Monday, 26 January 2015

Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong (25 Jan 2015)



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Sejak musim tengkujuh melanda negara penghujung tahun lepas, semua aktitiviti luar terpaksa ditunda. Lepas Petzl Night Marathon di Putrajaya pada 6 Disember 2014, badan dah berhenti berpeluh. Nak berjogging pon tak dapat.

Alhamdulillah kebelakangan ni cuaca bertambah baik dan harapan nak berpeluh kembali cerah. Terus roger geng kaki jalan dan geng hikers nak plan sesuatu supaya kelenjar-kelenjar peluh dapat diaktifkan kembali. Turned out, Fuad, Azila dan Atfina free jugak untuk join sekali berpeluh, hihihi.

Asalnya nak hike Bukit Tabur tapi memandangkan ia memerlukan permit dan none of us berkesempatan untuk pergi dapatkan permit tersebut, cancelled. Hari jumaat 2 hari sebelum tarikh mendaki, sambil google tempat2 best untuk outdoor aktiviti, terjumpa video GoPro sorang mamat ni kat youtube. Die pergi Blue Lagoon yang khabarnya terletak dalam Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong Selangor. Fuuyyyooo memang cantik waterfall die siap ade lagoon yang best untuk kuak lentang dan renang kupu-kupu. Crystal-celar water. Cuma satu je - tempat ni dibawah perlindungan jabatan Perhutanan Selangor dan Universiti Putra Malaysia. Orang ramai dilarang menceroboh.

Tapi bila baca blog-blog orang lain, ramai je orang datang hiking kat sini. Setiap hujung minggu pun penduduk tempatan naik turun bukit dalam hutan simpan ni. Siap bawak anak-anak kecil lagi. Mungkin pihak berkuasa dah tak larat nak warning kot so tutup sebelah mata. Tapi Blue Lagoon tu memang dijaga oleh renger-renger bertugas. Ada yang bertuah dapat mandi-manda kat Blue Lagoon ni. Yang tak bernasib baik dibawa ke balai polis. Aiseh. How? Nak berpeluh pon ade risiko masuk lokap ka? Confuse.

In the end, kami redah je ikut suka hati. Kalau jumpa Blue Lagoon, alhamdulillah. Kalau tak jumpa pun at least dapat kesihatan kan? Pada hari kejadian, gigih si Atfina bangun awal pagi bertolak dari Temerloh ke Cheras nak ambil saya dan Fuad. Hutan Simpan Ayer Hitam terletak di Taman Wawasan Puchong. Kalau tak tahu, buka GPS dan search Jalan wawasan 5/1, terus sampai ke starting point untuk hiking. Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi. Azila sampai awal lagi, siap ronda-ronda cari kedai makan tapaw kan kami nasi lemak. Nak berkelah tepi air terjun katanye, hehehe. Tak perlu nak madah berhelah, jom kita masuk hutan yok !


Pendakian bermula. 

Kawasan perumahan dibawah bukit Ayer Hitam.

Langit cerah bersinar. Syukur.

Atuk, nenek, mak, ayah dan anak-anak semua masuk hutan. Memang keluarga contoh.



Track untuk hiking agak proper la. Siap ade marking di sepanjang jalan. Cuma kat sesetengah bahagian tu trek berpecah  2 so pilih la jalan mana yang berkenan di hati. Dalam perjalanan berkenalan dengan sorang mamat ni dari Shah Alam, datang hike sorang2. Safwan namanye (kalau betul ejaannya). Dia dah naik bukit ni 2 bulan lepas tapi sebab nak hujan masa tu, tak sampai ke Blue Lagoon.

Memandangkan Safwan ni dah pernah masuk hutan ni (kira macam ade experience la tu kan), kami tumpang sekaki nak join, hehehe. Dapat free tour guide, kikiki. Tak lama lepas tu kami jumpa sign board ni !


Safwan si jejaka berbaju maroon.


Protected place dengan gambar orang pegang senapang nak tembak. Biar betul Malaysia nih. Masuk hutan pun nak ditembak? Kami pun redah je halangan tu nak tengok apa yang ade kat situ sampai begitu keras sekali amarannya. Nasib la si Safwan ni layan je otak kami yang kurang kematangan ni. Jom sambung jalan lagi.


Jalan rahsia yang ditutup.

Spesies cendawan yang dah kering.

Lagi spesies cendawan liar.

Fourwheel track.


Tak lama kemudian kami tembus ke jalan yang agak besar, macam track untuk fourwheel. Kami pilih sebelah kiri dan kemudian belok ke kanan dan jumpa sebatang sungai yang cetek. Adakah kami semakin hampir dengan Blue Lagoon? 

Kemudian kami nampak satu laluan di seberang sungai, track menaiki bukit. Kami rentas sungai dan mula mendaki bukit tu. Kira gamble habis la ni. Try and error je. Safwan kata die dah lalu kawasan ni 2 bulan lepas tapi ingat2 lupa. Turned out, laluan ni salah, stop at 1 point, jalan mati. 

So kami decide nak menyusur di tepi sungai je menuju ke hulu sungai. untung2 sampai ke Blue Lagoon. Mula-mula jumpa air terjun kecik je. Sempat snap 2-3 keping gambar. mara ke depan sekali lagi, Fuad nampak ade khemah dan suara orang. Uishh ! takkan renger kot. Pelan-pelan kami patah balik ke belakang.

Kemudian kami masuk pulak ke dalam satu cabang sungai ni, pun tak kemana-mana. Kemudian ke hilir sungai pulak, still tak kemana-mana. Sedar-sedar je by this time dah 2 jam kami dalam hutan. Mula-mula tu ingat nak patah balik je. Tapi bila sampai kat laluan fourwheel tadi, kami decide nak terus je ke arah hulu sungai mengikut laluan fourwheel tu. Bermakna kami decide nak menghala ke arah kawasan khemah tadi. Tawakal je la kalau terserempak renger.


Sungai cetek dan jernih.

Air terjun kecil yang kami jumpa. 

Damainya sungai dan hutan ni.

Kawasan sungai yang direntas untuk ke seberang.



Bila sampai ke kawasan khemah tu kami tunjuk dan intai senyap-senyap. Kelihatan 3 orang budak sedang mandi-manda. Dari morphology nya, kelihatan macam anak-anak orang asal (dulu nya dikenali sebagai orang asli). Fuhhh ! Lega giler bukan renger. Kami sepakat nak turun ke sungai bertanya arah. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Kami dah sesat pun nak malu apa. Malangnya kanak-kanak ni tak faham sebutir apa kami cakap. Aiseh !

Nak tak nak, kami teruskan jugak perjalanan yang tak berpenghujung ni. Sepanjang perjalanan nampak macam-macam penanda di tepi-tepi jalan. Ada jugak penanda jarak; 2300m, 3400m, 3700m, 4000m.

Jumpa sungai, jumpa titian, turun naik bukit, Blue Lagoon yang dicari masih tak kelihatan. Moral dah down masa ni. Di satu kawasan tu kami nampak air terjun nun dibawah bukit, di celah-celah pohon. Agak deras jugak airnya. Kemudian nampak satu lagi khemah tapi tak berpenghuni. Bimbang jugak kalau ni memang laluan renger.

Jalan dan terus berjalan.


Safwan pi tanya kat budak-budak OA tu.

Salah satu penanda trek.

Adakah ini tarantula? Rasa macam dalam Amazon pon ade. Seram sejuk.

Titian perjalanan. Teringat zaman-zaman jungle tracking time sekolah dulu.

Azila dengan muka penuh kekecewaan.



Sampai lah ke satu anak sungai ni, tetiba ada 2 orang uncle chinese baru turun bukit. Giler lega masa ni. Rupanya jalan kami ikut ni pun sebenarnya menghala ke Jalan wawasan. Diorang datang dari arah sana tadi. Macam pelik jugak. Kami ingat ni laluan haram. Rupanya uncle tu cakap memang banyak trek dalam hutan ni siap dengan penanda. Ikut la mana satu trek kita nak ikut. Diorang ni dah banyak kali masuk dalam hutan simpan Ayer Hitam ni.

Kami tanya mana Blue Lagoon, die cakap kami dah jalan arah bertentangan. Sepatutnya masa sampai lauan fourwheel tadi, kami ke kanan dan terus je sampai jumpa Blue Lagoon. Die tanya kenapa nak pergi sana. Kawasan tu dikawal oleh renger. Kami buat muka tak pedulik dah minta petunjuk untuk ke sana. Gigih patah balik ke belakang demi Blue Lagoon.


Daun terup pon dijadikan penanda di kiri kanan jalan supaya tak sesat.

Air terjun dibawah bukit.

Kawasan khemah tak berpenghuni.



Tiba-tiba ternampak 3 ekor anjing sebesar anjing eskimo setinggi pinggang sedang menyalak-nyalak berlari di hujung jalan sana. Pergghhh. Cuak tahap gaban. Tu anjing liar ke anjing renger tu? Anjing pun takut, renger pun takut jugak. Bertempiaran lari menyorok dalam semak sambil masing-masing mencari kayu hutan untuk dijadikan senjata. Bimbang anjing tu dapat hidu kehadiran kami dan kantoi dengan renger. Masing-masing senyap macam tikus.

Lama kami menyorok, tak dengar pulak suara anjing-anjing tu. Mungkin dah menyimpang ke semak lain kot. Kami keluar perlahan-lahan, check line clear ke tak dulu then decide nak patah balik ke belakang dan balik terus ikut jalan yang kami jumpa uncle 2 orang tadi. Banyak sangat halangan ni nampak sangat kami tak patut berkeras untuk ke Blue Lagoon lagi. Ada lah tu sesuatu yang tak baik untuk kami di sana.

Bergerak lah kami pulang dalam keadaan terkilan dan kecewa. Dah hampir pukul 12 tengahari masa ni. Bila sampai di kawasan bukit berhampiran khemah tak berpenghuni tadi, kami stop. Masing-masing muka mengharap je. Kalau tak dapat Blue Lagoon pun, at least dapat la mandi sungai barang seminit dua ye dak?

Kami turun bukit tu. Gamble lagi sekali. Kalau ade renger kat bawah nasib je la. Dan ini yang kami jumpa kat bawah bukit tu....






Ho ho ho ho ho......

Berbunga-bunga perasaan tengok air terjun 2 tingkat dengan air yang jernih crystal-clear tu. Jakun sekejap. Hati bersorak keriangan. Kawasan ni macam camping site yang proper, siap ade saki-baki ubi kayu bakar lagi. Untung la jumpa tempat ni, boleh rehat-rehat dan mandi-manda. Syukur tak terhingga.

Dek karena tertalu eksited, letak je beg terus terjun. Air tak dalam pon, paras dada je. Memang masyuk tak hengat dunia. Hilang segala penat lelah dan kekecewaan. Who cares about Blue Lagoon now? Lol, kerek pulak !

Layan...






Tak lama lepas tu, muncul 2 orang lelaki cina menuruni bukit dari sebelah kanan sungai. Ayyak, berapa banyak trek da dalam hutan ni? Rupanya ni tempat lepak diorang. Diorang selalu datang sini setiap hujung minggu lepak-lepak minum teh, borak-borak. Air terjun ni diorang yang jumpa katanye lah. Dulu kotor. Kemudian diorang bersihkan kawasan air terjun ni, susun batu elok-elok sampai jadi kolam kecik tu. Kemah pun diorang yang pasang untuk rehat-rehat. Ubi kayu pun diorang bawak lagi untuk bakar.

Rasa macam menceroboh pulak. Nasib baik diorang tak kesah kami buat onar kat kawasan ni. Siap offer minum kopi panas lagi.

Kami tanya jugak diorang pasal Blue Lagoon. Diorang cakap tak payah pergi la. Kawan diorang kantoi dengan renger, kena bawak pergi balai polis, masuk lokap 4 jam. Dilepaskan dengan amaran keras. Kecut perut dengar.

Tak lama lepas tu muncul lagi 2 orang lelaki cina dari arah yang sama. Diorang ni pun dari Jalan Wawasan jugak. First time jugak datang sini. Terus join sekaki minum kopi. Kami borak sekejap je, makan nasi lemak then turun balik buat onar.

Berikutnya ni koleksi gambar-gambar GoPro Azila yang kalis air tuh. Jeles pulak kamera kite tak boleh bawak masuk dalam air, huuuuu. Layan gambar jom. Tak mampu nak describe betapa awesome nye air terjun mini ni. Mula-mula group shot, lepas tu solo shot pulak. Gitew sekali galak nye berselfie. Layanz !

















Sedar-sedar dah jam 2 petang. Masing-masing dah puas hati berkuak lentang. Siap underwater photoshoot lagi tapi gambar tak clear sebab kami dah kocakkan air dan pasir-pasir dah mengeruhkan air yang tadi nya jernih.

Kami cepat-cepat kemas dan bergerak pulang. Solat zohor dulu bimbang lambat sampai ke starting point tadi. Diorang ni cakap ada dalam sejam lagi sebelum sampai balik ke Jalan wawasan tadi. Tu ikut speed diorang. Speed kami darab 2 la kot. Ke tiga?.

Dalam perjalanan tu jumpa lagi 2-3 orang yang baru nak masuk ke hutan. Berani sungguh jalan sorang-sorang dalam hutan. Ade sorang uncle tu siap pakai attire maraton lagi. Bukan berjalan macam kami tapi berjogging naik turun bukit. Wa respek sama lu apek !

Jumpa sorang lagi uncle, die cakap baru-baru ni ade sekumpulan student sesat jalan dari pagi sampai pukul 5 petang tak jumpa jalan keluar. Nasib baik diorang tu jumpa uncle ni dengan kawan-kawan die. Selamat.


 Welcome back to civilisation.

 Muka gembira dah nampak kenderaan dan bangunan.



Rupanya jalan yang kami keluar ni bersebelahan je dengan starting point tadi. Cuma jalan ni dalam hutan so mungkin orang tak perasan sangat. Kami sampai semula ke starting point ni dalam pukul 3.30 petang. Layan air kelapa sejuk dulu sebelum bergerak pulang.

Alhamdulillah selesai aktiviti hujung minggu ni dengan jayanya. Macam tu lah lumrah hidup. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Teringat firman Allah dalam surah Al-Barqarah ayat 216 yang bermaksud:

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".

Siapa tahu kalau kami berkeras untuk ke Blue Lagoon tadi memang kami terkantoi menceroboh dan dibawa ke balai? Mungkin bagi sesetengah orang masuk lokap sekejap sebab nakal tu satu pengalaman hidup. Tapi bagi sebahagian dari kami yang sedang berusaha untuk sambung belajar ni, kami kena pastikan rekod bersih tanpa cacat cela terutamanya oleh kes-kes macam ni.

Puas hati dan bersyukur. Ada berkira-kira nak buat second visit ke sini untuk cari jugak Blue Lagoon. tapi bila dah jumpa air terjun ni, rasanya tak perlu dah kot. Ni pun dah cukup awesome. Okay guys. Saya mengundurkan diri dulu. Jumpa lagi dalam entri berikutnya.

Thanks Fuad, Atfina dan Azila sebab sudi teman. Terima kasih Safwan sebab sudi layan perangai budak-budak kami. Special thanks to Azila sebab sudi kongsikan gambar-gambar GoPro yang awesome tu. Sibuk snap gambar orang sampai gambar solo die pon takde. So gambar last ni didedikasikan untuk Azila lah ye. Naik la saham ko Azila, kikiki.

Till we meet again, Assalamualaikum.


Ala-ala Amy Mastura Meniti hari tak? hehe.



Thursday, 15 January 2015

Japan Shinkansen Trip - Misi Menculik Geisha : Day 4 Part 1 (April 5, 2014)


Assalamualaikum & konnichiwa !

Jom sambung cerita di Jepun !...... (yang dah basi......uhuk !)

Malam tadi lepas check in, mandi dan solat, kami buat party Brahim's dekat living room hotel. Dek kerana tak sanggup lagi nak memikul bebanan nasi dan sambal ikan bilis Brahim's yang berat, kami cuba habiskan stok makanan malam tadi jugak.

Tidur dalam dengkuran kekenyangan...




Sakura oh sakura !. Makin ditenung makin terkesima. Hebatnya Allah dan ciptaan-Nya. Bagaimana agaknya taman-taman syurga ye? Hmmmm.

Kami bangun awal pagi sebab itinerary hari ni sangat padat. Kyoto sememangnya destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dijelajahi. Oleh sebab tu, entri hari ke-4 terpaksa dibahagi kepada 2 bahagian. Kalau tak, berpinar bijik mata korang nanti.

Kami keluar awal untuk ke Kiyomizudera, sebuah kuil buddha yang terletak berhampiran dengan Santiago Gouesthouse.

Sebelum tu, kami singgah sebentar di sebuah kuil yang terletak betul-betul bertentangan dengan Santiago Guesthouse. Nama dan latar belakang sejarah kuil ni kami tak tahu. Masuk je sebab banyak pohon-pohon sakura yang rendang.









Sejuk ya hamat pagi tu. Suhu malam tadi turun sampai 3-4 darjah selsius. Makan pun belum lagi. Kami bercadang nak ke Kiyomizudera dulu then baru balik hotel untuk breakfast. Cuma masalahnya, temple ni nun di atas puncak bukit.

Kalau ikut speed orang Malaysia, dalam 15 minit jugak la nak mendaki sampai ke atas bukit tu. Basah lenjun ketiak. Nasib baik time musim sejuk. Kalau musim panas agaknya pakat pakai singlet ramai-ramai yek.

Kawasan lereng bukit menuju ke Kiyomizudera ni namanya Higashiyama distict.


Higashiyama district : lengang sebelum kedai-kedai memulakan operasi


Higashiyama district merupakan salah sebuah kawasan di Kyoto yang masih mengekalkan sentimen tradisi kuno Jepun. Kalau rasa nak fefeeling berada di zaman Edo atau pun Meiji, nak jumpa Kenshin Himura Battousai, boleh la berkunjung ke sini.

Kedai, cafe dan restoren di sepanjang district ni sudah pun wujud sejak berkurun lamanya dan masih mengekalkan ciri-ciri binaan klasik Jepun yang menggunakan kayu. Masa ni awal pagi lagi so kedai belum bukak. Selalu nya kedai dan restoren akan mula beroperasi seawal jam 9 pagi dan tutup selewat-lewatnya pukul 6 petang kecuali semasa festival Hanatoro.

Festival Hanatoro disambut pada bulan Mac setiap tahun. Tanglung dan lampu akan dinyalakan di sepanjang jalan di Higashiyama district sampai lah ke Kiyomizudera, selama 10 hari, dari awal petang hingga ke pagi. Tahun ni (2015), Hanatoro akan berlansung dari 6 hingga 15 Mac. So sesiapa yang plan nak ke Kyoto masa tu sila terjah festival Hanatoro ni bagi pihak Sang Kancil ye.

Dah sampai temple dah. Jom Masuk !




Nio-Mon (Gate of the Deva Kings)

Nio-Mon gate dari arah dalam temple.


Sedikit mengenai Kiyomizudera:-

Kiyomizu-dera dibina pada tahun 778 berhampiran dengan sebuah air terjun yang dikenali sebagai Otowa waterfall. Kiyomizu sendiri bermakna ' air suci' atau 'air jernih', which refers to the state of Otowa waterfall.

Ia merupakan sebuah kuil buddha dan telah diwarta kan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 1994.

Kiyomizu temple juga merupakan salah satu dari 21 finalists 'New Seven Wonders of the World' tetapi tidak tersenarai dalam tujuh wonders tersebut akhirnya.

Kesemua struktur bangunan dalam kompleks ini dibina dari kayu tanpa menggunakan sebiji paku pun. Bayangkan selepas berkurun-kurun, kompleks ini masih teguh berdiri. Dahsyat kan? 

Kiyomizu stage atau verandah di Main Hall (salah satu struktur terpenting dalam kompleks ni) berketinggian 13 meter dari paras tanah dan merupakan look out point yang best untuk menyaksikan pemandangan kotaraya Kyoto dari atas.

Jom study map ni dulu untuk lebih memahami susun atur kompleks ni.


1. Zenkoji-do hall 2. Umatodome horse stable 3. Deva gate 4. Bell tower 5. Zuigu-do hall 6. West gate 7. Three-storied pagoda 8. Kaizan-do hall 9. Kiyomizu Stage 10. Main hall (Hondo) 11. Gautama Buddha hall 12. Amitabha hall 13. Okuno-in hall 14. Otowa Waterfall 15. Jojuin 16. Thousand stone Buddhist images


Main hall atau Hondo merupakan struktur terpenting dalam kompleks ni. Disitu lah juga terletaknya Kiyomizu stage. Pada zaman Edo, sesiapa yang berjaya melompat dari Kiyomizu stage ke bawah dengan selamat dipercayai akan dimakbulkan setiap permintaannya.

Selain dapat melihat pemandangan kotaraya Kyoto, pengunjung dapat meninjau keadaan sekitar kompleks yang dihiasi pokok-pokok dan bunga-bungaan yang menjadikan kompleks ini seperti sebuah taman botani dengan lanskap yang kemas dan menarik.

Waktu terbaik untuk melawat Kiyomizudera kompleks  pada hemat saya adalah semasa musim bunga ataupun musim luruh. Baru boleh appreciate kecantikan lanskap tamannya.








Pemandangan bandaraya Kyoto dari Kiyomizu stage (Main Hall)

Koyasu Pagoda disebalik bukit.

Mentera & jampi serapah.

Hondo atau Main Hall dari Oku No In (Innermost temple). Nampak Kiyomizu stage?

Koyasu pagoda #1


Koyasu pagoda #2

Hmmmmm.... apakah makna nya perlakuan ini?


Dalam masa beberapa tahun ni, pihak kerajaan sedang menjalankan massive renovation. Banyak bahagian bangunan yang kami tak dapat masuk sebab sedang diselenggarakan. Dan proses ni dijangka akan berterusan untuk beberapa tahun lagi. Main hall pun suatu hari nanti akan di renovate jugak. Proses yang berpanjangan ni dijangka akan memberi impak kepada industri pelancongan di Kyoto.

Tapi takpe ! Jangan risau sebab banyak lagi tempat-tempat menarik di Kyoto ni untuk dijelajahi. Jangan batalkan hasrat anda untuk ke Kyoto.

Otowa Waterfall dialirkan kepada 3 bahagian, setiap satu mewakili panjang umur, cemerlang dalam pelajaran dan pasangan yang kekal bahagia. Boleh minum dari mana-mana aliran tapi kalau minum dari ketiga-tiga aliran pengunjung dianggap tamak.


Otowa waterfall with 3 streams : Minum dengan senduk yang disediakan tu.

Kalau banyak tangga macam ni kat Malaysia, selesai masalah obesiti. Untuk pengetahuan semua, Malaysia di tangga teratas dalam masalah obesiti di rantau Asia Tenggara. Thor-baek !










Kiyomizu Temple dibuka setiap hari dari jam 6 pagi sehingga 6 petang, admission fee hanya 300 yen. Dah penat menjelajah kawasan, kami pulang ke hotel untuk breakfast. Sebelum tu sempat singgah shopping di Higashiyama district.

Harga sourvenir dan baju kat sini agak berpatutan. Seronok tawar-menawar sampai terlupa yang sebenarnya kami dah terlewat. Program hari ni agak pack sebab banyak tempat nak cover.

Selain sourvenir dan t-shirt, kat sini jugak ade jual yukata, teh herba, jeruk, manisan, pottery dan macam-macam lagi. Hari tu tak dapat shopping sangat kat Asakusa sebab hujan lebat dan kami tergesa-gesa untuk ke Ibaraki.

Bukan la shopping apa pun sangat. Cuma seronok sebab ambience dia macam kembali ke zaman lampau Jepun.

Anyway, since my interest is culture, foreign language and heritage, this place is heaven !. Pada orang lain mungkin just another shopping street.


A humble breakfast.

Kyoto station, JR Nara line.


Destinasi seterusnya adalah Fushimi Inari Shrine. Masih ingat lagi scene dalam filem Memoir of the Geisha dimana budak perempuan comel nama Chiyo tu berlari dalam deretan pintu gerbang berwarna oren? Itulah Fushimi Inari Shrine.

Dari Santiago Guesthouse, kami naik bas ke Kyoto station. Kemudian naik local train JR Nara line (covered by our JR pass), turun di Inari station (2 stesen). Keluar je dari Inari station terus nampak Tori gate ni...


Torii gate gergasi.... dah sampai Fushimi Inari Shrine dah !

Kiri :Team Amazing Race dari Tanah Melayu.
Kanan atas : Patung Musang - musang dianggap suci dalam agama Shinto.

Lagi satu Torii gate gergasi di depan Romon Gate

Romon Gate @ Tower Gate


Sedikit mengenai Fushimi Inari Shrine:-

Ia merupakan shrine paling penting dalam agama Shinto, dipercayai dibina bermula pada tahun 711. Ia dibina di kaki gunung Inari yang berketinggian 233 meter dari paras laut.

Inari merupakan 'god of rice' dalam kepercayaan agama Shinto dan dipercayai boleh mengurniakan kekayaan. Musang dianggap suci kerana ia merupakan 'messenger' diantara Inari dan penganut agama Shinto. 

Terdapat banyak patung-patung musang di sekitar shrine ini dan pada sesetengah patung tersebut terdapat kunci di dalam mulutnya, kerana musang merupakan penjaga rumah simpanan beras.

Feature paling striking dalam kawasan shrine yang sangat luas ni adalah deretan Torii gate oren yang disusun indah menaiki gunung Inari sehingga ke puncaknya.

Orait, dah ready nak daki gunung Inari?

Jejomz !


Lagi Torii gate.

Permulaan deretan Torii gate.

Senbon Torii (Thousands of torii gates)


Beribu-ribu Torii gate disusun menuju puncak gunung, menembusi kawasan hutan. Jalan dalam 5 minit dari Torii gate awal tadi, kita akan jumpa Senbon Torii, iaitu permulaan hiking trail yang terbahagi dua. Pilih je mana-mana satu gate sebab nanti Torii gate ni akan bercantum jadi satu track balik.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, setiap satu Torii gate ini merupakan donation dari individu ataupun syarikat. Di belakang setiap gate akan tertulis nama penderma dan tarikh di dermakan. Setiap Torii gate berbeza harganya mengikut saiz. Torii gate paling kecil beharga dalam 400,000 yen dan yang mahal boleh mencecah sehingga 1 juta yen.

Apa kata layan gambar je. Tak mampu nak express betapa awesome nye Torii gate nih. Layanz !


Torii gate : bahagian hadapan.

Torii gate : bahagian belakang (nama penderma dan tarikh didermakan)

Into the woods : Follow me !

Nampak tu Shafik, gigih berlari sambil selfie bermonopod. Lari sebab area ni kosong. Nak conquer dulu, bergambar berposing puas-puas sebelum orang lain sampai.

Bahagian Torii gate yang agak luntur warnanya.

Makin hampir ke puncak makin kurang jumlah pelancong.

Tori gate ni tak bersambung berterusan sampai atas. Masih ada kawasan yang kosong kalau berminat nak donate.

Kuil dicelah-celah gunung. 

Lengang.

Nama-nama penderma.

Deretan tori gate (pandangan dari atas).
Patung musang dikiri kanan Torii gate.






Sebab ramai sangat orang masa ni, kami semua dah berpecah. Fuad, KZ dan saya dah terpisah dengan yang lain. Nak buat apa? Teruskan berjalan. Akhirnya sampai jugak ke bahagian atas gunung untuk menyaksikan keindahan kotaraya Kyoto.


Bandar Kyoto dari puncak.

Fuad di depan Torii gate yang tersaaaangaaaat tinggi.

Sebenarnya kami dan terkeluar dari hiking trail ni. Ntah jalan mana kami ikut, redah hutan bagai. Sesat.







Budak-budak comel yang gigih mendaki gunung.


Alhamdulillah selamat sampai semula ke kaki gunung. Sementara nak tunggu yang lain sampai, kami ronda-ronda kawasan dulu. Kat sini ada banyak kedai-kedai yang jual sourvenir comel-comel. Yang teringin nak pakai kimono pon ade dijual disini.

Berjanggut jugak nak menunggu yang lain sampai. Paling last sampai si ninja Fateha dan Nad. Mana tak nya, sebelum naik tadi diorang dah shopping sakan memilih kimono. Gigih mendaki gunung Inari pakai kimono. Ko mampu?

Tapi lepas tu sesat dalam hutan, haha. Nasib baik jumpa sekumpulan pakcik makcik Jepun yang hiking kat gunung. Diorang tu yang tunjuk jalan pulang kat gadis-gadis ninja berdua tu ha. Kalau sesat macam mana? Silap haribulan kena jual jadi Geisha, hah !










Orait ! Itu sahaja untuk entri kali ni. Short & tak berapa nak sweet, huhu. Bahagian kedua hari ke-4 akan menyusul kemudian InshaAllah. Ada lagi satu attraction yang WAJIB kena pergi kalau jejakkan kaki ke Kyoto. Dan tempat ni merupakan cover page untuk buku Lonely Planet Japan.

Cepat google sekarang apa nama tempat tu. Saya mengundurkan diri dulu ye. Thanks for keep coming to my blog. See you guys in my next entry.

Till then, Assalamualaikum !





Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...