Monday 13 April 2015

Weekend Getaway : A Glimpse Into the Khmer Empire - Day 1 (16 January 2015)



Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog ni. Kerana anda, saya masih gigih meneruskan perkongsian ini. Cewaaahhh ! Grand sangat la tew pembuka bicara (buek !).

Ini entri pertama untuk trip pembuka tahun 2015. (#tepuktangan)

Selepas pulang dari Xi'an, dah takde plan nak pergi mana-mana dalam masa terdekat. Nak tunggu trip ke Sri Lanka lagi 3 bulan. Kegersangan.

Malaysia dilanda musim tengkujuh yang dahsyat hujung  tahun lepas. Aktiviti outdoor semua tertunda. Makin bertambah gersang.

Bukak laptop, survey tiket, terus update geng whatsapp #kakijalan. Maka terhasil lah percutian hujung minggu ke Siem Reap ni.

Masa tingkatan 4 dok belajar pasal Angkor Wat, teringin jugak nak tengok sendiri kemegahan rekabina nya. So trip kali ni basically memang nak cover Angkor Archeological Site tu. Tapi alang-alang dah jejak tanah Kemboja ni, cover je la attraction lain selagi boleh cover. Kan?


Partner(s) in crime:

Sebenarnya hampir semua geng #kakijalan dah cover Angkor Wat. Sifu Fir dah cover 8 tahun lepas dah, masa zaman student lagi. Yang masih belum hanya Fendi, Fuad, KZ dan saya. Terasa loser sangat.

Flight ticket + Accomodation:

Sebab malas nak fikir sangat, kami book tix AirAsia Go je sekali dengan accomodation. Settle. Malas nak perah otak sangat untuk short trip macam ni. So total cost RM531/pax. Beres !

Hotel Home Sweet Home (2 malam) : 4 single beds + air cond + breakfast

Itinerary:

Day 1 : War Museum - Cultural Village - Night Market
Day 2 : Water Village - Angkor Archeological Site - Art Centre Night Market
Day 3 : Silk Factory - Killing Field

Transport & tour guide:

Tak susah sebab ada komuniti masyarakat Melayu Campa di Kemboja. Contact no saya dapat dari Azila. Ada beberapa no. At last kami pilih En. Zakariya Hassan, seorang anak muda yang sempoi. sangat senang untuk berurusan dengan dia.

Boleh cakap melayu, tak payah berbelit lidah speaking Queen's English. Dan dia ikut je itinerary yang kita plan. Boleh nego, boleh kow tim.

Dia charge USD18/day, so untuk 3 hari USD 54 macam tu. Untuk 1 geng tu, bukan satu kepala. So bahagi lagi 4 berapa USD tu? Murah kan? Kalau nak kasik lebih pun lagi bagus, dapat tolong saudara seagama. So ni contact detail dia:-

Facebook : Kariya Hassan
Phone : +855 12302018
Whatsapp : +855 16944387

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Hampir tak dapat join trip ni sebab diarahkan ke Gua Musang untuk bantuan banjir. Register nama awal-awal lagi tapi awal januari tu baru dipanggil bertugas. Kalau ikutkan 14 hari kena stay kat Kelantan, bermakna hari jumaat 16 Januari tu last day. Itu pun kena tunggu diorang arrange transport bagai dulu.

Alhamdulillah, banjir surut dengan segera di Gua Musang. Hari kesepuluh kami telah dibenarkan pulang. 

Kami selamat mendarat di Siem Reap international Airport pada petang jumaat tu. Proses imigresen berjalan lancar, cuma peliknya kedua-dua belah tangan kena scan, hihi. Tak perlu nak tukar duit ke matawang Kemboja (Riels) sebab ni tourist spot yang sangat popular, so semua peniaga pun nak US dollar je.

Kami tukar sikit je la duit Riels, dalam RM50. Selebihnya USD. Nak tukar direct dari RM ke Riels pun no problem.

Zakariya dah tunggu kami kat luar. Cuaca Alhamdulillah baik petang tu. Kami terus ke destinasi pertama iaitu War Museum Cambodia yang terletak lebih kurang 7 km dari airport. Jom !


KZ dan Fendi bersama Zakariya dalam tuk tuk versi Cambodia.

War Museum.



Entrance ticket USD 5 seorang. Bila masuk je, Zakariya terus suruh kami join 4 orang mat saleh ni ikut sorang guide, namanya Moun Sinath. Dia ni war veteren masa zaman regim Pol Pot dulu. Sekarang ni bekerja sebagai tourist guide kat war Museum ni.

War Museum di Siem Reap merupakan satu-satunya war museum dalam negara Kemboja. Kat sini kita boleh nampak pelbagai tinggalan sejarah semasa era Khmer Rouge, sebilangan dari senjata-senjata dan alat pengangkutan tersebut pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua.

Elok jugak ada Mr. Moun Sinath ni. Kita pun bukannya arif sangat pasal parti komunis Khmer Rouge ni kan. 

Anyway, ada 4 orang tour guide yang bekerja di sini secara percuma. Tapi selalunya pelancong akan hulur la sikit duit di akhir sesi sebagai saguhati kerana sudi berkongsi pengalaman. 

Panjang lebar jugak Mr. Moun ni berceloteh, mostly pasal pengalaman peribadi sendiri. Dia telah ditembak 3 kali iaitu pada tahun 1982, 1985, dan 1987. Dia terselamat dalam ketiga-tiga insiden tersebut. Malangnya pada tahun 1988, dia kehilangan kaki kanan nya akibat dari ledakan periuk api dan seterusnya bersara.

Kecut perut dengar cerita pasal regim Pol Pot yang maha zalim tu. Lebih kurang macam zaman Jepun memerintah Tanah Melayu jugak. 

Kalau anda berminat untuk baca lebih lanjut mengenai regim Pol Pot klik >>> KHMER ROUGE

Kalau nak baca pasal muzium ni klik >>> WAR MUSEUM

Layan gambar jom !


Mr. Moun Sinath menunjukkan kesan peluru yang menembusi kaki kirinya.

Sentaja api yang digunakan semasa peperangan.

Lagi pelbagai jenis senjata api.

Grenade

Anti air plane dari Rusia

Kereta kebal.

Bergambar dengan Mr. Moun Sinath.

Kereta kebal ni jadi tempat mainan anak-anak kecil. Dalam tu ade tulang kaki manusia yg tak reput lagi dik.

Juga digunakan semasa menentang Khmer Rouge




I do love history, but i hate war. Hate it so much that i couldn't be bothered to learn about all the things i saw in the museum. Sebab tu malas nak citer panjang lebar. So kalau korang nak baca lebih lanjut, klik link kat atas tu ye. 

Next up, Cambodian Cultural Village (CCV). Initially memang tak mau masuk CCV ni sebab review tak berapa bagus kat Tripadvisor. Tapi hari masih cerah lagi takkan nak balik hotel terus pulak. Alang2 tu cover je la. 

Tiket masuk USD 20. Bapak mahal kan. 




CCV mula dibina pada tahun 2001 dan dibuka secara rasmi kepada umum pada 24 September 2003. Terdapat 13 perkampungan disini yang melambangkan kepelbagaian suku kaum dan budaya masyarakat di Kemboja (macam Taman Mini Malaysia).

Selain tu ada beberapa miniature di dalam kawasan CCV antaranya Reclining Buddha, Royal Palace dan Independence Monument. Ada lebih kurang 8 persembahan kebudayaan termasuk upacara perkahwinan tradisi dan sebuah Muzium lilin.

Jom layan Wax Muzium dulu (jangan tanya saya apa sumbangan mereka-mereka yang dipatung lilinkan ni okeh). 


Welcoming Apsara.

King Jayavarman VII : Membaik pulih Angkor Wat dan membina Bayon Temple dan beberapa lagi kuil.

Krola Hom : Jeneral perang di kurun ke-16 yang mempertahankan empayar Khmer dari serangan tentera Siam.

King Norodom Suramarith and Queen Sisowat Kossamak

Phiroum Ngoy : Classical singer yang femes suatu ketika dulu.

Masyarakat Islam di Kemboja.

Lagi masyarakat Islam di Kemboja.

Kiri : Khmer National, suku kaum yang tinggl di barat daya Kemboja.
Kanan : Apsara Sampeah mengucapkan selamat tinggal.

Pelbagai jenis alat kebesaran diraja, replika haiwan dan sebagainya.


Yang peliknya sejak dari mula cecah tanah Siem Reap ni, ramai sungguh ahjumma dan ahjusshi dari Korea. Sepanjang jalan berpuluh-puluh bas Hana Tour kelihatan. Dalam CCV pun sama, dengar suara diorang je. Konpius sekejap ni kat Kemboja ke Korea. Ottoke?

Seterusnya kami menyaksikan upacara perkahwinan tradisi masyarakat Khmer. 90 peratus penonton adalah rakyat Korea. Yang volunteer jadi pengantin lelaki pon orang Korea jugak. Layan je la.


Sekumpulan Ahjusshi dan Ahjumma sedang berkeliaran.

Khmer Wedding Ceremony : Pengantin lelaki tengah mendengar ucapan tok kadi.

Khmer Wedding Ceremony : Pengantin perempuan dah sampai.

Boleh kira berapa ketul je mat saleh dalam gambar ni.

Khmer Wedding Ceremony : dah menonggek pulak kedua-dua mempelai.


Satu kekurangannya adalah, keseluruhan majlis di dalam bahasa Kemboja. Satu hape pon tak paham. Lepas tu kami bergerak ke Chinese Village. Sebenarnya yang berlakon dan buat persembahan di setiap kampung dalam CCV ni orang yang sama. Sebab tu takde overlap antara show. Lepas settle 1 show, diorang berlari pulak ke kampung sebelah untuk bersiap-siap.

Ada surau di tengah-tengah CCV ni. Malangnya takde orang selenggara. Lantai berhabuk dan penuh tapak kasut. Kami sempat solat jamak dalam surau ni, beralaskan peta CCV.







Seterusnya, Chinese Village. Basically persembahan akrobatik macam kita selalu tengok dalam TV tu. Not bad la. Ada jugak part kelakar, dan ada jugak part yang macam lemau sikit sebab lawak hambar oleh pelakon sokongan yang tak terlibat dengan persembahan akrobatik (yang BMI terlebih, perut maju kedepan, pakai kostum beruang dan panda).









Seterusnya Peacock Dance. Ia berasal dari daerah Pailin di barat Kemboja dimana terdapat banyak spesis burung merak. Show ni masa dah nak senja. Dan sekali lagi, tiada subtitle, so hanya interprete babak melalui aksi pelakon je la. Ikut suka imaginasi sendiri.

Not bad jugak la. Sekali lagi babak akhir persembahan melibatkan seorang penonton yang ditarik keatas pentas untuk melakonkan babak puteri merak. Untung dia dapat pakai kostum merak yang megah tu.









Laaaaassst sekali, King Jayavarman VII show di Big Theater yang bermula pada pukul 7.30 pm. Kira performance paling grand la kat CCV. Ia melibatkan jumlah pelakon paling ramai, prop yang lebih meriah dan pentas yang besar.

Macam pentomen zaman-zaman sekolah dulu. Siap dengar bunyi satu satu suis lampu dibuka tutup kat pondok belakang tempat duduk penonton, hihi. Pun tak faham sebutir haram. Tapi boleh agak la jalan ceritanya berkisarkan Kewibawaan King Jayavarman VII.






Penat la jugak rasanya melilau disekitar CCV ni. Zakariya dah tunggu kami kat luar. Lepas tu kami mintak dia bawak kami pergi makan. Ada 1 makanan yang wajib kena cuba kalau ke Siem Reap. Ni Azila yang bagitau. Nama menu ni "Lembu naik bukit". Haaaaa... curious tak?


Lembu naik bukit - serius sedap.

Tomyam Cambodia.



Zakariya bawak kami makan kat satu restoren sebelah masjid. Nampak tu bekas tempat masak lembu naik bukit tu? Daging lembu dimasak dalam kuali berbonjol tengah, seolah-olah daging lembu tu naik bukit. Yes, sila cuba masakan ni kalau anda sampai ke Siem Reap.

Borak-borak dengan Zakariya sambil makan. Dia cakap dia faham bahasa Melayu sebab dulu pernah belajar kat sekolah pondok. Tak semua masyarakat melayu Champa boleh berbahasa Melayu. Tuan punya restoren ni pun tak pandai.

Mamat ni rupanya kipas-susah-nak-mati Shila Amzah, jengjengjeng.

Sebelum balik ke hotel, kami mintak Zakariya bawak jalan-jalan kat Night market. Amboih, first night dah shopping? Saja je, takut esok tak sempat sebab kepenatan explore Angkor Archeological Site yang sangat luas tu. Ada la beli sourvenir sikit-sikit untuk bawak balik malaysia.









Lepas tu check in hotel dan tidur. Bilik kami ada 4 single bed (yang lebar), ada aircond, dan bilik air yang agak okay jugak. Cuma hot water tak berfungsi. Kejung badan bila dihujani air yang sangat sejuk.

Selesai hari pertama di Siem Reap. Banyak jugak yang sempat kami cover. Esok merupakan highlight untuk trip ke Siem Reap ni   >>> Angkor Archeological park.

See you guys later. Till the, Assalamualaikum !



2 comments:

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...