Saturday, 19 September 2015

Weekend Getaway : A Glimpse Into the Khmer Empire - Day 3 (18 January 2015)


Assalamualaikum, salam sejahtera semua !


Last day in Siem Reap !

Apa lagi aktiviti yang boleh dibuat bagi mengisi masa sebelum berlepas pulang? Asalnya saya nak pergi Landmine Museum, attraction yang dapat rating baik di Tripadvisor. Tapi masa tak mengizinkan.

Instead, kami ke Silk Farm untuk melihat proses pembuatan sutera. And guess what, tour kat Silk Farm ni free of charge !

So why not?

Tak banyak attraction di Siem Reap yang free. Yang berbayar pun kadang2 terpaksa berhadapan dengan kerenah scammers yang ketuk duit pelancong macam Chong Kneas Floating Village.

Perjalanan ke Silk Farm mengambil masa lebih kurang 20 minit. Memandangkan masih awal pagi, tak ramai lagi pelancong masa kami sampai.

Lepas dapat tourist guide, kami dibawa untuk melihat pokok Mulberry.





Daun Mulberry merupakan makanan ulat sutera. Ulat sutera yang bebas terpaksa mengerah tenaga mencari pokok Mulberry untuk makan. Tapi ulat2 sutera kat Silk Farm ni hanya perlu tunggu dan nganga mulut untuk disuap sampai jadi gemuk.

Keluasan Silk Farm ni lebih kurang 8 hektar, dan 5 hektar saja adalah ladang pokok Mulberry. Bila dah kenyang, ulat2 sutera akan mula menghasilkan kepompong dan berhibernasi dalam tu sambil berangan suatu masa nanti dia akan keluar menjadi seekor kupu-kupu yang seksi menawan.

Ternyata ia hanyalah angan-angan Mat Jenin semata-mata. Belum pun puas tidur, ulat-ulat sutera tersebut dikejutkan oleh air yang panas membara. Kepompong2 yang gebu akan dididih didalam air panas untuk mengasingkan benang sutera.

Maka tamatlah riwayat seekor ulat sutera apabila dihidang untuk menjadi santapan peminat makanan eksotik. Not so happy ending? Hihi.

Mula-mula kami dibawa ke sebuah rumah yang menempatkan telur serta ulat2 sutera yang diberi makan. Kemudian kami ke kilang dimana kepompong dididih dan benang sutera diasingkan.


Telur-telur ulat sutera #1

Telur-telur ulat sutera #2

Ulat-ulat sutera disuakan daun Mulberry. Makan puas-puas sampai kau lebam dan obese !

Kepompong keemasan.

Kepompong dijemur dibawah matahari.

Kilang pemprosesan.

Kepompong dididih.

Benang sutera kasar yang diasingkan dari kepompong.

Proses pengasingan benang sutera.

Sutera keemasan di Cambodia berbeza dengan sutera putih di China dan Vietnam.


Seterusnya, proses mewarna benang2 sutera kasar tersebut. Mereka menggunakan herba, buah dan daun2 pokok untuk menghasilkan warna2 yang dikehendaki. Takde artificial colouring.

Lepas colouring, benang2 sutera tersebut perlu dihaluskan sebab benang asal agak kasar. Kemudian barulah ia ditenun untuk menghasilkan kain sutera yang selembut............. sutera ! Heh !


Bahan untuk setiap warna yang dihasilkan.

Benang sutera kasar yang telah diwarnakan.

Proses menenun.

Kawasan tenunan. Kakak tu sempoi, bangun tidur terus punch in masuk kerja, pakai pijama je.


Kami juga dibawa ke satu galeri kecil yang mempamerkan contoh2 hasil tenunan. Kat galeri ni jugak ada contoh model mesin penenun. Gaun pengantin yang guna kepompong tu macam geli pulak bila ditenung, huhu.


Mesin penenun.

Kain sutera yang siap.

Sekadar hiasan.

Kiri: Baju tradisional Kemboja yang dibuat dari sutera.
Kanan: Gaun Pengantin dari kepompong ulat sutera.


Akhir sekali, kami dibawa ke sebuah kedai yang menjual barangan yang dihasilkan dari sutera. Baju, beg, sarung bantal, cadar... You name it. Semua hado. Tengok harga teruk pitam.

Pekerja-pekerja tadi sebenarnya dilatih di sebuah sekolah. Bukan sembarangan orang yang boleh bekerja kat Silk farm ni. Kena ke sekolah dulu, mahirkan diri dengan segala skill yang diperlukan, baru diambil bekerja.

Bagus juga pergi ke Silk Farm ni. Boleh jugak cuci otak dengan fakta2 lain setelah kepala otak lebam dengan fakta sejarah semalam. Dah la free entrance, tour pun free jugak. Dapat ilmu lagi. Honestly sebelum ke Silk Farm ni saya lansung takde idea pasal penghasilan sutera.

Orait, kami kembali ke bandar. Sebelum ke airport, kami singgah sebentar di Killing Field. Tempat ni diabadikan untuk mengingati kekejaman rejim Pol Pot. Satu binaan yang menempatkan tengkorak2 sebahagian mangsa kekejaman Pol Pot boleh didapati berhampiran sebuah kuil.






Last sekali, kami makan besar di Restoren Thoba Yana. Memang best hidangan kat sini. Ada surau jugak kat tingkat atas berdekatan dengan ruang makan.

Kemudian kami mengucapkan selamat tinggal kepada Zakariya. Semoga Allah murahkan rezeki Zakariya dan keluarga khususnya, dan seluruh umat Islam di Cambodia umumnya. Sesiapa yang berminat untuk hire Zakariya boleh contact dia melalui facebook atau whatsapp. Detail saya ada provide dalam entri hari pertama.

Selesai sudah trip pendek hujung minggu ke Siem Reap. Secara rasminya, Cambodia merupakan negara Asean ketiga yang saya jejaki selepas Brunei dan Indonesia.

Sehingga berjumpa lagi dalam entri berikutnya. Saya akhiri dengan kalimah mulia, Assalamualaikum !


2 comments:

  1. Salam,
    Terjumpa blog ni bila google pasal trip ke europe. Saya alami yg sama. Berminggu2 nak finalize kan itinery disebabkan faktor transport dan cost. Sampai sekarang tak finalize lagi.
    Macam mana nak contact saudara ye? Nak menuntut ilmu europe ni.
    Btw, orang temerloh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM kat FB. Ya saya. Koi oghang Temerloh.

      Delete