Friday 22 September 2017

Bukit Batu Putih, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan (24.04.2017)


Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia !!


Motif ber-1 Malaysia bagai? Haha. Dah lama giler tak buat entri cuti-cuti Malaysia. Dasar lupa daratan sungguh ko Kancil. Walhal banyak je ko travel dalam negara selama ni (Penang, Kuching & sebagainya).

Setelah berkurun tiada percutian keluarga, akhirnya berjaya jugak kumpul suku-sakat Puan Saiedah di Port Dickson pada weekend 22-24 April 2017. Itulah kekdah nya kalau adik beradik seramai satu team bola. Ditambah menantu dan cucu, penuhlah satu bas persiaran tu.

Entri ni nak fokus dekat trip hiking ke Bukit Batu Putih yang terletak dalam kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan tak berapa jauh dari PD (dalam 15-16km) pada pagi 24 April 2017, hari terakhir sebelum bersurai.

Area Tanjung Tuan ni sebenarnya dah masuk sempadan negeri Melaka, makanya berada dibawah pemerintahan Melaka. Nama lain Tanjung Tuan adalah Cape Rachado atau Richardo (nama semasa Melaka dibawah jajahan Portugis).

Disebabkan kedudukannya yang strategik menghadap Selat Melaka, Portugis membina sebuah rumah api di puncak bukit diantara tahun 1528-1529 (tidaklah dapat dipastikan kesahihan fakta ini). Bayaran RM1 dikenakan untuk masuk ke dalam kawasan Hutan Rekreasi ni.

Cukup dah intro tu. Ayuh mulakan pendakian !


 Ahli ekspedisi terdiri dari kanak-kanak, belia remaja, bapak2 & ibu2 disekitar usia 5 ke awal 40-an. Anak2 kecil, ibu mengandung dan separa abad dikecualikan.


Tak ditangkap pulak gambar hiking track sebab sibuk melayan kanak2 ribena yang berbagai ragam. Tak sampai 10 tapak dah minta didukung. Haish !

Dari segi tahap kesukaran, bolehlah saya kategorikan sebagai mudah ya hamat. Dalam 1/3 kesukaran Broga kot. Dari pintu masuk sampai ke rumah api, jalan tar. Untuk ke Bukit Putih, ada laluan masuk sebelah kanan lebih kurang 200 meter sebelum sampai ke rumah api tersebut. Dari sini baru macam real hiking sikit meredah hutan dan trek bertanah.

Anyhow, tak ingat berapa lama kami amik masa untuk sampai ke puncak Bukit Putih. Likely tak sampai sejam pun. Sampai je ke puncak tu ya ampun sogo nya. Penuh umat manusia.  Akhirnya berjaya jugak mengusir mereka semua untuk kami bergambar sakan (tipu je. Kami tunggu turn dengan penuh santun. Takde photobomb gambar orang laen pon).

Jom layan gambar kat puncak. Cantik jugak sebenarnya. Selama ni pandang sebelah mata je kat PD nih, hiks.












Mamat baju merah bertopi itu bukan sebahagian dari suku kaum kerabat kami. Sebab tu die tak kesah nak pandang kamera. Kejadahnya ko tercegat kat situ masa kami amik gambar dik. Nak tegur kang takut terasa hati pulak. Muka macam kecewa baru putus cinta. Lalu kami membiarkan beliau melayan perasaan disitu (nampak tu toleransi kami, heeeee).

Ber awan masa tu so takde la panas sangat. Kalau clear tak berawan mesti lagi biru air laut tu agaknya. Ke tak pun? Kawasan hutan ni menghuni lebih kurang 54 jenis spesis burung dan dipercayai sebanyak 300,000 ekor burung singgah di hutan ini setiap tahun.

Makanya berdisiplin lah kalian semua bila kesini. Mohon jangan tinggalkan sampah-sarap, dan kalau boleh elakkan lah dari merokok. Pengunjung mengerah keringat panjat bukit nak sihat. Tak best la dapat risiko kanser paru2 dan tekak sebab terhidu asap rokok korang. Tak gitu?




Rumah api ni berpagar. Tengok dari luar je lah. Tetibe nampak ada trek lain selepas rumah api tu. Jom terjah! Trek ni turun bukit bertangga. Curam jugak. Extra careful kalau bawak budak. Hanya sebahagian je yang larat nak sambung trekking ni. Yang lain tersadai di rumah api.





Rupanya ada pantai kat hujung trek ni. Agak tersorok. Feeling2 private beach gitew. Ada sekumpulan nyonya berbikini tengah sun-tanning kat situ. Kasik can kanak2 riang main air kejap. Yang dah tua ni duduk bersila atas pasir putih bawah pokok sambil mengatur kembali pernafasan.







Dah penat main air mula la buat perangai. Tangga pulak sikit punya tinggi. Bergegar lutut nak oii mendukung kamu berdua. Nampak Fathi je piggyback dalam gambar tu. Realiti nya depan ada Mujahid jugak. Extra 30 kilo bebanan. Sabor je la.

On the way mendaki naik ke rumah api tadi bertembung dengan pasangan mat saleh ni. "Your daddy is very strong. Lucky boys!". Saya hanya mampu membalas dengan senyuman. Tak cukup nafas tak berkata-kata.


 Moyet2 liar disekitar rumah api. Jaga2, mereka nakal.


Overall, a hill worth hiking. Mudah untuk didaki dan view dari atas puncak cantik. Nak pergi hari dari KL pun boleh. Tak jauh. Sebagai penutup, saya belanja gambar sunset dekat PD yang tersangat lah cun. Personally, antara sunset paling cantik pernah saya tengok. 

Sehingga berjumpa lagi. Salam !




No comments:

Post a Comment

Itinerary : Myanmar Adventure (19.01.2018 - 28.01.2018)

" Our only limitations are those we set up in our own minds " ---------- xxxxx ---------- 19.01.2018 (Friday) ...