapi jangan risau. Teknologi kan ada. Keluarkan smartphone masing2 dan taip 'Seoul subway' dalam Play Store. Macam-macam apps kluar, download satu apps yang menarik perhatian kalian. Kami pilih Metroid HD

Macam mana nak guna apps ni? Firstly, kena tau stesen mana korang nak berhenti. Study dulu awal2, kat mana stesen terdekat dengan destinasi yang hendak dituju. Taip nama stesen dekat column 'departure' dan 'destination'. 

Contohnya macam kami, dari Incheon International airport nak ke stesen Itaewon. So taip 'Incheon International Airport dekat 'departure' dan Itaewon di 'destination'. Lepas klik search, keluar lah pilihan route macam kat bawah ni.

Kadang-kadang ade beberapa pilihan jawapan, pilih mana yang berkenan di hati. Ada yang 2 kali tukar tren, ade yang 3 kali tukar tren. Ade jalan dekat, ade jalan jauh. Mana-mana pun harga tetap sama. Mudah kan? 


Jauh jugak nak ke Itaewon ni. Hampir 2 jam perjalanan. Siap cross Han river. Rata-rata penumpang sibuk dengan smartphone masing2. Taksub sungguh masyarakat Korea dengan benda alah tu. Memang susah nak jumpa yang berborak atau baca buku.

Toleh kanan, minah ni tengah tengok video music, toleh kiri mamat ni dengar lagu. Kat depan sikit tu ahjumma tengah tengok drama, sebelah die ahjusshi dah berkeruh tidur. Yang dok mengadap cermin ejas rambut, touch up sini sana bersepah. 

Keretapi di Seoul menggunakan pengantaraan 4 bahasa (Korean, English, Japanese, Mandarin). Dari segi kebersihan memang terjaga rapi, which was why Jalopnik telah memilih Seoul Metropolitan Subway ni sebagai subway terbaik di dunia. hebat, hebat...!

Cuma satu je,......... BAU ! 


Saya assume bau 'soju' lah tu. Memang @#$%^&*. Tak terkata sungguh busuknye. Bila pintu tren dibuka, zusshhh! udara dari dalam menyapa keluar. Terus automatik nak termuntah. Memang 'sengat' tekak habes. Kuat betul bau sampai melekat kat baju. Haish memang satu experience yang 'disturbing'. 

Sepanjang seminggu kat Aussie, takde pun bau-bau yang tak menyenangkan, baik dalam tren, bas mahupun feri. Hmmm, bab yang ni harus dipertingkatkan lagi ye, hehe.



Keluar dari subway terus nampak Hamilton hotel. Since tak boleh check in lagi, kami tinggal beg kat lobi dulu untuk ke Nami Island. Train station paling dekat dengan Nami Island adalah Gapyeong. So according to MetroidHD, ini antara pilihan route:-

Mostly kena tukar tren 2 kali, 86-89 minit perjalanan


Sikit punya ramai rakyat jelata nak ke Nami Island hari tu. Silap haribulan la kami pergi hari sabtu. Berhimpit-himpit dalam tren, memang tak merasa duduk sepanjang perjalanan.

Pulak tu, segerombolan ahjumma & ahjusshi dengan pakaian jogging buat havoc dalam tren. Pok pek pok pek mulut, tak berhenti bercerite. Suara dah le kuat sampai nak berlobang gogondang tolingo den nih.

Tengok mimik muka ahjumma dan ahjusshi tu bercerite. Memang bersungguh-sungguh. Bayangkan ade lagi 20 orang yang macam tu dalam tren yang sama. Tak ke migrain dibuatnye? Hingar-bingar !


Alhamdulillah sampai jugak ke Gapyeong station. Dah macam Jalan TAR seminggu sebelum raya. Sesak dengan umat manusia. Hmm, petanda yang tak berapa bagus ni.

Ade dua cara untuk ke jeti Nami Island, sama ada dengan bas atau teksi (atau kenderaan sendiri). Punyalah ramai orang beratur, memang terputus nafsu nak ke Nami Island. After all the effort, takkan nak patah balik pulak. Kami pun tabahkan hati masuk line beratur di bawah panas terik mentari.

Gapyeong station

Mereka yang sabar menanti

Hyundai Sonata dan Kia Optima, sekadar teksi di Seoul. 

Tak jauh pun jarak Gapyeong station dengan jeti Nami Island. Malangnya hari tu, jalan jam. Ramai sangat orang nak ke Nami Island. Pakcik teksi berhentikan kami tepi jalan, lepas tu suruh kami jalan kaki ke jeti (panas terik, daki bukit, hampir 2 km). *** Nangis !!!


Dah lenjun berpeluh, baru sampai jeti. Sah, hari ni memang hari melawat Nami Island sedunia. Giler ramai orang. *sigh ! Berat hati rasanya beratur beli tiket feri. Owh, sistem kt sini lain sikit. meh nak citer.

Pada tahun 2006, pulau Nami diiktiraf sebagai sebuah 'negara' dan dinamakan Naminara Republic (NR). Negara dalam erti kata pelancongan je. Negara imaginasi, bukan negara bebas merdeka.

NR ade passport, matawang, bank, stem dan kad telefon tersendiri. Nak masuk ke sini, kena ada visa dan harus melalui immigresen, macam kat airport tu. Dapatkan visa yang berharga KRW 8000 di kaunter dulu, lepas tu redah je immigresen (tiada pemeriksaan kastam, pakcik tu konon-konon je berdiri kat situ).



Masyarakat dunia yang memeriahkan Nami Island

Ada 2 cara untuk ke pulau Nami, sama ada dengan feri atau Zip-wire. Harga KRW 8000 tu termasuk sekali dengan tiket feri. Kira murah la. Cuma kena bersesak-sesak sikit dalam feri nanti. Kalau duit dalam poket melimpah-ruah, malas nak berebut-rebut, bleh try naik Zip-wire. KRW 38000 (termasuk tambang feri balik ke jeti dari pulau Nami).

Zip-wire

Sebagai rakyat marhaen yang sedar situasi diri yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kami naik feri je (mood meraih simpati pembaca blog). Bueeeeekkk !

Seperti yang dijangka, feri pun sesak dengan penumpang. Apatah lagi Nami Island di seberang sana tu. Ku pasrah !



Interior

Exterior

Jalur Gemilang


A little bit about Naminara Republic:-

Pulau Nami (Namiseon) ni sebenarnya merupakan sebuah daratan dalam sungai Han. Berbentuk separa bulat (half moon) dengan keluasan 430 ribu km persegi dan diameter hampir 4 km. Terletak di daerah Chuncheon dalam wilayah Gangwon, ia merupakan salah satu pusat tarikan pelancong utama di Korea, especially selepas drama Winter Sonata ditayangkan.

Pelancong bebas untuk meneroka pulau ini mengikut kemampuan masing-masing (kalau larat nak berjalan sejauh 4 km). Macam-macam ada kat sini antaranya, taman rekreasi, muzium, galeri, persembahan musik dan lain-lain. Taman rekreasi saja ada berbelas-belas. 

Penat dah menaip, layan gambar pulok. Jom explore Namiseom !

Pintu Gerbang Nami Island









Realiti nye, susah betul nak snap gambar tanpa kehadiran susuk-susuk pelancong lain. Bersilat pun belum tentu diorang nak kasik laluan. Ini saja lah hasilnya.

Anyway, ade alternatif lain sekiranya kaki dah semut-semut atau lutut dah mintak ampun sebab penat berjalan. Salah satunya boleh naik UNICEF miniature train ni. Harganya KRW 2000 sehala. Kalau bawak ayah bonda, sesuai naik tren biru ni. Toksah la pakse diorang berjalan sekeliling pulau. Kita yang muda pun 5 kali asma nak habiskan sepusingan.




Yang berbasikal pun tak kurang ramainya. Tapi memandangkan laluan pejalan kaki yang sesak, saya cadangkan naik Sky Bike. Haaaa, alternatif lain untuk explore Namiseon dari udara. Konpem tak jam jalan, haha.

Bike Riding (atas), Sky Bike (bawah)

Kesalahan tatabahasa yang serius (Selamat Datang di Pulau Nami), haha.

Masa ni masih lagi di awal musim luruh. Daun pun baru nak bertukar warna. Ni antara taman yang sempat kami explore, Baekpungmilwon Garden (tercirit nak menyebutnye...).  









Di bahagian timur Namiseon ada Winter Sonata First Kiss section. Ade lagi beberapa bahagian dalam Namiseon yang diabadikan sempena drama ni. Layannn....


Comot dah snowman ni, kena conteng sana sini

Pada tahun 2001 jumlah pelancong yang melawat Nami Island adalah seramai 270,000 orang. Selepas drama Winter Sonata ditayangkan pada tahun 2002, jumlah pelancong meningkat dua kali ganda kepada 650,000. Pada tahun 2012, dilaporkan seramai lebih 2.3 juta pelancong telah berkunjung ke Namiseon.

Penangan Jun Sang dan U-jinn...



Selain tu, ade jugak sourvenir shop. Kami masuk kedai ni pun sebenarnya sebab nak tumpang air-cond je. Buat2 le tengah survey barang. Agak2 dah cool down sikit, blah ! Sorry tuan kedai. Tak bawak banyak duit la trip kali ni. Lagipun, barang kat kedai ni macam semua untuk kaum hawa je. Kuikuikui.




Orait, jom saya tunjuk macam mana nak ke surau. Ye, ade surau kat sini. So jangan risau, tak perlu tergesa-gesa nak balik ke hotel untuk solat. Boleh spend satu hari suntuk kat sini sampai bosan. Makanan halal pun ade.

Restoren dan surau terletak di tengah-tengah pulau, berhampiran dengan UNICEF hall. Dah sampai area ni, korang cari satu batu putih besar yang diconteng dengan puisi pelbagai bahasa (tulisan arab pun ade). Yang ni ha...

Shakespeare mane yang rajin menyonteng harta benda awam nih...

Belakang batu ni, ade deretan kedai. Cari restoren "Pizza & Cafe". Sebelah die ade "Nami Library". Dekat pintu masuk ke Nami Library tu ade lambang kubah hijau dengan tulisan 'Musolla'. 

Bangunan ni ade 2 tingkat. Surau di tingkat atas. So lepas masuk, terus ke tingkat atas, korang akan jumpa galeri. Banyak signboard 'prayer room', korang ikut je. Di sebelah kanan galeri ni kat belakang sikit, korang akan jumpa surau.






Tiada pintu, hanya ditutupi dengan sekeping kain putih

Surau ni tiada pemisah antara muslimin dan muslimat. Tempat wuduk disediakan (ade 3 paip). Sorry xde gambar dalam surau sebab ade ramai muslimah tengah solat masa tu. Lepas solat, ingat nak isi perut yang kelaparan. Tapi restoren pun sesak, full house. Tak jadi makan, kami decide balik Seoul terus. Tak larat dah. Penat kerja semalam pun tak hilang lagi.



Sedikit lengang di kawasan ini

Bank Negara Republik Naminara


Poem by General Nami

Oh ye, lupa pulak nak cerite pasal asal usul Namiseon. Ia dinamakan bersempena General Nami yang hidup pada zaman pemerintahan Raja Sejo iaitu raja ketujuh dalam dinasti Joseon (sekitar tahun 1440-an). Dilantik menjadi general pada usia 17 tahun, Nami merupakan seorang pemimpin yang pintar dan berkaliber. Pada usia 26 tahun, Nami dilantik menjadi menteri peperangan (Minister Of War).

Malangnya, kewibawaan Nami dicemburui ramai pihak dan akhirnya menjadi penyebab kematiannya. Beliau dihukum bunuh pada usia 28 tahun setelah dituduh membelot raja Sejo. Pusara asalnya tidak ditemui sehingga kini. Tetapi longgokan batu di pulau Nami dipercayai merupakan kubur asal General Nami. Kesian,,,







Ramai lagi pelancong baru sampai masa kami nak naik feri balik ke jeti tu. Seriously kalau nak explore Namiseon dengan jayanya, jangan pergi masa weekend. Ngabeh ko boghaih yo !

Namiseon, Annyeong !

Ada rezeki bertemu lagi suatu hari nanti, insyaAllah.

Untuk balik ke Gapyeong station, kami naik bas. Alhamdulillah takde bau-bau hamis soju dalam bas tu, syukur.


Dah nak senja pun masa sampai hotel. Check in, mandi, & rehat sekejap sebelum keluar makan. Ni rupa bilik kami bertiga. Boleh tahan la. Katil sorang satu, tv besar, lengkap dengan peralatan elektrik, toilet bersih, wifi pun ok.








Restoren pilihan kami malam tu, sebuah restoren turki, Kervan Restaurant. Pergi mana-mana pun masakan Turki jugak yang dicari. Ni macam petanda nak kena pergi Turki ni, hehe. InsyaAllah kalau ade rezeki, tour seluruh Turki, amin.

Saya dengan Zul pilih ayam, Azuan pilih kambing.

Bap meogoro gaja ! Jom makan !

Menu




Sampai setakat ni entry hari pertama di Seoul. Menurut plan asal, keesokan harinya kami akan ke Mount Sorak. Sampaikah kami ke Mount Sorak?,,,,nantikan entri seterusnya (suspen x, suspen tak? ), haha.

Clue >>> Taegukgi : Brotherwood Of War

OK, see you guys later...

Annyeong !

Assalamualaikum !

7 comments:

  1. salam taaruf..

    good job bro!
    decent review as well...
    keep it up!

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Bau itu.. kami panggil 'the korean smell' hehe. Clearly bau tu dtg dr nafas dorang. Bila masuk dlm tren yg padat sendat mampat..waktu berhimpit tu bila dorang breathe out... hmphh..kita yg kena berhenti bernafas jap huhu. Tak kira tua muda lelaki perempuan. .sama je baunya..

    Erk. Nami island tu mmg sentiasa ramai org kan. Kami pergi dulu hari jumaat..pun ramai. Tp x la seteruk sampai teksi suruh turun jln kaki... yg peliknya yg membanjiri pulau tu majoriti ialah rakyat dorang sendiri.. tertanya2 juga di hati..x keje/xde kelas ke dorang2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, yeke. Musykil sunguh. X rmai pon foreigner masa tu. Memang orang dia je rmai. Weekdays pon cramp jgk? hadoila...

      Delete
  3. Assalamualaikum. Sy Dah penah pegi nami 2x. Masa autumn n winter. So far, xde la sesak sgt. Maybe sebab pegi weekdays. Bau tu, bau sbb diorang mkn kimchi. First time dtg korea mmg nak pengsan.

    Terjejak blog ni, dari trip nz.hehe.

    Penceritaan bagus. Keep it up.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam. Tq for sharing the info. And thanks for reading. Belajar di Korea ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. X la. Sy dh keje. Belajar kat Malaysia je. Tanah tumpah darah katanya. Selamat hari Malaysia✌

      Delete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...