Saturday, 10 October 2015

Menjejaki Laluan Sutera ; From Xi'an to Beijing - Day 3 (8 Nov 2014)



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ketiga di bumi China memang dikhaskan untuk ke Great Wall, salah satu dari 7 keajaiban dunia. Ajaib lagu mana tu nanti kita tengok ek. Great Wall mula dibina sekitar tahun 214 BC atas arahan Qin Shin Huang, emperor pertama China yang telah menyatukan rakyat jelata dibawah pemerintahan Dinasti Qin.

Tujuan asal pembinaan Great Wall adalah sebagai pertahanan dari serangan pemberontak dari utara. Tiga dinasti berikutnya (Han, Jin & Ming) meneruskan pembinaan kubu tersebut sehingga mencecah 21,196.18 kilometer panjangnya. Ia bermula di Shanhaiguan di daerah Hebei di timur dan berakhir di Jiayuguan di daerah Gansu di bahagian barat China. Beberapa siri peperangan dan pemberontakkan telah memusnahkan sebahagian dari binaan tersebut tetapi kemudiannya telah dibina semula. Great Wall yang wujud pada hari ini kebanyakkannya adalah tinggalan dinasti Ming.

Ada beberapa bahagian Great Wall yang boleh dilawati contohnya Mutianyu, Simatai, Jiankou dan lain2. Tapi yang paling femes dikalangan pelancong adalah Badaling. Bukan sebab ia paling cantik dan hebat, tapi sebab paling accessible dari Beijing dengan public transport.

Bab ni yang merisaukan kami sebenarnya. Kalau boleh nak elakkan tempat2 yang terlebih crowded. Plus, bahagian Great Wall yang lain tu sebenarnya lebih cantik dan terpelihara dari kerosakkan akibat vandalisme. Yang depa dok promote kat poster toruism dan kalender tu confirm bukan Badaling. Malangnya bila dah study satu persatu, agak sukar dan berisiko untuk ke Great Wall yang lain2 tu. Kena naik teksi atau local bus dengan masalah bahasa serta risiko tinggi untuk ditipu.

Ada 1 review tu cakap, driver teksi dan bas bersekongkol. Sampai satu kawasan sunyi tu pemandu teksi paksa turun dan paksa naik bas kat situ. Kena tengking dengan cara memaksa. Sangat biadap. Bayaran jangan cakap la. Kena ketuk habis dengan diorang. Semuanya untuk dinding. Berbaloikah? Lagipun kami tak banyak masa kat sini. Kalau sebulan, boleh la hiking dari kaki bukit ke puncak. Akhirnya kami terpaksa akur dengan Badaling. Strategi kami, bertolak awal pagi dan sampai di Badaling sebelum bas2 pelancong sampai.

Selain bas, kita boleh sampai ke Badaling dengan keretapi. Train schedule boleh check kat website INI >> BADALING. Train pertama bertolak pada pukul 6:12am dari Beijing North Station. Too early. Tak mampu nak bangun awal sangat. So kami aim train berikutnya pada pukul 7.58am.

Pukul 7 pagi kami berjalan ke Zhangzizonglu station. Kemudian ambil subway line 5 ke arah Tiantongyuan North dan turun di Yonghegong Lama temple (2 stops). Tukar line 2 ke arah Xizhimen dan turun di stesen Xizhimen. Dari sini, berjalan ke Beijing North Railway station.

Amat mendukacitakan bilamana kami sampai, dah sesak orang beratur nak beli tiket. Lagi mendukacitakan bila terpampang kat board yang train pukul 7.58am dah sold out. Wargh! Petanda yang tak best ni. Lagi tak best bila orang duk pintas2 potong line. Hallo, kiasu sangat apesal. Bukan korang dari kecik dah berbelas kali ulang-alik ke Great Wall tu? Lagi nak tolak2 orang. Sabor je ler.

Alhamdulillah dapat tiket pukul 9.50am macam tu. Terus masuk beratur kat dalam waiting area. Pun sesak dengan rakyat jelata. Makcik2 tua pun kiasu jugak tolak2 orang untuk ke depan. Pintu keluar untuk ke keretapi ditutup dan dikawal pak guard. Kalau pintu tu dibuka agaknya ada yang tunggu atas landasan.




Aksi bila train tiba dan pintu keluar dari waiting area dibuka persis seperti permulaan acara Standard Chartered Marathon. Masing2 pecut berlari untuk masuk ke dalam train. Yang ni memang tak boleh blah. Mana nak dapat experience macam ni? Kiasu tahap dewa.

Sambil berlari tu sambil tengok kiri kanan mana geng2 yang lain. Tetibe terdengar botol air bergolek kat belakang. Shafik tengah kejar mineral water yang bergolek kearah landasan. Nasib sempat capai. In the end, bersila jugak atas lantai. Makcik2 tu jugak yang dapat seat. Ceh ! Memang kental diorang ni. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam setengah.




Dah pukul 11 lebih masa sampai di Badaling station. Matahari terik memancar, dan seperti disangka, memang sogo sungguh. Sogo dengan rakyat jelata. Berpuluh-puluh bas pelancong beratur. Dari stesen kena jalan lebih kurang 1 kilometer untuk sampai ke counter tiket.

Tiket berharga CNY35/pax. Kemudian dari kaunter tiket kena berjalan lagi beberapa ratus meter untuk ke entrance. Nampak tu berapa ramai da tengah beratur nak beli tiket dan seterusnya line untuk masuk kedalam Badaling Great wall. Ada security check dekat entrance.




Pendek kata, setiap inci sudut Great Wall dipenuhi rakyat jelata. Semalam baru kami tau persidangan APEC sedang berlansung dan penduduk Beijing diberi cuti umum. Bermakna semua tourist attraction pun penuh sesak. Memandangkan kami dah jangka benda macam ni akan berlaku, xde la nak frust sangat. Layan kan je la. Macam2 perangai manusia boleh jumpa kat sini.

Badaling terletak di daerah Yanging, kira2 70 kilometer dari Beijing. Ia dibina semasa zaman dinasti Min (1368-1644), panjangnya 12 kilometer dan mempunyai 43 watch towers. Bahagian yang dibuka kepada pelawat hanya sepanjang 3.74 kilometer dan 16 watch towers.

Tak tau nak cakap macam mana, korang datang sendiri dan hayati best ke tak Great Wall ni. Ajaib ke tak sampai dapat gelaran 7 Wonders of the World tu. Kami pikir nak cepat2 blah je dari tempat yang sesak nih. Rasanya kami naik South Watch tower tu kot lepas tu turun balik dan terus ke train station. Itu pun mengah jugak la meniti satu-persatu anak tangga, huhu. 

Layan gambar jom!


Dari kaki bukit ke puncak dipenuhi manusia sekalian alam.
Ape yang makcik cuba buktikan tu? Yang makcik masih bergetah?


Great Wall of China telah diwartakan sebagai salah satu tapak warisan dunia pada tahun 1987. Ia merupakan struktur ketenteraan terbesar di dunia. Selain berfungsi sebagai kubu pertahanan dari pencerobohan, ia juga berfungsi sebagai border control bagi segala jenis perdagangan yang melalui Laluan Sutera. Kira macam imigresen la.

Untuk maklumat dan bacaan lanjut mengenai Great Wall of China, klik SINISINISINISINI, dan SINI.

Sampai di Beijing, kami terus balik hotel untuk solat. Lunch kami di muslim restoren berdekatan dengan hotel. Dalam itinerary asal kami sepatutnya ke Summer palace, tapi dah tak sempat. Senja menjengah dengan pantas tanpa diundang. Musim sejuk macam tu le. Cepat je gelap. Lagipun pagi tadi dah delay sebab train tu. So melepas lagi 1 attraction. Tak dapat la nak photoshoot atas Shigikong bridge pakai samfu dan cheongsam sambil menikmati pemandangan matahari terbenam, huhu.




Badan tak penat sangat sebab skip Summer Palace. So malam tu kami keluar untuk jalan2 cari makan/shopping. Banyak shopping street kat area Beijing ni bagi shopaholic sekalian. Kami sekadar nak cuci mata sambil nak cari snek2 yang best kat Xianyukou & Dhazalan. Dua street ni terletak lebih kurang 10 minit berjalan dari Tian'anmen Square. Pelbagai jenis snek boleh dijumpai kat sini so makan la apa yang dihajati sampai lebam usus. Souvenir pun banyak jugak kat sini.

Berhampiran dengan kedua-dua Snack streets tersebut ialah Qianmen Street. Ia merupakan salah satu dari shopping street paling popular kat kotaraya Beijing. Bangunan2 kat street ni memang ancient, dijaga rapi supaya pelawat dapat feel macam 'once upon a time in Beijing'. 

Sebenarnya Qianmen Street dah wujud lebih dari 570 tahun, sejak zaman dinasti Ming dulu. Sebut je apa yang korang nak, semuanya ada disini. Baju, barang kemas, cenderamata, aksesosi dan makanan, semuanya ada. 

Kalau nak cari international brand macam ZARA, H&M dan SPAO pun ada kat salah satu street kat sini. Macam mana nak tahu? Street yang ada branded outlets ni jalan dia ada tram track. Kalau jumpa tram track tu kira korang dah hampir sangat dengan syurga shopping tu.

Layan suasana malam kotaraya Beijing pulak !





Itu sahaja untuk hari ke 3 di China. Esok kami akan ke Fragrant Hills. Wangi sangatkah bukit tu? Sila tunggu entri berikutnya ya. Sehingga ketemu lagi.

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...