Sunday, 11 October 2015

Menjejaki Laluan Sutera ; From Xi'an to Beijing - Day 4 (9 Nov 2014)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera !


Xiangshan Park (Fragrant Hills) mula dibina pada tahun 1186 semasa pemerintahan dinasti Jin dan telah diperluaskan semasa dinasti Yuan dan Ming. Ia terletak di daerah Haidian, kira-kira 28 kilometer dari kota Beijing diarah barat laut. Ia telah disenaraikan sebagai salah satu dari sepuluh taman paling popular di Beijing.

Hari ni kami bertolak lebih awal. Pukul 6.30 pagi dah merangkak ke Zhangzizonglu station meredah kedinginan pagi. Malangnya KZ tak dapat join. Deman dan resdung melanda. Kesian dia terpaksa rehat kat bilik hotel je. Bab2 kesihatan ni bukan kita boleh jangka kan. Teringat masa kena serangan gastrik yang teruk kat Agra dulu. Separuh hari terbaring atas katil tahan sakit.

Dari Zhangzizonglu, naik subway line 5 kearah Tiantongyuan North dan turun di Yonghegong Lama Temple (2 stops). Kemudian tukar line 2 kearah Xizhimen dan berhenti di stesen Xizhimen (4 stops). kemudian ambil line 4 kearah Anheqiao North dan turun di Stesen Beigongmen. Keluar dari Exit A, dan anda akan nampak parking lot untuk bas di sebelah kanan.

Untuk ke Xiangshan Park, kena naik bas no 331 atau 696 dan turun di Xiangshan station. Bas kena naik dekat perhentian bas, bukan dekat parking lot tu ye. Kami tanya sorang pakcik guard/polis trafik (tak boleh nak bezakan based on uniform)  kat mana nak tunggu bas. Berdiri sepanjang perjalanan sebab bas penuh dengan penumpang. Sekejap je, dalam 25-30 minit macam tu.




Dari Xiangshan bas stesen, just follow the crowd untuk sampai ke kaunter tiket. Sepanjang jalan dipenuhi dengan gerai2 makanan. Kami cuba satay telur puyuh. Nampak menarik. Rasa plain je macam telur kosong. Terisi jugak perut ni sebelum gastrik datang menyerang.

Tapi tengok dari keadaan sekeliling, pokok2 macam dah gugur semua. Kawasan tanah tinggi biasanya terlebih dahulu bertukar warna berbanding kawasan tanah rata. Since Beijing tengah peak autumn, Xiangshan Park ni most probably dah di penghujung musim luruh.

Tiket masuk ke Fragrant Hills berharga CNY10/pax. Ramai jugak manusia dah beratur masa ni. Ia dibuka seawal jam 6 pagi sehingga pukul 6.30 petang dari 1 september sehingga 15 November. Lain musim lain waktu operasinya ya.




Kami pilih untuk naik cable car untuk ke puncak bukit. Harga CNY60/pax single trip. Malas pulak nak mendaki anak tangga. Ada 2 route, di sebelah utara, dan disebelah selatan. Setiap route menyajikan pemandangan yang berbeza. Kami skip kedua-dua route dan terus ke puncak, hihi.

Pekerja2 cable car kena belajar pendidikan moral. Tanpa sepatah instruction, terus tolak kami ke dalam cable car bila sampai. Terus terduduk. Ok we got it cable car tu laju jugak, tak berhenti lama kat bawah tu sebelum terus naik ke atas. Tapi at least kasik instruction sikit, atau warning ke supaya bersiap sedia.

Cable car ni jenis yang terbuka, bukan tertutup macam kat Langkawi tu. Make sure kaki pijak handle kat depan tu untuk keselamatan. Kalau tak pijak, nanti terangkat ke atas dan korang akan gugur ke bawah bukit.

Kelihatannya pohon2 smoke tree di lereng bukit hampir kesemuanya dah gugur. Wrong timing. Masa terbaik untuk tengok daun2 merah garang tu sebenarnya dari pertengahan sehingga ke penghujung bulan Oktober. Tapi kalau pergi masa tu, daun2 di Beijing dan Xi'an masih lagi menghijau. Daun gingko pun belum tukar warna kuning lagi. So pilih mana satu korang nak. Unless ada sebulan untuk explore negara ni.

Ada la sikit2 lagi smoke trees yang belum togel lagi. ok lah !




Nama 'Fragrant Hills' berasal dari puncak tertinggi di Xiangshan park iaitu Xianglu Feng (Incense Burner Peak) yang berketinggian 577 meter. Ada 2 batu besar kat puncak ni yang menyerupai incence burner. Apa dah incence dalam bahasa. Setanggi kot. Yang bila bakar tu akan menghasilkan haruman. Ke kemenyan? Entah !

Ada 4 jenis tumbuhan utama yang tumbuh melata di Fragrant Hills yang berkeluasan 395 ekar ini iaitu pine, maple, smoke & pessimon trees. Bila peak autumn season, keseluruhan bukit bertukar merah, jingga dan kuning. Upacara pembukaan Beijing Red Leaf Festival biasanya akan dilansungkan di Xiangshan park setiap tahun.

Dari puncak, kami turun perlahan-lahan ke kaki bukit sambil menikmati pemandangan pohon2 yang dah pun hampir gugur keseluruhannya. Dah nak sampai ke bawah baru jumpa daun2 maple yang berwarna-warni. Baru naik mood nak berguling-guling atas daun berguguran. Maafkan kami sekiranya gambar2 kurang matang dibawah menyinggung perasaan kalian. Biasa lah bila perangai jakun keluar kan. Perasaannya sama macam first time jumpa salji dulu, hihi.

Layankan je lah kanak2 riang didalam gambar berikut.




Dipercayai terdapat lebih 5000 pokok2 berusia beratus-ratus tahun didalam kawasan Fragrant Hills ni. Selain keindahan alam ada lagi tarikan pelancong di sini contohnya Hall of Diligent Government, Temple of the Azure Clouds, Memorial Hall of Sun Zhongshan, Lake of Glasses, Fragrant Hill Temple, Double Clean Villa, Yu Hua Villa dan Zhao Temple.

Pokok gingko yang lebat pun bersepah jugak kat kawasan kaki bukit sampai dah tak heran. Masa nak keluar tu memang dah sogo sungguh keadaan di entrance Fragrant Hills. Lautan manusia sedang beratur nak beli tiket dan nak masuk ke dalam Fragrant Hills. Huhu, selamat tadi belum ramai orang lagi.

Kalau berkesempatan, korang boleh visit Beijing Botanical Garden sekali yang jaraknya lebih kurang 2km sahaja dari fragrant Hills ni. Cantik jugak kalau musim luruh.

Kami terus ke perhentian bas dan naik bas no yang sama untuk ke stesen Beigongmen. Subway line 4 kearah Gongyixiqiao dan turun di Xizhimen station (10 stops). kemudian ambil line 2 kearah Jishuitan dan turun di Yonghegong Lama Temple (2 stops). Tukar lagi sekali ke line 5 kearah Songjiazhuang dan turun di Zhangzizhonglu station.

Layan gambar2 autumn leaves ni untuk kali terakhir sebelum bertolak ke Xi'an.




Nasib sempat check out before 12pm. Kami terus ke Beijing West Station. Kali ni tak naik di Zhangzizhonglu station. Kami ambil subway di Nanluoguxiang station yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari hotel. Dari stesen ni kurang sikit kadar pertukaran trainnya. Ambil subway line 6 kearah Haidian Wuluju, dan turun di Baishiqiao South station (5 stops). Tukar ke line 9 kearah Guogongzhuang dan turun di Beijing West Railway Station (3 stops).

Masa sampai tu serabut jugak nak cari tiket counter. Alhamdulillah settle tiket dan terus masuk ke dalam train. Sekali lagi kami harus mengharungi perjalanan 14 jam dari Beijing ke Xi'an. Moga2 tak banyak drama macam hari tu. Tepat pukul 4.20pm, keretapi memulakan perjalanan. Lepas solat jama' maghrib-isyak masing2 panjat katil dan buat hal masing2 (ie membuta). Kali ni nasib kami baik sebab walaupun dipecahkan macam hari tu kepada 2 coach berbeza, kami dapat tukar atas ehsan pakcik2 yang baik hati petang tu. 

Time to sleep. Good nite !



Final entry untuk trip Menjejaki Laluan Sutera akan menyusul nanti, inshaAllah. Sehingga berjumpa lagi. Jangan putus asa menunggu entri saya ye, huhu. Maaf lagi sekali sebab tak regularly update blog ni.

Till then, Assalamualaikum !


No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...