Friday, 29 January 2016

Ceylon : A Land Like No Other - Day 4 (February 2, 2015)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Menyambung kembali coretan tertunda di bumi Ceylon. Hari keempat merupakan highlight (kononnya) untuk trip kali ni iaitu pedakian puncak Adam's Peak. Adam's peak berketinggian 2243 meter dari paras laut, terletak di Central Province, Sri Lanka.

Terdapat batu sebesar 1.8 meter diatas puncang gunung ini, dipercayai merupakan bekas tapak kaki Buddha. Bagi penganut agama Hindu, mereka percaya ia merupakan kesan tapak kaki dewa Siva manakala bagi penganut agama Kristian, mereka percaya ia merupakan kesan tapak kaki Nabi Adam ketika diturunkan ke bumi.

Saya tak mau komen lebih pasal kepercayaan sebahagian masyarakat Islam mengenai hal yang sama sebab bukan bidang saya, tapi itulah asal kepada nama Adam's Peak. Ia dikenali sebagai 'Sri Pada' dalam masyarakat tempatan Sinhalese yang bermaksud 'tapak kaki buddha'.

Misi kami kali ni nak tawan puncak gunung ni sebelum matahari terbit untuk menyaksikan keindahan sunrise dari ketinggian 2000 meter. Sadly, timing trip ni kurang tepat. Cuti umum yang agak panjang sempena sambutan Poya dan hari kemerdekaan pada 3 & 4 Februari (selasa & rabu). Jadi kerajaan kasik cuti jugak hari isnin 2 februari tuh. So 5 hari cuti termasuk weekend. Makanya, berpusu-pusulah rakyat jelata semua ke puncak Adam's Peak untuk beribadah, berjemaah.

Basically ada 6 trek kesemuanya untuk ke puncak tapi yang paling popular adalah melalui Hatton. Trek dari hatton merupakan tangga batu melebihi 5200 anak tangga, disinari lampu sepanjang perjalanan dan terdapat beberapa rest stop in between. Ia merupakan trek yang paling curam, tapi 5km lebih pendek dari trek2 lain yang kebanyakannya trek hutan tidak berbatu dan kurang selamat.

Anyway, pukul 12.30 tengah malam, semua dah berkumpul di lobi hotel dan mula bergerak ke kaki gunung untuk memulakan pendakian. Banyak kedai-kedai disepanjang jalan yang menjual makanan dan pelbagai alat mendaki. Dan seperti yang dijangka, memang sesak sungguh trek pendakian dengan umat manusia. Dari baby kecil sampai datuk nenek, gigih sungguh masing2 mendaki. Kadang2 tu kesian tengok anak2 kecil dan orang2 tua ni. Yang berkaki ayam pun ada, punyalah devoted.

Layan gambar sepanjang pendakian jom !












Setelah beberapa kali berhenti tarik nafas, lebih kurang pukul 5 pagi, saya dan Shafik sampai ke puncak gunung. Yang lain masih dibelakang. Beberapa ratus anak tangga sebelum sampai ke puncak, traffic jam teruk. Lansung tak bergerak. Rupanya yang kat atas puncak orang tengah beratur nak masuk dalam kuil nak sembah batu footprint tu. Kami skip kuil tu, bypass dari belakang dan terus secure tempat untuk berehat sementara tunggu sunrise.

Terserempak dengan Tushar masa tengah daki tadi, tengah semput tarik nafas, hihi.

Malangnya, langit sangat berkabus pagi tu. Sang mentari malu2 kucing nak keluar sebab ramai sangat kot dok tunggu kemunculan dia. So no sunrise. Layan kepulan kabus wasap je, sob2x.

Tak lama kemudian yang lain sampai puncak. Lepas bergambar sempena meraikan kejayaan menawan puncak Adam's Peak, kami beransur-ansur turun. Semangat hokeyh dengan bendera Sri Lanka bagai.























Cantik jugak pemandangan di kiri kanan trek rupanya, dihiasi hutan tropika dan ladang teh yang menghijau. Tapi sebab dah tak tahan nak kencing, saya terpaksa berlari menuruni 5200 anak tangga tu. Memang ada beberapa toilet disepanjang perjalanan tu,tapi ngeri.

Walaupun Sri Lanka generally negara yang sangat bersih dan sivik, tapi sebab dah ramai sangat yang guna toilet2 tu, kehancingannya menjerut leher. Terpaksa tahan sampai jumpa bilik hotel kekdahnya. Akibatnya otot peha dan kaki menanggung kesakitan selama beberapa hari.

Breakfast, mandi dan berkemas untuk check out. Tepat pukul 12 tengahhari, kami memulakan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Galle di selatan Sri Lanka. Ada 3 pilihan highway untuk ke Galle dari Hatton ni, jarak secara purata dalam 210-230 km (lebih kurang 4 jam setengah perjalanan).

Mamat Tusyar ni decided ikut jalan pantai, supaya tak payah bayar toll. Of course la lebih jauh jarak perjalanan. Lebih 6 jam kot mereput dalam van. termasuk berhenti makan, berak kencing dan isi minyak. Hangin satu badan dengan mamat nih.

Macam yang saya cakap dalam entri pertama dulu, trip Sri Lanka ni yang paling dahsyat setakat ni sebab cover jarak perjalanan yang sangat jauh dalam masa yang sangat singkat. Mana la kami tau si Tusyar ni si pembelit. Masa buat research semua route google maps kasik highway, so possible la jugak itinerary kami. Bila dah terbuang masa dalam perjalanan sebab ikut jalan bukan highway, kacau jugak itinerary.






Lepas check in, kami keluar makan dan celebrate birthday Fairuza (yang ke-20???). Senang je nak cari halal food kat Galle ni. Ada masjid besar kat sini. So kami tanya orang kat masjid tu restoren halal.

That's all for now. Nothing much sebab selain terapai misi pendakian Adam's Peak, takde ape2 aktiviti untuk hari ke-4 di Sri Lanka. Bukan rezeki kami nak tengok sunrise kat puncak gunung tadi. Malam pun tak sempat nak buat apa. Esok la ye kita jelajah bandar ni mana yang sempat, okaeh ?!

Jumpa lagi dalam entri berikutnya. Till then, Assalamualaikum !


4 comments:

  1. Inspiringnya semua posts! Ghase nk jejak semua tpt yg ada.. huhu. Dr ptg sampai mlm xhbs lg study blog u. aha. its ok. will continue later :D anyway, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. seronok baca blog anda..rasa macam ikut sama dalam trip tu..haha..sabar je la si Tusyar ni..
    tak sabar tunggu next trip story! haha

    ReplyDelete