Tuesday, 24 December 2013

Seoul City Splendour - Prelude (20/09/13)

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdullillah, dengan izin dari Allah S.W.T, bermula juga penulisan mengenai pengembaraan 3 bulan lepas ke bumi 'Hallyu' Korea Selatan. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat berguna untuk kalian semua, pembaca yang budiman (ayat skema tatabahasa SPM), huahuahua !

*****

Destinasi seterusnya yang menjadi pilihan Sang kancil merupakan sebuah kotaraya metropolitan terbesar di Korea Selatan, dengan kepadatan penduduk melebihi sepuluh juta orang. Juga merupakan antara kotaraya termaju di rantau Asia. Tak lain tak bukan,,,

Soul of Asia................. SEOUL !

Berbelit lidah nak menyebut nye, sampai tersa'seoul', huhu.

Seoul City Skyline from SkyScrapercity.com

Orait, saya percaya dah ramai rakyat Malaysia yang sampai ke Seoul nih. Sejak 'Winter Sonata' mula ditayangkan di kaca televisyen, industri pelancongan di Korea Selatan berkembang dengan pesatnya sehingga Seoul menjadi satu destinasi pelancongan utama di Asia sekarang ni.

Sebelum tahun 2003, tak ramai yang tau pasal negara ni kan? Terutamanya kita ni, negara bekas jajahan Jepun. Komik, anime, drama, banyak dari jepun pun. Bila dah masuk sekolah, diajar pulak dengan "Dasar Pandang ke Timur" yakni, mencontohi budaya masyarakat Jepun yang rajin, tekun, berdisiplin, menepati waktu dan berdaya saing.

Drama Winter Sonata berjaya menembusi pasaran Asia yang rata-rata dikuasai oleh drama serta filem dari Jepun, China, Taiwan dan Hong Kong. Lepas tu, macam2 drama Korea memasuki pasaran tempatan. Pendek kata, chanel tv Malaysia tak pernah sunyi dengan K-drama. Keindahan panorama semulajadi yang dipaparkan melalui drama, filem dan music video memang meruntun jiwa untuk menjejakkan kaki ke bumi kimchi ini.


One drama that has significant impact on my life is 'Dae Jang geum' or more commercially known as 'Jewel In the Palace'. Other than being closedly related to my profession, the drama potrayed a strong orphan young woman who struggled to succeed in an era when women held little influence in the society.

Bermula sebagai seorang tukang masak biasa di dapur istana, ketekunan, kepintaran serta bakat semulajadi Jang Geum membawa kepada kemenangan dalam pelbagai pertandingan masakan. Di bawah bimbingan Puan Han, mereka berjaya memenangi pertandingan bagi merebut jawatan ketua tukang masak istana. Malangnya, hasad dengki serta komplot jahat bagi menjatuhkan mereka menyebabkan kedua-duanya difitnah serta dibuang negeri ke Pulau Jeju. Puan Han meninggal dunia dalam perjalanan ke Pulau Jeju.

Di Jeju, Jang Geum ditakdirkan bertemu dengan seorang doktor wanita, Jang Deok. Jang Geum sedar, tiada lagi ruang untuk beliau kembali ke istana sebagai seorang tukang masak. Dalam tempoh buangan tersebut, Jang Geum mula mempelajari ilmu perubatan dari Jang Deok. Beliau menyedari bahawa satu-satunya cara untuk kembali ke istana (bagi menuntut bela atas kematian ibunya serta membersihkan nama Puan Han yang telah difitnah) adalah dengan menjadi seorang doktor wanita.

Long story short, Jang Geum berjaya memasuki semula istana selepas beberapa tahun. Seterusnya beliau diberikan kepercayaan untuk merawat kerabat diraja dan akhirnya menjadi doktor wanita pertama yang dibenarkan merawat raja Jungjong, raja yang memerintah dinasti Joseon ketika itu. Jang Geum diberikan gelaran "Dae" yang membawa maksud "Great".

Jewel In the Palace mengetengahkan budaya tradisi masyarakat korea. Dari pakaian, masakan, peralatan dapur, senibina, tulisan, tatasusila serta perubatan tradisional, semuanya mempesonakan (giler over description !). Ketabahan Jang Geum dalam mengharungi hidup penuh getir memang sangat "inspiring". Sape yang tak pernah tengok lagi drama ni, sila tengok. Banyak pengajaran serta ilmu yang boleh dikutip dari drama 54 episode ni. TV Alhijrah siap 2 kali ulang tayang lagi.

Malangnya trip kali tak cover Dae Jang Geum Theme Park di Gyeonggi... maybe next trip, cover sekali Jeju Island, inshaAllah.


Kemudian muncul pulak fenomena KPOP lolipop pop pop pop yang menjadi kegilaan anak remaja sekarang. Dari hujung kepala sampai ke hujung kaki, kalau boleh semuanya nak tiru fesyen2 artis2 Korea yang katanya 'macam cantik macam comel' je tu.

Tapi sedarkah anda semua bahawa semua itu bukanlah realiti yang sebenarnya? Tahukah anda bahawasanya Seoul merupakan destinasi pilihan no 1 di dunia untuk menjalani pembedahan plastik? Jeng jeng jeng...

Dilaporkan, jumlah pelancong yang berkunjung ke Seoul bagi menjalani pembedahan plastik pada tahun ini meningkat 5 kali ganda dari tahun 2009 (sumber dari Kementerian Kesihatan Korea Selatan). Kehebatan teknologi pembedahan plastik di Korea Selatan sememangnya diperakui masyarakat dunia.

Baru-baru ni ade kluar newspaper, di China seorang suami menyaman isterinya kerana melahirkan anak-anak yang hodoh. Pecah tembelang akhirnya si isteri mengaku telah pun menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum perkenalan mereka. Si isteri diarahkan membayar RM370,000 sebagai ganti-rugi kepada si suami atas kesalahan menipu. Apakah.....?


Anyway, saya pilih Seoul sebagai destinasi seterusnya untuk dijelajahi kerana keunikan kotaraya tersebut yang masih mengekalkan tradisi dan budaya unik masyarakat Korea yang dipertahankan sejak beribu-biru tahun dahulu. Usaha bagi mengekalkan senibina asal zaman dinasti Joseon harus diberikan pujian.

*******

Tiket:

Booking tiket 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Lepas balik dari Sydney saya mula survey harga tiket. Tak lama lepas tu, Malaysia Airlines buka promo ke Seoul, terus grab ! Zul dengan Azuan join sekali.


Itinerary:

Day 1: KL-Seoul, check in hotel, Nami Island.

Day 2: Mount Sorak

Day 3: Everland Theme Park

Day 4: Shopping (Namdaemun/Dongdaemun/Myeongdong market), melawat istana (Geongbokgung/Deoksugung/Changdeokgung palaces)

Day 5: Seoul-KL

Kebanyakan pakej ke Seoul ikut itinerary yang ni. So kami ambil sebagai panduan. Ade beberapa lagi tempat yang saya nak pergi tapi tak termasuk dalam itinerary ni contohnya De-militarised Zone (sempadan Korea Utara-Selatan), Han RiverThe 63 Building dan Seoul Central Masjid. This time, we kept it flexible. Tak rigid sangat dengan plan asal. Kalau berkesempatan, kami cover tempat2 ni.

Currency:

Korean Selatan menggunakan matawang Korean Won (KRW)

1000 KRW = RM 3.10
320+ KRW = RM 1

Bawak duit ciput je gi Seoul. Harap2 cukup untuk perbelanjaan 5 hari 4 malam di sana, huuuuu.


Pengangkutan:

Public transport. Nak sewa kenderaan dekat Korea Selatan ni bukannya mudah. Kena ada lesen khas bagai. Baik guna public transport je. Sistem keretapi di Seoul ni diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Punctual and efficient. Tak payah pening2 nak drive.

Penginapan:

Itaewon, kawasan tertumpunya komuniti muslim di Korea Selatan. Semestinya, senang nak cari makanan halal. Kat Itaewon jugak terletaknya masjid pertama di Korea Selatan, Seoul Central Mosque.

Initially Azuan book satu guesthouse ni, tapi last minute tukar ke Hamilton Hotel. Since public transport merupakan mode of transportation untuk jelajah kali ni, seelok-nya menginap dekat dengan stesen keretapi/subway. Serius malas nak menapak jauh-jauh untuk ke subway station. Bazir masa. Hotel ni betul2 dekat Itaewon stesen, so mudah !

Kos penginapan 4 malam = RM 1485 = RM 371.25/malam = RM 123.75/seorang/malam



*******

Trip kali ni rasa macam clumsy sikit. Inadequate preparation, tak study betul2 pasal tempat nak cover (ataupun dah lupa sebab awal sangat book tiket, sampai tarikh penerbangan, dah lupa semua reseach yang dibuat sebelum tu).

Bulan 9 ni jugak la permohonan untuk berpindah tempat kerja akhirnya diterima. Dari bulan 4 hantar surat sana sini, merayu situ sinun. Alhamdullilah berjaya. Satu masalah..... cuti ! Baru start keje tempat baru dah nak mintak cuti. Banyak cantik !

Nasib baik la bos dengan member2 tempat kerja baru tak kesah. Hihihi, kamsahamnida ! Tapi borang untuk ke luar negara tak sempat hantar (yang ni kena hantar at least 6 minggu sebelum tarikh penerbangan). Penjawat awam berhemah katanye (skema sungguh !). Aaaah pedulikkan. Moga2 tiada kesulitan sepanjang pengembaraan ini, amin.

Hari yang dinantikan akhirnya tiba jugak. Habis kerja pukul 5, terus ke rumah abang di Dengkil. Final spot check takut tertinggal dokumen dan barang2 penting. Ape2 jajan yang dijumpai dalam almari saya sumbat dalam beg.


Satu masalah lagi, flight Azuan dari Sandakan delay. 2 kali delay plak tu. Dijangka tiba ti KLIA pukul 10.50 malam, apa kes? Flight ke Seoul bertolak pukul 11.30 malam, gate open pukul 10.30 malam. Sempatkah? Tawakal je lah. Semoga dijauhkan dari segala jenis drama untuk trip kali ni.


Sampai bosan melilau sekeliling KLIA tu menunggu si Azuan, sedar-sedar dah nak boarding. Huuuu, gelabah + risau. Dah le Azuan yang book hotel. Bermacam-macam kemungkinan bermain di fikiran. Kalau Azuan tak pergi, kami nak tidur mana? *pengsan !

Kalau ye pun flight dari Sandakan tu mendarat tepat jam 10.50 malam, ambik masa jugak nak berebut-rebut keluar dari kabin. Pastu kena berlari-lari pulak ke international departure. Kesian Azuan, kesian kami berdua jugak. Ouuu I hate drama (except Jewel In The Palace, hehe) !


Final call yo !!!!!

Sungguh la tak senang duduk dibuatnye. Tiba2 dah final call pun untuk boarding. Waaaa nangis ! Dah pukul 11 malam. Hampir semua penumpang dah masuk kabin. Call Azuan tak dapat, WhatsApp pun tak dibalas.

Tiba2 nampak kelibat seseorang berlari-lari anak dari kejauhan. Dari susuk tubuh nye nampak macam si Azuan. Sah memang die ! Alhamdulillah. Hampir semput pakcik dibuatnye nak. Penuh dengan debaran.

Punya la laju Azuan lari, nak on handphone pun tak sempat, terus berkejar ke international departure. Tu pasal la tak dapat call/WhatsApp. Ok jom masuk kabin.


Full house flight malam tu, penuh dengan ahjumma & ajusshi. Skrin video di belakang tempat duduk penumpang pun dah macam lain sikit. Lagi cantik. Siap ade USB port lagi. Hehe, boley charge handphone. Dan, boleh play apa2 video atau music dalam pendrive. So kalau tak berselera dengan pilihan filem/drama/mp3 yang tersedia, boleh save siap2 cerite ape korang nak tengok dalam pendrive.


Jom tengok ape menu malam ni. First up, tuna sandwich. Sangat healthy, padat dengan nutrient yang seimbang. Sedap ! Then, untuk menu seterusnya saya pilih nasi lemak sambal udang, datang sekali dengan jus, buah-buahan, salad dan confectionery. Tekak dah mengembang sebenarnye, dah ready nak telan kimchi, huahaha (kalau mampu telan).

Kenyang + penat = Pengsan***




Sedar-sedar je mentari dah menyinsing di ufuk timur (tiru ayat dalam komik Alam Perwira, Anak-Anak Wira dan sewaktu dengannya). Alhamdullilah tiada kesulitan sepanjang penerbangan. Cuma, susah sikit nak 'digest' makanan awal-awal pagi macam ni.

Okay, see you guys in my next entry. Untuk hari pertama di Seoul, kami akan ke Nami Island, lokasi penggambaran drama Winter Sonata. Kidaryo Juseyo (please wait !).

Till then, assalamualaikum ! Have a fulfilling day !


2 comments:

  1. Dear En Faizal,
    May i have you email address?
    or you can email me at zanariahmohdtap@yahoo.com
    Wanna ask you something. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's there below the pageviews section. thanks for dropping by my blog.

      Delete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...