Assalamualaikum & Namaste !
Haaaa, tu dia lidah hindustan dah mai.
Terliur tak tengok entri prelude India-Kashmir? Apa ! Dah lupa? Tak tengok pun? Tak kesah pun nak tengok !!!
Awal-awal lagi dah meroyan ! #peninglalat#
Klik sini >>> PRELUDE untuk entri pengenalan berkenaan trip ke bumi kari yang awesome.
Saya lupa nak mention pasal visa dalam entri prelude. Ya, kena ada visa untuk ke India. Boleh buat visa di India Visa centre, ongkosnya RM160+, siap dalam masa 3 hari bekerja. Ni sedikit info pasal IVS Global Services PVT. LTD, syarikat yang menguruskan permohonan visa ke India.
G-01, Ground Floor, Straits Trading Building,
No. 2, Lebuh Pasar Besar,
50050 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel. No: 006 03 2692 2692
Fax: 006 03 2698 2692
E-Mail: kl@indiavisa.com.my
Website: www.indiavisa.com.my
Bangunan ni dekat area Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad & Muzium Tekstil Negara. Harus diingatkan, proses buat visa ni agak merumitkan kalau tak isi borang betul-betul. Isi borang online, then print out. Jangan lupa gambar passport berukuran 2x2 inci background putih ok. Klik link kat atas tu untuk maklumat lanjut.
And so it begins...
Pukul 2 petang, saya bertolak dari kuarters hospital ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Thanks to MYTEKSI apps yang telah memudahkan perjalanan. Dengan adanya apps ni, tak perlu ke stesen bas/teksi. Tunggu je depan pintu rumah, teksi akan datang cari kita. Bagus kan?
Mind you, MYTEKSI ni hanya cover area KL dan Selangor sahaja. Yang tinggal di Balik Pulau, Kuala Tembeling, Gua Musang dan Kota Marudu jangan buang duit download apps ni.
Sampai di TBS lebih kurang pukul 2.30 petang. Shafik sampai tak lama kemudian. Kami gerak sekali ke KLIA dengan ERL (KLIA Transit). Tiket RM26.50 seorang.
Sempat ke Lonely Planet outlet, Shafik nak beli buku Lonely Planet India. Azuan sampai on time. Pukul 5.50 minit petang, boarding. No flight delay, cuaca pun Alhamdulillah ok.
Perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam. Menu malam tu dah ada fefeeling Kuch Kuch hota Hai dah. Ayam kari, kentang kari, capati dan lain-lain. Ok, get ready for full-blown kari ! Huuuuu....jangan la kena gastrik sebab telan banyak kari.
Layan Dilwale Dulhania Li Jayenge dalam flight. Dah feeling2 pelakon hindustan ni, nak guling-guling atas rumput dalam hujan. Baru 10 minit dah lena. Mungkin kari ayam tu 'kow' sangat kot. Seksa perut nak menghadam. Banyak energy guna, tu pasal mengantuk. # teori yang tak berlandaskan fakta sains. #
Kami selamat mendarat di lapangan terbang Indira Ghandi pada pukul 9.35 minit malam waktu tempatan. Perbezaan waktu KL dengan New Delhi 2 jam setengah. Huhuhu,,,,eksssiited ! Boleh tahan besar airport ni. Proses immigresen macam biasa, takde masalah.
Cuma pegawai imigresen ni menyebabkan saya kekeliruan identiti sekejap. Tak tau tang mana 'hindustan' kat muka ni, die asyik cakap hindi. 2-3 kali bagitau "I don't speak hindi", dia tak layan. Nak jugak cakap Hindi. Apada ! Tengok passport merah pun dah tahu bukan Indian nationality kan?.
Anyway, small matter. Mungkin rabun ayam agaknya mamat ni. Let it go.
Tangan-tangan dewa-dewi yang menyambut ketibaan pelancong.
Proses immigresen
Keluar je dari airport, kami terus ke tempat teksi. Sesak airport malam tu. Ke hari-hari macam ni?. Hiruk-pikuk, berhabuk, bunyi hon kereta sana sini, orang berteriak kiri dan kanan. That was the first sight of India.
Masa mamat teksi ni cakap hindi dengan kami, dah faham dah. Memang diorang ni ingat kami ni Indian nationalities. Hadoi la, tak bleh brain sungguh. Tang mana, tang mana tu yang sama dengan Abhishek Bachan? Habaq mai !
Kan dah meroyan lagi #
Kan dah meroyan lagi #
Penginapan kami malam ni di Airport Hotel Mayank Residency. Accomodation semua Azuan yang uruskan. Hotel ni dekat dengan airport. Dalam 1.5 km je. Mudah sebab esok pagi kami akan naik flight untuk ke Kashmir.
Harga semalam untuk standard room : USD 29,70 (RM 95.58).
Agak daif keadaan bilik kami. Sejuk tapi takde heater. Toilet menyeramkan. Air paip sangat payau mungkin sebab kandungan garam mineral yang tinggi (bersangka baik !). Air panas lagi dahsyat. Sentuh paip je dah kena renjatan elektrik. Menyengat sampai ke sumsum tulang. Terpadam hasrat nak mandi air panas. Kancing gigi sambil jirus air sejuk. # pitam la mandi air sejuk time winter.
Nasib la pekerja hotel ni hantar satu heater sebelum tidur. Kalau tak dah jadi aiskrim kami bertiga.
Jalan utama sebelum masuk ke celah-celah bangunan
Reception
Single bed
Lepas solat terus berlingkar bawah selimut. Perut lapar tahan je la, huhu. Tak berani nak keluar cari restoren tengah-tengah malam. Scary sungguh kawasan ni.
Ok tu je untuk kali ni. Esok kami akan ke "Switzerland", hehehe.
Jumpa lagi. Till then, Assalamualaikum !
Jumpa lagi. Till then, Assalamualaikum !
Jgn2 mmg ada darah hindustan tak... heeeee
ReplyDeletehahaha... kena siasatan lanjut ni. Hiiii
Delete:) Terserempak dgn sang kancil ni waktu cari maklumat tentang New Zealand. Walaupun dalam review ada selit dgn sejarah semua tu... tp x boring! 2 thumbs up!
ReplyDeletep/s: Oh cepatlah sambut tour ke India ni.. :)
Thank you. really appreciate it. InshaAllah saya cuba siapkan secepat mungkin.
ReplyDeleteSalam, boleh taw x..gmabar2 tu kan colour dia mcm cntik sgt..pakai camera apa ye???
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Saya guna samsung nx1000
DeleteAssalam...lps trip india ada rasa nak repeat ke sana tak?
ReplyDelete