Friday, 29 January 2016

Ceylon : A Land Like No Other - Day 5 (February 3, 2015)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera !


Genap setahun pengembaraan kami ke bumi Ceylon Sri Lanka. And this is the final entry untuk trip singkat 5 hari 4 malam di sana. Galle terletak di bahagian Selatan Sri Lanka menghadap Lautan Hindi. Awal pagi kami bangun, niat asalnya nak layan sunrise tepi laut, di Galle Fort. Malangnya pagi tu cloudy, tak nampak lagi batang hidung si matahari.

Walaubagaimanapun, kami tetap layan suasana pagi tepi pantai yang nyaman dan mendamaikan. Galle Fort dibina oleh Portugese sekitar tahun 1588. Ia kemudiannya diperbesarkan lagi oleh pihak Belanda yang menawan Galle sekitar tahun 1649. Galle Fort mengalami sedikit kerosakan semasa kejadian tsunami pada tahun 2004. Ia telah pun diwartakan sebagai salah satu dari tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Tak lama lepas tu hujan renyai pulak. Kesuraman pagi berpanjangan. Kami terserempak sorang pakcik berjubah yang tersangat ramah mesra. Pernah bertabligh di Sri Petaling dulu so excited sangat die jumpa orang Malaysia kat kampung halaman dia. Lepas bawak kami pegi satu kedai beli breakfast, dia ajak singgah ke rumah untuk makan sekali. Siap belanja lagi breakfast kami. Tapi kami pulak rushing nak balik hotel dan pack barang. So tak sempat gi rumah pakcik tu.















Tu dia pakcik peramah tu. Makasih pakcik melayan kami budak2 kurang matang ni. Kami doakan yang terbaik untuk pakcik di dunia dan akhirat. Pukul 9.30 pagi, kami berangkat pulang ke Colombo. Kali ni pandai pulak si Tusyar ni ikut highway, sebab kami cakap takut lambat sampai airport.

Sebelum tu kami singgah dulu ka satu rumah kayu yang merupakan muzium yang didedikasikan untuk memperingati mangsa2 musibah tsunami pada tahun 2004. Untuk bacaan lanjut klik SINI >> TSUNAMI.









Kai tiba di airport pada pukul 1.15 tengah hari, just in time untuk check  in. Maka tamatlah penegmbaraan di bumi Sri Lanka. DIharapkan anda  semua terhibur dengan perkongsian ini walaupun di perakhirannya macam tak berapa banyak aktiviti.

Makanya, dinasihatkan kalau nak travel Sri Lanka ni, sama ada panjangkan tempoh disana sebab negara nih sebenarnya sangatlah besar dan banyak sangat tenpat menarik, atau kalau macam kami x ckup masa, maksimumkan tempoh travel singkat tu dekat beberapa destinasi sahaja. Jangan ikut kekdah kami ye.

Sehingga berjumpa lagi.Till then, Assalamualaikum !


1 comment:

  1. Salam, saya ada soalan berkenaan dgn visa Sri Lanka. It stated in the website that the fee is 69$, itu currency sri lanka rupee atau usd ya?

    ReplyDelete