Saturday, 19 September 2015

Weekend Getaway : A Glimpse Into the Khmer Empire - Day 2 (17 January 2015)



Assalamualaikum, salam sejahtera semua !


Dikala jerebu yang teruk melanda negara ni, dinasihatkan supaya anda semua menjaga kesihatan dan mengambil langkah2 pencegahan yang berkenaan (kurangkan aktiviti luar, pakai mask, minum banyak plain water etc.). Moga2 langit Malaysia kembali cerah dengan segera.

*************

Antara aktiviti paling popular di Siem Reap adalah menikmati pemandangan matahari terbit di Angkot Wat. Tapi bagi kami yang bukan jenis bersemangat waja untuk bangun awal dan meredah kedinginan pagi, berselubung bawah selimut tebal nampak lagi menarik, hehee.

Takpe lah, biarlah depa semua enjoy sunrise yang awesome tu. Kami ke Angkot Wat siang hari je nanti. Lagipun ni trip santai je menepati tema weekend getaway. Penat kerja semalam pun belum habis lagi. Kesian kat sendi-sendi lutut tu ha.

Since Zakariya sangat flexible, kami turun untuk breakfast lewat sikit, dalam pukul 7.30 pagi. Kami suruh die datang pukul 8. Breakfast so-so je, nasi goreng vegetarian. Cukup lah sekadar alas perut, Free.

Destinasi pertama hari ni, Floating Village di tasik Tonle Sap. Perkampungan ni terletak lebih kurang 15km dari bandar Siem Reap, lebih kurang 45 minit perjalanan dengan menaiki tut tut (lagi laju dengan van atau bas pelancong).




Tonle (large river) Sap (fresh/not salty) merupakan sumber ekosistem penting dalam pembinaan empayar Cambodia. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di rantau Asia Tenggara yang menerima aliran air dari sungai Mekong.

Semasa musim hujan (monsoon) dari bulan Jun-Oktober, tasik ini dipenuhi air yang mengalir dari sungai Mekong. Kedalaman tasik boleh mencecah sehingga 14 meter dengan luas permukaan melebihi 10 ribu kilometer persegi.

Semasa musim panas/kering pula (Nov-May), air tasik mengalir ke sungai Mekong dan surut. Keluasan permukaan tasik turun sehingga 3 ribu kilometer persegi dengan kedalaman 2 meter sahaja.

Tonle Sap menyimpan seribu satu khazanah alam dengan kepelbagaian biodiversiti.  Lebih 300 spesis ikan air tawar, 100 spesis burung dan pelbagai jenis buaya, kura-kura, dan ular mendiami habitat ini. Pada tahun 1997, ia telah diwartakan sebagai salah satu dari UNESCO Biosphere Reserve.

Perjalanan ke Tonle Sap agak mencabar paru-paru. Air tasik yang surut menyebabkan keadaan tebing sungai berpasir dan berhabuk. Sehinggakan satu masa tu, tayar tuk tuk tersekat dalam pasir, tak bergerak. Terpaksa turun dan tolak tuk tuk.

Sepanjang perjalanan, terpaksa tutup muka (nak cover mata dan lubang hidung) dek kerana pasir yang berterbangan. KZ sampai terpaksa modify seluar tidur untuk dijadikan mask.

Otherwise, boleh tahan jugak view di sepanjang perjalanan sebenarnya. Sawah padi yang menghijau, kawasan perkampungan yang aman, tali air yang mengalir tenang, lembu-lembu ternakan yang berkeliaran. Not bad, cuma berdebu.




Ko mampu buat macam KZ tu? Fesyen apakah? 

Time for boat ride !


Sampai dah ke jeti. Penuh dah bas dan van pelancong kat jeti. Zakariya dapatkan satu bot untuk kami yang berharga USD15. Driver kami sorang makcik yang kurus tapi kental semangatnya.  Floating village yang bakal kami lawati ni namanya Chong Kneas, antara yang popular di Cambodia.

Personally, lawatan ke Chong Kneas ni takde lah seronok mana. Cruise (cruise lah sangat!) ambil masa  lebih kurang 2 jam, tapi lepas setengah jam dah boring. Ada 2 perhentian. Yang pertama Fish & crocodile farms, dan yang kedua sourvenir shop 2 tingkat.

Kami hanya singgah sebentar di souvenir shop untuk naik ke tingkat 2. Dari situ boleh nampak keluasan tasik Tonle Sap dari atas. Sejauh mata memandang. Selebihnya, mengelamun melayan perasaan masing-masing.

Perlu diingatkan, Chong Kneas merupakan 'lubuk' scammers kat Siem Reap ni. Banyak bad review pasal tempat ni terutamanya dari pelancong mat saleh yang kena ketuk dengan boat rider. Ada tu kena charge sampai USD30 untuk 1 boat ride. Lepas tu dibawa ke sekolah dan dipaksa beli beras yang overprice (USD60) untuk disedekahkan kepada budak2 sekolah.

Yang lebih menjengkelkan, duit2 tu semua bukan sampai pon kat budak2 sekolah yang miskin tu, tapi dikaut sepenuhnya oleh private kompeni yang menguruskan servis boat ride kat Chong Kneas tu (menurut sumber2 tertentu).

Nasib baik si makcik kurus boat rider kami jenis yang diam seribu bahasa, buat hal sendiri, tak kacau kami lansung. Sepatah haram pun tak wujud perbualan antara kami. Dia memang tak faham sepatah haram english. So quite straight forward, takde lencong sini sana.

 Layan gambar sekitar Chong Kneas jom!






Ada satu sekolah kat dalam kawasan floating village ni. Sekolah ni agak femes dan selalu jugak keluar dokumentari. Hari sabtu tapi kelihatannya ramai budak2 sekolah sedang bermain diluar kelas (dan atas bot !). Waktu rehat agaknye.

Sekolah ni siap ada basketball court okay. Tapi tak kelihatan pula dari bot kami. Pihak MERCY yang telah bertanggungjawab membina sekolah ni untuk provide pendidikan kepada kanak-kanak di kampung air ni. Salute !












Tu contoh cenderahati yang dipamerkan di souvenir shop dua tingkat tu. Ape la kejadahnya haiwan-haiwan berbisa tersebut dijadikan souvenir? Huhu.

Ada toilet kat sini tapi telan air liur 3-4 kali sebelum guna sebab air basuhan sama colour dengan air tasik yang keruh. Dan sisa kumbahan jatuh straight ke dalam sungai, huhuhu.

Anyway, kalau korang baca review kat Tripadvisor pun, Chong Kneas ni rating agak poor. Ada 2 lagi Floating Village yang katanya lebih cantik, bersih dan kurang scammers iaitu Kampong Khleang dan Kampong Phluk (refer balik peta kat atas). Tapi kedudukannya sangat jauh dari Siem Reap.

Mungkin korang boleh try nanti kalau bercuti panjang di Siem Reap? Mohon kongsi pengalaman okeh !





Attraction berikutnya merupakan highlight trip kali ni. Sejujurnya, sebelum ni saya hanya tahu pasal Angkor Wat saja. Masa belajar sejarah kat sekolah dulu pun Angkor Wat je yang diberikan penekanan.

Angkor Wat mungkin merupakan struktur paling penting yang menjadi tumpuan utama pelancong yang melawat Angkor Archeological Park, tapi ia hanya merangkumi sebahagian kecil dari keluasan sebenar tapak bersejarah ini. Jom study peta dibawah sebelum saya teruskan cerita.





Angkor Archeological Park dianggap sebagai salah satu dari tapak arkeologi terpenting di rantau Asia Tenggara selain candi Borobudur di Indonesia, Lembah Lenggong di Perak dan lain-lain. Ia dibina sebagai pusat pemerintahan empayar Khmer yang bermula sekitar kurun ke-9 sehingga kejatuhan empayar tersebut pada kurun ke-15.

Keluasan Angkor Archeological Park menjangkau 400 kilometer persegi menjadikannya kompleks keagamaan dan bandar pra-industri terbesar di dunia.

Disebabkan itu, kebiasaannya pencinta sejarah yang datang dari seluruh pelosok dunia akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk explore setiap inci sudut kompleks yang sangat luas ni.

Kami akan melawat 3 monumen penting hari ni. Yang pertama Ta Prohm, seterusnya Bayon di dalam Angkor Thom dan last sekali Angkor Wat. Rujuk peta diatas untuk mencari lokasi ketiga-tiga monumen tersebut.

Harga untuk 1-day pass ialah USD20, USD30 untuk 3-day pass dan USD60 untuk 7-day pass. 3-day pass valid untuk 3 hari dari mana2 hari dalam masa seminggu dan 7-day pass valid untuk mana2 hari dalam bulan tersebut.

'Angkor' berasal dari perkataan sanskrit yang mambawa makna 'bandar suci'. Empayar Khmer bermula pada tahun 802 AD selepas King Jayavarman 11 berjaya membebaskan Kambujadesa (nama Kemboja ketika itu) dari penguasaan Empayar Jawa.

Pembinaan kota Angkor bermula sejurus selepas pembukaan empayar Khmer. Selama beratus tahun, binaan demi binaan didirikan dan keluasan kota Angkor bertambah.

Hindu merupakan agama asal yang dianuti masyarakat Khmer. Oleh sebab itu, seniukir dan senibina awal kota Angkor banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Hinduism.

Jayavarman V11 yang memerintah empayar Khmer dari tahun 1181 hingga tahun 1218 menukar agama kepada Mahayana Buddhism dan memulakan pembinaan Angkor Thom.

Hindu kembali menjadi agama anutan masyarakat Khmer selepas beberapa dekad dan senibina yang berasaskan agama Buddha dimusnahkan. Sebelum kejatuhan empayar Khmer pada kurun ke-15, ajaran Buddha kembali dianuti oleh pemerintah dan masyarakat Khmer.

So basically semua binaan yang kami lawati hari ni mempunyai pengaruh ajaran Hindu dan Buddha. First up, Ta Prohm !


Pintu masuk ke Ta Prohm.


Ta Prohm dibina sekitar penghujung kurun ke-12 sehingga awal kurun ke-13 atas arahan King Jayavarman V11 sebagai sebuah biara. King Jayavarman V11 seperti yang saya sebutkan diatas merupakan raja Khmer yang telah menukar anutan kepada agama Buddha. 

Ta Prohm atau nama asalnya Rajavihara didedikasikan untuk pengkajian agama Buddha Mahayana dan mula dibina pada tahun 1186. Monumen2 yang terdapat pada hari ini masih sama seperti keadaannya yang terbiar selepas kejatuhan empayar Khmer. Ada sebab disebaliknya...

Ta Prohm mula menjadi tumpuan ramai selepas menjadi lokasi penggambaran filem Tomb Raider. Yang lebih popular dari monumen2 yang terdapat di Ta Prohm adalah sejenis pokok yang bernama Tetrameles nudiflora. Siapa yang tengok Tomb Raider mesti tau pokok yang berakar panjang, besar dan berselirat tu. 

So masa Ta Prohm ditemui semula oleh pengkaji sejarah, sebahagian besar kawasan kompleks ni telah kena invade dengan pokok2 tu. Yang menariknya, mereka perpendapat bahawa keadaan akar-akar pokok yang menyelirat dan 'membalut' sebahagian monumen tersebut menambahkan nilai estetik serta keunikan monumen tersebut.

Pencinta seni dan fotografi juga berpendapat kehadiran Tetrameles nudiflora menjadikan Ta Prohm fotogenik dan seterusnya menjadi inspirasi untuk penyajak dan penyair. Oleh sebab tu, proses penyelenggaraan Ta Prohm dilakukan dengan sangat teliti pada kadar yang minima. Makanya bolehlah dikatakan keadaan Ta Prohm pada hari ini masih sama (atau hampir sama) dengan keadaanya ketika ditinggalkan kira-kira 5 kurun yang lepas.

Orait, enjoy gambar-gambar disekitar Ta Prohm ni. Ukiran-ukiran buddha dapatlah diperhatikan di segenap dinding monumen. Pokok2 Tetrameles nudiflora memang bersepah dan menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar. Kena beratur ye untuk amik gambar kat lokasi penggambaran Tomb Raider tuh.

Layanz !













Macam pohon berhantu pun ada jugak pokok tu. Mistik. Seterusnya kami ke Angkor Thom. Seperti Ta Prohm, Angkor Thom dibina pada lewat kurun ke-12 atas arahan King Jayavarman V11 sebagai pusat pemerintahan. In fact, selepas kematian King Jayavarman V11, Angkor Thom kekal sebagai pusat pemerintahan sehingga keruntuhan empayar Khmer.

Berkeluasan 9 km persegi, Angkor Thom mengandungi beberapa monumen penting seperti The Elephant Terrace, The terrace of the Leper King dan Phnom Bakheng. Di tengah-tengahnya merupakan struktur paling penting yang menjadi kuil rasmi semasa pemerintahan King jayavarman V11 iaitu Bayon.

Dan Bayon merupakan destinasi kami yang sebenarnya. Monumen lain dalam Angkor Thom kami tak sempat nak cover sebab kesuntukan masa.

Jom !

Pintu masuk ke Angkor Thom yang kerketinggian 23 meter dengan ukiran 'wajah' didepannya.



Bayon dibina sebagai pusat keagamaan Mahayana Buddha, iaitu agama anutan King Jayavarman V11. Struktur paling menonjol dalam Bayon Shrine adalah 54 buah menara dengan 4 wajah diukir di setiap puncak dipanggil stone faces. So in total, ada 216 stone faces kesemuanya dalam kompleks ni.

Pelbagai teori wujud mengenai stone faces ni. Ada pengkaji sejarah yang berpendapat bahawa wajah2 tersebut adalah wajah bodhisattva yang didedikasikan kerana King Jayavarman V11 merupakan penganut buddha yang 'alim'.

Tetapi teori yang lebih kontroversi dan menarik menyimpulkan bahawa wajah2 tersebut adalah wajah King Jayavarman V11 sendiri kerana persamaannya. Mana 1 yang betul? Who cares ! Hihi.

King Jayavarman V111 yang mengambil alih tampuk pemerintahan kembali memilih Hindu sebagai agama anutan. Akibatnya, banyak struktur dan ukiran dalam Bayon Shrine dan Angkor Thom yang telah diubah-suai untuk mengikut ajaran agama Hindu.

Buddha kembali menjadi agama anutan di penghujung zaman kegemilangan empayar Khmer.

Jom layan gambar lagi !

















Ancient ruins....

Penat jugak menatap sisa runtuhan ni lama-lama. Matahari dah tegak atas kepala. Ketiak basah dan perut berkeroncong. Tapi misi belum selesai selagi tak ke Angkor Wat.

Ayuh, jangan buang masa...




Sampai jugak ke monumen paling grand sekali dalam Angkor Archeological Park. Angkor Wat dipisahkan dari monumen2 lain oleh tali air buatan selebar 190 meter berbentuk 4 segi yang mengelilinginya.

Ia merupakan sebab kenapa Angkor Wat masih berada dalam keaadan yang baik semasa ditemui oleh pengkaji sejarah. Tali air tersebut menghalang pokok2 liar dari menceroboh kawasan Angkor Wat

Angkor Wat dibina sekitar awal kurun ke-12 atas arahan King Suryavarman 11 sebagai State Temple yang didedikasikan untuk penyembahan Dewa Vishnu.

Ia juga merupakan monumen keagamaan terbesar di dunia. Yes, di dunia. So tak heranlah kalau monumen ini menjadi aset berharga dan simbol kebanggaan negara sehingga diabadikan diatas bendera negara Cambodia.

Henri Mouhot, seorang pengembara dari Perancis yang melawat Angkor Wat sekitar pertengahan kurun ke-19 menyifatkannya sebagai binaan yang sangat gah, cantik dan lebih hebat dari mana-mana monumen tinggalan empayar Rom.

Beliau hampir tak percaya sebuah kerajaan di Asia Tenggara dapat membina sebuah binaan yang mempunyai ketinggian senibina dan kehalusan seni ukir yang memukau. Gitew sekali penghayatan seorang pencinta sejarah kan. Kita ni tengok je lah, takde lah sampai memuja, hihi.

Untuk ke pintu masuk Angkor Wat, kena cross dulu tali air yang mengelilingi kawasan kompleks ni. Jangan risau sebab ada laluan berbatu yang agak luas. Hati-hati jangan sampai tergelincir ke dalam air sebab keadaan permukaan yang tak serata dan ketiadaan penghadang. Yang bawak anak2 kecil tu lagi kena hati2.







Begitu ramai sekali umat manusia yang datang melawat Angkor Archeological Park hari tu. Dianggarkan setiap tahun lebih 2 juta pelancong yang datang ke Siem Reap untuk melawat tapak bersejarah ni.

Pada masa yang sama ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh pihak UNESCO pada tahun 1992, ia juga telah disenaraikan sebagai List of World Heritage in Danger.

Melepasi pintu gerbang, terus nampak puncak Angkor Wat yang megah. Kena jalan lagi beberapa meter sebelum sampai ke kuil. Boleh dilihat dikiri kanan jalan, sumber air yang hampir kering (masa ni musim panas).






Fuh, teringat pulak kat cikgu sejarah dulu. Sebelum exam SPM, confident je dia cakap soalan pasal candi-candi kat Asia Tenggara mesti keluar punya. Potong jari kelingking kalau tak keluar.

Memang sebutir soalan pon takdak pasal monumen-monumen keagamaan ni. Berpeluh lenjun dalam dewan exam sebab soklan yang keluar tak dijangka lansung. Hihi.

Okay, kehebatan senibina Angkor Wat sehingga ke hari ini masih lagi menjadi buah mulut para pengkaji sejarah dan pakar arkitek. Garu kepala diorang semua memikirkan macam mana orang2 Khmer membina sebuah kuil dengan struktur yang sangat simetri, sophisticated, intricate dan halus.

Highlight kuil ni semestinya 5 piramid yang melambangkan  5 puncak Gunung Meru dalam mitos agama Hindu.

Layan gambar lagi !







Kuil sebenar terletak di tingkat atas. Punyalah tinggi dan curam tangga tu menggeletar lutut. Fendi dan KZ dah penat dan malas nak panjat tangga so diorang tunggu kat bawah je sementara saya dan Fuad merayau-rayau kat dalam kawasan kuil.

Dari atas, boleh nampak kawasan sekeliling Angkor Wat. Angkor Wat ni terletak paling selatan sekali dalam kawasan Angkor Archeological Park.

Pada tahun 1177, iaitu 27 tahun selepas kematian King Suryavarman 11, Angkor telah ditawan oleh musuh tradisi Khmer, Kerajaan Campa. Setelah King Jayavarman V11 mewarisi takhta kepimpinan, Angkor kembali ditawan oleh Khmer.

Beliau mula membina Angkor Thom dan menjadikannya state temple yang baru. Pusat pemerintahan berpindah ke bahagian utara Angkor.

Pada penghujung kurun ke-12, Angkor Wat yang pada asalnya merupakan kuil Hindu telah ditukar menjadi sebuah kuil Buddha sejajar dengan anutan King Jayavarman V11.

Anda mungkin perasan dari mula tadi saya hanya cerita pasal 3 orang raja dari kerajaan Khmer iaitu King Jayavarman 11, King Suryavarman 11 dan King Jayavarman V11.

King Jayavarman 11 terkenal sebab beliau berjaya menyatukan masyarakat Khmer dalam membebaskan Kampuchia dari jajahan Jawa. Beliau adalah 'founder' empayar Khmer.

King Suryavarman 11 pula terkenal sebagai pemerintah yang mengarahkan pembinaan Angkor Wat.

King Jayavarman V11 pula, ahli sejarah berpendapat bahawa beliau merupakan pemerintah paling berjaya dan berkuasa dalam sejarah empayar Khmer. Beliau juga lah yang telah membina Angkor Thom dan Ta Prohm.

Cukup sekadar tau pasal 3 orang raja Khmer ni. Boleh buat research lagi kalau korang berminat nak tau pasal raja2 yang lain.

Dan pasal architecture dan ukiran kat temple ni, tak mampu saya ceritakan kat sini. Datanglah ke Siem Reap, tengok dan kaji sendiri betapa complicatednya kuil ni.

Jom layan gambar dari atas temple pulak.














Hampir kering kontang sumber air diluar kawasan temple. Kewujudan sumber air (water reservoir) disekeliling Angkor Wat masih lagi menjadi tanda-tanya dan perdebatan pengkaji sejarah. Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang tahu apakah fungsi sebenar water reservoir tersebut dan yang lebih misteri, dari mana datangnya sumber air tersebut?

Sumber air disebelah barat Angkor Wat contohnya, berkeluasan 8 km x 2.3 km. Bukan sahaja dengan mata kasar, dengan imej dari NASA pun tak nampak mana punca air tersebut. Misteri....

By the time kami keluar dari kawasan kompleks, hari dah petang. Kami balik ke hotel untuk solat dan rehat sebelum keluar balik malam tu untuk makan malam di satu restoren muslim dan melawat Art Centre Night Market.















Alhamdulillah, selesai sudah hari kedua yang panjang di Siem Reap. Perut dah kenyang, mata dah berat dan lutut, dah minta ampun direhatkan. Esok pagi kami akan pulang ke tanah air tercinta.

Sehingga berjumpa lagi dalam entri berikutnya

Take care & Assalamualaikum !




1 comment: