Wednesday 15 April 2015

Ceylon : A Land Like No Other - Day 1 (30 January 2015)



Assalamualaikum semua.

Setakat ni, rasanya trip paling dahsyat (read : impossible) ialah Japan trip. Dalam masa 6 hari kami cover serata ceruk bumi Japan. Ayam belum berkokok kami dah keluar, balik semula hotel bila burung hantu dah buntang mata. Fuhh !

Tapi trip ke Sri Lanka ni dah pecah rekod tu. Dalam masa 4 hari, kami cover jarak perjalanan yang sangat jauh. Kadang-kadang tu sampai 7-8 jam saja on the road. Sri Lanka pun bukannya ada Shinkansen macam kat Jepun tu ha. Kami naik van je. 

Sekali lagi, saya menjadi ahli pasif yang tak menyumbang keringat lansung dalam merangka trip kali ni. Dikecualikan oleh ketua rombongan (Sifu Fir) atas alasan terlibat dengan misi bantuan bencana banjir di Kelantan. So info mengenai itinerary, transport, accommodation dan sebagainya tu saya takde.


Ahli rombongan

Fir, Shafik, Azuan, Fiza, Atfina, Fairuza, Azila (total 8 orang).


Itinerary

Sangat ambitious. Bukan sebab banyak sangat attraction yang kami cover, tapi jarak antara attraction tu yang jauh beratus-ratus kilometer, memakan masa yang lama untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Berpegang teguh kepada konsep “alang-alang sampai, cover semua !”, susah macam mana pun tetap diusahakan. Thanks Shafik yang berhempas-pulas merangka itinerary.


Accomodation

Azuan punya tugas. 1 malam di Kandy, 1 malam di Nuwara Eliya, 1 malam di Hatton dan 1 malam di Gale.


Transport

Van, sebab ramai sangat. Malas nak naik public transport. Yang ni Atfina yang arrange.


Highlight untuk trip kali ni adalah Adam’s Peak, puncak gunung yang dianggap suci oleh beberapa agama di dunia. Fir sebenarnya dah cover Sri Lanka sorang-sorang tahun lepas. Tapi sebab review bagus sangat dia recruit pulak kami semua untuk revisit Sri Lanka. Last time dia pergi tak sempat hiking Adam’s Peak.  


Comlombo > Sigiriya > Kandy > Nuwara Eliya > Horton Plains National Park > Hatton > Sri Padaya > Gale > Colombo.


Tepat pukul 9.50 minit pagi, penerbangan Air Asia KL-Colombo berlepas. Alhamdulillah kami selamat tiba di Colombo International Airport lebih kurang pukul 11 pagi waktu tempatan (3 jam setengah perjalanan).

Proses imigresen berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. Sesuatu yang pelik di airport Colombo bilamana terdapat banyak kedai-kedai elektrik yang menjual mesin basuh, TV, peti ais dan yang sewaktu dengannya. Apekejadahnya mereka menjual alatan elektrik di airport? Pelancong mana yang nak borong? 

Jangan risau pasal matawang sebab boleh tukar kat airport. Keluar je pintu airport terus nampak pengurup wang berlesen. Saya tukar RM500 = 17600 rupees (RM1= 35 Rupees). Cukup la tu untuk 4 hari. Mind you kat sini hanya boleh tukar duit kepada Rupees sahaja. Kalau nak tukar USD kepada Euro atau RM ke memang tak boleh.

Lepas tukar duit, tunggu driver van sampai. Dari airport, kami terus ke destinasi pertama iaitu Sigiriya yang terletak lebih kurang 175 km dari Colombo airport. Kalau ikutkan google map, 3 jam perjalanan je. Tapi driver kami Mr. Tusyar cakap 6 jam. Kejadah? Masa mula bergerak dari airport pun dah pukul 11.30 pagi. Sempat ke ni?



Haaa, mintak sourvenir rice cooker dari Sri Lanka satu !

Tukar duit disini.

Waiting area di airport. 

Menunggu Tusyar pegi ambik van.



Rupanya memang benar bagai dicanang oleh Mr. Tusyar, ada construction di sepanjang jalan. Dan orang Sri Lanka pulak kesedaran siviknya sangat lah tinggi. Berbeza dengan India. Semua orang mematuhi had laju, susah nak pintas memintas. Besar kemungkinan bila kami sampai nanti,  Sigiriya dah tutup. Oh no !

Banyak kali jugak si Tusyar tanya kami betul ke ni nak teruskan jugak plan ke Sigiriya. Dia suggest nak ubah itinerary tapi kami berkeras tak mau !

Tetibe Nampak satu kedai muslim masa melalui satu pekan kecil ni. Berhenti pulak untuk tapaw burger. Lepak je masing-masing confident sangat sempat sampai ke Sigiriya sebelum kaunter tiket ditutup, hihi.

Dalam perjalanan, Tusyar call seseorang, katanya nak book tiket untuk kami. Trafik sangat perlahan !

Long story short, kami tiba di Sigiriya pada pukul 5.30 petang. Tepat 6 jam perjalanan. Malangnya kaunter tiket telah pun ditutup..... Nangis !



Bas nasional Sri Lanka.

Papan tanda ke kaunter pembelian tiket.

Senja kian berlabuh. Mana ada orang datang melawat kawasan sejarah time2 macam ni weh !



Jauh kot dari Colombo datang tapi tak sempat masuk. Not a good way to start a journey.

Tiba-tiba datang sorang mamat ni mintak kami ikut die pergi ke kaunter tiket. Apakah ada sinar harapan untuk kami? Ya, beliaulah manusia yang telah di’roger’ Tusyar akan kedatangan kami.

Thanks to this pakcik, kami dapat masuk ke Sigiriya Palace and Fortress Complex, tapi dengan pengawasan dia lah. Harga tiker 30 USD/pax.

Asaalkan dapat masuk...


Water Gardens (Ancient Garden pools).

The Lion Rock !!!!!!

Group photo dulu sebelum gelap.

Tak tau apa. Tak memberikan tumpuan semasa penerangan diberikan. Dah mula rabun ayam.

Batu yang berusia beribu-ribu tahun. Megah !

Bahagian barat kompleks dihiasi taman-taman diraja.

Batu besar yang menyerupai bentuk gajah.



Pertama kali ni melawat historical site masa senja kala. Nasib ada pakcik guide ni yang tolong ceritakan. Walaupun gelap gelita, wajib naik sampai atas puncak Lion Rock. Kalau tak naik kali ni entah bila lagi nak revisit.

Sirigiya diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1982. Ia merupakan tinggalan sejarah paling femes dan tarikan pelancongan utama di Sri Lanka. Rakyat tempatan menganggap Sirigiya sebagai “Eight Wonder of the World”.

Sirigiya ni 2 dalam 1. Ia merupakan istana dan juga kubu pertahanan, dibina pada kurun ke-5 oleh King Kasyapa. Sejarah di sebalik pembinaan Sirigiya sangat menarik. Sambil layan gambar sambil belajar sejarah deh !

Kajian arkeologi mendapati telah wujud penempatan di kawasan sekitar Sigiriya sejak zaman pra-sejarah (lebih kurang 4000 tahun dahulu). Lion Rock terhasil oleh magma dari hasil hakisan gunung berapi yang telah lenyap.


Bermula pada kurun ke-3 sebelum masihi, ia menjadi pusat ibadat sami-sami Buddha. Pada kurun ke-5, King Kasyapa telah memulakan pembinaan istana yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan barunya yang dibentuk selepas pembunuhan ayahnya, King Dhatusena.


Dalam kawasan arkeologi.

Sinaran jingga di ufuk barat.

Sunsetting...



Masa tengah panjat tangga untuk ke tingkat atas istana tu matahari dah nak terbenam. SubhanAllah cantik giler ! Macam fenomena alam, lain macam sinarannya tu. For the record, ada lebih kurang 1200 anak tangga sebelum sampai ke puncak batu. #semputlajugak.

Sambung balik sejarah...

Kasyapa sebenarnya bukanlah pewaris sebenar takhta tersebut. Dia ni anak kepada gundik raja, iaitu King Dhatusena. Abang dia Moggallana iaitu anak kepada permaisuri yang sepatutnya mewarisi takhta.

Macam biasa bila dah giler kuasa tu mula la berkomplot bagai merancang rampasan kuasa dengan pegawai-pegawai kerajaan yang tak reti mengenang budi. Kejam sungguh cara dia bunuh bapak dia. Die semen King Dhatusena kat dinding hidup-hidup. Choi ! Derhaka, tak cium bau surga. Moggallana sempat lari ke Selatan India dan bersumpah untuk kembali membalas dendam.

Anyway, King Kasyapa mula la gabra hidup tak tenteram dek kerana dosa-dosa silam. Dia pun memindahkan pusat pemerintahan kerajaannya dari Anuradhapura ke Sirigiya. Sirigiya ni terletak di Central province. Maknanya dia memang pilih kawasan paling tengah dalam Sri Lanka ni untuk sembunyi dari Moggallana.

Kasyapa mengarahkan pembinaan istana sebagai tempat istirehat, berhibur dan berpoya-poya beliau manakala Moggallana sementara itu mengumpulkan kekuatan untuk serangan balas.

Agak mind-boggling bila dikaji cara pembinaan kompleks istana yang canggih ni. Sirigiya palace dibahagikan kepada 3 tingkat. Tingkat teratas (Upper Palace) iaitu di puncak Lion Rock merupakan Istana tempat bersemayam King Kasyapa dan gundik-gundiknya. Sistem perparitan, pembentungan dan penyimpanan airnya sangat kompleks dan dibina dengan teknologi yang tinggi.

Bahagian tengah Istana (Mid-level Palace) terdiri dari pintu masuk di bahagian utara Lion Rock, Mirror walls dan lukisan di dinding (frescoes). Pintu masuk ke Upper Palace diukirkan seekor singa yang kini telah musnah. Yang tinggal hanyalah kedua-dua kaki singa tersebut. Nama Sigiriya berasal dari perkataan sihagiri yang bermaksud Lion Rock.

Dinding-dinding batu telah digilap sampai berkilat sehinggakan raja dapat melihat refleksi dirinya setiap kali melalui bahagian ini. Hebat kan. Pakar arkeologi mendapati terdapat beratas-ratus tulisan tangan, majoritinya sajak, yang telah ditulis oleh pengungjung yang melawat Sigiriya pada kurun ke-8, 9 dan 10.

Dr. Senerat Paranavitana, seorang ahli arkeologi terkemuka Sri Lanka telah berjaya mentafsirkan 685 ayat, diantaranya :

"I am Budal (the writer's name). Came with hundreds of people tо see Sigiriya. Since аll the others wrote poems, I did not!"

Bahagian paling bawah istana (Lower Palace) pula merupakan kubu pertahanan yang dihiasi dengan kebun-kebun yang indah (the water Gardens, the Boulder Gardens dan the Terraced Garden). Kesemua taman-taman ini dibina di bahagian barat Lion Rock, lengkap dengan system hidrolik yang kompleks, terdiri dari terusan, empangan, tasik, jambatan, air pancut, dan pam air bawah tanah.


The Mirror Walls : dah tak berkilat dah. Dahi kami yang berkilat dek peluh.

Wefie satu (courtesy of Azila).

Bahagian yang masih dalam proses excavation. 

Pintu masuk ke Upper Palace di bahagian utara Lion Rock (perhatikan Fairuza yang memperagakan selendang).

Perhatikan Fairuza lagi. Yang lain masih dalam pose yang sama. Hihiks !

Kaki kiri singa.

Kaki kanan singa.



Bayangkan semua ni dibina diatas, di dinding, dan di sekeliling batu marmar besar setinggi 200 meter ni. Para sejarawan bersetuju bahawa Kompleks Istana dan Kubu Sigiriya ni merupakan antara contoh terawal dan terbaik ‘urban planning’ oleh masyarakat purba.

Ukiran di dinding (frescoes) yang kebanyakkan merupakan lukisan wanita (dipercayai isteri dan gundik-gudik raja) merupakan hasil seni yang sangat tinggi. Dipercayai terdapat lebih dari 500 lukisan wanita yang kebanyakannya dah pun pudar selamanya.Kami tak jumpa pun lukisan ni. Baanyak kawasan yang dah dikunci tak boleh masuk.

Air terjun di taman istana Sirigiya ini juga dipercayai merupakan air terjun tertua di dunia. Genius ke hape Kasyapa ni? Kalau tengok in bigger picture, pelan perancangan istana ni tersangat halus dan rumit untuk dilaksanakan, dengan tahap simetri yang sangat tinggi. Tak boleh bayang teknologi apa yang diorang gunakan masa tu.

Dekat bahagian Mid-level palce tadi, ada bahagian dinding yang dikorek untuk dijadikan tempat kawalan/pemerhatian hulu balang istana. Kalau hulu balang tidur masa tengah berkawal, jatuh terus ke bawah. Huh.

Sampai dah ke puncak. Takde apa2 pun kat atas ni. Semuanya telah dimusnahkan oleh Moggallana. Tapi boleh meninjau kawasan sekeliling Lion Rock.


Tapak Upper Palace.

Pemandangan dari bahagian Selatan Sigiriya Palace.

Anjing yang mengekori kami dari bawah tadi lagi sampai ke puncak.


So apa jadi lepas tu? Ni sambungan drama samarinda tersebut:

Kalau dah dendam tu, lautan berapi direnangi. Moggallana akhirnya menyerang King Kasyapa dan kerajaannya. Dalam peperangan tersebut, King Kasyapa yang menunggang gajah telah menukar haluannya sebagai salah satu taktik untuk mengubah strategi peperangan.

Malangnya, bala tentera Kasyapa salah faham dan menyangka King Kasyapa kecut teloq dan telah berundur ke belakang. So diorang semua mengabaikan Kasyapa dan terus berperang. So Kasyapa tak dapat perlindungan yang secukupnya.

Akhirnya, sebab ego yang tinggi, Kasyapa telah bunuh diri dengan cara memotong lehernya sendiri. Dari mati dibunuh Moggallana, dia rasa lebih terpuji mati dengan cara sebegitu. Tragis sungguh kisah hidup hang Kasyapa. Await la lagu tu?

Selepas kematian Kasyapa, Moggallana memusnahkan istana dan memindahkan semula pusat pemerintahan kerajaannya ke Anaradhapura. Sigiriya telah ditinggalkan dan kembali menjadi pusat ibadat sami sami Buddha sehingga kurun ke 14 sebelum terbiar, lenyap dikelilingi hutan belantara.


Kevins Lake View Hotel.


Hmmmm, banyak belajar dah. Baru first day kat Sri Lanka. Best best. Pakcik guide ni pun best. Kasik tips untuk dia sebab sudi bawa kami jalan-jalan sekitar Sigiriya dalam waktu kecemasan tadi.

Dalam perancangan asal jugak, kami nak tengok cultural show kat Kandy, pukul 9 malam. By the time kami sampai semula ke bawah tempat Tusyar park van, dah pun pukul 8 malam. Perjalanan dari Sigiriya ke Kandy mengambil masa 3 jam. Sadly we had to kiss goodbye to cultural show. Memang tak sempat. 

Sampai je Kandy terus zzzzzzzz. 

Itu je sebagai entri pembuka trip ke Ceylon. Harap anda terhibur. Jumpa lagi dalam entri berikutnya. Till then, Assalamualaikum !




3 comments:

  1. Replies
    1. ya. Lebih bersih dan selamat dari India. Dan banyak nature...

      Delete
  2. Salam. Horton tuh p world's end ye. Brp lama ek kalo nak cover taman tuh. Possible tak if half day je di sana pastu trus ke hatton utk Adam's Peak?

    ReplyDelete

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...