Sunday 10 September 2017

Japan Solo Backpacking Trip : Day 1 (14/05/2017 - Sunday)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca sekalian.


Dah baca itinerary penuh trip kali kedua ke jepun ni? Kalau belum, klik >>> SINI. Baca dulu entri itinerary tu sebab ada intro sikit2. Entri ni saya jump straight to hari kejadian. Plus, ada link2 penting untuk bacaan lanjut dalam tu.

Seawal jam 5 pagi saya bertolak dari kediaman di Cheras menuju ke Putrajaya Sentral. Park kereta disana dan ambil ERL ke KLIA2. Selesai solat subuh, saya terus ke Tune Store di aras 2 Getway@KLIA2 untuk collect pocket wifi. Ini pertama kali menggunakan perkhidmatan pocket wifi dari Travel Recommends (TR). Ada beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan sebegini kat area KL tapi saya pilih TR sebab rate paling murah masa tu (RM20/day).




Kebiasaannya guna wifi free masa travel. Boleh je hidup tanpa internet dan social media. Tapi trip Japan ni lain. Dah jadi keperluan. Firstly, last minute planning (sebab cuti susah nak dapat). Natijahnya, tak sempat nak buat research yang lengkap. Itinerary ringkas je sempat buat. Selebihnya sambil travel sambil study & decide. Jarak perjalanan sangat jauh. Jadi internet harus ada sepanjang masa untuk check train timetable, estimate masa perjalanan dan merancang aktiviti.

Anyhow, saya book dan bayar siap2 di website TR (link dalam itinerary). Pagi sebelum bertolak terus collect kat kaunter Tune Store. Dalam beg hijau tu ada gadjet, USB port, & charger. Sampai Jepun nanti, terus log in guna password yang tertera di belakang gadjet & voila, you're connected ! Harus diingat, anda harus bayar deposit untuk set barang2 ni. Kalau hilang gadjet ni hangus deposit tu.




Alhamdulillah cuaca terang benderang pagi ahad tu. Dapat seat paling belakang sekali, dan sebelah takde passenger lain. Masuk je kabin terus bukak segala jenis buku dan nota masa belajar bahasa Jepun 3 tahun lepas. Dah macam belacan ! Sensei tengok ni mampus kena cubit telinga, hihi.

Sejujurnya dah lama tak practice bahasa ni. Satu-satunya geng yang boleh communicate dalam japanese (Fateha - bahasa jepun anime) pun dah lama tak jumpa lepas sambung master programme. Sedar2 je dah hilang semua skill, macam back to square 1. Jenuh crash course dalam flight 5 jam lebih tu. huhu.





Mujur awan cantik kat luar tingkap, dapat jugak ditenung. Lapang sikit otak yang berserabut. Nervous jugak banyak benda tak settle lagi. Biasanya semua perkiraan sudah dibuat sebelum berangkat travel. Semoga dipermudahkan.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Kansai International Airport jam 3.10 pm waktu tempatan. Cuaca baik. Imgresen lancar, cuma beg kena geledah kejap (? ada nampak gaya penjenayah ke saya ni? Kesangsian pakcik imigresen bertambah bila cakap saya travel sorang).

Saya terus ke surau untuk selesaikan tanggungjawab. 3 tahun lepas takda lagi surau kat sini. Dah banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak Japan National Tourism untuk menjadikan negara Jepun sebagai sebuah destinasi pelancongan yang muslim-friendly. Salute !

Surau berada di tingkat 3 Terminal 1, bersebelahan Korean Air Lounge. Ikut je tanda arah inshaAllah jumpa. Surau lelaki dan perempuan asing, siap dengan tempat wuduk. Ada lagi 2 surau kat airport ni, di north & south wing International departure gate.


 Tanda arah yang jelas ke surau.

 Tempat wuduk dalam surau lelaki siap dengan sabun, tisu dan tong sampah.

 Ruang solat dalam surau lelaki.

 Al-Quran, sejadah, kain pelikat, kopiah, minyak wangi semua ada.

 JR ticket office, tingkat 2.


Selesai solat, saya ke JR ticket office di tingkat 2 luar bangunan airport. Kali ni yang melayan saya adalah pekerja warga China yang bekerja di bahagian  kaunter 'foreign tourist'. Tak berapa nak mesra orangnya. Saya lebih prefer warga tempatan sendiri yang jauh lebih sopan dalam melayan tetamu.

Ini kali kedua saya guna JR Pass. Di JR ticket office ni kita kena tukar Exchange Order yang dibeli di KL dengan JR Pass. Kemudian boleh tentukan tarikh bila nak mula guna Pass ni. Saya terus aktifkan untuk guna serta merta sebab petang ni akan terus ke Kanazawa, sebuah bandar di bahagian barat kepulauan Honshu, hampir 300km dari Osaka.


(Sumber: Hyperdia)


Dari Kansai, saya menaiki Ltd. Exp Haruka 40 dalam perjalanan ke Kyoto dan berhenti di Shin-Osaka station (51 minit). Dari Shin-Osaka saya menaiki Ltd. Exp. Thunderbird 37 terus ke Kanazawa (149 minit). Dengan adanya pocket wifi, mudah saya nak check train schedule di HyperDia. Kagum sungguh dengan ketepatan masa  keretapi disini. Seminit pun tak lambat. 

Takde apa sangat nak dibuat selain melayan perasaan sorang2 dalam train. Belek2 buku sikit sambil buat research pasal perjalanan esok hari.


 Di Shin-Osaka station menunggu keretapi ke Kanazawa.

 Matahari terbenam di ufuk barat.



Tepat jam 8.15 pm saya tiba di Kanazawa station. Untuk ke hostel tempat beradu malam ni, saya harus keluar melalui East exit (Kenrokuen exit). Jarak hostel hanya 350 meter dari stesen. Google map je arah ke hostel sebab ada pocket wifi ni. Mudah sangat. Sejuk jugak cuaca kat luar dengan angin sepoi2 bahasa.


 Wooden Arch di bahagian East Exit, Kanazawa Station.

Good Neighbour's Hostel.


Pekerja di reception counter sangat peramah. Tak pernah ada tetamu dari Malaysia katanya. Terus dibawa ke bilik. Siap jemput join diorang buat party minum alcohol lagi malam tu. Tradisi mereka buat minum2 bersama customer di lewat malam. Saya kata tak minum alcoholic drink sebab saya muslim, dia garu kepala. Mungkin minah ni tak pernah terdedah kepada Islam kot. Dia memang tak paham walau saya cakap dalam bahasa dia.

Nasib badan dapat katil atas. Yang bawah semua dah penuh. Yang bestnya kat Jepun ni dorm semua ada tirai, dan katil luas. Mat saleh sorang ni tak berapa nak mesra kalau nak berborak. Muka bengis, jawab sepatah-sepatah. Yang lain dah terbaring atas katil, sibuk dengan handphone masing2 disebalik tirai. Yang duduk katil bawah saya je mesra sikit. Orang Israel. Borak cincai2 je lah. Takde la nak hadap sangat orang Isra-hell tu kan. 

Tadi kat train station dah tapaw roti dan onigiri untuk dinner. Makanan ruji sepanjang trip ni. Lepas mandi dah solat, terus lelap. Esok kena bangun awal giler untuk catch train pertama ke Toyama.

Itu saja untuk hari pertama. Nothing much. Xde gambar lawa atau scenery cun. Sehingga berjumpa lagi dalam entri berikutnya.

Assalamualaikum !


4 comments:

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...