Wednesday, 11 June 2014

6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014 - Part 2



Assalamualaikum & salam sejahtera !

Ingat lagi entri Part 1 Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014? Kalau tak ingat klik >>>>  SINI

Dah ingat? Jom sambung cerita.

Seusai solat subuh, saya terus bergerak ke Presinct 2 Putrajaya. Launching session sepatutnya bermula pukul 7 pagi. Hari ni hari terakhir festival. Kalau melepas, kena tunggu setahun lagi nak tengok belon udara panas berterbangan. Huuuuu. Tak sanggup !

Alhamdulillah takde drama sangat hari ni. Sampai Presinct 2 pukul 6.45 pagi. Masa ni, yang beratur untuk tethered hot air ballon rides dah ramai. Tak tahu lah pukul berapa diorang sampai. Ke bawak khemah berkampung tepi tasik ?.

Terus ke launching area. Setiap pasukan dah ambil tempat masing-masing, getting ready nak inflate belon. Cuaca cerah, tak nampak macam nak hujan.

Makin lama, makin banyak belon yang mengembang. Ekssssited tahap dewa. Sebab datang awal, dapat berdiri betul-betul belakang pagar. Takde lah kena berebut dengan pak arab tinggi galah lagi.

Jom layan gambar mereka-mereka yang bertungkus-lumus membuat persiapan sebelum majlis pelancaran belon.






Death Vader pun ada.




Macam-macam bentuk belon ada. Of course yang paling mencetuskan histeria si Death Vader tu. Bila dia muncul je, semua orang serbu nak bergambar. Macam selebriti.

Belon pertama yang naik ke udara ialah belon dari negeri Kedah. Maka secara rasminya, launching session untuk sesi pagi bermula.

Lepas tu satu demi satu belon naik ke udara. Berbunga-bunga perasaan, macam budak-budak baru dapat duit raya. Yes it was amazing ! First time tengok hot air ballon banyak-banyak macam ni.


Belon negeri Kedah Darul Aman

Selfie dengan belon.


Segerombolan belon berterbangan.



Saya berkejar ke jambatan Seri Wawasan bila dah banyak belon yang terbang. Harap dapat shot yang menarik dari atas jambatan.

Rupanya memang ada yang berkhemah tepi tasik. Sorang mat saleh ni masih lena dalam khemah, siap berdengkur lagi. Padahal kawasan sekeliling dah bising dengan sorakan orang ramai. Aiseh ! Jangan buat kotor sudah la ye. Jaga kebersihan kawasan tasik.

Boleh tahan ramai jugak orang atas jambatan, tapi still ada ruang nak menyelit. Yang baru selesai jogging dan berbasikal pun singgah sekali nak tengok. Sangat meriah dengan sorakan anak-anak kecil yang eksssited tengok belon besar.

Tanpa berlengah lagi, jom layan view dari atas jambatan Seri Wawasan. Layanzzz !


View dari tepi tasik (semasa berlari ke arah jambatan).












Tethered Hot Air balloon Rides 


Tethered Hot Air Balloon Rides : Belon ni diikat dengan tali, so takkan terbang jauh pun. Statik je macam dalam gambar atas tu.


Mission accomplished ! Tercapai jugak hasrat untuk menyaksikan sendiri festival belon udara panas depan mata. Alhamdulillah segala perancangan dipermudahkan oleh Allah.

Matahari pun dah tinggi, perut dah memberontak kelaparan. Saya terus ke Masjid Putra. Sambil makan di restoren di tingkat bawah masjid, sambil menikmati keindahan tasik Putrajaya.












Saya berhenti di sini. Harap terhibur dengan perkongsian kali ni. InshaAllah banyak lagi yang akan menyusul lepas ni. Doa-doakan semoga segala urusan untuk meng'update' blog ni dipermudahkan-Nya, amin. 

See you guys in my next entry. Till then, Assalamualaikum !

Have a good day !

No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...