Thursday, 12 September 2013

Gadek Hot Spring : Fresh and Refreshing !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Akhir2 ni agak sukar untuk saya update blog. Baru je bertukar tempat kerja awal minggu lepas. Semuanya masih baru dan janggal. Semoga Allah permudahkan segala urusan harian serta urusan pekerjaanku, amin.

Anyhow, percutian ke New Zealand masih tersangkut di hari kedua. Ada 6 hari lagi untuk di update. InshaAllah bila dah 'settle down' kat tempat baru ni, dah rasa selesa sikit, saya akan sambung balik kerja2 yang tertangguh (janji kosong, huahua !)

In the meantime, saya nak cerita sikit pasal spot baru sesuai untuk percutian keluarga di hujung minggu. Last weekend, saya ke negeri penuh bersejarah, Melaka. Salah seorang abang saya baru sahaja berpindah ke rumah baru di Alor Gajah, Melaka. So dia jemput lah kami seisi keluarga untuk melawat rumah tersebut. Kira macam housewarming party la ni, merangkap open house hari raya dan majlis kesyukuran.


Pernah dengar pasal Air Panas Gadek (Gadek Hot Spring)?. Ia terletak dalam kawasan Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek, kira-kira 30 km dari pusat bandaraya Melaka.

Tak susah untuk mencari Gadek hot spring ni sebab ia terletak di tepi jalan utama Alor Gajah - Tampin. Kalau dari KL ikut lebuhraya PLUS, exit melalui tol Simpang Ampat. Kawasan rekreasi ni terletak kira2 15 km sahaja dari tol tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai kawasan air panas ni, klik >>> GADEK.


Kawasan perumahan tersebut telah dibina di belakang pusat rekreasi ni. Jadi pada hari ahad yang lepas, saya telah berkesempatan untuk berkunjung ke kawasan kolam air panas ni.

Basically air panas kat sini lebih kurang sama jelah dengan kolam2 air panas kat tempat lain. Dari segi kesihatan, ia bagus untuk mengubati penyakit2 sendi dan otot serta merawat penyakit2 kulit. Ia juga mampu meningkatkan kadar metabolisma badan. Orait, jom tengok gambar !


Wap-wap air berkepuh-kepuh keluar...

Dari luar dah nampak berasap2 dah kolam ni. Untuk makluman semua, ia dibuka 24 jam setiap hari.

Bayaran masuk murah je, RM5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak2 (6-12 tahun). Bawah 6 tahun, free of charge.

Dengan hanya RM5, pengunjung boleh mandi sepuas-puasnya. Tiada had masa yang ditetapkan. Bila dah rasa 'overheated' tu sila lah keluar dari kawasan ni cepat2 sebelum dapat 'heat stroke', heheh.

Entrance fee



Sekadar peringatan, sila jaga kebersihan kawasan rekreasi. Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Jangan merokok di dalam kawasan kolam air panas kerana ia kawasan umum.

Di antara pengunjung ni, ada warga emas, ada anak-anak kecil. Sila hormati mereka. Mari lah sama-sama kita menjaga kesihatan (amanah Tuhan) sekaligus memelihara industri pelancongan negara. Nak merokok pegi belakang jamban.!

Bersih! Salute!


Kawasan berpagar ni sebenarnya merupakan punca air panas. So tak boleh mandi kat sini, cuma boleh meraya-rayau sekelilingnya. Cukup sekadar satu pusingan, badan dah lenjun berpeluh sebab kepanasan wap-wap air tu. Fuhhh !


Ada banyak kolam kat sini. Setiap kolam mempunyai tahap kepanasan yang berbeza-beza. Tetapi secara purata suhu air kat sini sekitar 56 darjah selsius.

Kolam berbentuk oktagon kat bawah ni boleh tahan jugak panasnya. Tapi air yang paling panas sekali kat dalam kolam bentuk segi empat yang bersebelahan dengan kolam bentuk oktagon tu. Memang 'menyengat' kulit sungguh.

Tapi ade sorang pakcik ni selamba je berendam badak dalam kolam tu. Siap bawak gayung sekali.

Paling panasssss!

 Selain kolam air panas, kat sini juga ada disediakan pakej sauna untuk keluarga serta perkhidmatan kerusi urut, semuanya berbayar, haha. 

Ok, tu je untuk perkongsian kali ini. A very short entry, sekadar melepaskan gian untuk ber blogging. 

InshaAllah saya akan cuba update percutian di New Zealand hari ke-3 sampai ke-8 secepat yang mungkin. Till we meet again, bye & assalamualaikum!

1 comment:

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...